Adsense

Isnin, 9 Mei 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Fouziah, Fathia, sanjungi ibu

Posted:

Fouziah, Fathia, sanjungi ibu

Fouziah, Fathia, sanjungi ibu



ANAK emas ibu, itulah yang boleh disimpulkan apabila melihat keakraban ibu dan anak dua aktres muda, Fouziah Ghous dan Nur Fathia bersama ibu masing-masing pada majlis sambutan Hari Ibu anjuran Rafflesia yang diadakan baru-baru ini.

Kedua-duanya menganggap ibu mereka sebagai insan paling penting terhadap kejayaan yang diperoleh hari ini sempat berkongsi cerita bersama Kosmo! mengenai sambutan Hari Ibu yang disambut semalam.

Meskipun jadual kerja masing-masing sangat padat dan masa dihabiskan di lokasi penggambaran, itu bukan alasan buat Fouziah dan Nur Fathia untuk menyambut Hari Ibu. Malah, saban tahun tidak lengkap rasanya, jika mereka tidak meraikan ibu masing-masing.

Jasa ibu terlalu besar, bagaimanapun dengan sambutan yang ringkas sudah cukup memadai buat ibu-ibu untuk menitiskan air mata gembira.

Fouziah hadiiahkan barang kemas

Setiap orang pasti ada cara yang berbeza ketika menyambut Hari Ibu. Buat Fouziah Ghous, selain acara 'makan besar' bersama seluruh anggota keluarganya, dia juga memberi hadiah kepada ibunya, Sajadi Ibrahim yang kini berusia 57 tahun.

Biasanya hadiah yang diberi berupa barang kemas kerana ibunya amat menyukai barang kemas. Perkara itu turut diakui ibunya yang berbangsa Cina.

"Fouziah seorang anak yang baik, dia paling rapat dengan saya sebab dia satu-satunya anak perempuan tambahan dia anak yang bongsu, jadi manjanya terlebih sikit. Dia juga amat memahami minat saya terhadap barang kemas, jadi dia sering hadiahkan saya barang kemas seperti rantai, gelang, cincin dan subang.

"Dia tidak memberi hadiah pada Hari Ibu atau hari lahir saya sahaja, tetapi bila-bila dia suka. Kalau dia ada lebih duit, dia pasti tanya, saya mahu apa.

"Jika tidak barang kemas, dia juga akan belikan saya baju atau barang keperluan yang saya inginkan," kata ibunya yang selalu mendoakan kejayaan anak kesayangannya itu.

Sambung anak bongsu daripada lima adik-beradik ini lagi, meskipun kesemua mereka sudah besar panjang tetapi hubungan mereka adik-beradik sangat rapat. Fouziah yang kini berusia 29 tahun juga masih tinggal bersama keluarganya.

"Saya tidak akan dapat ibu yang lebih baik daripada ibu saya. Setiap hari dia akan tunggu saya pulang tidak kiralah pukul berapa, dia yang akan buka pintu untuk saya sebab saya tidak pernah ada kunci rumah.

"Jadi, saya secara automatik akan balik terus jika kerja habis kerana saya tahu ibu sedang tunggu saya. Jika lewat sangat, saya harus hubunginya untuk beritahu yang saya lewat pulang. Jika tidak, dia akan berjaga sampai pagi," kata Fauziah yang dilihat memang cukup manja dengan ibunya.


IBU Fathia, Badriyah mengakui dia tidak gemar anaknya ini berpakaian seksi atau terbabit dengan kontroversi negatif.


Menurut Fouziah lagi, disebabkan dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya, hubungan dengan ibunya sangat rapat dan segala masalah pasti diluahkan kepada ibunya.

"Saya dan ibu tiada rahsia antara kami. Dia bukan sahaja ibu tetapi juga teman baik saya dan teman tidur. Jadi, saya tidak dapat bayangkan macam mana jika saya berjauhan dengannya, mungkin sebab itu saya masih tidak kahwin-kahwin," katanya sambil tertawa.

Isteri kedua

Pada awal kemunculan dalam dunia lakonan, banyak watak yang dibawakan oleh Fouziah merupakan watak ringan dan mudah sekarang ini itu semua sudah berubah. Kini, mutu lakonan Fouziah dilihat semakin meningkat, malah dia juga semakin memilih watak yang lebih mencabar serta meninggalkan kesan buat penonton.

Drama lakonannya kini yang sedang hangat ditayangkan di TV3 berjudul Mantera Anjasmoro sebagai isteri kedua yang mengamalkan ilmu hitam.

"Dulu masa mula-mula berlakon, sebab utamanya adalah duit dan suka-suka sebab itu saya hanya ambil watak ringan dan senang untuk saya bawa. Tetapi sekarang apabila usia semakin meningkat, pengalaman pun semakin banyak, minat berlakon saya semakin bertambah.

"Saya juga semakin memilih watak yang mencabar diri saya dan tidak pernah saya lakukan. Saya akui dulu saya tidak berani untuk bawa watak yang terlalu bermain dengan emosi tetapi sekarang saya sudah boleh lakukannya," kata Fouziah.

Sambung Fouziah lagi, dia sering diberi watak sebagai isteri kedua dalam beberapa buah drama seperti Mantera Anjasmoro dan Trilogi Cinta. Menyifatkan ia sekadar lakonan, kata Fouziah dia tidak mahu bergelar isteri kedua dalam dunia realiti.

"Mungkin untuk jadi isteri pertama tidak sesuai sebab saya nampak muda, isteri kedua baru sesuai. Tetapi itu hanya untuk lakonan, kalau boleh saya tidak mahu jadi isteri kedua dalam dunia realiti, memang tidak mahu. Saya telah melakonkan watak isteri kedua yang semuanya berakhir dengan kesedihan, jadi saya tidak mahu jadi isteri kedua," katanya yang akan muncul dengan filem Rasuk pada 23 Jun ini.

Fathia buat kad sendiri

Nur Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abd. Latiff juga tidak ketinggalan meraikan Hari Ibu. Saban tahun, Fathia dan adik-beradiknya yang lain akan membuat kejutan untuk ibu mereka Badriyah Hassan, 51, dengan menyambutnya secara sederhana di rumah.

Kata Fathia, biasanya mereka akan keluar makan, bagaimanapun jika ibunya sibuk dengan kerja pejabat, dia akan membeli kek dan membuat kejutan apabila ibunya pulang dari kerja. Perkara itu turut diakui ibunya itu.

"Kami menyambutnya secara ringkas, pergi makan, anak-anak hadiahkan bunga atau coklat dan paling menyentuh hati apabila mereka membuat kad ucapan sendiri dan menulis ucapan dari hati. Walaupun hadiahnya kecil tetapi maknanya sungguh besar buat saya, rasanya ibu-ibu yang lain juga begitu," kata Badriyah.

Fathia yang mempunyai hubungan rapat dengan ibunya menjelaskan ibunya seorang yang istimewa kerana ibunya seorang yang bersikap terbuka dengan itu mereka boleh berbicara seperti seorang teman baik. Malah, mereka juga sering melakukan aktiviti wanita bersama seperti membeli-belah dan melakukan rawatan wajah.


MERUPAKAN anak bongsu, menurut ibu Fouziah, anak gadisnya ini agak terlebih manja dengan dirinya.


"Ibu sangat istimewa kerana hanya ibu yang akan menerima anaknya di waktu senang dan susah. Dia juga memberi nasihat yang terbaik untuk anaknya. Saya boleh cerita apa sahaja yang berlaku kepada ibu, dia juga peneman saya jika saya berada dalam keadaan tertekan," kata gadis berusia 24 tahun itu lagi.

Meskipun hampir empat tahun berkecimpung dalam bidang seni sejak terlibat dengan iklan syampu Sunsilk kira-kira tiga tahun lepas, jelas Fathia, ibunya meletakkan syarat untuknya jika mahu terus menjadi pelakon.

Malah, ibu Fathia sebenarnya tidak menggalakkan Fathia untuk bergelar pelakon pada peringkat awal.

"Ibu dan ayah saya memang menentang hasrat saya untuk berlakon kerana pada mereka lebih baik saya habiskan pelajaran dulu, baru berlakon. Tetapi menyedari saya minat dunia seni sejak kecil, ibu mengalah tetapi dengan syarat saya tidak boleh abaikan pelajaran di universiti.

"Ibu saya mahu saya teruskan pelajaran dan mengimbangkan dengan kerjaya lakonan. Saya anak yang sulung, jadi ibu mahu saya berikan contoh yang baik kepada adik-adik yang lain tambahan keluarga saya secara tradisinya semuanya berpelajaran tinggi, jadi ibu saya tidak mahu saya ketinggalan," ungkap pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu lagi.

Menurut Badriyah pula, dia seorang ibu yang tegas dan tidak akan bertolak ansur perkara berkaitan pelajaran anak-anaknya kerana sudah tanggungjawabnya untuk memberi masa depan yang cerah kepada mereka.

"Saya memang sangat pentingkan pelajaran dan itu syaratnya kalau dia mahu teruskan juga bidang lakonan. Dia hanya boleh berlakon apabila cuti semester atau waktu kelapangan sahaja. Tetapi jika dia terlalu sibuk berlakon, saya tidak akan berkrompomi lagi," tegasnya.

Selain pelajaran, Badriyah juga tidak senang jika anaknya berpakaian terlalu seksi atau terlibat dalam kontroversi yang boleh menjatuhkan namanya.

"Saya sering nasihatkan dia supaya cuba mengelakkan daripada terlibat dengan kontroversi. Tanyalah pada ibu yang anaknya berlakon, rasanya semua pun akan beri nasihat yang sama.

"Apa yang saya lihat dia serius dengan kerjanya dan berdoa agar dia terus berada di jalan yang betul serta berpijak di bumi yang nyata," ucap ibu kepada empat orang anak itu lagi.

Peguam

Nama Fathia yang mula melonjak sejak dia melakon watak gadis buta dalam drama Hani, mengakui dia sering diberi watak gadis bertudung atau baik. Katanya, pengarah lebih yakin berinya watak sebegitu berbanding watak jahat atau liar.

Menerima rezeki dengan hati yang terbuka, tutur Fathia, selagi dia diberi kepercayaan oleh penerbit, pengarah dan penonton, dia akan terus berlakon watak yang diberikan kepadanya walaupun dalam hatinya dia ingin juga mencuba watak yang berbeza.

"Mungkin pasaran saya untuk berlakon watak baik dan bertudung, drama terbaru saya Hotel Hasanah yang akan disiarkan di stesen televisyen AlHijrah juga memerlukan saya bertudung.

Namun, sekali sekala saya mahu juga watak yang berbeza, mungkin saya masih baharu, jadi orang masih belum percaya untuk saya bawa watak lain," bicaranya yang kini sedang cuti semester sehingga bulan September.

Walaupun teruja dengan dunia lakonan, di hati Fathia dia tetap tidak akan melupakan kerjaya impiannya untuk menjadi seorang peguam dan berkemungkinan besar dia akan memperlahankan kerjaya lakonan jika dia telah membuka firma guamannya sendiri bersama adiknya, Nur Farhana, 21, yang turut mengikuti pengajian dalam bidang yang sama.

"Peguam itu kerjaya utama, manakala lakonan sebagai sampingan kerana minat. Saya ada rancangan untuk menyambung lagi pelajaran selepas ini. Tetapi sebelum saya jadi peguam, saya ingin berlakon puas-puas dahulu kerana komitmen sebagai peguam sangat besar," luahnya yang akan menamatkan pelajaran dalam tempoh dua tahun lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Victoria pilih merah jambu

Posted:

Victoria pilih merah jambu

Victoria pilih merah jambu


VICTORIA BECKHAM


VICTORIA BECKHAM sangat teruja untuk menyambut kelahiran bayi keempatnya yang sudah diketahui sebagai bayi perempuan. Ini kerana dia telah memiliki tiga cahaya mata lelaki iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz. Lantaran bakal menimang cahaya mata perempuan buat pertama kali, mantan personal Spice Girls ini telah berbelanja besar. Isteri kepada David Beckham itu dilaporkan telah membelanjakan sekitar RM44,500 untuk membeli kelengkapan bayi tersebut.

Wanita yang kini lebih dikenali sebagai pereka busana itu juga dilaporkan telah membeli semua peralatan berwarna merah jambu untuk menghiasi kamar bayinya di kediaman mereka di London.

Tidak hanya itu, pasangan ini juga telah mempersiapkan sebuah kamar bayi yang mewah di vila mereka di Perancis.

Malah menurut M&C, pasangan selebriti itu merancang untuk membina sebuah kediaman untuk mereka seisi keluarga apabila bayi tersebut selamat dilahirkan kelak. Ia akan menjadi rumah idaman buat mereka sekeluarga.

Khabarnya, untuk membina rumah impian tersebut, Victoria dan Beckham mengeluarkan ratusan juta ringgit untuk merealisasikan impian mereka itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM masuk konti Hot FM

Posted:

PM masuk konti Hot FM

PM masuk konti Hot FM

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


TELADAN yang baik. Najib tiba di konti Hot FM lebih awal daripada waktu yang dijadualkan.


SIAPA sangka apabila hanya bermula dengan sebuah gurauan, tanpa disangka hasrat mahu mengundang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi tetamu di konti radio akhirnya menjadi kenyataan.

Itulah pengalaman paling manis yang telah dilalui oleh tiga penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran setelah hasrat untuk bertentang mata dengan pemimpin nombor satu negara itu tercapai.

Meskipun jadual harian sebagai seorang Perdana Menteri sememangnya ketat, namun Najib masih sempat meluangkan masa selama satu jam untuk menjadi tetamu istimewa program Hot FM AM Crew yang dikendalikan ketiga-tiga penyampai tersebut.

Tampil dengan gaya yang cukup ringkas, Najib tiba lebih 15 minit lebih awal daripada jadual beliau ke udara di saluran tersebut yang bermula pada pukul 7.30 hingga 8.30 pagi.

Sepanjang berada di konti radio berkenaan, pemimpin tersebut sempat ditanya beberapa soalan yang agak santai berkaitan dengan aktiviti harian sebagai seorang Perdana Menteri, makanan kegemaran dan waktu beliau mengemaskini Facebook dan Twitter.

Menurut Fara, dia sendiri tidak menyangka idea untuk mengundang Najib ketika bersiaran di radio bersama Seelan Paul minggu lalu akhirnya menjadi kenyataan.

"Ketika itu kami telah mengemukakan topik mengenai Twitter dan ada salah seorang pendengar mengatakan yang dia adalah pengikut setia Najib Tun Razak menerusi Twitter.

"Kemudian tiba-tiba timbul idea untuk mengundang beliau hadir ke konti Hot FM dan saya terus menghantar pesanan kepadanya menerusi Twitter," ujarnya.

Menurut Fara, pada mulanya dia sendiri tidak yakin Najib akan membaca pesanannya itu, malah hasrat tersebut dianggap tidak masuk akal oleh Seelan.

Bagaimanapun, dia telah dimaklumkan oleh Seelan bahawa salah seorang pegawai Najib memaklumkan mengenai persetujuan beliau untuk hadir ke konti Hot FM pada 2 Mei lalu.

"Sebelum ini saya memang pernah berjumpa dengan beliau, namun ini adalah kali pertama saya dapat menemu bual secara bersemuka dan pastinya ia adalah kenangan yang cukup bermakna sepanjang menjadi penyampai radio.

"Mulanya saya ingatkan beliau mempunyai perwatakan yang serius, tetapi setelah menemu bualnya saya dapati beliau seorang yang ceria dan kelakar," jelasnya.

Ujarnya lagi, dia turut mengagumi sifat yang dimiliki oleh pemimpin tersebut, terutamanya apabila beliau tiba di konti Hot FM lebih awal dari yang telah dijadualkan untuk beliau ke udara.

"Kita semua tahu jadual harian seorang Perdana Menteri yang sangat padat setiap hari, namun pada hari ini beliau masih mampu tiba lebih awal.

"Seharusnya sifat sebegini perlu diikuti dan dijadikan contoh kepada artis-artis di Malaysia. Tidak dinafikan ada sebilangan artis yang diundang untuk ditemu bual akan tiba lewat ke konti," tegasnya.


FARA dan Kieran sedang menyaksikan perlawanan dam aji antara Najib dan Faizal.


Selain ke udara di saluran radio Hot FM, kehadiran Najib juga dapat disaksikan secara langsung melalui saluran 8TV serta rancangan Malaysia Hari Ini dan Nasi Lemak Kopi O.

Dam aji

Salah satu aktiviti menarik yang diadakan adalah perlawanan dam aji yang membabitkan perlawanan antara Najib dan Faizal.

Difahamkan, Faizal yang masih lagi bercuti sanggup mengorbankan cutinya itu semata-mata mahu bertemu dan bermain dam aji dengan Najib.

"Pada saya, ia merupakan satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Mungkin ini adalah satu-satunya peluang yang ada untuk mendekati pemimpin nombor satu negara yang turut terkenal di peringkat antarabangsa.

"Pemilihan permainan dam aji pula dibuat kerana kami merasakan ia adalah sebuah permainan yang sememangnya sangat sinonim dengan masyarakat di negara ini," ujarnya yang berjaya menewaskan Najib dalam perlawanan tersebut.

Menurutnya lagi, pengalaman yang dilalui ketika menemu bual dan bermain dam aji dengan Perdana Menteri akan tetap tersimpan dalam lipatan sejarah hidupnya sampai bila-bila.

Sementara itu, Kieran pula merasakan dirinya cukup bertuah apabila bertugas pada waktu pagi bagi menggantikan AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmir Selamat yang sedang bercuti di luar negara.

"Mulanya saya ingatkan tidak terlibat untuk program ini. Kemudian saya diberitahu turut terlibat dan tentunya ia merupakan kenangan yang paling bermakna.

"Pada awalnya memang rasa agak berdebar juga ketika berhadapan dengan beliau, namun perasaan tersebut terus hilang setelah beberapa minit menemu bualnya," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.