Adsense

Khamis, 31 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Hasrat jadi penyanyi tercapai

Posted:

Hasrat jadi penyanyi tercapai

Hasrat jadi penyanyi tercapai



SEWAKTU lagu Kau Yang Punya nyanyian Malique Too Phat hangat di corong radio, suara enak penyanyi wanita yang tidak diketahui identitinya menjadi persoalan. Waktu itu, nama Najwa cukup asing bagi penggemar muzik tempatan. Itu kisah lebih setahun lalu.

Namun hari ini, menyebut nama Najwa, terus terbayang sosok tubuh mungil seorang gadis manis yang tidak pernah kering dengan senyuman. Najwa Muhyiddin bukan asing lagi, tetapi suara lunak dengan gaya soulnya selalu dirindui.

Lantas apabila dia muncul dengan album debut penuh miliknya sendiri, ia membangkit keterujaan di hati peminatnya. Diberi nama Innocent Soul, ia adalah sebuah album Inggeris penuh daripadanya.

Saat melancarkan album tersebut di Restoran Ecoba, Kuala Lumpur, baru-baru ini, air matanya tidak dapat ditahan daripada mengalir apabila disoal mengenai perjalanan proses penerbitan album tersebut.

Bukan gimik, bukan juga drama tetapi air matanya itu sebagai tanda betapa besar pengorbanan dan keinginannya untuk melahirkan sebuah album.

"Lama rasanya untuk saya hasilkan album ini. Selepas penat lelah dan berulang-alik di antara Jakarta, Indonesia dan Kuala Lumpur, akhirnya impian saya untuk melahirkan sebuah album tercapai," tuturnya sambil menguntum senyuman.

Katanya, dia meminati muzik sejak dari kecil dan tidak dapat melupakan persembahan pentas pertamanya untuk hari penyampaian hadiah di sekolah rendah ketika dia berusia tujuh tahun.

Bagaimanapun, demi jaminan masa hadapan dan kepuasan hati ayah bonda, dia terlebih dahulu bergelar siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik yang ditimba di Melbourne, Australia.

Selepas dua tahun menimba pengalaman di bumi kanggaru itu, sekembali Najwa ke tanah air, dia tahu yang dia perlu lakukan sesuatu demi minat dan cintanya terhadap muzik.

Dek kerana minat, dua tahun juga masa dihabiskan di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), Kuala Lumpur, sambil dia mencari peluang dan ruang untuk muncul dengan hasil karyanya sendiri.


TIMBA ilmu. Najwa mengakui dia masih dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan lagu-lagu Melayu.


"Saya bekerjasama dengan Maliq & D'Essentials, band jazz popular di Indonesia untuk lahirkan album ini. April tahun lepas saya terbang ke Jakarta dan berbincang dengan mereka.

"Selepas itu, sekitar bulan Ramadan saya terbang ke Jakarta, untuk proses rakaman. Syukur, kerana mereka memahami apa yang saya mahukan untuk album ini," balasnya gadis berusia 25 tahun itu lagi.

Apabila disoal mengapa terbang sehingga ke Jakarta untuk merakamkan album, jawab Najwa, dia bukan meragui kemampuan penerbit album di Malaysia, tetapi ketika dia ingin menerbitkan album genre neo soul itu, dia tidak berjumpa dengan orang yang sesuai di Malaysia.

"Genre muzik yang saya pilih, tidak berapa popular di Malaysia, saya tidak mahu ambil risiko sebab itu saya ambil keputusan untuk bekerjasama dengan Maliq & D'Essentials.

"Genre muzik kami lebih kurang sama, jadi bekerjasama dengan mereka akan memberikan nafas yang sama terhadap muzik saya tetapi dengan identiti saya sendiri," katanya yang merupakan peminat band tersebut.

Tidak perkecil lagu Melayu

Sepuluh buah lagu yang terkandung dalam album sulungnya itu semuanya dalam bahasa Inggeris, namun jauh di sudut hatinya, satu hari nanti dia ingin menghasilkan sebuah album Melayu.

Sungguhpun begitu, Najwa sedar di mana tahap kemampuannya untuk menulis lagu puitis dalam bahasa Melayu.

"Saya akui, saya lebih selasa menulis lagu dalam bahasa Inggeris, sebelum ini saya ada terfikir untuk tulis lagu dalam bahasa Melayu tetapi sedar yang saya tidak berapa bagus untuk menulis sebuah lagu yang puitis dalam bahasa Melayu.

"Buat masa ini saya masih dalam proses belajar membikin lagu, Insya'allah mungkin untuk album akan datang saya akan memuatkan lagu bahasa Melayu," jelasnya.

Tambah Najwa, album Innocent Soul terlalu istimewa buat dirinya kerana hampir kesemua lagu yang dimuatkan dalam album itu merupakan koleksi peribadinya. Ia ibarat sebuah diari yang dibikinnya sendiri sejak berusia 16 tahun.

"Bukan 100 peratus lagu dalam album ini berdasarkan pengalaman yang betul kerana ada juga berdasarkan pengalaman orang lain," tuturnya mengenai album yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sumpahan Kum Kum taruhan terbaru Bob

Posted:

Sumpahan Kum Kum taruhan terbaru Bob

Sumpahan Kum Kum taruhan terbaru Bob

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


KANAN: Bob(empat dari kiri) bersama barisan pelakon filem Sumpahan Kum Kum.


SELEPAS mencipta rekod luar biasa menerusi filem komedi seram, Ngangkung yang berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM8.45 juta, Ismail Bob Hasim atau Bob beralih selera kepada filem bergenre seram untuk filem kelimanya, Sumpahan Kum Kum.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Bob sebagai seorang pengarah muda telah berjaya meletakkan satu penanda aras untuk pengkarya-pengkarya filem bagi menerbitkan filem yang pecah panggung yang menepati selera penonton.

"Rekod kutipan filem di negara ini ada turun dan naiknya. Namun, saya tidak mahu terlalu tertekan memikirkan tentang kutipan dan kini saya hanya mahu fokus terhadap penggambarannya sahaja," katanya.

Ditemui pada majlis doa selamat dan pelancaran filem itu, Bob masih mempunyai baki tiga lagi filem yang belum ditayangkan selepas Ngangkung iaitu Senario The Movie: Ops Pocot, Alamak Toyol dan Bini-Biniku Gangster yang semuanya bercorak komedi.

Bercerita tentang pengarahan filem seram pertamanya itu, Bob tanpa berselindung mendedahkan dia tidak mampu untuk mengelak sekiranya terdapat antara babak filem tersebut yang berkemungkinan boleh bertukar menjadi bahan ketawa penonton.

"Saya buat filem lebih buat tontonan seorang penonton dan saya mahu ia jujur, selain mempunyai unsur ketakutan.

"Saya juga tidak menolak kemungkina akan ada babak yang mampu menimbulkan rasa geli hati kepada penonton meskipun ia merupakan filem seram. Namun, sudah pasti ia tidak akan berlaku kepada keseluruhan filem," ujarnya.

Sumpahan Kum Kum telah mula menjalani penggambaran bermula 23 Mac lalu di sekitar Ijok serta Kuala Selangor dan dijangka akan selesai dalam masa 24 hari.

Pemilihan lokasi dibuat berdasarkan konsep penceritaan dan latar cerita yang berbalik kepada era 90-an dan menurut Bob lagi, pemilihan lokasi amat penting kerana ia mampu membantu dalam memberi kesan serta mood lakonan kepada para pelakonnya.

Antara pelakon yang terlibat ialah Fezrul Khan, Putri Mardiana, Farisya Fatin, Lydiawati, Kaza dan dua pendatang baru iaitu Shima Anuar dan Wawa Zainal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tip tubuh seksi Son Dambi

Posted:

Tip tubuh seksi Son Dambi

Tip tubuh seksi Son Dambi


SON DAMBI


BINTANG terkenal Korea Selatan, Son Dambi bukan sahaja telah menunjukkan bentuk tubuhnya yang seksi ketika membuat fotografi jenama pakaian sukan Decente baru-baru ini.

Malah aktres, penyanyi dan model itu juga telah memberi tip kepada peminatnya bagaimana untuk mendapatkan bentuk tubuh yang sihat dan mantap.

Pertama, dia menegaskan regim senaman perlu dimulakan dengan latihan angkat berat, sebelum diikuti dengan aerobik dan akhirnya regangan badan.

"Saya sangat berdisiplin dengan regim dan rutin senaman saya. Kalau pada hari saya tidak menjalani latihan di gim, saya akan berjoging di sekitar kawasan kejiranan saya," ujarnya.

Satu lagi regim bagi mengekalkan stamina dan bentuk tubuh yang mantap yang diamalkannya adalah dengan menari.

"Saya menari dan menari kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh selain menjadikan bentuk tubuh kita mantap, tetapi ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan," ujarnya yang menyukai tarian hip hop dan jazz.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.