Adsense

Rabu, 4 Mei 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Perceraian itu sungguh menyakitkan

Posted:

Perceraian itu sungguh menyakitkan

Perceraian itu sungguh menyakitkan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


DI sebalik senyumannya itu, tidak ramai yang tahu derita dan luka yang ditanggung Fiza kerana fitnah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.


SETIAP wanita yang mendirikan rumah tangga bersama belahan jiwa mereka pasti mahu ikatan suci yang dibina akan terus kekal sehingga ke akhir hayat.

Apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata dilihat mampu mengukuhkan lagi kerukunan dan keharmonian perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu.

Namun, sebagai seorang hamba Allah SWT, setiap insan harus percaya dan berpegang teguh kepada ketentuan Qada dan Qadar apabila apa yang diharapkan itu tidak berakhir dengan kebahagiaan yang berpanjangan.

Tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti tiada siapa yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian walaupun gelora dan badai rumah tangga adalah perkara yang tidak boleh dielakkan.

Begitu juga dengan wanita jelita bernama Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau lebih dikenali dengan nama pentas, Fiza yang mengakui hatinya cukup terusik apabila membicarakan tentang perceraian.

Apatah lagi perceraiannya dengan bekas suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin adalah berpunca daripada agenda pihak tertentu yang ternyata mahu melihat istana cintanya runtuh bagaikan istana pasir.

Sehingga kini, dia kesal dan teramat sedih dengan fitnah yang tersebar luas sehinggakan perkahwinannya yang pada mulanya dapat diselamatkan akhirnya terkandas di pertengahan jalan.

"Kalau diikutkan, saya tidak mahu lagi bercerita tentang perceraian ini kerana saya lebih selesa untuk menumpukan fokus serta perhatian saya terhadap dunia seni.

"Tetapi, mahu atau tidak, kadang-kala apabila memikirkan kembali apa yang berlaku, hati saya menjadi geram dengan fitnah yang melanda perkahwinan saya.

"Saya pasrah dengan apa yang berlaku dan sehingga sekarang pun, hubungan saya dengan bekas suami dan keluarga mertua masih lagi baik seperti biasa.

"Apa yang saya harapkan cukup-cukuplah dengan cerita kurang enak dan dusta yang berterusan dilemparkan kepada saya," tegas Fiza saat diajak berbicara tentang kehidupannya kini.

Wanita berusia 31 tahun itu ditemui pada majlis pelancaran program terbaru Astro Prima yang berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fiza dan Ahmad Feriq mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata comel, Ferra Aryanna, 3, dan Feeya Adyrra, 2.

Entah di mana silapnya, Fiza sendiri tidak mengerti mengapa ada pihak yang seakan-akan dengki dan iri hati dengannya sebaik sahaja dia meluahkan hasrat untuk kembali aktif sebagai seorang pelakon.

Hasratnya hanya satu iaitu mahu mengisi masanya dengan dunia yang cukup dicintainya di samping dapat bertemu kembali rakan-rakan seperjuangan selepas berehat kerana menumpukan perhatian kepada keluarga.

Tetapi, nampaknya keikhlasannya untuk mencari rezeki yang halal dalam bidang ini mula diragui lebih-lebih lagi selepas dirinya terheret ke kancah kontroversi bersama seorang jurukamera, Abdul Malik Marwi yang merupakan bapa kepada pelakon remaja, Erin Malek.

Memang tidak dinafikan, nama Fiza dan Malik cukup hangat diperkatakan sepanjang tahun lalu lantaran gosip yang bertebaran mengatakan mereka mempunyai hubungan sulit.

Keadaan menjadi lebih parah apabila Fiza dikatakan menjadi punca utama keretakan rumah tangga Malik dengan isterinya sehingga menyebabkan hubungan Erin dan Fiza dikatakan agak tegang.

Mengulas tentang kisah itu, Fiza perlahan-lahan menghela nafas sambil menyisir rapi rambutnya yang panjang mengurai itu.

"Apa yang berlaku antara saya dan Malik hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Hubungan saya dengannya tidak lebih hanyalah sebagai seorang sahabat dan ia kekal sehingga ke hari ini.

"Sebagai kawan, saya rasa bukanlah satu kesalahan untuk kami berkongsi cerita dan masalah yang dihadapi tetapi nampaknya, ada pihak yang mengambil kesempatan itu lalu menyebar fitnah.

"Saya sendiri tidak faham mengapa kisah saya berkawan dengan orang lain tidak pula dihebohkan. Sebaliknya hubungan saya dengan Malik pula dijaja dan diperbesarkan.

"Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah saya dan Malik. Pastinya penyebar fitnah itu kini berasa puas apabila melihat rumah tangga kami runtuh dan musnah," cerita wanita kelahiran Pulau Pinang ini panjang lebar.

Tambah Fiza, orang luar hanya tahu berkata dan bercerita sedangkan realiti sebenarnya, mereka tidak tahu dan ia bukanlah seperti yang disangka.

Lantaran tersebarnya cerita yang tidak berasas itu, gelaran perampas, wanita gatal dan pelbagai label negatif dengan pantas diberikan kepada Fiza.

Hanya melempar sekuntum senyum, Fiza tidak kisah dengan apa yang mahu diperkatakan masyarakat tentang dirinya.

"Sebenarnya dari dulu lagi saya digelar dengan pelbagai panggilan negatif. Mungkin ada kaitan dengan watak yang sering saya bawakan dalam drama (ketawa).

"Saya tidak kisah apa yang orang nak kata tentang saya kerana kini saya mahu meneruskan hidup dan fokus kepada kerjaya serta anak-anak.

"Setakat ini, enam bulan menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal, semuanya dalam keadaan baik. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang," kata pelakon drama rantaian Natasha, Suraya dan Shah Jehan ini lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Realiti rekaan

Posted:

Realiti rekaan

Realiti rekaan

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my


LAKONAN lima orang pelajar dalam filem Penunggu Istana ini benar-benar terasa tulen.


PENUNGGUIstana diiklankan sebagai filem realiti seram pertama Malaysia. Penerbit menguar-uarkan ia adalah cantuman pita rakaman sebenar lima pelajar yang membuat kajian paranormal di sebuah rumah tinggal yang dikenali sebagai Istana Billah di Papan, Perak.

Kajian ini adalah rentetan beberapa insiden aneh yang pernah dialami krew produksi drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby yang disiarkan di Astro Citra pada 2009. Dibantu pasukan paranormal terkenal Seekers, lima pelajar itu cuba 'mendekati' keanehan tersebut sebagai tugasan pengajian mereka.

Saya mahu mempercayai ini adalah sebuah dokumentari, bukan satu rekaan. Bagaimanapun, beberapa sebab secara tidak sengaja telah membocorkan rahsia bahawa ia adalah lakonan semata-mata (ketika itu saya baru bercadang untuk menonton).

Antaranya, gambar publisiti yang disiarkan di merata media menunjukkan lima pelajar beraksi di tangga Istana Billah seperti artis. Apatah lagi salah seorang daripadanya ialah Sara Ali, pelakon yang sedang mencipta nama (atau mungkin ketika penggambarannya Sara belum lagi menjadi pelakon profesional?)

Barangkali penerbit/pengedar harus lebih berhati-hati dalam merancang strategi pemasaran filem seperti ini.

Namun demikian, ia tidak mengurangkan keinginan saya untuk menyaksikannya. Seperti mana acuan The Blair Witch Project (1999) dan Paranormal Activity (2007), Penunggu Istana adalah sebuah mockumentary - sebuah naskhah fiksyen yang dipersembahkan dalam format dokumentari.

Harus diakui, helah Penunggu Istana berjaya pada beberapa minit pertama. 'Lakonan' lima pelajar dengan kehadiran pasukan Seekers terasa tulen. Sisi nakal dan lepas laku Sara, Yaya, Fira, Mus dan Amar ditampilkan bersahaja, masing-masing dengan karakter tersendiri yang melengkapi pembinaan sebuah plot.

Beberapa shot di dalam istana berjaya membangkitkan mood seram, terutamanya shot statik hasil kamera pacak untuk merakam entiti halus. Ia membangkitkan perasaan resah secara semula jadi, sama ada lembaga akan muncul ataupun tidak. Babak-babak awal berjaya disempurnakan dengan baik.

Kewujudan sebuah bilik yang dimangga pintunya juga adalah satu helah berkesan untuk kisah rumah berpuaka dan penonton tidak semestinya diberitahu apa yang ada di dalam. Sayangnya, lima pelajar itu hanya berminat untuk merakam 'hantu' tanpa menyelidik latar sejarah Istana Billah.

Saya tertarik dengan idea apabila pelajar cuba 'menipu' dengan penghasilan visual palsu untuk mendapatkan lebih markah. Ini adalah paparan realiti secara sinikal, di mana kita sebagai penonton sentiasa mahu dimomokkan dengan sesuatu yang boleh dilihat secara jelas dengan mata kasar.

Menginjak ke pertengahan sehingga ke hujung filem, beberapa aspek ketulenan mula hilang. 'Lakonan' Fira sudah nampak dibuat-buat dan babak pertelingkahan sesama mereka terasa lemah. Saya tidak dapat menangkap emosi marah bercampur takut yang sepatutnya dirasai kelima-lima pelajar tersebut.

Kerana filem ini dibikin sebagai sebuah dokumentari, penonton berhak untuk mempersoalkan logiknya. Bayangkan apabila sesuatu yang benar buruk sudah berlaku (sebagai contoh, Amar tiba-tiba hilang dan kelibat seakan hantu mula kelihatan), mengapa mereka masih lagi mahu berkeliaran di situ?

Saya memahami jika Penunggu Istana sebuah cereka fiksyen. Ada sebab mereka terus berada di situ untuk dijadikan cerita. Tetapi ini dokumentari.

Sepatutnya, pelajar cuba keluar dari istana dan mendapatkan bantuan. Apatah lagi pada babak awal, istana itu ditunjukkan tidak jauh dari jalan raya.

Apabila babak berbunuhan ditunjukkan, saya bertambah kecewa kerana ia tidak masuk akal. Jika benar ada yang mati di Istana Billah, sudah pasti berita itu pernah disiarkan di surat khabar. Ia satu kejadian tragis, bukan sekadar kes kematian terpencil.

Filem sebegini sepatutnya ditamatkan dengan kesudahan yang lebih tergantung dan misteri sifatnya. Saya yakin penonton tidak kisah untuk 'ditipu' jika mereka memang bersedia untuk itu, tetapi iklan filem ini tidak seperti yang disarankan.

Bagaimanapun, melihatnya dari sudut positif, Penunggu Istana menjadi perintis kepada subgenre filem seram tempatan yang sudah dimulakan di luar negara sejak sedekad lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.