Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Konsert Jelajah Indonesia Siti Nurhaliza

Posted: 09 May 2011 08:12 PM PDT

Siti Nurhaliza Adakan Konsert Jelajah Indonesia

Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, bakal mengadakan konsert jelajah Indonesia yang bermula pada 29 Jun hingga 7 Julai ini. Menurut Siti, konsert kerohanian tersebut bakal diadakan di beberapa buah bandar iaitu di Jogjakarta, Banjamasin, Padang dan Jakarta.

"Selepas lima tahun tidak mengadakan persembahan di Indonesia saya fikir inilah masa yang paling sesuai. Ini kerana, ketika ke Indonesia Februari lalu, saya lihat ramai peminat saya di sana yang rindukan persembahan saya. Mereka terlalu teruja dan ingin tahu tentang perkembangan saya. Jadi tawaran yang diberikan oleh sebuah produksi penganjur di sana merupakan peluang yang baik," katanya pada sidang media Malam Gala SimplySity di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Isnin.

Tambah Siti, dalam konsert tersebut dia bakal bergandingan dengan Opick dan Erwin Gutawa.

"Mereka telah memilih beberapa senarai artis yang akan bersama saya, malah malam kemuncak konsert tersebut yang akan diadakan di Jakarta juga merupakan malam istimewa kerana akan menyanyi bersama orkestra," ujarnya.

Dalam pada itu, Siti turut mengakui ini merupakan masa untuknya kembali aktif semula dalam bidang seni suara.

"Selepas berkahwin saya ambil masa untuk jadi suri rumah selama dua tahun dan selepas itu saya sibuk dengan produk SimplySity. Banyak juga tawaran nyanyian terutamanya dari Indonesia yang saya terpaksa tolak atas sebab-sebab tertentu. Sekarang saya rasakan masa untuk saya kembali aktif terutama selepas album Inggeris saya berada di pasaran Jun ini," katanya yang merancang mengadakan konsert di Malaysia selepas Hari Raya ini.

Sementara itu, bercakap tentang produk SimplySity, Siti memberitahu selama setahun beroperasi produk tersebut telah mencapai sasarannya. Tambah Siti, mereka sedang merancang untuk mengembangkan pasaran mereka di Brunai dan Indonesia.

"Alhamdulillahlah, perkembangan produk ini selama setahun ini sangat memberangsangkan yang mana kami telah memasuki beberapa gedung jualan seperti Guardian dan Tesco. Dan Insya-Allah akan muncul nanti dengan beberapa produk lain seperti penjagaan badan dan pewangi," ujarnya.

Sempena ulang tahun pertama, sebuah majlis Malam Gala SimplySity akan dianjurkan pada 9 julai ini di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, bagi memberi penghargaan kepada pengguna produk tersebut.

Antara artis yang turut terlibat dalam persembahan itu nanti ialah Amy Search, Aizat, dan Ana Raffali. Ia dikendalikan oleh Faizal Ismail sebagai pengacara majlis. via Mstar Online.

Siti Nurhaliza

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Dato' Siti Nurhaliza Cari Sponsor Untuk Konsert
  • Dato Siti Nurhaliza Cari Dana Untuk Konsert di Istana Budaya
  • Krisdayanti Ucap Selamat Naik Haji Buat Siti Nurhaliza?
  • Poster Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Dato' Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP 2010
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Red Carpet APM 2009
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun
  • Dato' Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Filem Perempuan Berkalong Sorban
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Tiz Zaqyah di Malam Gala Nur Kasih The Movie

    Posted: 09 May 2011 05:40 PM PDT

    Gambar Tiz Zaqyah di Malam Gala Nur Kasih The Movie

    Tiz

    Tiz

    Tiz

    Tiz

    Tiz

    Tiz

    Tiz

    Tiz

    Tags: , , ,

    Tags: , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Mila Jirin di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • Gambar Tiz Zaqyah di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular 2010
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Gambar Remy Ishak di Malam Gala Nur Kasih The Movie
  • Gambar Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz, Remy Ishak di Jordan
  • Gambar Tiz Zaqyah di Sessi Ramah Mesra Drama GEMILANG
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011 Part 3
  • Tiz Zaqyah Berjaya Jadi Finalis Top 5 Pelakon TV Wanita Popular
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Foto Selebriti di Gala Nite Diva The Movie
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Komen