Adsense

Selasa, 10 Mei 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Bukan mudah menjadi cantik

Posted:

Bukan mudah menjadi cantik

Bukan mudah menjadi cantik

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ihsan UNIVERSAL MUSIC


KATA Jennifer Lopez, bukan mudah untuk sentiasa kekal cantik dan menawan.


APABILA pelakon dan penyanyi jelita, Jennifer Lopez dinobatkan oleh majalah People sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia untuk edisi 2011, rasanya ia adalah keputusan yang tepat.

Dikurniakan dengan wajah yang jelita dan bentuk badan yang menggiurkan, sememangnya Lopez menjadi pujaan dan idola kaum sejenisnya.

"Percaya atau tidak, saya masih tidak percaya apabila saya diberikan gelaran itu yang saya anggap sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.

"Namun, saya terharu dan bangga dengan pengiktirafan ini walaupun saya rasa seperti tidak layak untuk diangkat setinggi ini. Saya bangga yang saya bukan berusia 25 tahun untuk diberi gelaran ini," ujarnya sambil ketawa ketika diminta mengulas tentang kejayaan terbarunya itu.

Ternyata Lopez boleh berbangga dengan dirinya yang kini setanding dengan namanama besar seperti Halle Berry, Jennifer Garner dan Beyonce Knowles yang pernah dinobatkan dengan gelaran tahunan itu.

Lopez dilihat sebagai seorang figura yang cukup sempurna di mata lelaki dan wanita. Malah, tanyalah pada mana-mana wanita, pasti nama Lopez akan tersenarai dalam carta wanita yang cukup mereka kagumi.

Kesungguhan

Namun, bagi Lopez, untuk menjadi cantik seperti mana yang dilihat hari ini, bukanlah sesuatu yang mudah kerana semuanya memerlukan disiplin dan kesungguhan.

"Saya akui memang saya mahu sentiasa kelihatan cantik. Rambut didandan dengan pelbagai stail terkini dan tubuh saya dibaluti dengan pelbagai busana indah adalah sesuatu yang cukup saya gemari.

"Sebagai seorang selebriti yang menjadi tumpuan orang ramai, kita memang perlu memastikan segala-galanya dalam keadaan yang terbaik.

"Untuk terus kekal cantik di mata masyrakat itu sememangnya tugas hakiki saya sebagai seorang selebriti dan saya tidak boleh lari daripada realiti itu," jelas Lopez yang juga salah seorang juri American Idol musim kesepuluh ini tanpa selindung.

Sesungguhnya Lopez memang dikenali sebagai salah seorang artis di Hollywood yang menjalani rejim kecantikan yang dianggap luar biasa.

Malah, selepas enam bulan melahirkan bayi kembarnya, Max dan Emme, dia telah menyertai triathlon demi mendapatkan kembali bentuk tubuhnya yang asal.

Daripada penjagaan kulit wajah, disiplin senaman sehinggalah kepada pengawalan diet pemakanan, semuanya amat dititik beratkan Lopez.

"Saya mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa bukan mudah untuk mendapat apa yang saya miliki hari ini. Semua orang mampu melakukannya jika mereka menginginkan apa yang mereka mahu.

"Memang ia memerlukan masa dan kerja keras termasuk kesabaran serta komited dengan apa yang kita usahakan. Hari ini, televisyen skrin lebar HDTV bukan lagi kawan karib sesiapa malah ia adalah musuh ketat!," kata pemilik nama penuh Jennifer Lynn Lopez ini bersungguh-sungguh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hanya wanita biasa

Posted:

Hanya wanita biasa

Hanya wanita biasa

BAGI anak jati New York, Amerika Syarikat ini, apabila berada di rumah, semuanya ditanggalkan serta-merta dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.

Baginya, momen itu adalah antara yang paling digemarinya kerana dia mampu melakukan apa sahaja yang diingininya.

"Berada di rumah bersama suami dan anak-anak cukup menggembirakan saya. Wajah tidak dicalit sebarang solekan, rambut yang tidak kemas dan melakukan kerja-kerja rumah membuatkan saya menjadi diri saya sendiri," ujar isteri kepada penyanyi Latin tersohor, Marc Anthony ini jujur.

Melihat anak-anaknya, Max dan Emme yang kini berusia tiga tahun membesar di depan mata juga membuatkan Lopez begitu menghargai statusnya sebagai seorang ibu.

"Apa yang saya dapat lihat, Emme sudah menunjukkan kecenderungan untuk menjadi seperti saya (ketawa). Kalau saya sedang merias dan mewarna kuku saya, dia pasti mahu turut serta. Berbeza dengan Max yang lebih selesa dan gemar bersama suami saya," cerita Lopez disulami hilai tawa yang panjang.

Transisi hidup

Dalam usia 41 tahun dan memiliki keluarga yang bahagia, Lopez masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk bersara.

Baginya, dunia seni adalah sumber pencarian hidupnya dan dia akan terus berada dalam industri selagi hayatnya dikandung badan.

"Selepas bergelar ibu, pemikiran saya menjadi semakin matang dan ia sebenarnya banyak mempengaruhi kehidupan serta kerja saya sebagai seorang penghibur.

"Saya mahu setiap pandangan dan idea saya diterima. Apabila transisi ini berlaku dalam hidup saya, peluang itu dibuka bagi saya membuat pilihan dan keputusan dalam apa jua perkara termasuk lagu-lagu yang ingin saya rakamkan dan watak yang mahu saya bawakan," jelas Lopez yang mula menempa nama sebagai aktres menerusi filem Selena pada tahun 1997 ini lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.