Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Posted: 20 May 2011 08:50 PM PDT Oblivious musim ke-2 di 8TV! TARIKH SIARAN: 20 MEI 2011 Ini bukan rancangan 'prank'. Ini merupakan sebuah rancangan 'game show' yang penuh inovatif di mana perserta-peserta dalam rancangan ini tidak menyedari bahawa mereka berada di dalam sebuah rancangan 'gameshow'. Ya, segalanya boleh berlaku dalam OBLIVIOUS yang menemui anda untuk musim ke-2 di 8TV! OBLIVIOUS merupakan sebuah 'game show' yang mengandungi kamera tersorok untuk merakamkan aksi-aksi peserta. Peserta akan dipilih secara rawak oleh pengacara program ini dan mereka akan diberi lima soalan trivia atau satu tugasan mudah yang perlu diselesaikan. Peserta yang berjaya menjawab soalan-soalan ini dengan betul dan dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan akan memenangi wang tunai bernilai $20! Salah satu segmen dalam rancangan ini, menyaksikan peserta akan diberi masa untuk menjawab soalan sebanyak yang mungkin dalam masa 60 saat. Sekali lagi, mereka akan memenangi wang tunai bernilai $20 untuk setiap jawapan yang betul. Di akhir permainan ini, mereka akan berpeluang menerima wang tunai bernilai $100 sekiranya dapat menjawab soalan bonus dengan tepat! Dalam segmen "lighting round", peserta harus bertukar peranan iaitu peserta harus berlakon sebagai pengacara dan menyoal orang awam dengan 5 soalan trivia. Untuk setiap soalan yang berjaya dijawab dengan tepat, mereka akan menerima $20 sekaligus membolehkan si 'pengacara' tadi menerima $100! Permainan ini mudah dan sangat melucukan. Soalan-soalan trivia dari budaya pop dan seni hingga ke soalan politik dan hiburan diajukan oleh pengacara OBLIVIOUS Regan Burns kepada peserta. Peserta yang dapat memberikan jawapan yang tepat bakal memenangi hadiah! Mudah bukan? "Lawak spontan dari Regan Burns dan peserta-peserta ini pasti membuat anda ketawa tanpa henti. Apa yang lebih mengujakan, orang ramai yang menyertai rancangan ini kelihatan 'sporting' dan selamba tanpa ada yang tersinggung," ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7 OBLIVIOUS akan disiarkan di 8TV setiap Khamis jam 11.00 malam bermula 20 Mei 2011. Pastikan anda sekeluarga menonton aksi-aksi spontan dalam OBLIVIOUS yang cukup menghiburkan! Siaran 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708 atau layari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my untuk menonton rancangan kegemaran anda! Tags: 8TV, akan, bakal, berjaya, budaya, dapat, game show, hadiah, henti, hiburan, ketawa, lawak, Musim, pasti, permainan, rawak, regan burns, sangat, sekaligus, tadi Tags: 8TV, ObliviousClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Vue Palace Hotel Bandung Selangkah Menuju Pasar Baru Posted: 20 May 2011 07:49 PM PDT VUE PALACE HOTEL BANDUNG :SELANGKAH MENUJU PASAR BARU Dalam satu hari sahaja, Lapangan Terbang Antarabangsa Hussein Sastra Negara di Bandung menerima kunjungan daripada pelbagai pesawat syarikat penerbangan serantau dan di antara pengunjung Bandung yang paling ramai adalah rakyat Malaysia. Dengan perbezaan jarak sebanyak dua jam (melalui udara) sahaja di antara Bandung dan Kuala Lumpur, tidak hairanlah sekiranya kota yang digelar Paris kepulauan Jawa ini menjadi salah satu tujuan popular pelancong untuk membeli-belah serta bersiar-siar. Pelancong Malaysia yang datang ke Bandung tidak lengkap rasanya kalau tidak berbelanja di Pasar Baru serta factory outlet pakaian dan aksesori berjenama tinggi di sekitar kota. Untuk itu, Vue Palace Hotel merupakan lokasi penginapan yang paling sesuai kerana kedudukannya yang hanya beberapa langkah sahaja dari Pasar Baru bagi mereka yang inginkan tempat bermalam terdekat dengan pasar tersebut. Lokasi yang strategik di daerah ring 1 kota Bandung, serta kedudukannya yang benar-benar di depan Rumah Dinas Gubernur Jawa Barat menjadikannya pilihan terbaik buat mereka yang ingin makan angin di Bandung. Untuk menuju ke Pasar Baru, para tamu Vue Palace Hotel hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit sahaja kerana kedudukannya yang terlalu dekat. Demi membeli oleh – oleh dari kedai-kedai ternama lain di Bandung seperti Kartika Sari pula, para tamu tidak perlu berjalan terlalu jauh kerana ia juga sangat dekat dengan hotel. Vue Palace Hotel juga amat sesuai buat para usahawan yang mahu ke Bandung atas urusan perniagaan kerana hotel ini memiliki kemudahan seperti bilik mesyuarat, dewan dan macam-macam lagi. Tidak lupa juga Sauna , Spa, pusat kesihatan (fitness center), serta kolam renang buat mereka yang ingin bersenam dan beriyadah. Seperti hotel lain juga, tidak lengkap sekiranya tiada tempat untuk menjamu selera dan untuk itu bersantailah di Coffee Shop serta restoran yang tersedia. WIFI percuma juga ada terdapat di dalam semua bilik hotel yang turut dilengkapi dengan bilik air berserta tab mandi. Selain daripada itu, Vue Palace juga memberikan kemudahan menjemput dan menghantar (airport transfer) ke lapangan terbang Bandung. Oleh itu, Vue Palace Hotel merupakan hotel yang paling sesuai buat anda yang mencari kemudahan dalam bersiar-siar di Bandung! VUE PALACE HOTEL Tags: aksesori, Alam, Bandung, datang ke, gubernur jawa barat, hotel, hotel bandung, indonesia, kalau tidak, Kartika, ke pasar, kota bandung, kuala lumpur, lapangan terbang, lokasi, macam macam, makan angin, Malay, malaysia, mesyuarat, pakaian, pasar baru, penginapan, percuma, perniagaan, popular, renang, sahaja, selera, shamshiri, syarikat penerbangan, usahawan, Vue Palace Tags: Travel, Alam, Bandung, hotel, Indonesia, Kartika, Kuala Lumpur, lokasi, Malay, Malaysia, pakaian, percuma, popular, Vue PalaceClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |