Adsense

Rabu, 4 Mei 2011

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Shahir menangis, Shera masuk ‘kubur’

Posted: 03 May 2011 08:28 AM PDT

SELALU juga kita mendengar atau terima pesanan orang, "Kalau menghala ke pantai timur berhati-hati kalau lalu di Lebuh Raya Karak".

Lokasi yang terletak di Pahang itu bukan saja menyimpan 1,001 tragedi kemalangan tragis yang meragut nyawa, tetapi terkenal dengan kisah 'urban legend' mengenai kereta 'Volkswagen kuning' apabila pemandunya tidak berkepala dan beberapa lagi versi cerita seram yang pasti membuatkan bulu roma tegak berdiri sesiapa saja melalui kawasan itu.

Kini selepas sekian lama menjadi bualan masyarakat, Karak akhirnya diadaptasikan ke bentuk filem cereka. Diterbitkan KRU Studios, filem menelan kos RM1.5 juta itu diarahkan sutradara generasi baru, Yusry Abdul Halim.

Apa yang menarik mengenai filem ini ia tidak menggunakan wajah ternama untuk menjadi tunjang utama filem itu sebaliknya memberi kepercayaan kepada pendatang baru iaitu Ahmad Shahir Zawani (Shahir) yang juga juara AF8 (Akademi Fantasia 8) dan Nur Syahirah Aiyob (Shera Ayob), 26.


Dek tiada asas lakonan, tetapi memperoleh pula watak dikira mencabar, ia menjadikan Shahir dan Shera 'kecut perut' juga menanti kemunculan filem itu yang bakal menjengah pawagam tempatan mulai 26 Mei ini.


Kata Shahir, selama ini dia tidak pernah bermimpi untuk menjadi seorang pelakon, namun tawaran KRU Studios sesuatu yang sukar untuk ditolak.

"Kecenderungan saya lebih kepada bidang nyanyian. Namun, saya difahamkan, pemilihan untuk filem ini atas saranan Puan Fatimah Abu Bakar dan Que Haidar yang pernah menjadi tenaga pengajar AF8. Pengetua kami ketika itu adalah Norman Abdul Halim.

"Sokongan banyak pihak itulah yang menimbulkan keyakinan. Menerusi Karak, saya memegang watak sebagai Nik, seorang anak muda yang obses untuk mengetahui kewujudan entiti paranormal.

"Terus terang aktiviti seperti ini pernah saya jalankan masa belajar dulu bersama kawan-kawan, bagaimanapun kami pergi dalam kumpulan yang besar.

"Malah saya sendiri pernah mengalami kejadian aneh terlihat kelibat lembaga seperti manusia sewaktu mengunjungi kubur tak berwaris di Kampar, Perak.

"Sebaik pulang, saya menceritakan kepada seorang teman, rupanya dia pun ternampak kelibat yang sama. Terus terang saya bukannya berani sangat tapi dalam al-Quran sendiri ada menyebut kita perlu mempercayai kewujudan makhluk halus yang hidup dalam dunia lain.

"Pun begitu, saya berasa lega kerana penggambaran filem ini tidak dilakukan sepenuhnya di Karak, kalau tidak tentu saya sendiri tidak boleh berlakon kerana kawasan di situ memang seram," katanya.

Baru saja menjulang trofi Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), Shahir tanpa berselindung mengakui babak menangis adalah yang paling sukar untuk disempurnakan.

"Sebagai seorang lelaki memang bukan mudah untuk saya mengalirkan air mata. Namun, saya paksa diri sampai berjaya tapi yang membuatkan saya tertekan apabila sudah beria-ia menangis rupanya aksi itu perlu dibuat berulang kali kerana pengarah mahu ambil dari sudut berbeza untuk syot yang berlainan pula.

"Maklumlah sebagai orang baru apatah lagi Karak filem pertama lakonan saya manalah tahu pasal 'angle', 'shot' dan sebagainya.

"Pun begitu, saya rasa terharu kerana daripada pengarah, pelakon sehingga kru termasuk jurusolek semua membantu saya untuk mendapatkan 'mood'. Andai kata filem ini berjaya ia bukan usaha seorang, tetapi semua yang terbabit menjayakannya," katanya.

Bulan ini, Shahir akan membintangi sebuah telemovie terbitan Astro iaitu Sama Kem yang turut menampilkan pelakon yang digosipkan dengannya, Rozita Che Wan, dan berkemungkinan besar, Tomok.

Dalam menjalani kehidupan yang sibuk dengan pelbagai undangan persembahan, Shahir masih sempat memberi tumpuan pada pembikinan albumnya.

Masih mencari dua lagi lagu yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam albumnya, setakat ini ia sudah ada lima lagu iaitu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Pendam, Luar Biasa, Dia Yang Kau Pilih dan Cerita Kita.

Beralih tumpuan kepada Shera, pemilik senyuman menawan berwajah comel ini berkata, Karak adalah filem keduanya selepas Sesuatu Yang Tertinggal.

Memegang watak sebagai Zura, karakter itu digambarkan sebagai gadis lemah lembut dan kuat pegangan agama serta bergelar juara qariah membaca al-Quran.

"Bagaimanapun, Zura semakin lalai dengan tanggungjawabnya kerana terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

"Watak Zura kental kerana dengan ilmu yang dimilikinya hanya dia berupaya menyelamatkan teman-temannya daripada gangguan makhluk halus.

"Ada beberapa ayat suci al-Quran yang perlu saya baca dan hafal untuk menjayakan sesetengah babak. Terus terang saya sebenarnya seorang yang sangat penakut dan tidak sangka saya akan berlakon dalam cerita hantu!." kata bekas penyampai School Attack yang kini mengacarakan program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI).

Karak mengisahkan empat pelajar kolej iaitu Zura dan rakan - Jack (Along Ezeyndy), Ida (KilaFairy) dan Nik (Shahir) menuju ke Kuantan selepas bermalam di Kuala Lumpur terperangkap dalam kesesakan yang teruk sepanjang lebuh raya Karak.

Disebabkan perlu menghadiri kuliah penting keesokan harinya, mereka membuat keputusan menggunakan jalan lama. Namun, sebenarnya keputusan itu bakal menemukan mereka dengan suatu pengalaman baru.

"Saya sebenarnya penakut dan tidak suka menonton cerita hantu, tetapi terima tawaran ini kerana mahu mencabar diri sendiri.

"Babak paling mencabar adalah babak di kubur yang memerlukan saya menangis sambil baca ayat Kursi.

"Saya juga ditarik masuk ke dalam kubur. Ketika babak itu, kru produksi tarik badan saya betul-betul dan terasa seolah-oleh berada dalam liang lahad!

"Dalam kehidupan realiti, saya sebenarnya seorang yang mudah menangis tapi ketika di set penggambaran air mata saya pula susah nak keluar.

"Sampaikan saya terpaksa duduk seorang diri untuk dapatkan 'feel' sedih. Apapun saya lega kerana sepanjang menjayakan filem ini saya tidak alami kejadian buruk kerana sentiasa amalkan bacaan ayat al-Quran," kata Shera.

Ditanya, sejauh mana keyakinannya menarik penonton ke panggung, akui Shera dia tidak berani untuk memperkatakan hal itu.

"Bukan saja nama saya orang belum kenal tapi bakat lakonan juga belum terbukti jadi tak berani nak janji apa-apa.

"Tapi saya percaya bersandarkan nama Yusry selaku pengarah, Kru Studios
sebagai penerbit filem yang diperakui, kemudian menampilkan pula Shahir yang
begitu popular ketika ini, saya rasa penonton pasti berasa teruja untuk menonton Karak," kata Shera yang baru bertunang dengan aktor Zahiril Adzim, Ahad lalu.

PROFIL

NAMA: Ahmad Shahir Zawani
NAMA KOMERSIAL: Shahir
TARIKH LAHIR: 5 September 1988
UMUR: 23 tahun
TEMPAT LAHIR: Hospital Besar, Ipoh Perak
KELUARGA: Sulung daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma (Kejuruteraan)
KARIER: Penyanyi dan pelakon.
FILEM: Karak
TELEMOVIE: Sama Kem
ANTARA PENCAPAIAN: Juara AF8 dan Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

PROFIL

NAMA SEBENAR: Nur Syahirah Aiyob
PANGGILAN KOMERSIAL: Shera Ayob
TARIKH LAHIR: 21 Disember 1986
ASAL: Ipoh, Perak
KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengajian Media, Institut Media Integratif Malaysia (MIIM), Kuala Lumpur
KARIER: Pengacara dan pembantu penerbit
PROGRAM: Kapsul My TV3 dan Wanita Hari Ini (WHI)
PENCAPAIAN: Iklan komersial Double Mint dan Walls Kena Durian Runtuh.
FILEM: Sesuatu Yang Tertinggal dan Karak.

  • SOLEKAN: Derina Resources And Management
  • LOKASI FOTOGRAFI: Red Box Plus Pavillion
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Saingan sengit filem seram

    Posted: 03 May 2011 08:12 AM PDT

    APRIL lalu saja, tiga filem cereka bercorak seram ditayangkan di pawagam. Penggemar filem seram diberikan pilihan menonton filem seram yang dirasakan mampu memberikan kesan bagi penonton yang tidak lokek mengeluarkan wang ke panggung.

    Dengan lambakan filem seram itu, ia memberikan gambaran persaingan sengit berlaku antara setiap produksi sebagai sajian kepada peminat filem tempatan. Persaingan ini boleh dilihat melalui hasil kutipan setiap filem.

    Filem berkenaan adalah Dilarang Masuk, Senjakala dan Penunggu Istana. Sehingga 27 April, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengeluarkan maklumat hasil kutipan tiga filem yang masih ditayangkan itu.

    Mula ditayangkan pada 7 April lalu, Dilarang Masuk mengisahkan empat sekawan yang hilang akal dan buntu kerana tidak menemui jalan pulang mula ditayangkan.

    Filem arahan Jeffrey Chiang itu ditayangkan di 50 pawagam di seluruh Malaysia. Filem persis 'paranormal activity' itu menjalankan penggambaran di Bukit Larut, Taiping, Perak selama 16 hari dengan kos produksi RM1.1 juta.

    Ia mengisahkan Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie yang cuba mencari jalan pulang akhirnya terjumpa sebuah banglo usang dan membuat keputusan untuk menginap di banglo berkenaan.

    Empat sekawan itu menemui wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang tersimpan lama dan dikejutkan dengan penemuan dua mayat reput bersama sepucuk pistol yang masih penuh dengan peluru hidup tetapi secara tiba-tiba pistol itu hilang dan pertelingkahan berlaku di atas wang yang dijumpai.

    Seorang dari mereka, Fatia yang baru sembuh dari sakit, tetapi masih bergantung dengan ubat melihat kelibat seorang kanak-kanak dan dapat merasakan ketakutan budak itu. Kekacauan yang dialaminya itu merungkai rahsia di sebalik kejadian yang mengganggu dirinya. Filem yang diberi judul Dilarang Masuk ini berjaya mengutip RM740,000 sejak ia ditayangkan.

    Bagi filem Senjakala arahan Ahmad Idham, ia mula ditayangkan di 63 pawagam bermula pada 14 April lalu, seminggu selepas Dilarang Masuk 'merasuk' pawagam. Filem yang mempertaruhkan pelakon baru Zahiril Adzim bergandingan Liyana Jasmay ini memberikan jalan cerita yang lain berbanding filem Dilarang Masuk.

    Dengan kutipan sebanyak RM970,000, filem itu mengisahkan penderitaan yang dialami pengamal saka bahkan memberi kesan kepada anak cucu dan orang lain. Filem itu memberikan penekanan kepada masalah yang terjadi dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang masih lagi mengamalkan ilmu hitam.

    Filem Senjakala mengisahkan Karlisa yang kematian tunangnya mengambil keputusan untuk balik ke kampung untuk menenangkan fikiran dan ingin mengetahui sebab ibunya tidak membenarkan dia balik ke sana. Di kampung itu, Karlisa mengalami banyak peristiwa ganjil dan bertemu dengan Armand, watak yang dipegang Zahiril.

    Filem yang baru saja ditayangkan di pawagam bermula pada 21 April, Penunggu Istana, berbentuk realiti seram bergenre paranormal, sudah memungut hasil kutipan sebanyak RM440,000. Filem tanpa pelakon terkenal itu cuba membuktikan kehadiran aktiviti paranormal di sebuah banglo usang yang dikenali sebagai Istana Bilah.

    Filem itu mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan oleh lima pelajar yang dibantu kumpulan Seekers untuk membuat kajian mengenai aktiviti paranormal di tempat itu.

    Cantuman 'footages' itu seterusnya difilemkan sepanjang 15 hari mereka berada di Istana Bilah sebagai usaha mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan.

    Penunggu Istana sudah ditayangkan di 39 pawagam di seluruh Malaysia dan menelan bajet RM600,000 untuk kos produksi filem itu.

    Bagi filem Seru, belum ada hasil kutipan lagi kerana ia baru saja ditayangkan pada 28 April lalu.

    Bagi Mei ini, dua lagi filem seram akan ditayangkan di pawagam iaitu Momok Jangan Panggil Aku dan Karak. Filem yang turut memberikan saingan kepada dua filem seram ini selepas itu adalah Kongsi dan Nur Kasih The Movie.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.