Adsense

Isnin, 14 Februari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Pikat 40 penaja

Posted:

Pikat 40 penaja

Pikat 40 penaja



KEKECEWAAN berganti gembira. Duka bertukar suka. Jika sebelum ini konsert solonya yang dijadualkan berlangsung pada 23 September lalu di Jakarta terpaksa di tunda atas alasan keadaan ketegangan politik yang masih belum reda antara Indonesia dan Malaysia, namun konsert itu akhirnya menjadi suatu realiti.

Malah, halangan tersebut sebelum ini langsung tidak mematahkan semangat Datuk Sheila Majid apabila penganjur konsert tersebut, TIS Communication telah mengumumkan lebih awal tarikh muktamad iaitu esok, 15 Februari ini.

Lega dengan keputusan itu, Sheila dan tenaga produksinya mampu tersenyum kembali dan berganding bahu menyempurnakan setiap lagu yang ingin didendangkan kelak.

"Kesempurnaan sebanyak 20 buah lagu yang bakal dipersembahkan telah pun diteliti dengan mendalam sepanjang bermulanya sesi latihan dua minggu lalu.

"Saya mahu konsert ini menjadi hadiah amat bernilai kepada seluruh peminat dan individu yang pernah terlibat dengan kerjaya seni saya," katanya dengan reaksi penuh gembira.

Di sebalik keriangan setelah sekali lagi melakar sejarah penuh makna dalam kerjaya seninya itu, Sheila tidak menafikan begitu teruja dan tidak sabar untuk menggegarkan ruang pelosok JCC.

Ini kerana kelunakan suaranya itu akan bertambah agresif apabila dua pemuzik, Jenny Chin dan Mac Chew yang cukup sinonim dengan kejayaan kerjayanya sebelum ini turut dibawa bersama.

Selain itu, konsert berkenaan turut dijayakan oleh suaminya sendiri iaitu Acis yang menggalas tugas sebagai Pengarah Muzik.

Dengan tawa riang dan usikan Sheila setelah selesai mengadakan latihan di Studio Akarkarya baru-baru ini, jelas terpancar bahawa penghibur itu begitu senang bekerjasama dengan tiga pemuzik profesional tersebut.

"Bayangkan peminat kali ini bukan dihiburkan oleh saya sahaja bahkan mereka dapat menyaksikan kehebatan tiga pemuzik profesional berada di atas satu pentas.

"Inilah saat yang dinanti-nantikan kerana masing-masing begitu bermakna dalam dunia kerjaya seni saya," jelasnya yang berlepas ke Jakarta dua hari lalu.


SHEILA bersama barisan tenaga produksi Konsert Sheila Majid 25 Years, Radiance Cellebration Live In Jakarta termasuk suaminya sendiri, Acis (dua dari kanan).


Imbau kenangan

Rancak berbicara, Sheila memberitahu, pemergiannya ke Jakarta kali ini telah mengimbau kenangannya mengadakan konsert berskala besar iaitu Warna: Indonesian Tour 1988.

Bahang konsert kali ini saling tidak tumpah dengan sejarah 23 tahun lalu apabila Sheila telah berkesempatan menjelajah seluruh pelosok tanah Jawa.

Penjelajahan konsert tersebut bermula di Semarang, Yogyakarta, Malang dan Jember. Seterusnya diikuti pula Bali, Jakarta dan berakhir di Bandung.

Apatah lagi, konsert Warna: Indonesian Tour 1988 juga telah disokong penuh oleh kedua-dua pemuzik kesayangan yang sering menjadi sebutan bibirnya iaitu Jenny Chin dan Mac Chew.

"Sebab itulah saya katakan konsert kali ini sungguh nostalgia," ujarnya ringkas yang turut digelar sebagai Ratu Jazz.

Berbicara soal gimik yang akan dipertontonkan, Sheila menjelaskan, konsertnya tidak menggunakan tenaga kepakaran muzik okestra sebaliknya diiringi kumpulan pemuzik.

"Kami mahukan perubahan dengan tidak menggunakan khidmat okestra supaya persembahan nampak kelainan. Paling pasti seramai tiga pemain keyboard akan berentap bersama saya.

"Cuma mungkin akan ada efek visual di atas pentas nanti," ungkapnya yang diiringi oleh 14 pemuzik dari tanah air.


SHEILA dan tenaga produksinya menjalani latihan dan bekerja keras demi memastikan persembahan konsertnya kali ini benar-benar bermutu.


Dari segi pemilihan lagu pula, pastinya penonton sudah dapat meramalkan. Ini kerana lagu-lagu milik penyanyi itu sentiasa berjaya menambat hati tarikan pendengar.

Boleh dikatakan setiap lirik lagu amat segar dalam ingatan seluruh lapisan peminatnya. Konsert yang akan berlangsung kira-kira dua jam itu disempurnakan dengan lagu popular antaranya Sinaran, Gemilang, Warna, Lagenda, Ratu, Ku Mohon, Jentayu, Cinta Jangan Kau Pergi dan Antara Anyer dan Jakarta.

"Hanya satu lagu yang dinyanyikan dalam medley, selebihnya penuh. Semua lagu popular akan dinyanyikan, kalau saya tinggal lagu tersebut rasanya konsert itu tidak lengkap.

"Malah peminat juga mungkin tidak akan berpuas hati," seloroh Sheila.

Tidak mahu riak

Melihat kepada brosur yang tersusun di atas meja, penyanyi yang mempunyai kedudukan tinggi di persada seni negara itu sememangnya individu yang bertuah kerana menerima banyak tajaan.

Ikhlas dari hati, Sheila memanjat kesyukuran kerana kira-kira 40 pihak sudi menghulur penajaan bagi menjayakan konsertnya.


MENGAKUI begitu teruja dengan konsertnya Jakarta kali ini, Sheila berikrar memberikan komitmen seratus peratus.


"Bagi saya sekiranya seseorang artis itu diberi penghormatan untuk mengadakan konsert di negara luar, ia merupakan satu penghargaan tidak ternilai.

"Jadi saya perlu memberikan seratus peratus komitmen untuk pastikan kedatangan ke Indonesia tidak menghampakan banyak pihak terutama penaja dan peminat," terangnya.

Tarikan yang dimiliki oleh Sheila sungguh memukau banyak pihak tetapi dirinya sentiasa beringat supaya tidak perlu riak dengan pencapaian yang telah diraih.

Bagaimanapun, tidak dinafikan empunya diri berasa bangga apabila diberi penghormatan untuk mengadakan konsert di negara jiran.

"Saya bangga tetapi tidak mahu riak. Bangga itu dilihat dari sudut lagu yang saya sampaikan kerana turut dihafal oleh peminat.

"Inilah yang dikatakan konsert, apabila penonton yang hadir tahu lagu yang saya dendangkan itu. Paling terharu apabila mereka turut nyanyi bersama-sama," katanya yang akan mengenakan dua pasang busana rekaan pereka terkenal, Micheal Ong.

Sementara itu, dari segi penjualan tiket pula, sehingga kini sebanyak 50 peratus tiket sudah terjual sekali gus menambahkan lagi semangat penyanyi itu untuk bergerak lincah di pentas.

"Jualan tiket mungkin ada penambahan memandangkan sebilangan peminat sudah terbiasa menyerbu kaunter pada saat-saat akhir," ujar Sheila lagi.

Konsert Sheila Majid 25 Years, Radiance Celebration Live in Jakarta menawarkan tiket berharga Rp2 juta (RM675), Rp1 juta (RM337), Rp750,000 (RM253), Rp500,00 (RM168) dan Rp 300,000 (RM101).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Katy nafi rumah tangga goyah

Posted:

Katy nafi rumah tangga goyah

Katy nafi rumah tangga goyah


BANYAK pihak sebelum ini hairan dan tertanya- tanya kenapa Katy Perry mengahwini bekas penagih seks seperti Russell Brand.


KATY PERRY menafikan gosip yang mendakwa rumah tangganya goyah. Jurucakap penyanyi jelita itu dalam kenyataannya berkata, laporan yang mendakwa Katy dan suaminya, pelakon komedi Russell Brand menghadiri terapi rumah tangga selepas lima bulan usia perkahwinan mereka adalah tidak benar.

"Laporan mendakwa rumah tangga Katy dan Russell sedang goyah itu sama sekali tidak benar dan sekadar direka semata-mata," ujar jurucakap yang tidak disebutkan namanya kepada Starplus.com.

Katy menjalinkan hubungan cinta dengan Russell yang merupakan seorang bekas penagih seks sejak tahun 2009 dan mereka kemudian berkahwin pada Oktober 2010 di India.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejutan Francissca Peter

Posted:

Kejutan Francissca Peter

Kejutan Francissca Peter

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


VOKAL Fran dan Roy yang menusuk kalbu begitu mengagumkan.


HEBAT dan menghiburkan. Itulah perkataan yang dapat diluahkan tatkala berpeluang menonton preview konsert sulung penyanyi Francissca Peter yang berlangsung sehari sebelum konsert sebenar berlangsung selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Februari lalu di Istana Budaya.

Menyanyikan 34 buah lagu secara keseluruhannya, Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter berjaya membuktikan Francissca atau Fran masih mempunyai suara emas meskipun usianya semakin bertambah.

Tidak memerlukan sebarang elemen tambahan, hanya dengan Fran seorang diri di atas pentas dan diiringi okestra kendalian Ramli M.S ia cukup menghiburkan semua penonton yang hadir.

Bagaimanapun, Fran membuat kejutan apabila mengumumkan perpisahannya dengan suami pada tahun 2009 sebelum menyanyikan lagu Aku Kehilanganmu.

Ketika sesi sidang media berlangsung sejurus selepas konsert berakhir, Fran menjelaskan pengakuan mengenai status dirinya dibuat pada konsert tersebut kerana ia dihadiri ramai pihak media dan dia tidak mempunyai sebarang agenda ketika pengumuman itu dibuat.

"Pengumuman ini dibuat bukan bermakna saya sudah ada pengganti, jika ada dia pasti sudah datang menemani saya hari ini. Saya bersikap adil, supaya semua pihak media yang hadir dapat cerita yang sama.

"Sekarang zaman moden, saya yakin semua orang boleh terimanya dengan baik, saya sendiri tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana perpisahan itu satu takdir. Saya masih menjalani kehidupan dengan baik, buktinya hari ini saya disokong oleh peminat-peminat yang hadir ke konsert saya," ucapnya.

Lupakan kisah peribadinya kerana vokal Fran malam itu wajar dipuji, menurut komposer yang sering bergandingan dengannya, Manan Ngah yang turut membuat persembahan menerusi lagu Kerana Terpaksa dengan petikan gitar. Manan mengakui vokal Fran tetap yang terbaik.

"Selepas 24 tahun, inilah kali pertama saya berkongsi satu pentas bersama Fran. Memang sudah terlalu lama, tetapi untuk persembahan hari ini tiada sebarang kesalahan daripada segi vokal, semuanya mengikut nada suara ketika dia merakamkan album," ujar Manan yang banyak mencipta lagu untuk Fran.

Walaupun terdapat beberapa masalah teknikal, namun sebagai penghibur profesional Fran bijak mengawal keadaan. Tiada langsung keresahan di wajahnya, sebaliknya hanya senyuman yang terukir dibibir.

Tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya, Fran meluahkan dia berasa terlalu gembira apabila melihat peminat dan pihak media memberi penghormatan kepadanya dengan berdiri sambil bertepuk tangan di akhir persembahan sehingga membuatnya menitiskan air mata.

"Saya berjanji tidak mahu menangis tetapi hari ini saya menangis kerana terlalu gembira dan terharu dengan sokongan yang diberi. Sebagai seorang penghibur saya tidak meminta perkara lain selain melihat peminat puas dengan persembahan yang diberikan.

"Konsert sulung ini merupakan konsert idaman saya sepanjang bergelar penyanyi, apabila ia berjaya dilakukan dan mendapat sambutan, ia membuatkan saya terlalu gembira," tuturnya dalam senyuman.

Roy dari Australia

Dalam konsert berdurasi dua jam itu, penonton juga dikejutkan dengan kehadiran pasangan duet Fran iaitu Royston Sta Maria atau Roy, 59, yang diterbangkan khas dari Australia.

Kehadiran mereka berdua di atas pentas dengan tiga buah lagu iaitu Tak Kenal Maka Tak Cinta, Siapa Dia Sebelum Daku dan Bersama Pertemuan Ini dirasakan terlalu singkat kerana kebanyakan peminat mahu melihat lebih banyak lagu duet mereka didendangkan memandangkan mereka pernah bekerjasama dalam dua buah album duet sebelum ini.

"Saya rasa cukuplah dengan hanya tiga buah lagu kerana hari ini adalah konsert khas Francissca Peter bukannya konsert dia bersama saya. Apapun, memang saya rasa cukup seronok kerana dalam usia sebegini, saya masih diminati," kata Roy yang masih fasih berbahasa Melayu.

Roy yang tidak pernah berkahwin dan kini merupakan rakyat Australia menetap di Perth, Australia, menegaskan dia tidak menyangka Fran akan mengundangnya dalam sebuah konsert besar seperti itu.

"Nama Fran sekarang besar, sedangkan saya pula hanyalah orang biasa. Terima kasih kepada Fran kerana mengundang saya dan terima kasih kepada peminat yang masih mengingati saya," luahnya.

Mencungkil cerita mengapa Roy berhijrah ke Australia sedangkan dia mempunyai kerjaya yang baik di Malaysia, kata Roy, dia hanya mempunyai satu sebab untuk berhijrah iaitu keluarga.

Ketika zaman kegemilangannya bersama Fran pada tahun 80-an, semua ahli keluarganya telah berhijrah ke Australia menyebabkan dia sering terasa sunyi.

"Saya menetap di Malaysia lebih 30 tahun, tetapi saya sunyi tanpa ahli keluarga membuatkan saya ambil keputusan untuk berhijrah ke sana. Walaupun menjadi warga Australia, Malaysia tetap di hati kerana saya akan pulang setiap dua tahun sekali dan tidak sesekali lupa untuk bertutur dalam bahasa Melayu," katanya yang kini masih aktif sebagai pemuzik.

Selain Roy dan Manan Ngah, dalam konsert yang dianjurkan oleh Eye Design itu Fran turut berduet dengan penyanyi muda, Imran Ajmain dengan lagu Kehebatan Cinta dan Mirror Mirror On The Wall. Antara lagu lain yang didendangkan oleh Fran adalah Aku Hanya Pendatang, Sekadar Dipinggiran, Kau Lilin Cintaku, Dia, Masih Belum Tamat, Ooo La La Tropika, Diriku Terbelenggu, Si Kunang-kunang, Mawar Terpinggir, Ku Ke Udara Lagi dan sebuah lagu baru ciptaan bersama Imran Ajmain, Tiada Gementar Lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.