Adsense

Rabu, 30 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Mahu jadi peguam

Posted:

Mahu jadi peguam

Mahu jadi peguam


MIERA (kiri) dan Fathia berkongsi cita-cita untuk menjadi peguam.


BOLEH dikatakan Nur Fathia Abd. Latiff dan Miera Liyana Kasmi masih lagi setahun jagung dalam persada hiburan tanah air. Bagaimanapun, ia langsung tidak menghalang kedua-dua mereka daripada memegang watak-watak penting dalam sesebuah drama yang dilakonkan.

Lebih beruntung lagi, kebanyakan drama lakonan mereka juga sering mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Misalnya, Nur Fathia dikenali menerusi drama Hani, manakala Miera pula mula popular dengan drama Kamelia Katrina.

Bagi Nur Fathia, meskipun dirinya kini mula menjadi perhatian ramai serta kerap mendapat tawaran berlakon daripada pengarah terkenal, tetapi dia sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang peguam.

Ujar pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu lagi, dia tertarik dengan kerjaya peguam ketika bekerja secara sambilan di firma guaman pak ciknya.

"Pada saya, peguam merupakan satu kerjaya yang sangat menarik. Mungkin minat terhadap pekerjaan tersebut timbul memandangkan ada pak cik saya yang memiliki firma guaman sendiri.

"Sementara, di kalangan adik-beradik pula bukan saya seorang sahaja yang berminat untuk menjadi peguam, malah salah seorang adik saya juga mempunyai cita-cita dan belajar di universiti yang sama," ujar anak sulung empat beradik itu.

Menurut pelakon berusia 23 tahun itu lagi, sekiranya diberi pilihan untuk menjadi seorang pelakon atau peguam, pastinya dia akan mengutamakan cita-citanya itu.

Sudah dua tahun bergelar mahasiswa undang-udang, dia juga menegaskan tidak akan sesekali berhenti belajar dan lebih sanggup meninggalkan dunia lakonan jika keadaan memaksa.

"Sama ada untuk terus aktif dalam lakonan atau sebaliknya, apa yang lebih penting lagi saya perlu menamatkan pelajaran terlebih dahulu. Lagipun rasa sayang pula kalau belajar separuh jalan sahaja.

"Lagipun ahli keluarga yang lain juga turut memberi nasihat yang sama. Cuma buat masa ini saya perlu berusaha lebih keras supaya pelajaran saya tidak merosot apabila aktif berlakon," jelasnya.

Seperti Nur Fathia, seorang lagi pelakon baru yang semakin popular, Miera Leyana turut mempunyai impian yang sama mahu bergelar peguam suatu hari nanti.

Baru mencecah usia 18 tahun, pelakon yang kini sedang menjalani penggambaran drama Kasih Yang Suci ini meluahkan rasa gembira dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya baru-baru ini.

"Saya minta maaf sebab terpaksa merahsiakan keputusan SPM yang saya dapat. Namun saya memang gembira kerana keputusan tersebut mencapai sasaran dan boleh melayakkan saya untuk menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang.

"Cuma buat masa sekarang saya masih belum membuat keputusan yang muktamad lagi sama ada mahu sambung belajar ataupun tidak pada tahun ini," ujar pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur itu.

Tambah Miera, ketika ini dia masih tidak mahu terlalu terburu-buru untuk mengejar cita-citanya itu memandangkan kini dia semakin sayang dan jatuh cinta dengan dunia lakonan.


NUR FATHIA berusaha menyeimbangi antara kerjaya dan pelajaran serentak.


Akuinya, memang ketika ini perasaannya begitu berbelah bahagi memandangkan semakin banyak tawaran berlakon yang diterima dan tidak mahu melepaskan peluang yang diberikan.

"Perkara ini sudah saya bincangkan dengan ahli keluarga lain terutamanya ibu. Malah, ibu menasihati saya supaya memilih sama ada mahu terus berlakon atau menyambung pelajaran.

"Lagipun ibu tahu tentang diri saya yang tidak boleh buat dua perkara dalam satu masa. Apa yang paling merisaukannya kalau saya melakukan kedua-duanya, saya akan sering ponteng kuliah kerana sibuk berlakon," jelasnya.

Bagaimanapun, tegas pelakon yang dilanda kontroversi hangat itu lagi, sekiranya dia bertekad untuk terus berlakon, dia tetap akan menyambung pelajarannya suatu hari nanti.

"Cita-cita untuk menjadi seorang peguam tidak pernah luntur dalam diri saya. Lagipun saya masih muda lagi dan saya boleh menyambung pelajaran sekiranya benar-benar sudah bersedia," ujarnya.

Pendapatan sampingan

Tidak dinafikan, namanya semakin dikenali dan menjadi sebutan ramai lantaran aktif sebagai dramatis.

Meskipun dilihat sudah bertapak kukuh dalam bidang lakonan, tetapi Nur Fathia menjelaskan pembabitannya sebagai seorang pelakon sebenarnya sekadar minat dan hobinya sahaja.

Ujarnya, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang pelakon sebelum ini, sehinggalah dia terbabit dalam sebuah iklan komersial syampu beberapa tahun lalu.

"Berlakon adalah salah satu minat saya selain fesyen sejak dari dahulu lagi. Cuma buat masa sekarang ini pelajaran tetap menjadi keutamaan dan tidak terlalu serius dalam lakonan.

"Saya akui semakin banyak tawaran yang diterima semenjak kebelakangan ini, namun ada yang terpaksa ditolak kerana bertembung dengan jadual kuliah saya," ujarnya.

Dia menambah, biasanya kebanyakan drama yang dilakonkannya itu menjalani penggambaran ketika dia sedang berada dalam cuti semester pengajian.

Namun begitu, Fathia tetap meluahkan rasa gembira dan syukurnya kerana semakin diterima penonton meskipun pada mulanya dia dikecam apabila membawa watak berpeluk-pelukan dan bersentuh-sentuhan dengan pelakon lelaki dalam beberapa drama.


MIERA merahsiakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang baru diperolehnya.


Sementara itu, ketika ditanya adakah dia tidak bimbang apabila terpaksa bersaing dengan pelakon-pelakon baru yang lain, dia menjelaskan tidak ada apa yang perlu dibimbangi kerana dia menjadikan lakonan sebagai pendapatan sampingan sahaja.

"Saya sedar yang industri lakonan tempatan sememangnya tidak pernah ketandusan bakat-bakat baru. Malah, saya sudah bersedia sekiranya tidak diterima dalam industri ini lagi," luahnya.

Pengajaran

Berbanding dengan Nur Fathia yang setakat ini tidak pernah lagi dilanda sebarang kontroversi hangat, berlainan pula dengan nasib yang telah menimpa Miera baru-baru ini.

Gara-gara memakai baju yang terlalu seksi hingga mendedahkan bahagian tepi payu dara hasil rekaan Wan Huzairil Wan Hussein, namanya tiba-tiba meletup sehingga menerima kritikan ramai pihak.

Mengulas mengenai perkara tersebut, dia menjelaskan bukan sengaja untuk mencetuskan kontroversi dan semata-mata mahu meraih populariti segera. Sebaliknya apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya sama sekali.

"Biarpun saya masih lagi agak baru dalam bidang ini, tetapi tidak pernah terlintas di fikiran saya dengan melakukan perbuatan sebegitu untuk mencari publisiti murahan.

"Dalam perkara ini, saya tidak menyalahkan sesiapa pun. Segala apa yang berlaku itu menjadi pengajaran berguna buat diri saya dan menjadi iktibar supaya lebih berhati-hati selepas ini," jelasnya.

Menurut Miera lagi, sebagai seorang perempuan, dia turut melahirkan rasa malu apabila gambarnya tersebar di Internet dan mendapat cemuhan daripada orang ramai.

Bagaimanapun, untuk acara Anugerah Bintang Popular yang akan berlangsung pada 3 April ini, dia masih menggunakan khidmat pereka Wan Huzairil untuk mereka pakaiannya nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zila Bakarin tutup aurat

Posted:

Zila Bakarin tutup aurat

Zila Bakarin tutup aurat

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


DARI kiri: Zila, Anne dan Fazreen.


TERKENAL dengan identiti yang seksi dalam kebanyakan penampilan dan lakonannya, tidak bermakna pelakon Zila Bakarin menolak tawaran untuk memegang watak wanita berimej keislaman.

Mungkin juga peminat yang memandangnya menyangka bahawa Zila sudah beralih arah. Hakikatnya, transformasi dirinya itu sekadar untuk tatapan lakonan sahaja.

Akuinya, apabila tiba masanya nanti, dia tidak menolak kemungkinan akan menjadikan busana muslimah sebagai pilihan hati.

"Buat masa ini untuk pakai tudung belum sampai seru lagi. Perkara macam ini tidak boleh dipandang remeh. Kalau betul-betul mahu tutup aurat, saya pastikan ia benar menepati cirinya," terangnya yang kini sudah memiliki seorang cahaya mata, Kaseh Azri, 2.

Kemunculan Zila menerusi drama bersiri Kurma Ajwa Untuk Najwa yang ditayangkan oleh stesen televisyen AlHijrah ternyata memberi sesuatu kelainan terhadapnya sepanjang terlibat dalam industri lakonan.

Pengalaman yang paling ketara apabila Zila perlu mematuhi beberapa peraturan yang dilarang oleh Islam. Paling jelas sekali, dia perlu memakai tudung dan adegan yang dipaparkan tidak boleh tersentuh dengan pelakon lelaki.

Meskipun watak yang dipegangnya itu sebagai ibu kepada pelakon Fazreen Rafi, Zila perlu menghayatinya dengan membataskan perilaku.

"Sejujurnya, ia bukan semudah yang disangka kerana imej saya perlu bersesuaian dengan watak yang diberikan. Babak yang paling rumit apabila saya perlu marah kepada anak saya.

"Sepatutnya saya garang tetapi disebabkan saya berpakaian sopan ia membuatkan diri ini susah untuk berlakon garang. Saya jadi bersifat lemah lembut," ceritanya yang turut mengakui pertama kali mengadakan sesi fotografi berimej tudung dan sopan.

Namun, watak itu sebenarnya mendorong Zila untuk berjinak-jinak bertudung. Lama-kelamaan timbul rasa ingin tahu secara mendalam bagaimana ingin mendapatkan tudung yang berkualiti.

"Secara semula jadi saya terasa ingin tahu pilihan tudung yang disukai. Rupa-rupanya banyak sangat fesyennya. Buat masa ini koleksi saya hanya dua helai sahaja. Selebihnya saya pinjam tudung kakak," katanya sambil ketawa kecil.

Jantung berlubang

Sementara itu, lain pula dengan Anne Ngasri yang sebelum ini sudah pun berpakaian muslimah. Jadi, sepanjang sesi penggambaran drama itu, ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

Sebaliknya, dia suka untuk berkongsi kriteria drama itu yang melarang setiap pelakon bukan muhrim bersentuh, menutup aurat dan tata rias wajah sederhana.

"Drama ini memberi teladan yang sungguh baik bukan sahaja kepada penonton. Bahkan kepada pelakonnya sendiri. Saya cukup suka dengan drama ini yang berjalan lancar tanpa sebarang masalah," jelasnya.

Hurai Anne lagi, keterujaan menerusi Kurma Ajwa Untuk Najwa apabila digandingkan dengan Fazreen Rafi yang memegang watak Bujal iaitu seorang pemuda yang lurus bendul dan berperangai kebudak-budakkan.

Gelagat manusia

Dia memuji lakonan Fazren yang mampu membawa watak sebegitu sedangkan jejaka itu sebelum ini tidak pernah ditawarkan sebagai kanak-kanak kurang upaya.

"Saya adalah seorang remaja yang bernama Najwa yang mempunyai perwatakan sangat pandai, peramah, lemah lembut dan rajin. Tetapi saya mempunyai penyakit jantung berlubang.

"Bagaimanapun, saya dengan Fazren merupakan rakan baik di kampung itu. Walaupun Fazren lurus bendul dan spastik antara saya dan dia boleh menjadi teman rapat," terangnya lagi.

Dalam pada itu, Fazren pula menjelaskan, drama arahan Badarudin Azmi yang lebih dikenali sebagai Bade benar-benar menyentuh perasaan masyarakat.

Mula ditayangkan pada 13 Mac lalu dan mempunyai 15 episod, Kurma Ajwa Untuk Najwa mengisahkan gelagat manusia yang suka membezakan individu lain mengikut kelas tersendiri.

"Plot cerita ini memang bagus untuk tatapan bersama keluarga kerana ia boleh dikatakan berlaku pada masa kini. Saya pula menggalas tugas berat untuk menjaga ibu yang sudah berusia lakonan Ruminah Sidek.

"Sedangkan saya mempunyai seorang kakak tetapi dia langsung tidak menghiraukan kami yang berada di kampung," jelas Fazren.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bieber kalahkan Micheal Jackson

Posted:

Bieber kalahkan Micheal Jackson

Bieber kalahkan Micheal Jackson


JUSTIN BIEBER


NEVER SAY NEVER filem dokumentari sulung mengenai perjalanan hidup Justin Bieber telah diumumkan menjadi filem konsert paling laris di senarai pecah panggung Amerika Syarikat. Hasil kutipan filem tersebut telah berjaya mengalahkan kutipan yang diraih filem This Is It kepunyaan Micheal Jackson.

Sejak ditayangkan sebulan lalu iaitu pada 11 Februari, filem itu telah berjaya meraih kutipan sebanyak AS$72.2 juta (RM223 juta). Ia sekali gus menjadi rekod baru yang mana sebelumnya dipegang oleh filem Micheal Jackson yang meraih kutipan AS$72.1 (RM218.2 juta).

Meskipun telah berjaya mengalahkan rekod legenda muzik pop itu, Bieber tetap menyanjungi dan merendah diri dengan mengatakan Micheal Jackson tetap menjadi idola dan legenda muzik dunia.

"Terima kasih kepada peminat-peminat dan pihak yang terus menyokong Never Say Never (3D NSN3D) di seluruh dunia. Tetapi Jackson masih dan akan selalu menjadi Raja Pop," tulis Bieber dalam akaun Twitternya seperti mana yang dilaporkan Aceshowbiz.

Filem Jackson yang menampilkan dokumentari dirinya adalah ketika menjalani latihan dan sebuah persembahannya di London. Filem itu diedarkan pada tahun 2009 iaitu selepas Raja Pop itu mengejutkan dunia dengan kematiannya tragisnya itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.