Adsense

Jumaat, 20 Mei 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Cabaran Imam Muda 2

Posted:

Cabaran Imam Muda 2

Cabaran Imam Muda 2


PESERTA Imam Muda 2 disarankan mampu menguasai Bahasa Inggeris dan Arab dengan baik.


BUKAN mudah untuk mengekalkan nama dan standard yang ditinggalkan selepas Imam Muda musim pertama mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Malah, program terbitan Astro Oasis itu juga mendapat perhatian masyarakat luar yang tertarik dengan intipati serta kandungan program berunsur keagamaan itu.

Apabila memasuki musim kedua, sudah pasti ramai yang mengharapkan Imam Muda 2 lebih baik daripada yang pertama. Ketika mengikuti rakaman program itu baru-baru ini, Mudir Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz atau Ustaz Hassan memberitahu, Imam Muda 2 lebih baik jika peserta boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Arab dengan baik.

Jelasnya, program yang mendapat perhatian di peringkat global itu seharusnya mengambil kesempatan yang ada untuk meluaskan lagi dakwah, jika diperingkat global sudah tentu Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama.

"Kalau menyebut tentang penambah baikkan, rasanya perlunya ada kelas Bahasa Inggeris dan Arab kerana bagi saya masih ramai peserta yang lemah dua bahasa ini sedangkan, jika mahu meluaskan lagi dakwah dan ilmu, dua bahasa ini sangat penting.

"Jika mereka boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik saya yakin, mereka boleh mendekatkan diri dengan pelbagai peringkat usia dan bangsa dengan lebih baik lagi," ujarnya.

Setiap minggu peserta akan diberikan satu tema dan mereka harus turun padang untuk melakukan latihan praktikal serta menjalani ujian bertulis serta berhujah. Markah akan dikumpulkan dan tiga peserta terendah akan dipanggil, salah seorang daripada tiga peserta akan disingkirkan dengan kuasa Mudir.

Tema yang dipilih adalah masalah serta gejala yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Setiap tema yang dipilih merupakan tema baru yang tidak pernah dilakukan ketika musim pertama.

"Setakat ini apa yang saya lihat, semua peserta melakukan latihan praktikal dengan baik, cuma apa yang kita harapkan bukan sekadar mencari juara Imam Muda tetapi pengisian yang ada harap diterima juga oleh penonton kerana tujuan utama program ini diadakan untuk menyebarkan dakwah," balasnya.

Nazrul timba ilmu

Kosmo! sempat mengikuti mereka turun padang di sekitar Chow Kit untuk tema Krisis Identiti yang akan disiarkan malam ini dan pelbagai perkara dikongsikan bersama dengan tiga peserta Imam Muda iaitu Hassan, Nazrul dan Najdi.

Imam Muda Nazrul atau nama sebenarnya Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, menjelaskan tujuan utama dia menyertai program ini adalah untuk menambah ilmu di dada kerana proses pembelajaran selama tiga bulan dalam Imam Muda sama seperti mengikuti pengajian di pusat pengajian tinggi.

"Kami semua bertuah kerana terpilih, bukan untuk menjadi juara sebaliknya menimba ilmu. Jika di pusat pengajian tinggi latihan praktikal seperti ini bukan selalu diperolehi, tetapi di sini setiap minggu kami bertemu dengan kelompok yang mempunyai masalah yang berbeza.

"Satu cabaran, bagaimana kami ingin mendekati mereka sambil mendengar masalah serta membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tambahan di sini, kami turut dibantu oleh Mursyid yang sentiasa bersama kami," ujar Nazrul yang bertugas sebagai seorang guru di Perak sebelum ini.

Sambung Nazrul, tema minggu keempat iaitu Krisis Identiti dirasakan paling sukar kerana pada padangannya dia akan bertemu dengan mereka yang hidup di lorong-lorong tetapi tidak sangka pula akan bertemu dengan mak nyah yang berpendidikan tinggi.

"Mereka semua terpelajar dan bijak menyampaikan hujah dengan fakta. Jadi, bagaimana untuk kami menyampaikan hujah kepada mereka. Memang agak sukar tetapi Alhamdulillah, saya rasakan semua Imam Muda telah lakukan yang terbaik," katanya tentang tema yang akan disiarkan malam ini.

Menyentuh tentang penyakit sosial yang melanda masyarakat Malaysia hari ini terutama mereka yang beragama Islam, kata Nazrul masalah itu berlaku apabila seseorang Islam tidak mengamalkan kehidupan Islam sepenuhnya.

"Jika seseorang itu beriman, dia tidak akan lakukan sesuatu yang tidak elok. Berbeza dengan mereka yang tidak mengamalkan kehidupan Islam sepenuhnya, apabila hubungan dengan Allah tidak kuat, maka pelbagai perkara tidak elok boleh dilakukan tanpa mengira dosa," balasnya.

Hassan sedia hadapi populariti


CABARAN minggu keempat yang disiarkan pada malam ini, Imam Muda mendekati golongan individu yang mengalami krisis identiti di sekitar Kuala Lumpur.


Jika peserta lain kekok di hadapan kamera tetapi tidak bagi Imam Muda Mohd. Hassan Adli Yahaya atau Hassan kerana sebelum ini pernah menyertai sebuah lagi program realiti Islamik iaitu Akademi al-Quran musim ke-4 di TV9.

Bagaimanapun dia merupakan antara peserta yang tersingkir awal, sungguhpun begitu pengalaman yang diperolehi mematang dirinya berhadapan dengan kamera dan orang ramai.

"Saya menyertai program ini kerana ingin menimba ilmu. Walaupun saya pernah masuk program realiti yang lain, tetapi Imam Muda sebuah program yang berbeza kerana ia menyeluruh dan kami diberi pelbagai kelas untuk menambah ilmu.

"Tetapi secara tidak langsung, pengalaman yang saya ada memudahkan lagi perjalanan saya di sini. Saya masuk Imam Muda bukan ingin popular, ya, saya akui memang ramai orang yang akan kenal kami kerana program ini disiarkan di televsiyen tetapi yang penting itu niat berada di sini," ujar pemegang Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran dan Hadith) Universiti Islam Antarabangsa.

Meskipun Imam Muda sebuah program berbentuk keagamaan tetapi ia masih berorientasikan pertandingan kerana hanya seorang sahaja yang akan bergelar juara Imam Muda. Tegas Hassan, dia tidak terlalu memikirkan soal pertandingan kerana itu akan melemahkannya.

"Jangan sesekali ada niat bertanding, saya sentiasa memperbaharui niat saya berada di sini adalah untuk menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah. Saya gunakan peluang ini untuk menyebarkan ilmu yang saya ada dan sentiasa meminta pertolongan daripada Allah," katanya yang merupakan seorang pensyarah.

Najdi paling muda

Menjadi salah seorang peserta paling muda dalam Imam Muda bukanlah penghalang buat peserta asal Selangor, Wan Najdi Wan Mohd Noh, 19, untuk bersaing dengan peserta yang lebuh berusia daripadanya.

Meskipun begitu, disebabkan faktor usia, Najdi sering dilayan seperti adik bongsu oleh peserta-peserta yang lain, malah, pertuturannya yang tidak berlapik juga membezakannya dengan peserta yang lain.

"Saya rasa umur yang muda bukan satu masalah yang besar kerana saya cuba belajar sebaik mungkin di kelas dan daripada abang-abang dalam Imam Muda ini. Saya akui saya masih muda dan tidak mempunyai pengalaman luas seperti mereka, mungkin saya yang paling banyak kekurangan berbanding 10 orang Imam Muda, tetapi saya sentiasa cuba yang terbaik," tegasnya.

Cabaran utama yang dihadapi sepanjang berada dalam program tersebut akui Najdi adalah dirinya sendiri selain mengaku dirinya yang paling lemah.

"Saya sudah set minda saya supaya jangan terlalu fikirkan benda yang lain tetapi bila kita sendiri rasa diri paling tercorot, automatik, mood itu hilang menyebabkan fokus untuk belajar juga hilang. Apa pun saya akan cuba yang terbaik," balasnya.

Mengakui penat dek jadual yang padat, Najdi bersyukur kerana dikelilingi oleh mereka yang mengambil berat akan dirinya. Jelasnya seluruh tenaga produksi serta peserta Imam Muda ibarat keluarganya kini.

"Saya mempunyai masa yang seronok dalam Imam Muda walaupun penat, itu saya tidak boleh tipu kerana sering terkejar-kejar dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Kamu tinggal bersama sudah seperti keluarga.

"Kalau bercakap soal glamor, itu perkara nombor dua. Saya pasti semua orang akan cakap perkara yang sama iaitu masuk Imam Muda untuk tuntut ilmu, saya begitu juga selain itu, saya rasa Imam Muda adalah lapangan terbaik untuk saya tingkatkan diri ketika berhadapan dengan orang ramai," luahnya.

Najdi yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan itu berharap selepas program Imam Muda tamat, dia akan menyambung pelajarannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya mahupun Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Saya ingin sambung belajar lagi selepas ini, walaupun saya tahu kami akan semakin sibuk selepas program ini tamat, pelajaran tetap diutamakan," kata anak keempat daripada tujuh adik beradik itu lagi.

Program Imam Muda bersiaran setiap Jumaat di saluran Astro Oasis, bermula 29 April 2011 dan malam ini, Imam Muda akan mendekati golongan mak nyah dalam tema Krisis Identiti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zizan Nin tenang

Posted:

Zizan Nin tenang

Zizan Nin tenang

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

KISAH panas foto dan video aksi lucah selebriti tanah air bukan lagi isu baharu untuk diperdebatkan. Malah setiap kali ia tersebar, sekelip mata sahaja ia menjadi sensasi dan mencetuskan kekecohan dalam kancah seni tempatan.

Lihat sahaja kesan negatif yang menimpa wajah-wajah ternama yang tidak berfikir panjang dengan merakamkan aksi ranjang mereka buat koleksi peribadi.

Contoh ketara ialah apabila vokalis grup Peter Pan, Ariel dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana terbabit mengedar dan merakam video hubungan seksnya bersama Cut Tari dan Luna Maya.

Jelas ia bukan tindakan bijak malah akhirnya memakan diri apabila tanpa disedari bahan-bahan itu didedahkan di internet dan di dada-dada akhbar meragut maruah mereka sebagai insan yang disanjung peminat-peminat setia selama ini.

Begitu jua dengan anak seni bernama Zizan Nin. Walaupun telah mendirikan rumah tangga awal tahun lalu, ia bukan satu imuniti buat lelaki berusia 38 tahun itu untuk tidak dihimpit kontroversi serupa.

Berdesing telinga suami kepada penyampai berita Edisi 7, Fazilah Hani Harun itu apabila diutarakan persoalan yang merentap emosinya sebagai seorang aktor yang selama ini memegang imej bersih tanpa gosip liar.

Khabar angin tentang kewujudan sebuah video yang memaparkan aksi mesranya bersama seorang lelaki kini hebat diperkatakan malah turut dikaitkan sebagai punca goyangnya mahligai perkahwinan yang baru sahaja dibina.

Sebagai seorang profesional, Zizan tidak memilih untuk berdiam diri dan mengelak daripada diburu media bahkan menyambut baik soalan-soalan berkait isu panas itu agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya melabelkan dirinya sebagai lelaki songsang.

Kosmo!(K): Bilakah kali pertama Zizan diberitahu tentang kewujudan video tersebut?

Zizan(Z): Saya diajukan soalan berhubung video tersebut ketika saya hadir di majlis bersama peminat 14 Mei lalu.

Apakah reaksi Zizan ketika itu?

Saya tidak mengambil serius kerana mungkin ia sekadar usikan dan tidak bermakna apa-apa.

Tetapi setelah isu ini mendapat liputan meluas oleh media, adakah Zizan akan berdiam diri sahaja?

Saya terkejut apabila perkara ini tiba-tiba keluar di radio dan blog-blog hiburan tetapi saya tidak cepat melenting dan akan menunggu sehingga keadaan benar-benar memaksa saya untuk mengambil tindakan.

Adakah Zizan akan membuat laporan polis?

Tidak untuk ketika ini kerana saya tidak mengetahui kebenaran di sebalik kewujudan video tersebut dan mungkin video tersebut tidak pernah ada.

Adakah Zizan mengesyaki mana-mana individu yang cuba menimbulkan spekulasi sebegini bagi menjatuhkan karier Zizan?

Tidak tahu pula dan saya tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menyebut nama-nama tertentu. Mungkin ada segelintir yang tidak suka kepada saya tetapi apa boleh saya buat kalau orang memilih untuk tidak menyukai saya.

Pandangan Zizan sekiranya video itu benar-benar ada dan pelaku di dalam video itu mirip Zizan?

Dalam zaman berteknologi tinggi sekarang macam-macam orang boleh buat, terutamanya foto yang dipalsukan, sukar untuk kita membezakan mana satu yang betul dan yang tidak. Tetapi dalam situasi saya ia melibatkan video jadi agak sukar untuk memalsukan wajah seseorang di dalam rakaman video namun saya tidak mengatakan ia mustahil untuk dilakukan.

Kesan berita ini terhadap rumah tangga Zizan?

Sudah tentu isteri saya bertanya macam-macam dan mempersoalkan bagaimana berita sebegini boleh timbul tetapi kami masih lagi tenang dan menunggu apa yang akan terjadi selepas ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amir akhirnya tersingkir

Posted:

Amir akhirnya tersingkir

Amir akhirnya tersingkir

Oleh HARYATI KARIM


AMIR yakin dia akan kembali diundi masuk kembali ke dalam Maharaja Lawak pada minggu hadapan.


SELEPAS selamat sehingga minggu ketujuh dalam program Maharaja Lawak, akhirnya peserta yang berasal dari Kelantan, Amir yang popular dengan tag line I'm Sorry itu tersingkir.

Penyingkiran Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23, memang sudah dijangka apabila lawak yang ditampilkan dalam tema komedi senyap tidak difahami oleh penonton mahupun pihak juri, malahan dia turut memperoleh markah terendah iaitu 26 markah.

Tambahan pula, kelainan pada minggu ketujuh adalah peserta turut diberi peluang untuk mengundi keluar peserta yang mereka kehendaki. Kesemua peserta mendapat satu undi keluar, kecuali Nabil yang tidak diundi oleh sesiapapun manakala Amir dan Man masing-masing mendapat dua undi.

Meskipun menampilkan persembahan yang kurang memberangsangkan, Amir yang tidak menyangka dirinya akan tersingkir pada minggu ketujuh, bagaimanapun sudah menjangka undi masuk akan diadakan.

"Walaupun persembahan saya dianggap tidak kelakar, saya percaya orang ramai masih terhibur dengan persembahan saya. Saya membuat persediaan dan cuba memberi yang terbaik.

"Lagipun saya rasa, penonton suka dengan persembahan saya kerana mereka ketawa. Apa-apa pun, saya akur dengan keputusan ini," katanya yang ditemui selesai program tersebut yang disiarkan secara langsung dari Studio Finas, Ulu Kelang.

Tidak berada di atas pentas Maharaja Lawak bukan pengakhiran buat Amir kerana beritahunya dia telah mendapat beberapa tawaran berlakon.

"Saya mendapat panggilan yang menawarkan saya untuk berlakon, saya ingatkan tidak boleh kerana masih terikat dengan Maharaja Lawak. Sekarang sudah tersingkir, jadi bolehlah saya berlakon.

"Walaupun orang kata saya tidak kelakar dan macam-macam lagi, saya memang suka berada di atas pentas, di hadapan kamera, jadi saya akan terus menghiburkan orang walaupun bukan bersama Maharaja Lawak lagi," tuturnya dalam nada sedikit kecewa.

Pada minggu ketujuh, kumpulan Jambu telah membuat kejutan apabila mendapat markah tertinggi sebanyak 60 markah, kumpulan Jozan (58), kumpulan Sepah (54), Nabil (52), kumpulan Balas (42) dan Man mendapat (40).

Tema komedi senyap dirasakan sukar buat peserta solo berbanding peserta berkumpulan kerana rata-rata peserta solo menghadapi kesukaran untuk membuat penonton ketawa dengan persembahan mereka termasuk Nabil.

"Memang susah, saya rasa saya yang akan tersingkir minggu ini sebab persembahan agak teruk. Walaupun semasa latihan semuanya okey, tetapi semasa berada di atas pentas saya menghadapi masalah teknikal.

"Apa yang dirancang sewaktu di atas pentas tidak menjadi, ikan jerung saya lari dan bermacam-macam lagi. Saya tidak salahkan sesiapa tetapi diri saya sendiri, saya sendiri memang sudah putus asa semasa akhir persembahan," kata Nabil.

Bagaimanapun, itu tidak mematahkan semangatnya untuk bersaing pada minggu kelapan kerana merasakan program Maharaja Lawak sebagai platform terbaik untuknya memulihkan imej yang pernah tercalar sebelum ini dek kontroversi.

"Memang saya akui, program ini banyak membantu memulihkan imej saya. Bukan saya seorang tetapi medan untuk orang kenali bakat, macam Jambu, pada peringkat permulaan orang tidak kenal mereka, tetapi lihatlah sekarang mereka berada di mana. Jambu sekarang berada di kedudukan tertinggi dan saya sendiri mereka tergelak besar dengan lawak mereka," ulas Nabil lagi.

Menariknya pada minggu kelapan yang berlangsung malam ini, salah seorang peserta yang tersingkir sebelum ini iaitu Amir, Wai, Jihan, Alex, XN3 dan R2, berpeluang untuk kembali bertarung di gelanggang Maharaja Lawak menerusi undian masuk.

Undian masuk yang dibuat menerusi laman sosial Facebook Maharaja Lawak bermula sejak Jumaat lalu dan berakhir pada pukul 12 tengah hari, Rabu lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.