Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Siti Sarah & Shuib Mahu Berbulan Madu di Ireland Posted: 26 Feb 2011 04:55 PM PST Di majlis petang itu, pengunjung yang hadir menerima 'buah tangan istimewa' apabila sajian makanan pada petang itu dimasak sendiri oleh keluarga Encik Raissudin Hamzah, ayahanda kepada Siti Sarah. Memang sedap masakan dan hidangan tu. VIDEO SEKITAR MAJLIS AKAD NIKAH Siti Sarah & Shuib Turut hadir di majlis itu, penyampai Suria FM yang bakal mengacarakan ABPBH2010, Shiera bersama dengan suaminya, Ijoy. Siti Sarah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang. Atas persetujuan bersama, kedua-dua belah pihak pihak, pasangan mempelai ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka untuk diabadikan dalam kenangan buat mereka berdua sahaja. Selain itu, persalinan Siti Sarah pada majlis cukup bermakna itu telah direka oleh pereka tersohor, Hatta Dolmat dari Hatta Dolmat Couture. Untuk persalinan pertama, Hatta Dolmat telah memilih warna 'salmon peach,' sebagai warna asas dengan dempakan perincian jalinan jemeki Kristal dan butiran mutiara untuk busana pernikahan yang masih mengekalkan elemen tradisional kurung dengan garapan kontemporari bagi menyerlahkan lagi seri pasangan mempelai ini. Busana ini dilenkapi dengan 'veil' panjang dan sepasang sepatu dari rona yang sama, karya Hatta Dolmat. Bagi persalinan kedua pula, Hatta Dolmat telah menyediakan sepasang lagi busana bertemakan Inggeris berwarna pastel perang muda juga dan sentuhan kemewahan batu jemeki dan mutiara yang melatari setiap bahagian busana itu. Sejarah perkenalan pasangan ini telah mula mengenali hati budi masing-masing lebih kurang setahun tiga bulan lalu. Pertemuan pertama di lokasi pengambran ini membuka lembaran yang indah untuk kedua-dua pasangan ini apabila Shuib telah menyatakan niat untuk menghantar rombongan merisik ke rumah Siti Sarah pada tanggal 16 November 2010 yang lalu. Jika tiada aral melintang dan semuanya berjalan dengan sempurna, pasangan ini berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis resepsi yang lebih meriah untuk diabadikan oleh mereka, selain bersama-sama peminat, saudara-mara, rakan-rakan dan tetamu jemputan pada tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan kelak. Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan. "Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus. Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama," tutur Sarah. Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah. "Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan. Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia. "Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau 'I love You'. Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya," tutur Shuib sambil mengukir senyuman. Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti ke negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke nagara tersebut. Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak. Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka. Shuib adalah salah seorang dari ahli kumpulan Sepah yang telah menjadi juara program realiti Raja Lawak musim ke-3 anjuran Astro. Manakala Siti Sarah pula adalah artis rakaman yang tidak asing lagi di Malaysia dengan melahirkan beberapa album di bawah namanya, Siti Sarah telah memulakan perjalanan seninya seawal usia 16 tahun apabila mula memasuki pertandingan nyanyian yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur. Bakatnya mula dikembangkan apabila dia menyertai pertandingan nyanyian anjuaran sebuah majalah hiburan tempatan. Shuib berasal dari Kulai Johor, dilahirkan pada 12 September 1984. Beliau adalah anak tunggal dari pasangan Encik Mohd Ayoh bin Abdul Karim dan Puan Salamiah binta Jalani. Manakala Siti Sarah dilahirkan pada 15 September 1984 pula adalah satu-satunya anak kepada dramatis dan penyanyi Raisuddin Hamzah dan isterinya Puan Nooraini binti Mohamad. Siti Sarah adalah anak kedua dari tiga orang adik beradik. Tags: Artis Berkahwin, Siti SarahClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gambar Siti Sarah & Shuib Sepah Nikah Posted: 26 Feb 2011 06:43 AM PST Tarikh 26 Februari 2011 menjadi saat manis yang pasti diingati dalam lipatan diari penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan pelawak terkenal, Shahmira Bin Muhamad (Shuib) apabila cinta mereka direstui dan akhirnya selamat disatukan dalam satu majlis yang penuh bermakna. Hanya dengan sekali lafaz, Siti Sarah sah bergelar Isteri Shuib. Alhamdulilah. Selamat pengantin baru dari kami. VIDEO: Siti Sarah & Shuib Sepah Nikah Bertempat di Jeumpa D'ramo, Bangsar, jam 5.45 petang, majlis akad nikah telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Nizar Bin Mohd Nadzir, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju' Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di masjid Saidina abu bakar As Sidiq, Bangsar, Kuala Lumpur. Majlis bersejarah pernikahan ini juga disaksikan oleh Aidit Alfian Mohd Dom, pengubah lagu yang tidak asing lagi di Malaysia yang banyak menyumbangkan lagu untuk Siti Sarah. Selain itu, Encik Mohd Ashraf Bin Md Yusof turut menjadi saksi majlis pernikahan tersebut. Sejumlah lima dulang hantaran dari pihak lelaki yang telah disediakan, antaranya berupa kitab Al-Quran, Telekong, barangan penjagaan diri dan wangian, tepak sireh, kek perkahwinan dari Blooming Cake, mas kahwin bernilai RM 1,000.00 dan sebentuk cincin. Hantaran dari pihak perempuan pula sebanyak lima dulang iaitu senaskah kitab Al-Quran dan sejadah, barangan penjagaan diri dan wangian, sireh junjung, kek dari Blooming Cake dan sebentuk cincin. Atas persetujuan bersama, kedua-dua belah pihak pihak, pasangan mempelai ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka untuk diabadikan dalam kenangan buat mereka berdua sahaja. Aidit Alfian sebagai saksi Shuib bersama ahli keluarganya Tags: Artis Berkahwin, Siti Sarah, berita Shuib, Gambar Siti Sarah, shuib Sepah NikahClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |