Adsense

Selasa, 10 Mei 2011

Celebrity News

Celebrity News


Cerita Lawak : Kisah Pekerja Pam Minyak Dari Bangladesh

Posted: 10 May 2011 10:16 AM PDT

Cerite brmula di satu station minyak. Di station minyak nie ada 2 org pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak.Pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak di pam minyak tu dah abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma tau omputih skit & bahasa arabnye ler..

Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham.

Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala, tapi Pak Arab tu ternganga luas tak paham!!..Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasisebenar.

Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam nie..

Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..

Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..

Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakapomputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..

Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih..

Iqbal: ala..ko tolong ler aku..

Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..

Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;"

Fuel!, Sodoqallah'hul.-.azim",

baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh....
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Cerita Lawak : Hospital Sakit Jiwa

Posted: 10 May 2011 10:12 AM PDT

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Doktor : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Betul doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Doktor : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Doktor : "???"
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Aimi Jarr Meninggal Dunia - Al Fatihah

Posted: 09 May 2011 09:58 PM PDT

Marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah buat arwah Aimi Jarr Omar @ Abdul Majid Puteh meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, di sini, kira-kira pada pukul 8.20 pagi Selasa.

AL-Fatihah 

Biodata Arwah :


Nama Penuh : Omar@Abd Majid Bin Puteh
Tempat Lahir : Kampung Petani, Kuala Terengganu 
Bangsa : Melayu
Kerjaya : Pelakon & Penulis


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Jalan-jalan ke KL Downtown Cheras | Maps Downtown Cheras

Posted: 09 May 2011 09:48 PM PDT

Lokasi : Bandar Tun Razak, Cheras :

KL Downtown Night Market adalah bazaar perniagaan yang berkonsepkan pusat perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) yang moden dan inovatif. KL Downtown Night Market menawarkan ruang niaga pelbagai jenis produk perniagaan seperti barangan kraftangan, hak hasil cipta, pakaian lelaki / wanita, eksesori penampilan diri, hiasan rumah, barangan kanak-kanak,alat ganti kereta, barangan mainan dan sebagainya.

KL Downtown Night Market telah dirasmikan pada 26 Jun 2006 oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique. – info www.kldowntown.com
Maps Downtown Cheras

ZoOM Story :

Semalam ( 9 Mei 2011 ) bersamaan hari Isnin, ZoOm dan kawan-kawan seperjuangan berkonvoi dan bersatu hati ingin mencari punca rezeki baru. Lebih kurang pukul 10.00 malam ZoOM dan keluarga sampai
ke Uptown Kelana Jaya yakni tempat biasa ZoOM dan kawan-kawan mencari rezeki.

Dek kerana Pihak pengurusan yang lembab dan tidak profesional menyebabkan ramai diantara peniaga mencari inisiatif baru untuk mengurangkan beban membayar sewa yang mencekik darah di UPTOWN KELANA JAYA.

Semalam merupakan hari yang bersejarah kerana buat pertama kalinya ZoOM dan kawan-kawan akan berniaga di Downtowan Cheras KL bermula minggu depan ( 16 Mei 2011 ). Walaupun niat dihati hanya sekadar melihat kemeriahan Downtown Cheras namun terdetik juga perasaan ingin mencari rezeki ditempat yang tidak asing lagi bagi pengunjung pada larut malam.



Namun masalah utama yang ada di Downtown ini adalah parking sebab disini tidak menyediakan parking khas untuk pengunjung. Pandai-pandailah anda mencari parking ( Jangan Kena Saman Dah ), namun menurut info parking bertingkat sedang dalam pembinaan. Memang menakjubkan bukan Downtown ini ? lengkap dan sempurna dengan aneka jualan, kawasan makan yang disediakan sudah pasti membuatkan anda ingin datang ke sini.
Pemuzik Jalanan membuat persembahan

Akhir kata dan penutup post ZoOM mengenai Downtown ni, Jika datang jangan segan-segan melawat Kedai ZoOM di Lot 377.


ZOoM : Apa KOmen Anda Mengenai DOwntown atau Uptown ni ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!