Berita Harian: Hip |
Posted: 19 May 2011 05:20 PM PDT Hip KEDUA-DUANYA masih baru dalam industri hiburan, namun Juara Bintang Idola Berita Harian (BIBH) 2010, Mohd Azhar Osman, dan penyanyi kelahiran Indonesia, Terryana Fatiah atau Terry mempunyai impian besar dalam karier yang diceburi. Bukan populariti sebagai sandaran tetapi mengharapkan industri hiburan dapat membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk mengembangkan bakat nyanyian yang dimiliki. Mengakui sukar menembusi industri seni, apatah untuk meletakkan nama mereka sebaris dengan penyanyi terkenal, namun dengan bakat dan kebolehan yang ada, mereka tetap berharap dapat menarik perhatian peminat. Badan kecil, bakat besarMESKIPUN ramai bakat muda kini lahir daripada program TV realiti, Azhar tidak pernah menjadikan hakikat itu sebagai penghalang untuknya sama-sama bertapak dalam bidang nyanyian. Persaingan dalam industri hiburan sememangnya sengit, namun ia tidak semestinya menjadi batu penghalang buat jejaka berusia 23 tahun ini untuk meneruskan usahanya menonjolkan bakat yang dicungkil daripada pertandingan nyanyian. "Sama ada program realiti atau pertandingan nyanyian, ia sama saja kerana perkara paling penting ialah bakat. Orang ramai nak tengok penyanyi yang berbakat.
Azhar bersyukur kerana bakat yang dimilikinya itu dipandang oleh KRU Records. Memang dia akur masih baru dan mentah, tetapi kekuatan vokal yang dimilikinya mampu menarik penonton, bahkan kini sedang giat mencari genre muzik yang bersesuaian dengan suaranya. Meletakkan sandaran kepada Edry Abdul Halim sebagai komposer, Azhar yakin lagu yang akan dihasilkan mengikut rentak terkini dan mampu menarik perhatian pendengar. "Ramai yang tidak menyangka saya mempunyai vokal tinggi sebab fizikal saya kecil. Saya pula cukup bersyukur dengan anugerah yang diberikan Tuhan, serta ruang untuk saya terbabit dalam dunia muzik," katanya. Azhar kini masih melakukan rutin harian sebagai perunding pelaburan sebuah bank secara sambilan, selain menerima tawaran mengadakan persembahan di majlis korporat. Meletakkan genre pop balada sebagai muzik pilihan bagi singlenya, Azhar turut menyimpan impian menyanyikan lagu berentak pop rock, yang dianggapnya sebagai antara muzik paling digemarinya. "Saya suka pop balada, apatah lagi pasaran muzik kini lebih tertumpu kepada genre berkenaan. Tetapi kalau boleh saya nak cuba genre rock juga, kerana ia turut menjadi kesukaan saya sebenarnya," katanya. Duet bersama Terry KELUNAKAN dan kemerduan suara Azhar bukan saja menarik perhatian komposer tempatan, bahkan turut mencuri perhatian pihak Sony Music Indonesia untuk merakamkan single duet bersama Terry. "Perkara ini masih pada peringkat perbincangan dan wakil Sony Music Indonesia sudah melihat sendiri persembahan saya bersama Terry di sebuah majlis, baru-baru ini," kata Azhar. Baginya, single duet itu akan menjadi titik permulaan baginya untuk memasuki sama pasaran Indonesia. Ketika yang sama dia cukup sedar, amat sukar bagi penyanyi dari negara ini untuk menembusi pasaran negara jiran. Lebih-lebih lagi persaingan di negara itu sendiri cukup kuat. Namun dia akan berusaha supaya impiannya untuk melangkah ke sana tidak terhenti separuh jalan. Kata-katanya itu diakui sendiri oleh Terry yang sudah lima tahun terbabit dalam industri hiburan di Indonesia. "Memang sukar sebenarnya untuk muncul bersama album di sana. Saya sendiri sudah empat tahun tidak tampil bersama album baru, dan hanya baru kini dapat mengeluarkan album kedua. "Azhar mempunyai vokal menarik dan sukar untuk mempercayai lelaki bertubuh kecil ini mempunyai vokal yang begitu tinggi," katanya yang pernah menyanyikan semula lagi Janji Manismu, dendangan asal Aishah. Melihat persembahan Azhar membuatkan Terry tidak teragak-agak menerima tawaran berduet bersamanya, walaupun mereka berdua baru saja berkenalan. Baginya, Azhar mempunyai vokal yang unik dan mampu pergi lebih jauh lagi dalam bidang seni, jika disertakan usaha berterusan. "Genre balada lebih sesuai dengannya dan jika dia kerap ke Indonesia untuk mempromosikan singlenya nanti, tidak mustahil peminat di sana akan meminatinya," jelas gadis berusia 27 ini yang turut mencari tapak dalam pasaran muzik Malaysia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 19 May 2011 05:17 PM PDT Hip Penantian empat tahun berakhir dengan kemunculan BidadariSETIAP kali bertemu, mereka sering berjanji ingin merakamkan lagu bersama-sama. Bagaimanapun kesibukan sering kali membantutkan hasrat itu. Bagi memastikan rancangan tidak terkubur begitu saja, Sasi The Don dan Jaclyn Victor sedaya upaya mencari ruang untuk memastikan hasrat itu terlaksana. Akhirnya setelah empat tahun menunggu, impian bersatu dalam lagu tercapai juga. Devathai yang bermaksud Bidadari muncul kerjasama sulung dua penyanyi berkenaan. Menurut Sasi, kemantapan vokal juara Malaysian Idol musim pertama itu menarik hatinya untuk berduet dengan penyanyi berkenaan. "Selepas dua minggu diputarkan di radio, Devathai mendapat maklum balas menggalakkan daripada pendengar THR Raaga. Sebelum menembusi stesen radio, saya memuat naik lagu itu terlebih dulu di laman sosial sebagai promosi awal, untuk tempoh 30 saat saja. Daripada maklum balas diterima, kebanyakan peminat menggemarinya. Ada juga rakan yang sudah mendengar lagu itu di radio memberikan pujian. Mereka berasa sangat positif selepas mendengarnya."Sudah lama saya ingin bekerja dengan Jaclyn, tetapi masing-masing sibuk dengan pelbagai kerja. Bagaimanapun, tahun ini saya berusaha juga untuk menyiapkan lagu terbabit, semata-mata mahu memastikan perancangan kami akhirnya menjadi. "Saya hanya menggubah melodinya saja, manakala lirik ditulis oleh Master K kerana saya tidak begitu mahir menulis lirik dalam bahasa Tamil," kata Sasi mengenai lagu duet yang dimuatkan dalam album terbarunya. Album berjudul Don't Panic! It's Just Music itu dihasilkan atas pembiayaan Sasi sendiri. Dia sanggup mengeluarkan bajet sebanyak RM120,000 daripada poket sendiri bukan saja untuk kepuasan dirinya, malahan juga demi peminat. Bagi Sasi, setelah berhabis ratusan ribu, biarlah album dihasilkan berbaloi serta mampu meninggalkan impak kepada peminat.
Menurut Sasi, dia sengaja memilih untuk berduet kerana menyanyi secara berdua dapat menampilkan sisi berbeza seorang artis sepertinya. Malah ia bukan kali pertama dia berduet kerana sebelum ini Sasi melakukan perkara serupa bersama Zainal Abidin dan Amy Search. Mengenai pemilihan Anita pula Sasi memberitahu, dia bekerjasama bersama penghibur berkenaan atas saranan ibunya. Terharu dirinya apabila panggilan telefon yang dibuat kepada penyanyi popular yang memiliki pengalaman luas dalam dunia nyanyian itu dilayan penuh mesra. Sesungguhnya dia tidak menyangka Anita seorang yang cukup merendah diri dan mudah mesra. "Saya mendapat nombor telefon Kak Nita daripada Norman (Abdul Halim). Sebelum saya menelefon Kak Nita, Norman sudah terlebih dulu memaklumkan kepadanya mengenai hasrat saya. Saya cukup terkejut kerana Kak Nita sungguh mudah menjawab panggilan telefon, malah dia melayan saya dengan cukup mesra, seolah-olah kami sudah lama kenal. "Sebaik menyatakan hasrat hati untuk berduet dengannya, Kak Nita terus bersetuju tanpa bertanya pun soal bayaran. Saya memang terharu dengan penyanyi yang saya undang untuk album ini. Kesemuanya jujur mencintai muzik, jadi mereka tidak berkira soal wang," kata Sasi. Pernah kena kutuk SIAPA kata Jaclyn Victor malu menyanyikan lagu dalam bahasa ibundanya? Bahkan penyanyi yang lebih popular di kalangan peminat Melayu itu tidak pernah berasakan demikian, sebaliknya peluang seperti itu yang jarang dapat digenggamnya. Wanita berusia 33 tahun itu memahami syarikat rakaman yang menaunginya mempunyai perancangan mereka sendiri, yang meletakkan sasaran kepada pasaran komersial. Justeru, apabila mendapat tawaran daripada Sasi, pelawaan itu tidak mahu dilepaskannya. Menyanyikan lagu Tamil ternyata tidak mudah. Jac berkata, dia terpaksa berulang alik beberapa kali ke studio untuk mentelaah lirik bagi memastikan sebutannya sempurna. "Lirik lagu ini menggunakan bahasa baku dan bukannya bahasa pasar. Jadi ia perlu dinyanyikan dengan betul, kalau tidak peminat akan marah. Saya pernah lalui pengalaman di mana saya diejek dan dikutuk dengan teruk oleh peminat hanya kerana salah menyebut dua perkataan saja. "Sebenarnya saya berhati-hati bukan untuk lagu Tamil saja, sebaliknya semua lagu akan saya nyanyikan dengan bersungguh-sungguh. Peluang berduet dengan Sasi pula umpama serampang dua mata kerana saya sudah lama teringin merakamkan lagu Tamil, tetapi saya tahu sasaran syarikat rakaman saya berbeza. Jadi undangan daripada Sasi memang tidak saya persia-siakan. "Saya gembira kerana lagu kami mendapat maklum balas yang amat baik daripada peminat, terutamanya menerusi Twitter. Ramai yang menghantar komen mengatakan mereka sukakan lagu ini. Saya juga seronok bekerja dengan Sasi kerana dia tahu muzik apa yang sesuai untuk memikat peminat," kata Jaclyn. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |