Adsense

Jumaat, 20 Mei 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Nazim Belum Terdesak Berlakon Filem

Posted: 19 May 2011 10:08 PM PDT


KUALA LUMPUR: Biarpun rezeki dalam bidang lakonan semakin bertambah, pelakon Nazim Othman, 27, belum terdesak untuk muncul di layar lebar.

Bagi pelakon yang semakin dikenali selepas muncul dalam drama Begitukah Cinta ini, dia mahu memastikan dirinya betul-betul stabil dan berjaya sebagai pelakon drama terlebih dahulu sebelum terjun ke dunia perfileman.

"Saya ada menerima tawaran berlakon filem tetapi watak dan jalan cerita filem tersebut agak longgar.

"Saya tidak kisah sekiranya ditawarkan watak pembantu asalkan watak itu mempunyai karakter untuk membantu perjalanan cerita dan mampu dibawakan oleh saya," katanya ketika ditemui di Restoran Muhibbah, Sungai Penchala, di sini, Rabu lalu.

Nazim akui sejak memegang watak utama dalam drama Begitukah Cinta, namanya semakin melonjak naik dan tawaran berlakon tidak pernah putus.

"Alhamdulillah, bermula Oktober tahun lalu sehingga sekarang, rezeki saya tidak pernah putus. Selepas selesai sebuah drama, drama lain pula yang menyusul.

"Malah saya terpaksa menolak beberapa tawaran lain disebabkan pertembungan jadual kerja. Saya juga semakin mendapat kepercayaan penerbit dan pengarah," ujarnya yang pernah bergelar seorang pramugara MAS pada tahun 2003 hingga 2008.

Menyentuh tentang drama terbarunya, pemuda berasal dari Skudai, Johor ini sedang sibuk dengan penggambaran drama Siapa Jem? yang bakal disiarkan di Astro Ria (saluran 104) pada setiap Isnin, bermula 6 Jun depan.

Untuk episod pertama, drama 13 episod ini akan ditayangkan pada pukul 9.30 malam manakala untuk episod yang seterusnya akan bermula pada jam 9 malam.

Drama arahan Samby Dinesh ini turut dilakonkan oleh Jazzy Rashid, Miera Liyana, Siti Elizad Saifuddin, Sherry Abdullah, Mazlan Mokhtar, Qazim Nor, Datin Noniswara Baharudin dan Radhi Khalid.

Dia melakonkan watak Amerizal iaitu seorang wartawan muda yang sedang mengintip sepasang selebriti yang dikatakan mempunyai skandal. Amerizal bertembung dengan Jem (Jazzy) sehingga menyebabkan tugasnya terbengkalai.

Aaron Aziz Jadi Umpan Dalam 'Badai Semalam'

Posted: 19 May 2011 10:07 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon kacak berasal dari Singapura, Aaron Aziz dijadikan umpan untuk teater Badai Semalam yang akan dipentaskan pada 11 hingga 20 November depan di Istana Budaya ini dibawa ke Singapura.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, pihak Esplanade Singapura telah bertanyakan tentang teater tersebut untuk dipentaskan di sana.

"Ini kali pertama pihak Esplanade bertanya tentang teater untuk dipentaskan di negara itu. Jadi saya harap pemilihan Aaron sebagai pelakon utama dapat memancing khalayak di sana.

"Saya percaya dia mampu memegang watak Karim dengan baik kerana ini merupakan teater keduanya selepas Natrah lalu," katanya ketika ditemui pada sidang media Badai Semalam, di Istana Budaya, Khamis.

Majlis tersebut turut diserikan dengan barisan pelakon-pelakon Badai Semalam iaitu Erra Fazira, Umie Aida, Fizz Fairuz dan Ziela Jalil.

Sementara itu, Aaron berkata teater ini adalah cabaran paling besar buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.

"Secara jujurnya, saya sangat takut kerana ini kali pertama saya bawa watak utama dalam teater, ketika Natrah, saya hanya memegang watak kecil sahaja.

"Selain itu saya dapat rasakan tekanan apabila akan membawa dua nama negara iaitu Malaysia dan Singapura, sudah tentu jangkaan penonton lebih tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Aaron menganggap dirinya belum bersedia untuk berhadapan cabaran sebagai pelakon teater itu kerana jadual kerja yang padat.

"Saya terlalu banyak komitmen terhadap drama dan telefilem, pada bulan November nanti pula saya ada penggambaran drama dengan TV3.

"Jadual memang padat, siang saya ke lokasi penggambaran manakala malam teater. Saya tidak dapat bayangkan keadaannya nanti," ujarnya.

Selain itu, dia mengakui banyak perkara yang bermain di fikirannya tentang teater itu.

"Saya sangat risau, sebab saya masih banyak kelemahan dalam lakonan jika dibandingkan dengan pelakon teater yang lain.

"Saya juga tidak pandai menyanyi dan menari seperti mana yang dimahukan pada setiap teater. Tapi Insya-Allah dengan kepercayaan yang diberi, saya akan cuba buat yang terbaik," katanya.

Badai Semalam karya Khadijah Hashim pernah menjadi buku teks pelajar aliran sastera di sekolah menengah bermula pada tahun 1968.

'Kontroversi Buat Jailani Jadi Romantik' - Raja Azmi

Posted: 19 May 2011 10:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman menjelaskan hubungan dia dengan suami, Jailani Sidek bertambah akrab selepas kontroversi membabitkannya dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim.

Kata Raja Azmi, suaminya yang selama ini serius bertukar menjadi lelaki romantik sering mengambil berat serta kerap kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kata-kata sayang.

"Saya rasa ada hikmahnya apabila melalui kes (tuduhan berkhalwat) ini kerana suami saya selalu ambil berat dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya setiap hari.

"Kadangkala saya rasa geli hati dan aneh apabila suami kerap menghantar SMS I love you dan I miss you," kata penerbit filem … Dalam Botol ini.


Raja Azmi menitiskan air mata apabila keputusan kes khalwatnya dengan Roslin ditangguhkan ke 20 Jun ini.
Katanya lagi, insiden tersebut bukan sahaja mengeratkan lagi hubungannya dalam rumah tangga malah Raja Azmi menganggap ia sebagai balasan untuk membersihkan kesilapan silamnya.

"Saya rasa mungkin Allah mahu memberikan balasan atas setiap kesilapan yang saya lakukan sebelum ini.

"Saya akui saya banyak melakukan dosa kepada Allah dan berharap ujian ini mampu mengurangkan dosa lalu," katanya dalam nada tenang.

Pada Khamis, Raja Azmi menitiskan air mata gara-gara pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) menanggungkan keputusan pada 20 Jun depan bagi mengetahui sama ada dia benar-benar berkhalwat atau tidak dengan Roslin.

Dia agak kecewa apabila dimaklumkan, pegawai yang mengendalikan kes berkenaan bercuti ketika hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jawi di sini untuk mengetahui keputusan itu..

Raja Azmi hadir bersama suaminya yang bertindak sebagai saksi dan Roslin bimbang jika keputusan itu masih tertangguh, ia akan menimbulkan banyak keaiban melibatkan ramai pihak.

Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.

Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.

'Duka Selepas Kematian Ibu' - Siti Elizad

Posted: 19 May 2011 10:06 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Siti Elizad Saifuddin, 27, berjaya mengembalikan keceriaan hidupnya selepas berduka akibat kematian ibu tersayang, Nazariah Mohd Salleh, 62, sebulan lalu.

Ibunya meninggal dunia pada 4 April lalu akibat mengidap Parkinson serta komplikasi darah tinggi dan kencing manis.

Pelakon filem Berlari Ke Langit dan Gangster ini mengakui sepanjang dua tahun lalu dia menyepi seketika dari industri seni kerana memberi fokus untuk menjaga ibunya yang sedang sakit.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, dia mula terbuka hati untuk berlakon atas galakan arwah ibunya dan muncul dalam drama Cinta Antara Kita yang telah disiarkan di TV3.

"Selepas mama meninggal dunia, timbullah rasa terkilan kerana tidak menjaganya dengan baik disebabkan sibuk dengan penggambaran.

"Bagaimanapun, apabila difikirkan semula dan sokongan abang-abang saya, saya tak perlu terlalu mengikut perasaan dan reda dengan takdir," katanya.

Dengan semangat baru, Elizad kembali aktif dalam bidang lakonan dan memulakan penggambaran drama Siapa Jem? pada 12 Mei lalu.

"Alhamdulillah, sekarang saya sudah boleh bergaul dengan orang lain dan memikirkan tentang masa depan.

"Kalau dulu saya selalu nampak murung sebab memikirkan penyakit mama. Tetapi sekarang badan pun dah naik sebab sudah berselera untuk makan. Saya juga merasakan setiap perkara yang dilakukan sentiasa diiringi oleh doa arwah mama," ujarnya lagi.

Biarpun dia gagal menunaikan hajat arwah ibunya untuk melihat dia mendirikan rumah tangga, Elizad yakin masanya akan tiba suatu hari nanti.

Dia pernah bercinta selama 11 tahun dengan seorang jejaka namun hasrat untuk berkahwin tidak kesampaian setelah hubungan itu putus, setelah dia lebih menumpukan kepada kesihatan arwah ibunya.

Kini, Elizad kembali solo dan mahu menumpukan kariernya dan tidak mungkin bercinta semula dengan bekas kekasihnya sebaliknya selesa menjadi kawan sahaja.

google: siti elizad, siti elizad facebook, siti elizad blog, siti elizad twitter, siti elizad myspace, siti elizad bogel, siti elizad 2011, siti elizad seksi, siti elizad hot, buah dada siti elizad, gambar terbaru terkini siti elizad, teman lelaki siti elizad, boyfriend siti elizad, drama siti elizad, siti elizad profil, siti elizad bio, siti elizad biodata,

Jazzy Rashid Bintang Utama 'Siapa Jem'?

Posted: 19 May 2011 03:33 AM PDT


KUALA LUMPUR: Baru sahaja muncul dalam sebuah filem iaitu Ratu The Movie, Jazzy Rashid, 24, ditawar berlakon watak utama sebagai Jamilah atau Jem dalam drama Siapa Jem?.

Malah pihak Astro meletakkan harapan yang besar kepada Jazzy untuk berjaya seperti Scha Al-Yahya yang mula mencipta nama menerusi drama Awan Dania.

Drama tersebut akan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) mulai 6 Jun ini, setiap Isnin, pukul 9.30 malam untuk episod pertama manakala bagi episod seterusnya akan bermula pukul 9 malam.

Drama bersiri 13 episod arahan Samby Dinesh ini turut dilakonkan oleh Nazim Othman, Miera Liyana, Siti Elizad Saifudin, Sherry Abdullah, Mazlan Mokhtar, Qazim Nor, Datin Noniswara Baharudin dan Radhi Khalid.

"Saya tidak menyangka terus diberi peluang melakonkan watak utama dalam drama pertama saya ini. Jadi, saya merasakan ia merupakan peluang yang baik sebagai pelakon baru untuk meneruskan cita-cita saya untuk ceburi bidang seni.


Barisan para pelakon Siapa Jem?
"Apabila pengarah dan pihak produksi meletakkan harapan yang besar untuk menjadikan saya sebagai bintang, saya rasa ia seperti tanggungjawab yang besar kerana mereka telah meletakkan harapan yang tinggi," katanya semasa pelancaran Siapa Jem? di Restoran Muhibah, Sungai Penchala, di sini, Rabu.

Tambahnya yang turut berlakon dalam telefilem Panggilan Arwah: "Saya akan cuba merealisasikan tanggungjawab ini dengan baik. Lagipun, saya mempunyai impian sendiri untuk terus kekal dalam industri ini.

"Saya amat berterima kasih kepada pengarah filem Ratu The Movie, Prof Madya A. Razak Mohaideen dan Samby. Sepanjang 11 hari menjalani penggambaran drama Siapa Jem?, saya semakin selesa berlakon kerana Samby banyak menolong saya tentang selok-belok berlakon."

Sebelum itu, dia telah mempunyai asas tentang dunia lakonan setelah menyertai bengkel lakonan selama dua minggu yang dianjurkan oleh Razak sebelum berlakon Ratu The Movie.

Pelajar jurusan perakaunan di sebuah kolej di ibu kota ini akan cuba merealisasikan minatnya untuk mencuba pelbagai watak bersesuaian dengan karakternya serta menceburi bidang pengacaraan.

Anak kedua dari tiga beradik dari Pasir Gudang, Johor ini juga berharap penonton dapat menghargai bakat lakonannya dan dia percaya bakat seninya mampu diasah secara berperingkat.

google: jazzy rashid, jazzy rashid facebook., jazzy rashid blog, jazzy rashid twitter, jazzy rashid myspace, jazzy rashid seksi, jazzy rashid bogel, buah dada jazzy rashid, jazzy rashid 2011, jazzy rashid profil, biodata jazzy rashid, terkini terbaru jazzy rashid, gambar terbaru terkini jazzy rashid, drama jazzy rashid, lakonan jazzy rashid, foto jazzy rashid, jazzy rashid putih gebu

Fedtri Yahya Bakal Nikah Guru Selepas Berjumpa Di Masjid

Posted: 19 May 2011 03:31 AM PDT


PETALING JAYA: Selepas enam bulan berkenalan sejak bertemu di sebuah masjid, pengacara Malaysia Hari Ini dan penulis lirik Fedtri Yahya, 30, bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang guru, Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua bakal mempelai akan diraikan pada dua majlis sederhana bertemakan tradisional pada tarikh berkenaan di sebelah perempuan manakala pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak.

"Majlis akan diadakan secara sederhana sahaja dengan tema Sekolah Pondok di Kelantan, manakala sebelah saya bertemakan Manisnya Ukhwah.

"Kedua-dua majlis akan dibantu oleh keluarga dan sahabat handai sahaja dan saya mahu mengekalkan identiti orang kampung dalam majlis tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Fedtri, mereka tidak melakukan acara pertunangan mengikut adat sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

"Secara adat memang kami tidak melakukan sebarang acara pertunangan, tapi jika dihayati dengan betul pertunangan adalah ikatan perjanjian antara dua pihak," ujarnya.

Bercerita tentang perkenalan pasangan ini, Fedtri memberitahu dia terpikat dengan perwatakan dan ciri wanita solehah yang ada pada Nurul Anati.

"Saya sebenarnya tidak terfikir untuk berkahwin pada tahun ini tapi selepas berjumpa Nurul enam bulan lalu hati saya terus terbuka untuk berumah tangga.

"Saya mengenali dia di Masjid Taman Tun Dr Ismail ketika penggambaran program Dari Masjid ke Masjid. Dia antara peserta yang menyertai program yang kami anjurkan di masjid tersebut," katanya.

Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.

Katanya, Nurul merupakan wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihannya dan memahami kerjayanya dalam bidang ini.

"Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan persoalan yang remeh temeh," katanya.

Minyak Wangi Dicipta Khas Kerana Faizal Tahir

Posted: 19 May 2011 03:30 AM PDT


SHAH ALAM: Penyanyi Faizal Tahir menganggap tawaran menjadi jurucakap kepada produk minyak wangi SG Men adalah satu penghargaan buat dirinya.

Kata Faizal, syarikat pengeluar barangan kosmetik tersebut telah menghasilkan dua jenis minyak wangi bersesuaian dengan imejnya sebagai penyanyi rock.

"Dua tahun lepas mereka sudah tawarkan saya untuk jadi jurucakap produk keluaran syarikat mereka tapi ketika itu saya menolak kerana tidak bersesuaian dengan imej saya dan tempat itu digantikan dengan Mawi.

"Dan kali ini mereka tawarkan lagi peluang dengan menghasilkan khas minyak wangi yang bersesuaian dengan imej saya. Saya rasa itu adalah penghargaan buat saya," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Produk Silky Girl dan Silky Men, di sini, Rabu.

Selain Faizal Tahir, Stacy juga turut dilantik sebagai jurucakap produk berkenaan untuk wanita iaitu Silky Girl.

Tambah Faizal sebelum ini banyak tawaran sebagai jurucakap produk diterimanya namun terpaksa ditolak berikutan tiada kepentingan untuk diri dan kerjayanya sebagai artis.

"Saya memang memilih produk sesuai yang mana ia boleh membantu atau berkepentingan dengan imej saya.

"Seperti kempen minum susu bersama Dutch Lady yang saya sertai, saya setuju sebab saya dan keluarga memang kuat minum susu," katanya yang juga duta kepada produk pakaian jenama Superman.

Ketika ditanya kepentingan seorang selebriti menjadi jurucakap kepada sesebuah produk, kata Faizal ia adalah melambangkan kredibiliti seseorang artis tersebut.

"Bagi saya menjadi duta atau jurucakap produk adalah satu bonus kepada seorang artis.

"Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan sesebuah syarikat untuk meletakan kepercayaan mereka kepada kita," katanya.

Dalam perkembangan lain, Faizal memberitahu dia kini sedang sibuk menyiapkan dua album terbaru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

"Saya dalam proses menyiapkan album ketiga yang mana ada dua album dengan 20 buah lagu. Ini merupakan hasil kerjasama dengan Audi Mok, tapi kelainannya adalah kedua-dua album itu adalah berlainan konsep," ujarnya.

Raja Azmi Menangis Gara-Gara Kes Tangguh

Posted: 19 May 2011 03:29 AM PDT


KUALA LUMPUR: Penerbit filem …Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman menitiskan air mata gara-gara keputusan sama ada dia melakukan khalwat atau tidak dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim ditangguhkan pada 20 Jun depan.

Dia agak kecewa apabila dimaklumkan pegawai yang mengendalikan kes berkenaan bercuti ketika hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, Khamis.

Raja Azmi yang hadir bersama suaminya Jailani Sidek yang bertindak sebagai saksi dan Roslin bimbang jika keputusan itu masih tertangguh, ia akan menimbulkan banyak keaiban melibatkan ramai pihak.

"Saya teruja untuk mengetahui keputusan pada hari ini (Khamis) kerana saya yakin (tidak berkhalwat) dan saya tahu Allah akan berpihak kepada orang yang teraniaya seperti saya. Saya sangat sedih dan betapa seksa dianiaya sebegini.

"Saya harap dapat bebas daripada prasangka buruk masyarakat dan fitnah ini tetapi akhirnya saya masih dirundung dengan bebanan," ujarnya lagi yang tidak dapat menahan sebaknya.

Raja Azmi juga terlalu berharap untuk menyelesaikan kes berkenaan seberapa segera untuk memudahkan dia mengambil tindakan dengan menyaman beberapa pihak termasuk bekas isteri Roslin iaitu Norhayati Othman (Yati).

"Saya rasa teraniaya selagi pihak Jawi tidak mengeluarkan surat hitam putih yang mengatakan kami tidak berkhalwat kerana perkara ini akan menimbulkan pelbagai prasangka orang ramai terhadap saya dan Roslin," kata Raja Azmi.

Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.

Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.

Pada 20 Ogos tahun yang sama, Raja Azmi ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini kerana kegagalannya untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.

Bantahan Anuar Zain Diputuskan Isnin Depan

Posted: 19 May 2011 03:29 AM PDT


KUALA LUMPUR: Bantahan yang dikemukakan oleh penyanyi popular, Anuar Zain (gambar) terhadap bekas syarikat rakamannya, Synchrosound Records Label Music Sdn Bhd (Synchrosound) berhubung isu penolakan kos dalam kes tafsiran royalti akan diputuskan Isnin depan.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Mahkamah Tinggi di sini, Nurul Nazdia Abdul Aziz selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak pada Khamis.

Pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar itu, penyanyi lagu Sedetik Lebih tersebut diwakili oleh peguam Aizul Rohan Anuar manakala peguam Max Yong mewakili Synchrosound.

Ketika ditemui, Aizul Rohan memberitahu, pihaknya membantah isu penolakan kos seperti kos produksi untuk menerbitkan album kerana perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan pada prosiding terdahulu.

Tambah beliau, isu berkenaan juga tidak terkandung di dalam kontrak perjanjian antara Anuar dan Synchrosound mahupun dinyatakan pada dokumen pembelaan syarikat berkenaan.

"Kami juga berpendapat isu penolakan kos sudah diambil kira terlebih dahulu oleh syarikat rakaman sebelum menentukan royalti yang patut diterima oleh seseorang artis," katanya.

Aizul Rohan juga memberitahu, sekiranya bantahan tersebut diterima oleh mahkamah, kes tersebut berkemungkinan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Saya tidak dimaklumkan mengenai saksi lain yang mahu dikemukakan oleh Synchrosound. Jika tiada isu penolakan, kes akan ditutup.

"Bagaimanapun, jika mahkamah menolak bantahan kami, penolakan kos akan dibicarakan dan Synchrosound akan memanggil akauntan syarikat sebagai saksi," katanya.

Anuar hadir di mahkamah pada hari ini bersama pengurusnya, Rohila Tahir.

Prosiding tafsiran ganti rugi royalti tertunggak diadakan selepas Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Annuar Zain, 41, berjaya dalam kes tuntutan saman balas bagi menuntut bayaran royalti daripada Synchrosound.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Dr Prasad Sandosham Abraham pada 14 Mei 2010 yang turut memerintahkan Synchrosound membayar kos dan faedah sebanyak lapan peratus ke atas jumlah royalti setahun bermula Jun 2006 kepada Anuar.

Penyanyi itu memfailkan tuntutan balas dan pembelaan pada 20 Jun 2006 setelah beliau di saman oleh Synchrosound pada 21 April tahun yang sama.

Synchrosound dalam samannya, mendakwa penyanyi itu memungkiri perjanjian apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga buah album lagi dengan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, pada 27 Disember 2007, Penolong Kanan Pendaftar, Siti Aishah Ab. Rashid telah membatalkan tuntutan Synchrosound tersebut.

Dalam tuntutan balasnya, Anuar mendakwa, beliau dan Synchrosound seharusnya merakam dan mengeluarkan sebuah album sahaja tetapi syarikat itu telah melibatkannya dalam lebih daripada dua buah album.

Bagaimanapun, dakwanya, syarikat itu tidak pernah memberikan sebarang butiran atau penyata mengenai penjualan album-album tersebut seperti yang dikehendaki dalam perjanjian.