Adsense

Selasa, 10 Mei 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Gambar Afif AF9 Berpelukan Bersama Kekasih Baru?

Posted: 10 May 2011 10:51 PM PDT

Afif AF9 pernah menjalinkan hubungan bersama Salima AF4, dan hubungan tersebut bertahan selama setahun sehinggalah mereka berdua berpisah, kira-kira 4 bulan sebelum Afif menyertai AF9.

Begitu cepat, kini Afif AF9 sudah pun menjalinkan hubungan bersama kekasih baru yang dikenali sebagai Aishah. Adakah gambar gadis yang dipeluk mesra oleh Afif AF9 ini adalah Aishah?

Afif pernah berkata, Aishah mempunyai sikap & sifat yang amat menyenangkan dirinya. Dan, sebab itulah mereka dilihat amat serasi bersama.

Andai kata betul gadis dikanan ialah Aishah, kami ucapkan tahniah. Boleh tahan cantik juga gadis ini ya. Kulit putih & rambut panjang, we like!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sejadah Kaabah : Drama Mengundang Air Mata Sabtu Ini!

Posted: 10 May 2011 10:37 PM PDT

Selepas telemovie "Dosa Siapa" yang ditayangkan pada 7 Mei lalu, nantikan pula giliran "Sejadah Kaabah" dan "Utusan Illahi" menemui penonton pada 14 & 21 Mei ini. Sarat dengan emosi dan teladan buat pengajaran untuk semua, pastinya dua telemovie ini bakal mengundang air mata para penggemar Cerekarama di TV3!

"Sejadah Kaabah" mengisahkan tentang seorang ibu iaitu Lijah dan anaknya, Izah, yang berumur 10 tahun dalam mengharungi keperitan hidup apabila Lijah terpaksa menyara keluarga dengan hanya menjual nasi lemak di kaki lima dan mengambil upah menjahit di waktu malam. Cita-cita Lijah adalah untuk menunaikan umrah suatu hari nanti dan Izah cuba untuk menyempurnakan impian ibunya. Malangnya, gerai Lijah telah disita oleh DBKL kerana berniaga di kawasan larangan.

Walaupun tiada gerai sendiri, Izah tetap bersemangat menolong ibunya mencari rezeki dengan menjual nasi lemak menaiki basikal ke sekitar kawasan perumahan. Di sekolah, Cikgu Jamilah mengumumkan peraduan mengarang bertemakan 'Keluarga' peringkat kebangsaan dan pemenangnya akan membawa pulang wang tunai lumayan iaitu RM5,000. Izah berhasrat untuk memasuki pertandingan tersebut. Di siang hari, Izah berbasikal menjual nasi lemak dan di malam hari pula, dia sibuk menyiapkan karangan, itulah rutin baru Izah.

Namun, malang tidak berbau apabila Izah ditimpa kemalangan dan terpaksa dimasukkan ke wad ICU. Dapatkah Izah diselamatkan dan bagaimana dengan usaha menghantar ibunya ke Mekah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.