Adsense

Sabtu, 26 Februari 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Ancaman mengancam

Posted: 25 Feb 2011 02:43 PM PST

Hip

Vanessa Williams cuba tidak bayangi pelakon asal Desperate Housewives

WATAK Wilhelmina Slater yang dipegang Vanessa Williams dalam siri Ugly Betty cukup berbekas di hati penonton. Bagaimanapun, watak menarik itu tidak lagi akan menghiburkan peminat apabila program komedi adaptasi siri popular dari Colombia berjudul Yo Soy Betty La Fea itu melabuhkan tirainya pada 14 April tahun lalu, selepas bersiaran sejak 2006.

Wataknya yang suka membuli Betty Suarez (lakonan America Ferrera) sangat diingati. Namun, ketiadaan siri itu tidak bererti wajah Ratu Amerika 1984 itu tidak boleh ditonton lagi. Kini, pelakon yang turut bergelar penyanyi itu ditampilkan pula dalam siri Desperate Housewives musim ketujuh. Memegang watak sebagai Renee Perry, Williams dijangka menggamatkan lagi kawasan kejiranan Wisteria Lane yang selama ini kecoh dengan kehadiran karakter Susan Delfino, Lynnett Scavo, Bree Van de Kamp dan Gabrielle Solis. Renee ialah rakan sekolej Lynette.

Sebanyak 22 episod program berkenaan akan menemui penonton 8TV, dengan episod pertama sudah pun disiarkan 15 Februari lalu, jam 10.30 malam.

Menurut Williams, selepas Ugly Betty ditamatkan, dia terbabit dengan persembahan Broadway, Sondheim and Sondheim, dan seterusnya Desperate Housewives.

"Saya tidak sempat melakukan transisi daripada satu watak ke satu watak yang diamanahkan kepada saya. Tawaran berlakon drama Desperate Housewives datang dua minggu selepas saya tamat melunaskan persembahan Broadway terbabit. Jadi faktor masa antara kekangan untuk saya melakukan transisi keseluruhan watak yang diberi," kata penyanyi lagu Save the Best for Last itu.
Kata Williams, peluang melakonkan watak Renee muncul pengalaman berharga buatnya. Apatah lagi Desperate Housewives mencipta fenomena sendiri di kalangan peminat drama komedi. Sejak disiarkan pada 2004, drama itu sudah menerima pelbagai anugerah seperti Emmy, Golden Globe dan Screen Actors Guild.

"Pihak produksi dan pelakon sangat mengalu-alukan kehadiran saya. Mereka bersikap cukup terbuka. Mereka juga mengharapkan saya mampu menyuntik elemen drama dan humor seperti mana yang dilakukan pelakon terdahulu. Ia cukup menyeronokkan dan drama ini jelas mempunyai kelompok peminatnya tersendiri.

"Sebagai 'wajah baru', saya cuba sebaik mungkin untuk menyesuaikan diri dalam keluarga ini. Saya akan menyerlah dengan cara sendiri dan sekali gus cuba untuk tidak membayangi karakter sedia ada. Mereka sebenarnya melayan saya dengan cukup istimewa," kata pemilik nama sebenar Vanessa Lynn Williams ini.

Berat hati tulis buku biografi

MENGINTAI sisi peribadinya pula, Williams tabah memegang gelaran janda selepas dua perkahwinannya sebelum ini menemui titik noktah. Perkahwinan pertamanya dengan Ramon Hervey II pada 1987 berakhir pada 1997. Mereka dikurniakan tiga anak, Melanie, Jillian dan Devin.

Perkahwinan keduanya dengan bekas pemain bola keranjang NBA, Rick Fox, pada 1999 turut diceriakan dengan kehadiran anak perempuan bernama Sasha pada Mei 2000. Bagaimanapun, selepas Fox didakwa curang, mereka memilih haluan masing-masing.

Fox dan Williams bagaimanapun masih kekal berkawan. Malah, Fox pernah tampil berlakon bersama Williams menemaninya dalam Ugly Betty musim kedua.
Difahamkan, ada pihak berminat untuk membukukan kisah hidup Williams berdasarkan pandangannya terhadap dua bekas suaminya.

"Memang saya ada menerima tawaran menghasilkan buku itu dan perbincangan diadakan membabitkan beberapa penulis. Tetapi saya tahu apa yang penerbit buku mahukan, yakni mereka mahukan saya berkongsi luar dan dalam mengenai kisah hidup saya.

"Sedangkan itu bukan cara saya. Saya impikan sebuah buku yang menceritakan siapa saya dan apa yang mendorong saya hingga ke usia sekarang. Kami ada melontarkan idea dan pelbagai sudut pandangan. Tapi selepas berlaku percanggahan di antara kami, saya rasa berat hati pula untuk melakukannya," katanya.

Ditanya mengenai perancangan dalam masa terdekat dan pada masa mendatang, wanita kelahiran Millwood, New York itu pantas meluahkan hasrat untuk bergelar penerbit TV.

"Memang saya dalam proses perbincangan membangunkan sebuah program TV. Kalau jadi seperti yang dirancang, saya akan bergelar penerbit eksekutif sebuah program TV dan buat julung kali saya tidak akan terbabit di depan kamera. Saya harap ia bakal menjadi kenyataan," katanya yang melihat peluang ini sebagai alasan untuk dirinya menjadi lebih kreatif.

INFO: Desperate Housewives musim ketujuh

  • SUSAN dan Mike berdepan masalah kewangan yang kritikal dan memaksa mereka meninggalkan Wisteria Lane. Selain itu kemunculan, Paige Scavo menambah lagi bilangan ahli dan huru-hara dalam keluarga Scavo.
  • KEMURUNGAN Tom dan jadual harian Lynette yang sibuk menyebabkan dia mengupah Susan sebagai pengasuh bayinya yang baru.
  • BREE pula sukar untuk menyesuaikan diri tinggal berseorangan kerana umurnya yang sudah menjangkau separuh abad. Selepas bercerai dengan Orson, kini hatinya mula tertarik pada Keith Watson, jejaka 20 tahun lebih muda daripadanya.
  • GABRIELLE sibuk mencari anak kandungnya yang hilang kerana insiden tertukar bayi yang berlaku di hospital. Apakah yang bakal berlaku pada Juanita apabila Gabrielle berjumpa dengan anak kandungnya? Adakah Gabrielle akan meninggalkan Juanita?
  • MUSIM ini juga bakal menyaksikan kehadiran Vanessa Williams sebagai suri rumah baru, Renee Perry, yang juga rakan Lynette sewaktu di kolej dulu. Walaupun rumah Renee berdekatan dengan Lynette namun Renee ternyata menyimpan banyak rahsia sulit yang mampu memusnahkan rumah tangga Lynette dan Tom.

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mesti Tonton: Kembara menuntut bela

    Posted: 25 Feb 2011 02:28 PM PST

    Hip

    Sentuhan Spielberg, Coen hasilkan semula filem klasik True Grit dengan penuh bergaya

    BAGI penggemar filem klasik Amerika, mungkin filem terbaru arahan Joel dan Ethan Coen berjudul True Grit yang berkisar sekitar zaman 1870-an mampu membuatkan penonton terpegun dengan sinematografi dan jalan ceritanya yang menarik.

    Filem yang diadaptasi daripada novel bersiri nukilan Charles Portis ini mengisahkan gadis berusia 14 tahun, Mattie Ross (Hailee Steinfeld) yang berusaha menjejaki pembunuh bapanya di bandar Fort Smith, Arkansas. Pembunuh terbabit, Tom Chaney (Josh Brolin) melarikan diri ke Indiana selepas menembak mati lelaki itu, gara-gara dua keping emas.

    Namun pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi Ross di sepanjang perjalanannya. Dia yang tidak mempunyai sumber kewangan sebaik saja tiba dari Yelle terpaksa menjual harta peninggalan bapanya bagi mengupah seorang Marsyal yang cekap, Rooster Cogburn (Jeff Bridges), yang juga mempunyai sikap tamat dan pemabuk.

    Ross berjanji untuk membayar Cogburn ASD100 sebagai upah dan membayarnya separuh daripadanya sebagai deposit, tetapi dengan syarat dia sendiri mengikuti perjalanan Cogburn mencari Chaney. Begitupun Ross mendapat halangan daripada renjer dari Texas, LaBoeuf (Matt Damon).

    LaBoeuf diarahkan ibu Ross untuk membawanya pulang ke Yelle, begitupun Ross enggan selagi belum bertemu dengan pembunuh bapanya. Sebaliknya LaBoeuf turut memburu Chaney kerana lelaki terbabit didakwa membunuh senator Texas.
    Ross mengetahui niat LaBoeuf untuk membawa pulang Chaney ke Texas bagi menjalani hukuman, namun demi keadilan, Ross mahu Chaney dikenakan hukuman di bandar bapanya dibunuh.

    Filem yang turut mendapat sentuhan eksekutif produser seperti Steven Spielberg, Robert Graf, David Ellison, Paul Schwake and Megan Ellison ini sarat dengan elemen mencemaskan, dengan debaran memuncak ketika babak Ross terjatuh ke dalam gaung di mana beberapa ekor ular turut berada di situ.

    Begitu juga True Grit yang pernah difilemkan pada 1969 menyentuh menyentuh perasaan penonton, seperti babak Cogburn berusaha menyelamat Ross dengan membawanya pulang ke Fort Smith untuk mendapatkan rawatan namun, tangan kiri gadis itu terpaksa di potong.

    Ketika yang sama, filem yang penuh dengan drama dan aksi ini turut diselitkan dengan unsur jenaka bagi menarik minat penonton, malah jalan ceritanya juga tidak membosankan, membuatkan penonton teruja untuk mengikuti kisah dipaparkan sehingga ke akhir.

    Paling menarik, selain lakonan hebat barisan bintangnya, tidak kira baru atau lama, teknik sinematografinya yang cukup meyakinkan, sehingga penonton seolah-olah berada pada zaman klasik Amerika Barat itu.

    Namun begitu, tumpuan pasti terarah kepada Jeff Bridges yang kini dilihat sebagai antara pencabar terhebat untuk membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Academy ke-83, pada Isnin ini (waktu Malaysia).

    Selain penyenaraian Bridges dalam kategori lakonan, filem ini juga dicalonkan dalam sembilan kategori lain, menjadikannya antara filem disebut-sebut untuk mencatat kejayaan besar pada anugerah berprestij terbabit. Pendek kata, ia berbaloi dihasilkan semula untuk tontonan generasi lebih muda.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.