Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Temui Farina & iR Radzi di One Utama Hari Ini Posted: 19 Mar 2011 08:13 PM PDT Temui Farina dan iR Radzi hari ini, 20 March 2011 (Ahad) Jam 4 petang di One Utama (Old Wing). Dapatkan album CD & poster (Calendar 2011) daripada Single Terbaru mereka. Istimewa dibawakan oleh BME Entertainment. Datanglah Beramai-ramai, jumpa Di sana…!! Tags: EventsClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Miera Leyana Minta Maaf Pakai Baju Seksi Posted: 19 Mar 2011 05:05 PM PDT Miera Leyana Minta Maaf, Tak Sedar Baju Terlampau Seksi Dari saat pelakon Miera Liyana masuk ke dewan Ballroom, Hotel Le Meridien hinggalah saat ini, medan Twitter dan Facebook begitu meriah tak henti-henti menyebut nama Miera Liyana. Sekaligus, nama pelakon yang masih mentah ini terus meningkat dan diperkatakan ramai. Apa taknya, pakaian yang dipakai oleh pelakon ini dikatakan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Baju yang terlalu seksi itu hanya sesuai untuk artis Hollywood sahaja. Budiey sebagai pemerhatI tak bergaji ni dapat melihat dan membaca macam-macam komen dan kritikan pedas dari orang ramai hasil dari kejadian ini. Hingga ada yang mahukan peminat banned nama pelakon yang semakin meningkat naik ini. Rasanya, berilah peluang kedua untuk Miera. Dan Miera pula jangan pula melatah dengan kritikan pedas orang ramai. Kadang-kadang, terfikir juga mengapa Miera tak menolak sahaja baju yang diberikan oleh pereka fesyen dan memilih baju yang lebih sesuai. Atau Miera dah terbiasa dengan pakaian seperti ini semasa pertunjukan fesyen di Paris dan di luar negara. Sedikit sebanyak mungkin pengaruh dari pengalaman masa di oversea tu buat Miera tak berjaga-jaga. Oh ya, realitinya, Miera ni sebenarnya memang suka melatah bila diusik-usik atau digeletek oleh kawannya. Gambar: Miera Liyana dalam satu adegan drama lakonannya. Namun, pada hari ini, Miera Leyana telah memohon maaf maaf pada semua dalam kenyataannya di Portal Mstar Online. Diharap Miera Liyana menerima teguran dan kritikan orang ramai. Seterusnya menjadikan apa yang berlaku satu pengajaran dan tak patut diulangi di masa akan datang. Selamat maju jaya Miera Liyana. VIDEO MIERA LEYANA MASA CASTING DRAMA: KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya. Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.
Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu. Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.
Miera Liyana THEN & NOW THEN NOW Tags: akan datang, apokalips, budaya masyarakat malaysia, datang selamat, facebook, Filem, hotel le meridien, liyana, meriah, mstar online, nampak, pakaian, pawagam, pelik, pereka fesyen, rafflesia, selesa, terlampau, tidak akan, twitter Tags: Berita, Miera LeyanaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |