Adsense

Khamis, 31 Mac 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Zizan dan Sarah sehaluan

Posted:

Zizan dan Sarah sehaluan

Zizan dan Sarah sehaluan

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


ZIZAN dan Sarah Ali, kedua-duanya mempunyai daya tarikan tersendiri.


DUNIA hiburan tanah air tidak pernah statik. Tanpa mengira cabang seni manakah yang menjadi pilihan, setiap mereka yang ingin bergelar artis perlu bijak dalam membuat percaturan.

Bagi Mohd. Razizan Abdul Razak, 27, atau lebih dikenali dengan nama pentas, Zizan Raja Lawak, langkah permulaannya untuk bergelar artis bermula dengan penyertaannya dalam program Raja Lawak musim pertama.

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Rezeki Zizan tidak pernah putus dengan tawaran sebagai pengacara mahupun lakonan.

Bagi anak kelahiran Dungun, Terengganu ini, Zizan ditawarkan untuk muncul dalam filem Jangan Pandang-Pandang terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Selain Zizan, turut mencari ruang dalam industri hiburan ialah anak jati Kuala Lumpur, Sarah Ali yang berusia 21 tahun.

Sebagai pendatang baru, adalah sesuatu yang membanggakan apabila dia yang baru mula berlakon tahun lepas, diberikan peluang oleh penerbit dan pengarah untuk tampil dalam enam buah filem.

Walaupun filem-filem lakonannya masih belum ditayangkan namum gadis lincah ini dilihat ada potensi untuk mencipta fenomenanya yang tersendiri.

Itu sekaligus akan melakar nama Sarah sebaris dengan pelakon-pelakon wanita popular sedia ada apabila kesemua enam filem lakonannya menjengah pawagam kelak.

Baru-baru ini, Hits berkesempatan mendampingi dua selebriti tersebut di lokasi penggambaran Jangan Pandang-Pandang yang diadakan di Tasik Kenyir, Terengganu.

Filem ke-22 arahan Ahmad Idham Nadzzri itu telah memulakan penggambarannya sejak 22 Februari lalu.

Bertemu dengan Zizan dan Sarah di hari terakhir penggambaran filem tersebut, nyata banyak cerita yang ingin mereka kongsi bersama pembaca Hits.

"Walaupun sebagai muka baru, kami dapat rasakan ada keserasian dan filem inilah yang mempertemukan kami berdua," kata Zizan dan Sarah.

Sarah bagaikan artis gerila

NAMA Sarah Ali mungkin agak samar dalam industri filem kerana di mata peminat, mereka belum boleh melihat sejauh mana kemampuan lakonan figura kecil molek ini .

Bersandarkan pada wajah eksotik, belum tentu lagi dia mampu meraih populariti kerana belum ada satu pun filem lakonannya yang masuk pawagam.

Mungkin namanya hanya dikenali melalui publisiti yang terpampang di dada-dada akhbar dan majalah hiburan tempatan.

Namun begitu, Sarah menjadi rebutan pengarah dan produser filem kerana kesemua enam filem lakonannya, dia muncul sebagai pendukung watak utama.

Bagi filem Nur Kasih, Penunggu Istana dan Songlap, kesemuanya dijangka akan masuk panggung pada pertengahan tahun ini.

Dua lagi filem yang telah pun siap pembikinannya ialah Sesuatu Yang Tertinggal dan Klip X-3GP.

"Bagi filem Nur Kasih, ia adalah genre drama kekeluargaan manakala Penunggu Istana pula bercorak seram.

"Songlap merupakan filem aksi yang menuntut saya untuk melakonkan watak yang lasak dan kasar.

"Itu tidak menimbulkan masalah dari segi penghayatan kerana karakter sebenar saya seorang yang lasak," ujar Sarah.

Tambah Sarah, dia amat teruja kerana tidak menyangka filem-filem lakonannya akan menemui penonton dalam jarak yang begitu rapat tarikhnya.

Zizan sebagai mentor

SARAH gembira apabila dia berpeluang untuk muncul melakonkan watak komedi menerusi filem Jangan Pandang-Pandang.

Menurutnya, watak Yaya cukup sukar untuk dilakonkan kerana dia perlu menterjemahkan diri sebagai seorang remaja yang berdikari dan dalam masa yang sama, agak serius.

"Cukup susah bagi saya untuk berlawak dan dalam masa yang sama perlu serius. Ia satu cabaran buat saya.

"Tetapi apabila mengamati karakter Zizan di luar set penggambaran, dia menjadi sumber inspirasi saya.

"Jadi, secara tak langsung, dia banyak membantu saya untuk menjayakan watak Yaya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsert Wings ke Singapura, Brunei

Posted:

Konsert Wings ke Singapura, Brunei

Konsert Wings ke Singapura, Brunei

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar HAFIZ JOHARI


MOHAMED Juhari Shaari (tujuh dari kiri) bersama Wings Superfriends di majlis sidang akhbar di Istana Budaya, baru-baru ini.


KUMPULAN rock popular tanah air, Wings bakal mengadakan satu konsert di Singapura sekiranya segala perancangan dan perbincangan yang dilakukan oleh penganjur, Red On Black, berjalan lancar.

Menurut Pengurus Urusan Red On Black, Solih Toha, sudah tiba masanya Wings menghiburkan peminat mereka di Singapura.

Menyedari Konsert Wings Opera Hidup 'Superfriends' masih belum dipentaskan di Istana Budaya, Solih berani untuk tampil dengan cadangan membawa Wings ke negara republik itu.

"Sebenarnya, Konsert Wings Opera Hidup 'Superfriends' yang akan diadakan pada 29 April sehingga 1 Mei ini nanti merupakan pembuka pintu rezeki kepada penyanyi rock tanah air agar mereka boleh mencari makan menerusi persembahan (konsert).

"Saya berani untuk membawa konsert yang serupa macam Wings Opera Hidup 'Superfriends' ke luar kerana Wings mempunyai ramai pengikut setia yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan kepada kumpulan rock tanah air itu.

"Selepas Wings habis mengadakan persembahan mereka di Istana Budaya pada 1 Mei ini nanti, saya memang berhasrat untuk membawa Konsert Wings Opera Hidup 'Superftiends' ke Singapura pula.

"Setakat ini, perancangan sedang dilakukan. Jika semuanya berjalan lancar, insya-Allah, para peminat Wings dan 'superfriends' di Singapura akan dapat menyaksikan persembahan mereka nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Hits ketika ditemui sebelum bermulanya majlis sidang akhbar Konsert Wings Opera Hidup 'Superfriends' yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, diperkenalkan 16 artis rock lain yang terlibat menjayakan konsert itu.

Antaranya, Ramli Sarip, Rosli Mohalim (Sweet Charity), Nash (Lefhanded), Hattan, Yantzen, Mus (Wings), Eddrie Hashim, Hillary Ang dan Lola.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaari turut hadir pada sidang akhbar itu.

Sebagai penganjur utama Konsert Wings Opera Hidup 'Superfriends' , persembahan Wings bersama Search dan Ella pada Oktober tahun lepas di Kuantan, Pahang yang mendapat sambutan hangat daripada peminat muzik rock menjadi titik permulaan baginya untuk menaja Wings mengadakan konsert di Istana Budaya.

"Dari situ, kita bekerjasama dengan Bombbay Worldwide, Anggerik Event. Sdn. Bhd., dan Istana Budaya untuk menyajikan Konsert Wings Opera Hidup 'Superfriends' di Istana Budayai.

"Selepas Singapura, saya berhasrat untuk membawa Wings dan rakan-rakannya ke Brunei pula," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.