Adsense

Selasa, 10 Mei 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Noorkhiriah belum bertudung

Posted:

Noorkhiriah belum bertudung

Noorkhiriah belum bertudung



SEMENJAK beberapa tahun kebelakangan ini, dapat dilihat sudah ramai artis wanita di negara ini yang melakukan penghijrahan dari segi penampilan terutamanya dengan memakai tudung.

Antara artis yang kini dilihat tampil dengan imej bertudung seperti Wardina, Anne Ngasri, Catriona Ross dan ramai lagi, manakala yang terbaru sekali adalah pelakon Irma Hasmie.

Bagaimanapun, ketika majlis penyampaian hadiah untuk pemenang Anugerah Bintang Popular (ABP 2010) baru-baru ini, semua mata tertumpu kepada pelakon serba boleh iaitu Noorkhiriah Ahmad Shapie.

Hadir bersama anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah, satu tahun, pada majlis berkenaan, penampilan pelakon berkenaan dilihat agak berbeza berbanding sebelum ini apabila memakai penutup kepala, lantas menimbulkan tanda tanya terhadap perubahan tersebut.

Ketika ditemui selepas acara tersebut berakhir, pelakon berusia 35 tahun itu memberi penjelasan bahawa ketika ini dia sedang dalam proses untuk mengikut jejak langkah beberapa artis sebelum ini.

"Buat masa ini saya belum lagi bertudung sepenuhnya. Cuma apa yang boleh saya katakan memang saya sedang berusaha ke arah itu secara perlahan-lahan.

"Sekarang kalau keluar ke mana-mana sekalipun saya akan cuba untuk menutup kepala. Sekiranya singgah di mana-mana kedai tudung, saya akan beli satu atau dua helai tudung," jelasnya.

Namun begitu, pelakon berkenaan menegaskan ketika ini dia akan tetap menerima sebarang tawaran berlakon, meskipun watak yang harus dibawanya itu memerlukan dia tidak bertudung atau menutup kepala.

Ujarnya, dia tidak mahu orang ramai terutama peminatnya salah anggap dan menyangka dia sudahpun bertudung. Tegasnya, memang niatnya mahu bertudung, tetapi dia akan melakukan perubahan tersebut sedikit demi sedikit.

"Mungkin apa yang saya nyatakan ini mendapat kritikan ramai pihak. Namun saya sendiri tak kisah, asalkan apa yang mereka kritik itu membawa kebaikan kepada diri saya.

"Sekiranya saya sudah bersedia untuk bertudung, maka segala penampilan saya akan turut berubah, termasuklah dengan cara pemakaian saya," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuat dia secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk berubah, dia menjelaskan ianya adalah disebabkan kesedaran dirinya sendiri.

Ujarnya, biarpun sebelum ini dia pernah menunaikan umrah pada tahun 2009, namun ketika itu pintu hatinya belum terbuka lagi untuk dia bertudung.

"Lama-kelamaan mula timbul kesedaran dalam diri, terutamanya selepas dikurniakan anak kedua. Hati saya tertanya-tanya, kenapa saya tidak melaksanakan perintah Allah, sedangkan saya dikurniakan rezeki yang banyak selama ini.

"Maka, sebab itulah saya ambil keputusan sebegini. Kini apa yang saya harapkan adalah sokongan daripada semua pihak agar saya dapat melakukan perubahan," ujarnya.

Menurutnya, antara individu yang paling gembira dengan keputusannya itu adalah suaminya sendiri iaitu Azfaidzul Antan kerana suaminya itu memang sudah lama inginkan dia bertudung.

Ujian Allah

Tidak dinafikan bahawa ramai yang beranggapan apabila seseorang artis wanita itu bertudung, maka tawaran berlakon yang akan diterima semakin berkurangan.

Menurut Noorkhiriah, meskipun perkara tersebut akan dilaluinya sewaktu dia sudah bertudung nanti, dia menganggap itu adalah sebahagian daripada ujian Allah.

"Memang ada yang berkata rezeki saya akan berkurangan setelah bertudung. Namun saya percaya segala rezeki akan ditentukan oleh Allah, jadi saya tidak perlu takut tentang perkara tersebut.


IBU bahagia. Noorkhiriah di samping anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah yang kini berusia setahun.


"Walaupun selepas ini rezeki saya sudah tiada lagi dalam bidang lakonan, mungkin saya akan memperoleh rezeki melalui bidang yang lain pula. Paling penting, saya perlu kuat untuk menghadapi segala ujian yang diberikan," ujarnya.

Menurutnya, dia sendiri tidak berasa terlalu risau dengan keadaan tersebut kerana sudah ada stesen televisyen seperti TV9 dan TV AlHijrah yang memberi peluang kepada artis wanita bertudung.

Pada masa sama, dia sendiri turut kagum dengan beberapa artis wanita seperti Irma Hasmie yang mengambil keputusan untuk bertudung pada usia yang muda.

Pembantu rumah

Semenjak mendirikan rumah tangga pada tahun 2006, rezeki Noorkhiriah dilihat semakin bertambah setelah memperolehi dua orang cahaya mata lelaki.

Malah, dia baru sahaja habis berpantang setelah melahirkan anak kedua pada bulan Mac lalu bernama Muhammad Yusoff.

Sebelum ini, dia turut memiliki seorang anak iaitu Muhammad Hudhaifah yang kini berusia setahun.

Menariknya, biarpun sibuk dengan jadual lakonan yang tidak menentu, namun pelakon berkenaan telah membesarkan sendiri kedua-dua anaknya itu bersama suami.

"Kalau tiada penggambaran memang sayalah yang akan menguruskan kedua-dua anak. Walaupun penat melayan kerenah mereka, tetapi itulah yang membuat kehidupan saya menjadi lebih gembira.

"Ketika ini saya tidak menggunakan khidmat pembantu rumah atau menghantar mereka ke rumah pengasuh. Mungkin dalam tempoh terdekat ini saya cuba untuk mendapatkan pembantu rumah," ujarnya.

Jelasnya lagi, sekiranya dia terlibat dengan penggambaran, ibu mertuanya akan datang dari Pulau Pinang semata-mata untuk membantu menjaga kedua-dua anaknya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia bersedia untuk menambah bilangan cahaya mata, ujarnya buat masa ini dia mahu memberi lebih fokus untuk membesarkan dua orang anaknya terlebih dahulu.

"Saya bukanlah hendak menolak rezeki kerana selain membesarkan anak, saya juga sibuk berlakon. Namun saya tetap bersedia dan bersyukur sekiranya dikurniakan anak lagi pada bila-bila masa," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

D'llyod masih hebat

Posted:

D'llyod masih hebat

D'llyod masih hebat

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my



BIARPUN usia vokalis kumpulan D'lloyd, Syamsuar Hashim sudah menjangkau angka 64 tahun, tetapi kelincahannya serta vokalnya masih lagi sama seperti zaman kegemilangan kumpulan itu sekitar tahun 70-an dan 80-an. Itulah rata-rata komen yang diterima daripada peminat tegar kumpulan itu ketika menyaksikan previu konsert D'lloyd di Istana Budaya minggu lalu.

Konsert yang diberi nama Semalam Di Malaysia itu berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Mei lalu. Kejayaan D'lloyd memenuhkan Istana Budaya selama tiga hari berturut-turut membuktikan pengaruh kumpulan yang berasal dari Jakarta, Indonesia itu masih kuat, bukan sahaja untuk peminat yang seusia dengan mereka tetapi juga peminat muda yang baru mengenali D'lloyd.

Bersama Syamsuar atau Sam pada konsert itu adalah anggota D'lloyd yang lain iaitu Bartje Van Houten (gitar), Yuhanny Fatmarina Susilo atau Yuyun (flute), Chairul Daud atau Khairul (dram), Budiman Pulungan (keyboard) dan Tooto (bass). Lebih menarik lagi, mereka turut berkongsi pentas dengan teman seperjuangan, Datuk Ahmad Jais.

Dalam previu konsert tersebut, D'lloyd mendendangkan 23 buah lagu tanpa henti. Ia termasuklah Sepanjang Lorong Gelap, Hidup Di Bui, Nasib, Keagungan Tuhan, Cinta Hampa, Oh Tak Mungkin, Mengapa Harus Jumpa, Oh Di Mana, Rambutmu Rambutku, Semalam Di Malaysia, Fatwa Pujangga, Rock & Roll, Pilu, Titik Noda dan Mari Berjoget.

Perasaan teruja dan terharu mereka tidak dapat dibendung apabila melihat sambutan yang diberikan peminat Malaysia, walhal kali terakhir mereka membikin konsert besar seperti ini di Malaysia adalah pada tahun 1976.

"Kami pernah ke Malaysia pada tahun 2001 dan 1996 tetapi untuk konsert besar, ini kali pertama selepas 35 tahun. Kami gembira, ternyata D'lloyd masih hidup di Malaysia," ujar Sam yang ditemui pada sesi sidang akhbar sejurus konsertnya berakhir.

Apabila ditanya bagaimana Sam menjaga prestasinya ketika di pentas meskipun usianya sudah lanjut, dalam ketawa Sam menjelaskan persediaan daripada segi mental dan fizikal amat dititik beratkan, kerana peminat yang datang membayar sejumlah wang untuk dihiburkan.

"Saya bukannya muda lagi, memang lebih mudah penat berbanding dulu. Sebab itu, dalam mana-mana persembahan kami, Yuyun akan turut mendendangkan lagu, supaya saya dapat berehat sebentar sebelum meneruskan persembahan.

"Kalau terus-menerus, saya juga sudah tidak mampu, syukur, konsert di Malaysia, saya masih punya tenaga," luah Sam yang bijak mencuit hati penonton dengan lawak jenakanya.

Ketua kumpulan D'lloyd, Barte yang duduk di sebelah Sam menerangkan konsert Semalam Di Malaysia ini sangat bermakna buat mereka memandangkan sebelum ini mereka menghentikan perjalanan D'lloyd selama 10 tahun kerana pemergian pemain bass asal D'lloyd, S. Panggabean.

Selepas S. Panggabean meninggal dunia, tempatnya digantikan oleh Reshamal Denkel atau Kamal yang kemudiannya juga meninggal dunia pada Ogos, 2003 kerana sakit jantung. Sebelum Kamal menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat berpesan agar tempatnya digantikan oleh Yuyun, kerana itu D'lloyd kini mempunyai seorang anggota wanita.


VOKAL Sam masih utuh dan sama seperti di zaman kegemilangan D'lloyd dahulu.


"Jika sudah bersama D'lloyd, umpama kontrak mati. Kami tidak pernah berpecah cuma berpisah kerana kematian.

"Walaupun Yuyun seorang perempuan, dia amat sesuai dengan D'lloyd kerana dia boleh menyanyi dan bermain alat muzik dengan baik," kata Barte yang menerangkan D'lloyd seperti sebuah keluarga.

Walaupun mereka merupakan sebuah kumpulan yang lama, tegas Sam, mereka masih aktif melakukan persembahan pentas di Indonesia, malah dalam tahun ini mereka akan mengadakan konsert di Sarawak dan Pulau Pinang,

"Kami masih aktif dan ligat seperti dulu. Sebelum bulan puasa dan selepas raya, kami akan bikin konsert lagi di Malaysia, syukur rezeki tidak putus-putus walaupun kami sudah tua," kata Sam sambil diiringi tawa.

Bukan itu sahaja, menurut Barte, mereka juga dalam perancangan untuk melahirkan sebuah album baru dan juga sebuah album yang memuatkan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee versi D'lloyd.

"Album untuk memuatkan lagu P. Ramlee itu sudah lama dirancang tetapi tertangguh apabila kami kehilangan S. Panggaben dan Kamal.

"Semua yang dirancang terdiam begitu sahaja, jadi sekarang kami sudah ada di Malaysia, kami gunakan peluang ini untuk melanjutkan lagi perbincangan yang pernah tertangguh dulu.

"Jika ada rezeki kami, album itu akan dibikin, begitu juga dengan album baharu kami. Walaupun album baharu di zaman yang moden ini, identiti lagu-lagu D'lloyd akan diterapkan kerana kami dan peminat suka dengan muzik D'lloyd. Bila ia akan keluar, itu saya tidak boleh pastikannya lagi," kata Barte.

Jika masih ada yang ingat, sebelum ini pernah muncul kumpulan D'lloyd junior yang dianggotai oleh anak-anak anggota asal kumpulan D'lloyd. Bagaimanapun selepas satu album, kumpulan itu berkubur begitu sahaja.

Jelas Barte, kumpulan D'lloyd junior sekadar percubaan dan sudah tidak wujud lagi selepas satu album.

"Mula-mula dulu, ia sekadar suka-suka tetapi ternyata selepas sebuah album, mereka merasakan irama serta muzik D'lloyd tidak cocok dengan jiwa mereka. Mereka semua anak muda yang suka dengan muzik pop, rock dan muzik moden yang lain, bila memainkan muzik yang tidak cocok dengan jiwa, jadi mereka mempersembahan sebuah muzik yang bukan dari hati.

"Walaupun kemahiran muzik mereka tinggi, lebih baik bubar daripada bermain muzik tanpa hati. Cukuplah dengan sebuah kumpulan D'lloyd sahaja, kami akan bermain muzik sampai kami mati," luah Barte yang juga merupakan seorang penerbit album di Indonesia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Barbie versi Katrina Kaif

Posted:

Barbie versi Katrina Kaif

Barbie versi Katrina Kaif


KATRINA KAIF


AKHIRNYA masa yang dinanti-nantikan telah tiba untuk patung yang paling ditunggu-tunggu tahun ini iaitu Barbie I Can Be A Movie Star menjengah pasaran.

Dihasilkan dengan menjadikan aktres jelita Bollywood, Katrina Kaif sebagai inspirasinya, majlis rasmi pelancaran patung tersebut telah diadakan di Mumbai, India baru-baru ini. Di situ, Katrina dilihat menawan berpakaian serba merah jambu menyerupai patung Barbie tersebut.

"Saya sangat gembira dan teruja mempunyai patung Barbie I Can Be A Movie Star yang diinspirasi daripada diri saya. Saya seperti tidak percaya, patung yang menjadi barang permainan dari kecil kini mempunyai rupa seperti saya.

"Barbie bukanlah hanya sebuah patung mainan, ia merupakan salah satu dari karakter popular di seluruh dunia yang mana juga seorang fashionista. Ini adalah satu penghormatan besar dapat bekerjasama dengan Barbie," katanya penuh teruja.

Namun, Katrina menjelaskan bahawa wajah patung tersebut tidak begitu menyerupai wajahnya. Katanya: "Ia adalah patung yang kecil jadi tidak akan begitu jelas kelihatan seperti saya sepenuhnya."

Pada acara tersebut, Katrina turut memberikan patung yang baru dilancarkan itu kepada beberapa gadis bertuah dan juga merakam gambar kenangan bersama mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.