Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Meet Uncle Hussain Masih Cari Vokalis Posted: 14 Feb 2011 10:43 PM PST Kumpulan band indie, Meet Uncle Hussain sampai sekarang masih bergantung dan meminjam suara daripada vokalis luar. Kalau dulu dengan Hazama, sekarang ini suara power Black pula yang menjadi taruhan. Namun, persoalannya, sampai bilakah Meet Uncle Hussain mahu kekal dengan imej begini. Budiey rasa, kat luar sana, masih ramai lagi vokalis yang lebih mantap dan terbaik. Untuk cari bukan main susah. Padahal, ramai yang mahu join MUH untuk jadi penyanyi utama yang bersifat kekal. Tapi kumpulan ini dikatakan tidak mahu mengambil mudah dalam soal memilih vokalis. Budiey sempat mendengar kata-kata ketua kumpulan Meet Uncle Hussain, Taja sejurus selepas majlis penyampaian cek Anugerah Juara Lagu ke-25 semalam. Kata Taja, MUH sekarang ni memang masih mencari vokalis dengan mengadakan sesi ujibakat. Sebenarnya, sesi ini adalah satu projek utama grup ini bersama dengan organisasi luar untuk mencari bakat baru yang bakal bermula pada bulan April ini. Menurut Taja, bagi MUH sendiri, mereka tak nak tunggu lama untuk mencari pengganti Lan yang kini menyertai Lan & The Typewriter sebab banyak peluang akan terlepas. Dengan adanya vokalis utama yang kekal bersama MUH, kumpulan ini akan lebih maju ke depan. Semasa AJL baru-baru ini MUH mempertaruhkan vokal dari Black untuk lagu Drama King. Setidaknya, MUH membantu menaikkan nama Hazama dan Black dengan kemunculan mereka berdua bersama MUH di mana-mana persembahan. Hakikatnya, benar juga, kalau dulu Hazama tak dikenali, sekarang penyanyi yang lahir dari Akademi Fantasia makin popular. Namun, Taja mengakui, pendapatan Hazama dan Black sebenarya lebih banyak berbanding dengan MUH. Sepanjang buat ujibakat mencari penyanyi utama, MUH menerima tak sampai 100 orang. Namun yang hadir tu, mempunyai suara yang hampir sama dengan vokalis mereka sebelum ini. Jadi, apa yang mereka nak ialah keunikan suara penyanyi yang tak meniru mana-mana artis lain. Jadi, sebelum datang ke ujibakat, vokalis kena tahu apa yang MUH mahu. Prinsip Meet Uncle Hussain memang mahu cari vokalis dengan cepat tapi dalam masa yang sama mereka pilih untuk lebih radikal tapi kena mengikut procedure dan step by step. Buat masa ini, menurut Taja, beliau akui suara Lan adalah vokalis yang terbaik ada di Malaysia. Tags: Berita, Meet Uncle HussainClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Program Menarik Sempena Maulidur Rasul Posted: 14 Feb 2011 05:22 PM PST SELAMI SANUBARI JIWA: SALAM MAULIDUR RASUL DARI TV3 Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal diraikan seluruh umat Islam pada 15 Febuari ini (Selasa), stesen televisyen no. 1 Negara juga tidak ketinggalan dan turut menyajikan beberapa rancangan menarik sebagai santapan rohani dan penyejuk jiwa bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul kali ini. Jangan lupa untuk mengajak seisi keluarga dan teman-teman untuk bersama-sama menonton pelbagai program terbitan khas sambil menggarap inspirasi dan menyelami erti sambutan kelahiran Baginda Rasullullah S.A.W menerusi Wanita Hari Ini (WHI), Malaysia Hari Ini (MHI), Al-Kuliyyah, Jejak Rasul: Muhammad S.A.W Utusan Terakhir, Konsert Sinar Maulidur Rasul termasuklah empat drama hebat yang sarat dengan pengisian positif seperti Ampunkan Daku, Hijab Di Kalbu, Yang Terpuji dan Kau Yang Satu. Sambutan Maulidur Rasul TV3 dimulakan lebih awal dengan cerekarama terbaru lakonan mantap Sheila Rusly dalam Ampunkan Daku bersiaran pada hari Sabtu ini, 12 Februari, jam 10.00 malam dan pastikan anda tidak ketinggalan menonton telemovie khas, Yang Terpuji pada malam Selasa nanti. Teruskan mengikuti kisah-kisah teladan dan menarik serta hayati topik perbincangan penuh manfaat menerusi rancangan bual bicara yang disediakan seperti program Al Kuliyyah sebagai penutup slot Istimewa Maulidur Rasul – Menghidupkan Sunnah Rasulullah kali ini. Berikut adalah senarai program Istimewa Maulidur Rasul – Menghidupkan Sunnah Rasulullah di TV3 pada 14, 15 & 18 Februari 2011: • AMPUNKAN DAKU – Sabtu, 12 Februari 2011, 10.00 malam Dengan berbekalkan modal sebanyak RM30ribu yang diperolehi, Latifah membuka pusat perlindungan wanita, KEWAJA. Dengan bantuan Mak Wee dan Ustaz Nizar mereka bersama-sama membangunkan pusat perlindungan yang membantu memberikan perlindungan kepada remaja-remaja yang hamil di luar nikah. Namun ada juga segelintir masyarakat yang tidak bersetuju tertubuhnya pusat tersebut kerana beranggapan bahawa ia akan menggalakkan lagi remaja melakukan maksiat. Latifah tetap tabah dalam usaha murninya itu. Pelbagai ragam suka dan duka ditempohinya sepanjang mengasaskan KEWAJA. Antara penghuni di rumah tersebut ialah Zack dan Era yang merupakan mangsa rogol, Damia dan Tuti yang merupakan remaja rosak akhlak. Latifah meluangkan masa memberikan nasihat dan motivasi agar remaja-remaja ini membina masa depan dan menghargai kehidupan mereka. Pelakon: Sheila Rusly, Zamarul Hisyam, Fezrul Khan, Erin Malik, Fauziah Nawi, Mak Engku • HIJAB DI KALBU – Isnin, 14 Februari 2011, 10.00 malam Walaubagaimanapun, Iskandar dan Azizah telah bersepakat untuk berlakon sahaja melakukan ibadat kerana mereka belum bersedia untuk melepaskan amalan syirik mereka dan mereka sememangnya jahil. Namun, apakah yang bakal ditempuh oleh kedua pasangan ini setibanya di tanah suci Mekah nanti, dan mampukah mereka mengenal hakikat diri dan tanggungjawab yang sebenar? Pelakon: Sharifah Shahrizah (Eja), Arash Mohamad, Zain Saidin, Mubarak Majid, Sabrina Ali dan Wan Maimunah • MALAYSIA HARI INI (MHI) – Selasa, 15 Februari 2011, jam 6.30 pagi • AL KULIYYAH SEMPENA MAULIDUR RASUL – Selasa, 15 Februari 2011, jam 10.00 pagi Pengacara: Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa • JEJAK RASUL: MUHAMMAD S.A.W UTUSAN TERAKHIR – Selasa, 15 Februari 2011, jam 11.00 pagi Pengacara: Haji Zainal Ariffin dan Haji Ahmad Noor Sulaiman • WANITA HARI INI (WHI) – Selasa, 15 Februari 2011, jam 12.00 tengahari Pengacara: Azizah Ariffin dan Hazrena Mohd Kassim • KONSERT SINAR MAULIDUR RASUL – Selasa, 15 Februari 2011, jam 3.00 petang • YANG TERPUJI – Selasa, 15 Februari 2011, jam 10.00 malam Ayahnya, Wak Ben, merupakan seorang yang garang, namun, Mamat tidak pernah gentar. Walau menyayangi anaknya itu, Wak Ben tidak pernah menunjukkannya kerana ego. Satu hari, Mamat dan Amir melakukan kekecohan apabila bermain dengan pembesar suara masjid menyebabkan suara nakalnya kedengaran di seluruh kampung. Kegiatannya menyebabkan Pak Imam dan ahli jawatankuasa kampung sangat marah dan mengadu kepada ibubapa Mamat mengenai perilakunya. Pelakon: Fazli Daniel Ali, Zul Yahya, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Zaidyansjah, Bob Lokman, Rashid Jaafar dan Taha Wahid • CEREKA PILIHAN: KAU YANG SATU – Jumaat, 18 Februari 2011, jam 1.00 petang Pak Asan juga sering ke Pulau Besar untuk membayar nazar. Isterinya, Ros, tidak suka dengan kelakuan Pak Asan tetapi tidak berdaya untuk berbuat apa-apa. Bila Ros menasihatinya, dia marah dan menuduh Ros cuba menderhaka padanya. Mak Ton, isteri Pak Mail, sering menasihatkan Ros agar sering berdoa supaya Pak Asan boleh berubah. Anaknya Zura pula telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang mat salleh bernama Jeff di kampung itu. Adam baik terhadap Imam masjid di situ yang dikenali sebagai Pak Mail dan Lebai Lan dan dia banyak belajar daripada mereka. Pelakon: Ako Mustapha, Abu Bakar Omar, Razali Buyung, Irma Hasmi, Norlia Ramly, Maimun Mutalib, Zain Saidin dan Roslan Salleh • AL-KULIYYAH ISTIMEWA MAULIDUR RASUL – Jumaat, 18 Februari 2011, jam 5.00 petang Pengacara: Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |