Adsense

Rabu, 30 Mac 2011

Celebrity News

Celebrity News


Kutipan Filem Dalam Botol Kini Mencecah 1 Juta !!!

Posted: 30 Mar 2011 08:27 AM PDT

Filem konterversi yang ditayangkan pada 24 Mac lalu kini mencecah kutipan melebihi 1 juta setelah 5 hari ditayangkan di lebih 40 pawagam diseluruh Malaysia. Filem yang menelan belanja RM 888K ini mungkin mempunyai daya tarikan tersendiri menyebabkan penonton diluar sana ingin mengetahui apakah kisah dan jalan cerita dalam filem arahan Raja Azmi ini.

Dan jika anda pernah membaca "Post" yang Zoom berkongsi bersama anda sebelum ini, yang mengatakan Raja Azmi akan bernekad berhenti daripada membikin filem jika filem ini tidak mendapat sambutan. Apa yang pasti ia akan menjadi igauan mimpi beliau kerana filem ini sudah mencapai sasaran malah semakin menjauhi apa yang diperlukan.

Dengar khabar Raja Azmi akan menerbitkan satu lagi filem yang mengaitkan lelaki, kalau tak silap tajuk dia "Anak Ikan" ( Jejaka yang menjadi rebutan wanita ). Sama-samalah kita tunggu dan lihat, tetapi ada tak sesiapa disini yang sudah menonton filem botol ni ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Update : Gambar Anak Ruhil Amani

Posted: 29 Mar 2011 11:28 PM PDT

Inilah gambar  cahaya mata Ruhil dengan suami beliau Jamil Wilson yang bernama Raayan Alexander Wilson Jamil Wilson pada 3 Mac lalu. Daripada raut wajah Raayan lebih kepada ayah beliau, namun apa pun semoga Raayan akan menjadi anak yang soleh.

Kedua-duanya kini dilaporkan dalam keadaan sihat walafiat dan sedang berpantang.


RUHIL




RUHIL DAN SUAMI 



Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Gossip Kamal Adli Bersekedudukan Dengan Intan Ladyana !!

Posted: 29 Mar 2011 11:15 PM PDT

Boleh tahan juga gossip yang melanda pasangan kekasih ini, mana tidaknya kisah mereka sampai keperingkat yang mengata tinggal bersama dalam satu bumbung walaupun belum mempunyai apa-apa hubungan. ZoOm kagum dengan sikap pasangan ini kerana tidak mudah melenting dengan gossip panas yang mengaitkan mereka.

Dalam gossip tersebut mengatakan Kamal bersekedudukan dengan Intan di sebuah kondominium di Ampang Selangor.

Dan dilampirkan jawapan anak gadis ini mengenai gossip panas yang melanda !! :



"Dakwaan yang mengatakan saya tinggal serumah dengan Kamal adalah tidak betul sama sekali. Kamal tinggal bersama keluarganya.
"Memang tidak betul sangatlah kalau ada yang mendakwa kami tinggal bersama macam pasangan suami isteri," katanya kepada mStar Online, Selasa.
Mengakui Kamal kerap berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa atau keluar bersama, Intan bagaimanapun berkata, aktor itu hanya menunggu di bawah dan jarang masuk ke rumah kecuali atas hal-hal tertentu atau kecemasan.
"Saya tidak menafikan Kamal selalu datang tetapi tidaklah sampai masuk ke rumah, apatah lagi untuk tidur bersama pula.
"Kebiasaannya dia akan tunggu di bawah sahaja. Kalau pun keadaan memaksa dia untuk masuk ke rumah, kami tidak akan berdua-duaan. Pasti ada pembantu peribadi saya atau rakan-rakan lain juga," katanya.
Tambah pelakon filem Kembar Siang itu, dakwaan tersebut mungkin timbul kerana jiran-jirannya sering melihat kelibat Kamal berkunjung di kawasan kediamannya.
Tanpa mengetahui cerita yang sebenar, segelintir pihak mudah membuat tanggapan dan andaian masing-masing dengan menyebarkan cerita tersebut.
"Inilah masalahnya apabila orang mudah membuat andaian masing-masing tanpa mengetahui cerita sebenar. Namun, saya tidak kisah sebab perkara itu tidak berlaku," katanya.
Info : Mstar

ZoOm : Apa Pula Kata Anda di ZoOmartis & Facebook !?
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!