Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Rezeki jual laguDULU, sebelum menjadi terkenal seperti sekarang, lelaki kulit hitam yang meninggalkan bandar Hawaii kerana berpendapat muzik tidak dapat berkembang di sana pernah menjadi penipu demi sesuap nasi. Waktu meninggalkan Honolulu, Hawaii dan menjadi gelendangan di bandar besar seperti Los Angeles, dia tidak punya cukup wang untuk membayar sewa rumah. Jauh sekali bermewah. Justeru untuk memastikan dia bernafas pada hari-hari seterusnya, harus ada pengorbanan yang dilakukan. "Pengorbanannya adalah menjadi penipu. Saya memberitahu pada pengusaha sebuah kelab bahawa saya adalah seorang DJ. "Lalu saya berjaya menjadi DJ di kelab tersebut. Namun ia tidak lama selepas mereka mengetahui sebenarnya saya tidak pandai menggesek cereka padat pun, jauh sekali menghiburkan pengunjung sebagai seorang DJ profesional," katanya sambil ketawa mengenang kisah lampau dirinya. Dia, Peter Gene Hernandez atau dikenali dunia dengan nama pentas Bruno Mars, tahun ini baru mencecah usia 26 tahun. Tapi sudah jauh dia berjalan. Biar hanya mula terkenal pada tahun 2009, namanya melambung tinggi, apatah lagi portfolionya sebagai seorang komposer kemas bersusun dengan menjadi tulang belakang penyanyi berprolifik tinggi seperti Brandy, Adam Levine, Flo Rida serta Travie McCoy. Mars kemudian semakin menjadi sebutan ramai apabila dinobatkan sebagai Vokal Lelaki Terbaik menerusi lagu Just The Way You Are dalam anugerah Grammy yang lalu selain dicalonkan untuk enam kategori lain dalam anugerah yang sama. "Tercalon di dalam Grammy adalah satu hal yang cukup besar bagi saya. Malah dengan tujuh pencalonan dan bersaing sengit bersama Eminem yang mendahului 10 pencalonan, ia adalah hal yang luar biasa bagi saya," katanya yang tercalon menerusi album debutnya Doo-Wops & Hooligans.
Malah pada tahun 2010, dia sendiri telah diangkat sebagai pemilik Lagu Terbaik Sepanjang Tahun menerusi lagu Nothin' on You dalam anugerah Soul Train Music. Ironi, muzik bukanlah satu yang asing bagi lelaki ini. Sebaliknya dia telah mula terjebak dengan dunia muzik seawal usia dua tahun. Ini kerana ayahnya merupakan seorang pemuzik manakala ibunya adalah penyanyi di kelab-kelab malam. Dia menjadi 'Elvis Presley' dalam slot sendiri bersama ibu dan bapanya. Kata Mars: "Ayah seorang peminat fanatik muzik 50-an. Dia berminat dengan Little Richard, Elvis dan Ray Charles. Saya pula tertarik dengan Elvis selepas melihat beberapa videonya yang membuat banyak wanita histeria. "Jadi sebagai anak kecil pada waktu itu, saya melihat ia adalah menarik. Lalu saya naik ke atas pentas supaya saya dapat menarik orang kerana minat saya iaitu menyanyi." Bagaimanapun hajat menjadi penyanyi sejati tidak datang bergolek. Penghijrahan yang dibuat ke Los Angeles dengan impian besar menjadi penyanyi tidak kesampaian. Mengaku telah mempersona banyak penerbit dengan vokalnya, namun tidak ada seorang komposer pun yang sudi memberi lagu kepadanya pada waktu itu. BRUNO MARS akan menggegarkan Malaysia pada 10 April ini melalui konsert sulungnya, Doo-Wops & Hooligans World Tour. Lantaran itu kata Mars dia terpaksa menipu menjadi seorang DJ, selain dalam masa yang sama, dia belajar menulis lagu sendiri. "Saya telah menyanyi di hadapan orang yang betul dan mendapat peluang menjadi penyanyi. Tetapi ia berhenti setakat itu apabila tidak ada komposer yang mahu menulis lagu untuk saya. "Saya sangat kecewa dan saya berkata kepada diri sendiri, saya akan melakukannya sendiri tanpa bantuan orang jika itu adalah jalan terbaik untuk saya menjadi artis. Jadi itu yang saya lakukan. "Satu hari, seorang lelaki telah mendengar karya saya dan dia meminta lagu tersebut untuk diberikan kepada sebuah grup bernama Menudo. Saya menolak permintaan tersebut dengan keras kerana berpendapat karya seni saya tidak boleh diberi kepada sebuah boy band. "Namun lelaki tersebut menjawab, dia akan membayar saya sejumlah wang yang agak lumayan untuk lagu tersebut dan ia telah membuka mata saya tentang bisnes dunia hiburan. Jadi ia membuat saya berfikir bahawa mungkin saya belum ditakdirkan menyanyi penyanyi pada waktu itu, sebaliknya saya boleh membuat duit dengan menjual karya saya kepada orang lain. Itu apa yang terjadi sehingga pihak Elektra Records mengambil peluang. Lalu saya menulis Nothin' on You dan bersetuju untuk saya yang menyanyikan lagu itu berbanding orang lain. Maka perjalanan baru sebagai penyanyi pun bermula," cerita Bruno panjang lebar. SEBELUM terkenal sebagai penyanyi, dia terlebih dahulu popular sebagai komposer. Bercakap mengenai Doo-Wops & Hooligans, Mars yang pernah menganggotai sebuah kumpulan reagge sewaktu di kampung halamannya menjelaskan sengaja dia memilih doo-wop kerana dia membesar dengan aliran muzik tersebut. Malah dia menggemari penyatuan lirik yang tidak terlalu puitis tetapi berkesan dengan melodi seperti yang dihasilkan untuk lagu Nothin' on You dan Just the Way You Are. "Pendek kata saya sukakan sebuah lagu yang ringkas, tetapi mempunyai tarikan yang kuat," katanya yang turut menampilkan anak bongsu Bob Marley, Damian Marley di dalam album tersebut menerusi lagu Liquor Store Blues. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Xpresi Kembara makin hangatOleh HARYATI KARIM PROGRAM Xpresi Kembara kini memasuki musim ketiga. Sesuai bersiaran dua musim, program pengembaraan Xpresi Kembara masih kekal sebagai program yang mempunyai rating tertinggi di TV1. Disebabkan kejayaan itu, program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM itu telah melancarkan Xpresi Kembara musim ke-3 baru-baru ini. Program yang membawa artis menjelajah ke destinasi percutian menarik seluruh Malaysia itu cukup terkenal di kalangan remaja kerana ia sebuah program santai bersama band indie dan penyanyi solo. Krew penerbitan Xpresi Kembara memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi untuk mengadakan Majlis Santai Media dan Pelancaran Musim Ke-3 Xpresi Kembara. Menariknya, majlis yang berlangsung di Shari-La Island Resort dan telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV, Norliza Mohamad Ali itu turut membawa rombongan artis dan media untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Majlis itu diserikan lagi dengan persembahan setiap artis yang hadir iaitu Azlan & The Typewritter, Bunkface, Myo, Liyana Fizi, Couple, Black, Aizat dan 6ixth Sense. Menurut penerbit Xpresi Kembara, Mohd. Amer Syafiq Khalip, selepas bersiaran selama dua musim, mereka telah menyuntik elemen baru di dalam program ini dengan memberi peluang kepada penyanyi solo untuk turut serta. "Jika sebelum ini, kita hanya membawa band-band indie tetapi sekarang kita telah mula bawa penyanyi solo seperti Aizat, Liyana Fizi, Black dan Liyana Jasmay. "Selain itu, pembaharuan yang akan kami tampilkan, mungkin kami juga akan bawa penyanyi solo lain tetapi bersama dengan anggota keluarga atau teman-teman. "Bukan itu sahaja, kami juga mempunyai perancangan untuk mengikuti aktiviti penyanyi kita di luar negara seperti Bunkface dan Hujan," jelasnya tentang program yang mencapai 500,000 orang penonton saban minggu. Bagi mendekatkan lagi program ini bersama peminat pihak produksi telah membuka akaun di laman sosial Twitter dan Facebook. "Kebanyakan penonton program ini adalah remaja, jadi mereka lebih gemar menggunakan medium Internet untuk berkomunikasi. "Malahan, kami juga mendapat banyak idea dan cadangan daripada peminat di Twitter dan Facebook untuk menjadikan program ini lebih menarik," katanya lagi. Seperti musim yang lepas, program Xpresi Kembara mengekalkan konsep asalnya dengan bersiaran pada setiap Sabtu, pada pukul 11.30 pagi di TV1 dan ulangannya pada pukul 12 tengah hari di saluran Muzik Aktif (180 Astro).
Estranged di Sarawak Terbaru, program ini telah membawa band terkenal Estranged ke Taman Negara Mulu dan Kuching, Sarawak. Penggambaran yang memakan masa selama tujuh hari pada awal Februari lalu itu, bakal disiarkan dalam tiga episod program ini dan mula disiarkan pada hari ini (19 Mac). Ketika berada di Taman Negara Mulu, band Estranged berpeluang merasai sendiri pengalaman yang jarang diperoleh seperti menerokai gua-gua bersejarah di sana seperti Gura Rusa, Gua Lang, Clear Water Cave dan Wind Cave. Selain itu, mereka juga sempat menyelusuri sungai dengan menaiki bot panjang dan merasai sendiri kesejukan dan kejernihan sungai yang mengalir di Clear Water Cave. "Saat paling mengujakan ketika krew dan band Estranged singgah di perkampungan Penan untuk melihat sendiri budaya serta adat yang diamalkan oleh masyarakat Penan," ujar Amer lagi. Jangan lupa saksikan, kemunculan Estranged hari ini pada pukul 11.30 pagi di TV1. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Afgan seronok duduk Malaysia
Afgan Syah Reza atau Afgan yang baru memulakan pengajian di Universiti Monash di Kuala Lumpur mengaku dia seronok tinggal di Malaysia. Mengambil jurusan pemasaran perniagaan dan muzik, penyanyi ini mengaku, apa yang paling menyeronokkan dirinya tentang kehidupan baru di Malaysia adalah dia mampu hidup sendiri dan berdikari tanpa bantuan keluarga. "Saya seronok tinggal di Malaysia kerana boleh berdikari. Saya menguruskan semua hal secara sendiri termasuk soal membeli perabot dan memilih kediaman tanpa bantuan keluarga," katanya yang baru dua minggu menjadi pelajar di universiti tersebut. Ditanya tidakkah dia berasa rindu dengan Indonesia, Afgan menjawab: "Tidak. Itu yang pelik. Tak padahal sewaktu mahu berangkat dulu, saya menangis." Tambah Afgan, merantau ke negeri orang membuat dia harus bertanggung jawab atas dirinya. Meski berusaha sendiri, namun terkadang ketika menemui kesulitan Afgan tak segan bercerita kepada orang tuanya. "Walaupun saya sedang belajar berdikari, jika mempunyai masalah, saya tetap mengadu kepada keluarga. Tetapi satu yang pasti, saya belajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap semua perkara yang saya lakukan," katanya yang tinggal bersama seorang pembantu rumah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |