Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


(Gambar) Cico Anak Uji Rashid Akan Ikut Jejak Bob Lokman?

Posted: 31 Mar 2011 07:40 PM PDT

Selepas Bob Lokman mengundurkan diri daripada dunia hiburan dan menyertai PAS, nampaknya ada artis lain yang mengikut jejak langkahnya. Pada 30 Mac 2011, kelibat Cico anak kepada Uji Rashid kelihatan bersama dengan Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandan Indah.

Mungkin, kehadiran Cico hanya kebetulan, mendengar kuliah tiada salahnya, kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Daphne Iking Covergirl Majalah Gorgeous

Posted: 31 Mar 2011 07:24 PM PDT

Daphne Iking yang lebih mesra dengan nama barunya, Dahlia membuat kemunculan sebagai covergirl untuk majalah Gorgeous. Edisi terbaru ini memaparkan kisah Daphne Iking setelah memeluk Islam & berkahwin dengan suaminya, Joe. Tidak ketinggalan juga, kisah bekas suaminya turut dimuatkan dalam temubual ini, mungkin berkaitan dengan prosiding mahkamah yang penuh kontroversi beberapa bulan yang lalu.

Kami ada terbaca beberapa komen yang mengkritik hebat penampilan Daphne Iking untuk majalah ini. Ada yang berkata, Daphne Iking bercakap mengenai Islam, tapi pemakaian tidak menunjukkan ciri-ciri tersebut. Kami bukan tidak bersetuju dengan pengkritik tersebut, ada benarnya, cuma sebagai orang yang matang,  ada perkara yang perlu diambil kira sebelum sesuatu kritikan dibuat.

Kami tak salahkan Daphne 100% kerana dia baru sahaja memeluk Islam & sudah semestinya setiap orang memerlukan masa untuk berubah. Jangan'lah dikritik sangat saudara baru ini dengan macam-macam tomahan, sepatutnya kita berikan nasihat & panduan secara lembut. Baru'lah lebih berkesan!

Ramai lagi selebriti yang sejak dilahirkan beragama Islam sampai tua bangka pun masih seksi-menyeksi. Kononnya urban style. Itu tidak pula nak ditegur, kan?

Jadi, pandai-pandai'lah fikir sebelum mengkritik seseorang. Berikan masa, nasihat secara lembut. Itu lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan