Adsense

Khamis, 5 Mei 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ujibakat Masterchef Malaysia Terima Sambutan Positif

Posted: 05 May 2011 07:22 PM PDT

UJI BAKAT MASTERCHEF MALAYSIA TERIMA SAMBUTAN POSITIF
Lokasi ujibakat terbaru di Johor Bahru selepas Pulau Pinang dan Sabah

Penerimaan masyarakat umum terhadap program realiti masakan popular dunia yang kini diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia; MasterChef ternyata mendapat sambutan yang positif dan memberangsangkan daripada orang ramai sewaktu sesi uji bakat yang telah berlangsung di dua buah negeri baru-baru ini. Setelah menjelajah ke Pulau Pinang pada 23 & 24 April lalu dan Sabah (30 April & 1 Mei), kini pihak produksi bakal berkunjung ke Johor Bahru pada 7 Mei ini untuk sesi uji bakat yang seterusnya.

Pengurus Saluran Ria, Puan Azlin Reza Azmi (MCM)
Pengurus Saluran Ria, Puan Azlin Reza Azmi

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi, "Kami amat berbesar hati dan kagum melihat kesungguhan dan persediaan para peserta yang menghadirkan diri ke sesi uji bakat program MasterChef Malaysia yang baru sahaja diperkenalkan buat pertama kali ini. Ini jelas membuktikan sokongan ramai terhadap industri pembangunan pengisian kandungan yang berkualiti untuk ditonton.

Melihat kepada persediaan para peserta yang hadir sewaktu sesi uji bakat di Pulau Pinang dan Sabah, ternyata rata-rata sudah bersedia dengan hidangan yang siap dibawa dari rumah masing-masing. Hadir dengan membawa segunung harapan untuk bertanding di dalam rancangan yang berprestij ini, kesemua para peserta cuba memperlihatkan kesungguhan, kreativiti dan daya saing masing-masing menerusi setiap hidangan yang dipersembahkan kepada juri-juri professional yang terlibat.

Pelbagai ragam dan reaksi peserta yang hadir dapat dilihat. Ada juga di kalangan peserta yang hadir terpaksa menempuhi perjalanan yang agak jauh sebelum sampai ke tempat uji bakat dan kemudian terpaksa pula menunggu lama sehingga nombor giliran mereka dipanggil demi memperlihatkan bakat dan minat yang mendalam terhadap dunia masakan," jelas Azlin.

Gandingan Chef Johari Edrus dan Chef Zubir Mohd Zain serta ditemani oleh chef undangan dari setiap lokasi iaitu Chef Yeoh (Hotel Equatorial Penang) dan Chef Joseph (Beverly Hotel Sabah) telah dipertanggungjawabkan untuk mencungkil dan memilih bakat dalam bidang masakan yang mempunyai personaliti unik untuk diketengahkan dalam program MasterChef Malaysia.

Menceritakan tentang pengalaman kali pertama menghadiri sesi uji bakat MasterChef Malaysia, Wahidan Hj Awang Supain, 42, berasal dari Sabah berkata, "Demi menunaikan hasrat untuk menyertai program ini, saya sanggup memandu jauh selama 10 jam untuk datang ke lokasi uji bakat. Saya amat meminati bidang masakan sejak dulu lagi. Kesibukan bekerja sebagai petani yang terpaksa menanam dan memotong kelapa sawit menyara keluarga, saya akui mempunyai kurang masa untuk membuat persediaan yang rapi sebelum hadir ke uji bakat. Walaupun diuji dengan pelbagai masalah seperti kereta rosak sewaktu perjalanan, tidak sempat mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan kerana semua pasar sudah tutup dan sebagainya, saya tertekad untuk menyediakan sebuah hidangan lazat dengan menggunakan apa sahaja bahan yang sempat dicari dalam tempoh masa yang suntuk."

Turut mewarnai suasana uji bakat yang berlangsung di Pulau Pinang, Nor Farieza Aziez, 22 tahun, berasal dari Pulau Pinang ternyata mempunyai misi yang cukup berbeza berbanding peserta uji bakat yang lain. Penuntut Diploma Pengajian Perniagaan di Politeknik Seberang Perai ini tekad mahu menyertai program MasterChef Malaysia untuk membuktikan yang dia juga mampu menyediakan hidangan yang lazat seperti kakaknya. Didorong dengan rasa tidak puas hati kerana kakaknya sering dipuji oleh ibunya, dia mencabar diri untuk menyediakan Ayam Masak Madu untuk dinilai oleh juri yang terlibat.

Selain itu, pihak juri juga dikejutkan dengan kebolehan seorang lagi peserta berasal dari Sabah; Mohamad Bin Hj Tahir, 45, yang berjaya ke peringkat ke-2 setelah beliau menyediakan Grilled Garlic Prawn with Safron Butter Rice and White Cream Dill Sauce. Mohamad yang bekerja sebagai seorang jurujual langsung sering membeli buku-buku masakan dan menonton rancangan masakan di Astro untuk mengetahui sekaligus mencuba resipi menarik ternyata berjaya menyediakan hidangan lazat yang hampir menyamai mutu masakan chef-chef handalan.

Mohd Danial Shaharudin, 18, berasal dari Pulau Pinang juga mempunyai kisah menarik untuk dikongsi. Selain minat yang mendalam dan ingin berjaya dalam bidang masakan, dia juga ingin mengambil kesempatan untuk mencari ayah kandungnya yang telah lama menghilang menerusi program ini jika terpilih. Dibesarkan dengan hanya menerima kasih sayang daripada seorang ibu, dia turut berharap agar kemunculannya di dalam program MasterChef Malaysia mendapat perhatian ayahnya sekaligus menghubungi mereka kembali. Bagaimanakah dengan nasibnya? Mampukah hidangannya memikat jhati juri sekaligus melayakkannya untuk mara ke peringkat seterusnya?

MasterChef Malaysia akan meneruskan penjelajahan di lokasi-lokasi seperti yang tertera di bawah. Peserta-peserta di Pulau Pinang dan Sabah sudahpun menyahut cabaran MasterChef Malaysia. Mampukah pencarian di lokasi-lokasi seterusnya mampu menandingi dan mengatasi bakat-bakat peserta yang telah hadir di lokasi sebelum ini? Sama-sama kita saksikan.

Dapatkan informasi terkini dan ikuti pelbagai aksi menarik yang dikongsi sepanjang perjalanan ujibakat yang berlangsung di laman sesawang rasmi www.masterchefmalaysia.com.my.

TARIKH/MASA LOKASI
7 Mei 2011
9 pagi – 4 petang Hotel Selesa Johor Bahru
Jalan Dato' Abdullah Tahir/Jalan Tebrau, JB

13 Mei 2011
9 pagi – 4 petang Hotel Grand Continental Kuala Terengganu
Lot 004023, Jalan Sultan Zainal Abidin, Terengganu

20 & 21 Mei 2011
9 pagi – 4 petang KDU University College
Jalan SS 22/41, Damansara Jaya, PJ

Mohd Danial bin Firdaus

Mohd Danial bin Firdaus

Nor Farieza bt Aziez

Nor Farieza bt Aziez

Wahidan bin Hj Awang Supain

Wahidan bin Hj Awang Supain

Mohamad Bin Hj Tahir

Mohamad Bin Hj Tahir

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat MasterChef Malaysia
  • Lirik Lagu Terima Kasih Hero NB
  • Kad Raya Dari Kimi
  • Ujibakat Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Ujibakat Raja Lawak Astro Di Pulau Pinang
  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007
  • 'ONE IN A MILLION' di 8TV Mulai 16 November Ini!
  • Pelawak Yassin Dibebas Dengan Jaminan Polis
  • Drama Comel dan Segalanya Ku Terima di TV3
  • Pencarian Bakat Baru Dalam Juara Asyik 2009
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Filem Hindi Terbaik di TV3 Sepanjang Mei & Jun

    Posted: 05 May 2011 06:43 PM PDT

    HIMPUNAN FILEM-FILEM TERBAIK HINDI SEPANJANG MEI DAN JUN!

    Bersempena dengan Hari Ibu, Hari Bapa dan Ulangtahun Ke 27 TV3, kami bawakan filem-filem terbaik Hindi sepanjang bulan Mei dan Jun ini khas untuk penonton setia TV3. Menampilkan gabungan 8 buah filem terkenal dari tahun 1992 (Nishchaiy) hinggalah terkini (Billu Barber & Milenge Milenge), pastinya Panggung Sabtu Mei dan Jun ini sarat dengan drama dan kisah suka-duka berkisarkan pergolakkan persahabatan, konflik keluarga dan dilema percintaan!

    Selain Billu Barber, Shah Rukh Khan, nama yang tidak asing lagi dengan peminat Bollywood di Malaysia turut akan bersama penonton dengan dua buah filem lagi iaitu Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Dil To Pagal Hai yang pernah menjadi fenomena sekitar penghujung 90an dahulu. Turut menyerikan lagi slot Panggung Sabtu, gadingan Aamir Khan dan Kajol dalam Fanaa, Saif Ali Khan dan Rani Mukherjee dalam Hum Tum, Anil Kapoor dan Preity Zinta dalam Armaan.

    Teruskan bersama TV3 dengan sajian filem-filem terbaik Hindi di slot Panggung Sabtu, setiap Sabtu, jam 2 petang!

    PANGGUNG SABTU (setiap hari Sabtu, jam 2petang)
    Dilwale Dulhania Le Jayenge – 7 Mei (Istimewa Hari Ibu)

    Sinopsis: Mengisahkan tentang Raj seorang yang periang, kaya raya dan merupakan generasi kedua NRI manakala Simran, anak perempuan Chaudhary Baldev Singh yang sangat mementingkan tradisi masyarakat India. Raj dan Simran ditemukan ketika sama-sama mengikuti trip ke Eropah, dari gurau senda dan gelak tawa, mereka berakhir dengan bercinta. Namun, apa yang Raj tidak tahu, pasangan Simran telah ditetapkan sejak Simran kecil lagi. Simran meninggalkan India untuk majlis perkahwinannya dengan Kuljeet, Raj tidak mahu mengalah dan mengambil keputusan untuk mengekori Simran secara rahsia. Apa yang berlaku seterusnya?

    Pelakon: Shah Rukh Khan, Kajol, Amrish Puri, Farida Jalal, Anupam Kher, Satish Shah.

    dilwale-dulhania-le-jayenge

    Nishchaiy – 14 Mei
    Sinopsis: NISHCHAIY mengisahkan tentang dua beradik iaitu Ravi dan Rohan Yadav yang terpisah. Majikan Ravi iaitu Manohar Singh mengesyaki Ravi mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, Renuka. Ravi telah dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan jenayah yang tidak pernah dilakukan olehnya. Teman baik Renuka, Yashoda, mengambil Rohan sebagai anak angkat. Selepas beberapa tahun, Ravi dilepaskan dari penjara manakala Rohan, seorang peguam terkenal yang kini dikenali dengan nama Vasu Gujral. Ravi mendapat tahu bahawa Renuka masih hidup namun telah hilang ingatan. Untuk membiayai rawatan Renuka, Ravi terdesak mencari wang dan terpaksa menerima tawaran untuk membunuh Vasu Gujral tanpa menyedari orang yang menjadi sasarannya itu adalah adik kandungnya sendiri. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

    Pelakon: Vinod Khanna, Salman Khan, Karisma Kapoor, Sonu Walia, Reema Lagoo.

    Fanaa – 21 Mei
    Sinopsis: Zooni Ali Beg dilahirkan dalam keadaan buta namun dia bukan seorang yang lemah semangat. Dia keluar dari rumah dan mengembara bersendirian ke kotaraya New Delhi tanpa kedua ibubapanya, Zulfikar dan Nafisa. Di sana, Zooni telah bertemu dengan Rehan Khan, seorang pemandu pelancong tempatan. Zooni merasakan New Delhi sungguh berbeza hanya kerana kehadiran Rehan! Namun, Rehan mempunyai rahsia yang disimpan daripada Zooni yang mampu merubah segalanya, apakah rahsia tersebut?
    Pelakon: Aamir Khan, Kajol, Tabu, Shiney Ahuja, Jaspal Bhatti, Ali Haji.

    2ekpys2

    Hum Tum – 28 Mei
    Sinopsis: Karan Kapoor dan Rhea Prakash bertemu buat pertama kali ketika mereka berdua dalam perjalanan ke New York dari New Delhi. Rhea tidak selesa akan sikap Karan manakala Karan merasakan Rhea terlalu serius hinggakan tidak dapat menerima gurauan. Selepas perselisihan itu, mereka berdua berjanji tidak akan bertemu lagi selepas ini. Tanpa disangka, mereka ditemukan kembali di majlis perkahwinan Rhea tiga tahun kemudian. Karan, seorang kartunis yang berjaya, pergi ke Paris untuk melawat ayahnya. Di sana mereka berdua dipertemukan lagi buat kali ketiga, kali ini Rhea keseorangan. Apakah yang bakal Karan lakukan?

    Pelakon: Saif Ali Khan, Rani Mukherjee, Kiron Kher, Rati Agnihotri, Rishi Kapoor, Jimmy Shergill, Abhishek Bachchan.

    Dil To Pagal Hai – 4 Jun
    Sinopsis: Rahul merupakan penari dan pengarah muzik yang berjaya. Salah seorang penari dan teman rapatnya, Nisha memendam perasaan terhadap Rahul. Ketika sedang berlatih, kaki Nisha telah tercedera dan Rahul perlu mencari pengganti. Rahul mengambil Pooja. Mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama. Tanpa disangka, Rahul dan Pooja menyimpan perasaan antara satu sama lain. Namun, Rahul tidak mengetahui bahawa Pooja sudahpun bertunang. Apakah berlaku seterusnya?

    Pelakon: Shah Rukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor, Akshay Kumar, Murad Ali, Hemlata Deepak, Aruna Irani.

    Milenge Milenge – 11 Jun
    Sinopsis: Priya Malhotra, seorang yatim piatu yang mengidamkan sebuah keluarga dan pasangan hidup yang sempurna. Sunita Rao, meramalkan Priya akan bertemu dengan pasangannya selepas tujuh hari mengembara di negara asing. Priya mengambil keputusan untuk menyertai Festival Belia di Bangkok. Di situlah Priya bertemu dengan Amit, seorang yang sangat bertentangan dengan lelaki yang diimpikannya. Priya pulang ke India, namun, Amit tetap berdegil menyatakan takdir mahukan mereka berdua bersama. Priya mencabar Amit jika takdir mahukan mereka bersama, Amit mestilah menulis nama dan nombor telefonnya di sehelai not 50 Rupee dan jika suatu hari, not ini kembali ke tangan Priya, barulah Priya berkahwin dengan Amit. Apakah yang berlaku kemudian?

    Pelakon: Kareena Kapoor, Shahid Kapoor, Aarti Chhabria, Delnaaz Paul, Satish Shah.

    Armaan – 18 Jun (Istimewa Hari Bapa)
    Sinopsis: Filem ini menceritakan tentang Dr. Siddharth Sinha dan anaknya, Dr. Akash Sinha. Kedua-dua mereka bekerja di hospital sama yang ditubuhkan oleh Siddharth. Siddharth mendedikasikan masanya bersama pesakit di hospital. Tak lama selepas Dr. Neha Mathur muncul dalam hidup Akash, Siddharth meninggal dunia. Akash tetap mahu mengotakan impian bapanya. Kehadiran Sonia Kapoor mengubah segalanya antara Akash dan Neha. Sonia, seorang yang kaya raya dan sombong mahukan Akash dan beranggapan cinta boleh dibeli dengan wang. Gulshan Kapoor, bapa Sonia, akan membantu Akash membangunkan hospital Siddharth jika Akash berkahwin dengan Sonia. Akash berada dalam dilema, apakah pilihannya? Masa depan hospital bapanya atau cinta untuk Neha?

    Pelakon: Amitabh Bachchan, Anil Kapoor, Preity Zinta, Gracy Singh, Aamir Bashir, Randhir Kapoor.

    Billu Barber – 25 Jun
    Sinopsis: BILLU BARBER menceritakan tentang seorang tukar cukur miskin bernama Billu yang mempunyai isteri iaitu Bindiya dan dua orang anak, Gunja dan Ronak. Kerana hidup serba kekurangan, Billu tidak mampu membayar yuran persekolahan kedua-dua orang anaknya. Namun, segalanya seakan berubah apabila bintang Bollywood iaitu Sahir Khan membuat penampilan di dalam sebuah filem yang dirakam di kampung Billu sekeluarga tinggal. Billu mengaku mengenali Sahir secara peribadi dan selepas itu, perniagaannya meningkat maju kerana populariti Billu di seluruh Kampung. Sehingga suatu hari, Sahukaar Daamchand, ahli perniagaan terkenal datang bertemu Billu dan menyatakan hasratnya untuk berjumpa sendiri dengan Sahir. Dapatkah Billu menghubungi Sahir? Apakah selama ini Billu hanya menipu?

    Pelakon: Irrfan Khan, Shah Rukh Khan, Lara Dutta, Om Puri, Rajpal Yadav, Asrani, Kareena Kapoor, Deepika Padukone.

    Dil To Pagal Hai9

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Irama Bollywood Menerusi Bollywood Times, Minnal FM
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Filem 'A Case De Alice' dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008
  • Senarai Top 5 Pengarah Filem Terbaik & Barisan Juri FFM23
  • Oscars 2011 Complete List of Winners
  • Senarai Pemenang Golden Globe Awards Ke 67
  • Astro Tayang Program HD Syawal Ini
  • Biodata Sharifah Amani Pelakon Filem Muallaf
  • Filem The Departed Menang The Best Picture di Anugerah Oscar
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.