Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Incubus Live In Kuala Lumpur Julai Depan, Buat Kali Ketiga.

Posted: 09 May 2011 01:42 AM PDT

Incubus Live In Kuala Lumpur Julai Depan, Buat Kali Ketiga.

Malaysia rupanya destinasi yang menarik untuk artis-artis antarabangsa. Selepas kemunculan Tokio Hotel, Wonder Girls, Paramore, Deaftone, Katy Perry, Justin Bieber, Maroon 5 & Bruno Mars, kini OHBULAN! terdengar khabar angin yang mengatakan bahawa Incubus pula membuat konsert live di Malaysia, buat kali ketiga.

Konsert Incubus ini dijangka akan berlangsung pada 23 Julai depan, di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Yang pasti, konsert Incubus kali ini akan ditaja oleh syarikat telco yang membawa Paramore & Justin Bieber. Ehem, banyak betul bajet mereka ni ya?

Album terbaru Incubus berjudul If Not Now, When? akan dipasarkan pada 12 Julai 2011. Ini merupakan album ketujuh Incubus dan ia mempertaruhkan single berjudul Adolescents.

Pada Khamis ini, pihak media telah dijemput untuk sesi video conferencing bersama Incubus yang berada di Amerika Syarikat. Apakah perancangan Incubus untuk konsert ini? Kita nantikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen