Utusan Online - Hiburan |
Zahiril dan Shera nak bertunang Posted: Zahiril dan Shera nak bertunang
KECOH pun tak, bising pun tak juga tetapi dalam diam-diam pelakon kacak Zahiril Adzim dah nak bertunang. Wanita bertuah pilihan hati jejaka itu rupanya orang Sri Pentas, TV3. Siapa lagi kalau bukan Shera Ayoub yang cantik manis dan merupakan pengacara Wanita Hari Ini. Baguslah tu, pasangan ini tidak segan silu berkongsi kisah cinta dengan peminat. Joyah bukan apa, sebelum ni ada pasangan artis mati-mati tak mengaku bercinta bila ditanya wartawan. Tapi pada masa sama berkepit mesra ke sana sini mengalahkan pasangan yang dah berkahwin. Namun lain pula dengan Zahiril, 27. Penuh macho mengaku sedang hangat bercinta dengan Shera yang muda dua tahun daripadanya. Yang lebih seronok, mereka dah rancang nak bertunang pertengahan tahun ini walaupun baru berkawan enam bulan lalu selepas kedua-duanya terbabit dalam filem Sesuatu Yang Tertinggal. Bagi Joyah zaman dah berubah, nampaknya artis yang baru nak naik sekarang memang terbuka minda. Kalau artis dulu-dulu hendak bercinta pun main sorok-sorok. Hari ini sudah terang lagi dan bersuluh. Agaknya itulah gaya cinta artis zaman sekarang yang dah tak kisah pun saham jatuh ketika nama baru nak popular. Bagi peminat yang nak baca lagi cerita cinta Zahiril dan Shera itu, jangan lupa beli majalah paling popular di Malaysia, URTV yang wajah depannya diva popular Ziana Zain. Khabarnya majalah tu laris betul macam pisang panas ketika ini. | ||
Posted: Jangan pelekeh orang PerlisDalam Mingguan Malaysia, 13 Mac 2011, Puan ada menyentuh tentang tumbuk sambal belacan untuk Malaysia Book of Records (MBR) yang telah di adakan di Kampung Banir Tembus, Perlis. Untuk pengetahuan puan, sambal belacan di negeri Perlis bukan hanya pembuka selera bagi masyarakat Melayu sahaja, semua lapisan masyarakat tak kira kaum suka makan sambal belacan. Semua kaum yang ada di negeri Perlis juga turut serta dalam acara tersebut. Selepas acara MBR, kami ada jamuan rakyat. Agak-agak puan, dari mana kami dapat sambal belacan untuk menjamu jemputan seramai 5,000 orang pada hari tersebut? Saya pohon puan semak terlebih dahulu sumber maklumat puan supaya tidak menyentuh hati mana-mana pihak dengan maklumat yang tidak tepat dan boleh mendatangkan fitnah. Memetik kata kata Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, ada orang di Kuala Lumpur, yang menganggap kami lekeh dan tercorot. Untuk pengetahuan puan juga, susah sekali bagi kami di negeri tercorot ini untuk mendapat liputan di media massa tempatan, baik cetak mahupun elektronik. Bukannya wartawan di negeri ini tidak bekerja, tetapi tiap kali "story" di hantar ke HQ di tolak kerana kami tidak mempunyai cukup " reading power". Maknanya tidak ramai yang membaca suratkhabar di negeri ini. Barangkali puan dan segelintir orang-orang KL tak tahu bahawa kami ada banyak IPTA dan IPTS di negeri ini. Kami juga hidup aman damai dalam masyarakat berbilang kaum dan tidak pernah rasa menumpang di bumi sendiri. Tidak ada kawasan di negeri ini yang di monopoli oleh rakyat asing dan kami rasa selamat tinggal di sini. Saya pohon Puan Siti Jarum untuk tidak membuat tuduhan membuta tuli serta tidak langsung mempunyai sensitiviti. Cerdik tak cerdik sesuatu rekod itu bukan keputusan puan untuk mentakrifkannya. Tetapi maksud dan objektif penganjuran sesuatu acara MBR itu perlu puan fahami terlebih dahulu sebelum memberi ulasan yang memakan diri sendiri. Fadina Othman Kangar, Perlis. Untuk pengetahuan Siti Jarum, saya amat amatlah tak gemar membaca artikel Siti Jarum, kerana dalam artikel Siti Jarum ialah hanya hasad dengki dan juga niat Siti Jarum ingin merendah rendah kan orang lain dan juga artis. Tinggi sangatkah Siti Jarum nak kata orang macam itu semua? Mulia sangatkah Siti Jarum kita ini? Maksumkah Siti Jarum sampaikan semua orang Siti Jarum pandang rendah dan hina? Jawablah. Kita ini manusia Siti Jarum oi. Sedarlah sikit. Semua manusia patut di beri peluang. Bagi sokongan. Jangan nak jatuh jatuh kan orang. Sebagai contoh biar saya beri di sini. Pertama sekali tentang KRU mengeluarkan cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Siti Jarum kita yang mulia ini cuba banding kan cerita kita dengan orang Barat punya cerita. Patutkah berkata begitu? Siti Jarum ini jadi wartawan ada kelayakan atau tidak? Atau hanya masuk bidang wartawan dari hasil saudara mara tolong sana sini? Tak pun kawan bapak Siti Jarum tolong? Anak ikan Siti Jarum tolongkah? Sebab apa yang saya lihat, setiap artikel Siti Jarum sangat cetek pemikirannya. Kalau nak merendah-rendahkan orang, buatlah sendiri. Make your own Hikayat Merong Mahawangsa. Buatlah. I cabar u. Pandai sangat kata kita ni ketinggalanlah, apalah. Pandai kritik saja tak guna. Buktikan pada semua orang yang kamu boleh buat lagi hebat daripada KRU tu Siti Jarum oiii. Awak ini pandai cakap saja. Pandai kutuk saja. Tapi benda lain apa pun tak pandai. Taubatlah Siti Jarum. Saya rasa dalam sejuta orang yang baca semua artikel Siti Jarum, 999,198 memaki, menyumpah dan tak suka akan Siti Jarum. Baki 802 mungkin suka sebab mereka ialah suku kaum Siti Jarum sendiri. Jadi fikirlah Siti Jarum. Sebelum kita mengata orang, kita pandanglah diri kita sendiri dulu. Adakah kita mampu untuk buat macam orang lain buat? Adakah kita ini berupaya untuk lakukan sesuatu macam orang lain buat? Dan adakah kita lagi hebat dari orang lain? Fikirlah Siti Jarum. Tetapi kalau kita ni pun tak seberapa, setakat wartawan yang tak ada apa, jangan nak kecoh sangatlah. Janganlah tak pedulikan e-mel saya ini. Saya cuma nyatakan rasa tidak puas hati kepada seorang wartawan yang saya anggap sangat kurang ajar dan tak ada nilai sensitiviti pada orang lain. zulashraf@ymail.com A. Rahman C. M. K. Terengganu. Yang Terguris. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |