Adsense

Rabu, 4 Mei 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Nurul Syuhada Nikah Pegawai Bank Julai Depan

Posted: 03 May 2011 08:37 AM PDT

AMPANG: Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, mengesahkan akan mendirikan rumah tangga dengan seorang pegawai bank pada Julai depan.

Nurul menjelaskan, lelaki yang dimaksudkan ialah Raja Amir Raja Azwa,29, yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.

"Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada Julai depan. Kami akan maklumkan kepada pihak media apabila tiba waktunya," kata Nurul ringkas.

Nurul membuat pengakuan tersebut ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis doa selamat dan pelancaran buku Sanggul karya jurusolek Zulfazli Suhadi di restoran Intai-Intai, Jalan Hulu Klang di sini, Ahad.

Antara selebriti yang hadir ialah penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.

Pada majlis itu Nurul dan Raja Amir tidak dapat mengelak gambar mereka dirakamkan jurugambar tetapi memberi kerjasama untuk menjelaskan mengenai hubungan yang terjalin.

Bagaimanapun Nurul tidak dapat menceritakan secara terperinci mengenai kisah cinta mereka atas sebab-sebab tertentu selain prosedur yang harus di patuhi sebagai personaliti TV3, sebelum membuat sesuatu kenyataan.

Bagaimanapun menurut Nurul dia bahagia dengan hubungannya itu dan berharap ia berjalan dengan baik.

Katanya, rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lalu dan kedua-dua belah pihak telah menetapkan untuk melangsungkan majlis bertunang dan akad nikah serentak pada Julai depan.

"Saya tidak boleh nak komen banyak. Cukuplah sedikit maklumat itu," pinta Nurul.

Pengacara itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.

google: nurul syuhada, nurul syuhada nikah, perkahwinan nurul syuhada, tarikh kahwin nikah nurul syuhada, bakal suami nurul syuhada, gambar bakal suami nurul syuhada, nama bakal suami nurul syuhada, gambar nurul syuhada dan bakal suami, nurul syuhada 2011, perkahwinan nurul syuhada, pertunangan nurul syuhada, hantara nurul syuhada dan suami

Zed Zaidi Rasa Pelik Tidur Dengan Isteri

Posted: 03 May 2011 08:35 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Zed Zaidi, 30, yang baru melangsungkan perkahwinan pada Jumaat lalu mengakui masih berasa kekok dengan status baru itu.

Jelas Zed, selepas tiga hari bergelar suami kepada Nelly Natalia Mustafa, ada beberapa perkara dalam kehidupan suami isteri yang sedang dipelajarinya.

"Ada banyak perkara baru dan pelik yang saya cuba membiasakan diri dan pelajari sebagai seorang suami.

"Kalau sebelum ini, saya sudah biasa tidur seorang dan hanya ada bantal peluk sebagai teman tidur. Kini, saya rasa pelik juga apabila tidur berdua tetapi saya berasa gembira dan bahagia.

"Selain itu, saya juga dapat melakukan solat berjemaah dan membuat kerja-kerja di rumah bersama seperti membantu isteri di dapur," katanya dengan nada teruja.

Pun begitu, Zed menambah, keterujaan isterinya menyediakan pelbagai jenis masakan menyebabkan dia berasa runsing kerana bimbang berat badannya meningkat.

"Isteri saya pandai memasak pelbagai jenis makanan dan ia membuka selera makan. Namun, saya risau juga kalau berat badan akan meningkat.

"Maklumlah, saya ini artis dan tentulah nampak tidak elok di depan televisyen kalau berlaku perubahan fizikal yang mendadak.

"Jadi, saya sudah berbincang dengan isteri agar memasak makanan yang bersesuaian," kata pelakon drama bersiri terbaru, Fatimah Juling ini.
Zed Zaidi dan isteri Nelly Natalia pada majlis pernikahan mereka, Jumaat lalu.

Menjawab pertanyaan tentang perancangan bulan madu, Zed berkata: "Buat masa ini, memang belum ada perancangan untuk bulan madu. Minggu ini, saya sangat sibuk menguruskan persiapan akhir untuk majlis resepsi kami pada 7 Mei ini.

"Tengoklah nanti, apabila semuanya sudah selesai, baru kami akan fikirkan soal itu. Lagipun, saya ini jenis yang tidak suka merancang awal-awal, lebih seronok kalau terfikir di saat-saat akhir dan terus pergi saja."

Selepas berkahwin, Zed dan Nelly kini menetap di kediaman aktor itu di Damansara Perdana, di sini.

Pasangan yang berkenalan menerusi laman sosial Facebook itu bernikah pada 29 April lalu di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi kedua mereka akan berlangsung pada 7 Mei ini di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

Pada majlis perkahwinan Jumaat lalu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.

Deejay Myra Mohon Maaf Kerana Terlepas Cakap

Posted: 03 May 2011 08:35 AM PDT

PETALING JAYA: Penyampai Radio Suria FM, Myra mengakui kadang-kala terlepas cakap ketika ke udara kerana terlalu teruja berbual dengan pendengarnya.

Jelas Myra, dia tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak terutamanya pendengar setia Suria FM.

"Ya, saya akui kadang kala saya terlanjur ketika berbicara dengan pendengar, tapi saya tidak bermaksud menyinggung mereka.

"Bagaimanapun, saya akan pastikan pendengar tahu bahawa saya hanya bergurau bagi menimbulkan rasa selesa mereka ketika berbual," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Myra diminta mengulas tentang dakwaan kononnya dia menggunakan kata-kata kasar ketika berbual dengan pendengarnya.

Perkara tersebut juga dikatakan telah menimbulkan perasaan kurang senang pengikut setia stesen radio itu.

"Saya akui perkara tersebut silap saya apabila saya terlepas beberapa perkataan ketika membuat suntingan perbualan sebelum disiarkan.

"Tapi selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan mengelakkan sebarang insiden yang boleh mencalar hati pendengar," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang cara penyampaian dan suara yang dikatakan kurang mesra pendengar, Myra memberitahu dia hanya mengikut caranya tersendiri.

"Tentang suara atau cara penyampaian saya pasti setiap deejay mempunyai gaya masing-masing dan saya hanya mengikut cara saya," katanya.

google: dj myra suria fm, dj myra suria fm bogel, dj myra suria fm seksi, dj myra suria fm hot, dj myra suria fm bogel, dj myra suria fm facebook, dj myra suria fm blog, dj myra suria fm 2011, terkini terbaru dj myra suria fm, 

Isma (AF7) Alami Keguguran Anak Keenam

Posted: 03 May 2011 08:32 AM PDT

PETALING JAYA: Suami penyanyi Isma AF7 iaitu Zul (2By2) tidak menolak bahawa tekanan dan kesibukan mengendalikan produksi Nusanbakti Corporation Sdn Bhd antara faktor penyebab isterinya mengalami keguguran bayi keenam mereka, Sabtu lalu.

Tambahnya, sejak memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di syarikat tersebut dan pengarah filem Sofazr The Movie, Isma atau nama sebenar Ismaliza Ismail ini terlalu banyak menghabiskan masa dengan kerjayanya.

"Pada hari Sabtu lalu, ada berlaku pendarahan dan selepas kami buat pemeriksaan, doktor dapati janin yang berusia tiga minggu itu sudah tidak bernyawa lagi.

"Mungkin juga kerana sejak akhir-akhir ini, dia terlalu azktif bergerak sebab ketika dapat tahu dia hamil, dia sedang sibuk mengarah filem Sofazr The Movie," katanya kepada mStar Online.

Tambah Zul, buat masa ini, Isma masih lagi dalam keadaan terkejut dan lemah akibat kejadian tersebut.

"Dia masih terkejut dan sudah tentu sedih. Ini kali pertama dia mengalami keguguran dan kami menganggap ia bukan rezeki kami," ujarnya yang kini mempunyai lima cahaya mata.
Zul 2 By 2 dan Isma ketika di Akademi Fantasia 7.

Dalam pada itu, ketika ditanya hubungan pasangan tersebut dengan Pengarah Urusan Heliza Helmi Production (HHP), Heliza Helmi yang dikatakan sedang bermasam muka, Zul memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyanyi tersebut.

"Saya keluar HHP lebih awal daripada Isma iaitu lebih kurang setahun lalu kerana dapat kerja yang lebih menjamin masa depan. Manakala Isma pula sudah lapan bulan keluar dari syarikat tersebut dan mengambil alih syarikat Nusanbakti.

"Kami keluar dengan rela hati dan bukan kerana sebarang salah faham. Hubungan kami dengan Heliza juga masih baik dan kami masih bertegur sapa," katanya.

Zul turut menganggap mereka tidak mempunyai jodoh yang panjang di syarikat tersebut dan mahu beralih angin di tempat yang baru.

google: isma af7, isma af7 facebook, isma af7 blog, isma af7 twitter, isma af7 myspace, isma af7 terkini, isma af7 2011, isma af7 gugur, isma af7 keguguran, isma af7 dan suami, isma af7 dan anak, gambar isma af7, isma af7 terkini terbaru, album baru isma af7, lagu baru isma af7, single terbaru isma af7

Hidup Yasin Lebih Stabil

Posted: 03 May 2011 08:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas vokalis kumpulan nasyid Brothers, Muhammad Yasin Sulaiman, 37, atau Yasin masih bergiat aktif dalam bidang seni walaupun tidak banyak publisiti mengenainya diperkatakan kebelakangan ini.

Kata Yasin, dia kini lebih selesa menumpukan perhatian pada kerja-kerja belakang tabir sebagai komposer dan penerbit lagu.

"Saya masih aktif dalam bidang seni cuma tiada publisiti sahaja tentang saya. Realitinya, saya masih memenuhi pelbagai undangan nyanyian di majlis-majlis makan malam dan korporat.

"Bagaimanapun, saya selesa dengan kerja-kerja belakang tabir yang menjadi keutamaan sekarang. Saya banyak menghasilkan "jingles" dan lagu tema untuk program televisyen, drama atau filem," katanya.

Ditanya pula tentang perkembangan kerjaya nyanyiannya, penyanyi lagu Mimpi Laila berkata:

"Dalam masa terdekat, saya akan mengeluarkan "single" terbaru yang berjudul Takbir Cinta berduet dengan Amy Search. Ia sebuah lagu ketuhanan yang berkonsepkan world music."

Sementara itu, Yasin yang pernah dikatakan mengalami masalah peribadi beberapa tahun lalu berkata, dia kini menjalani kehidupan yang lebih baik dan stabil.

"Itu cerita lama. Alhamdulillah, kehidupan saya berjalan dengan baik sekarang. Tiada apa-apa masalah, semuanya stabil dan okay," katanya yang turut berduet dengan aktres Tiz Zaqyah untuk lagu tema filem Nur Kasih The Movie.

google: yasin, yasin facebook, yasin blog, yasin twitter, yasin terkini terbaru, single terbaru yasin, album baru yasin, cerita yasin 2011, yasin 2011, 

'Ampunkan Aku Mak' Sempena Hari Ibu Di TV2

Posted: 03 May 2011 08:29 AM PDT

PETALING JAYA: Sempena sambutan Hari Ibu pada 8 Mei depan, RTM mengambil kesempatan untuk menyediakan slot menarik sempena sambutan itu dengan menyediakan rancangan-rancangan menarik di TV2.

Sebuah drama Melayu diterbitkan khas sempena Hari Ibu bakal keudara berjudul Ampunkan Aku Mak mulai 6 Mei 2011, pukul 10.00 malam menerusi Slot Citra di TV2.

Dengan yang membariskan pelakon wanita Fadzilah Mansor, Qazem Nor, Melisa Saila, Raja Azri, Maya Matahari, Mahyon Ismail dan Delimawati drama itu membawa mesej penuh keinsafan dan berguna.

Ia mengisahkan Mariam, seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak.

Ketika anak-anaknya masih kecil sehinggalah meningkat remaja dan dewasa, Mariam adalah insan yang berusaha membesarkan anak-anaknya tanpa mengira penat lelah sewaktu membersarkan mereka.

Namun Mariam merasakan dirinya disisihkan anak-anak, menantu dan cucunya yang kini tinggal berjauhan dengannya.

Berlaku satu insiden yang menyebabkan Mariam dikejarkan ke hospital dan disahkan koma.

Ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri, Mariam bagaikan dibawa ke dunia silamnya dengan memaparkan satu persatu perjalanan hidupnya ketika mudanya.

Sebaik tersedar dari koma, Mariam dikelilingi anak, menantu dan cucunya. Mariam menangis kesal dengan perbuatannya yang lalu.

Saksikan Ampunkan Aku Mak sebuah drama menarik yang menyentuh perasaan pastinya memberi kesan mendalam buat tontonan umum dihidangkan khas sempena Hari Ibu mulai 6 Mei 2011, bermula pukul 10.00 malam menerusi slot Citra hanya di saluran TV2.

google: melisa saila, melisa saila facebook, melisa saila blog, melisa saila twitter, melisa saila dan anak, melisa saila dan keluarga, melisa saila seksi, melisa saila terkini terbaru, gambar melisa saila terbaru terkini, berita melisa saila,