Adsense

Isnin, 14 Februari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Jodoh Sein & Nana Masih Panjang, Berbaik Semula!

Posted: 14 Feb 2011 04:50 AM PST

Baru sebentar tadi, Sein meletakkan status Facebook yang mengandungi mesej mengembirakan buat dirinya. Kemungkinan besar, pasangan juara Sehati Berdansa yang bercerai talak satu pada akhir tahun lepas sudah pun merujuk kembali. Satu perkembangan yang bagus untuk mereka berdua, thumbs up!

Status Sein berbunyi, "I love my wife :) .  Alhamdulillah, jodoh masih dipanjangkan." Walau bagaimanapun, status tersebut telah dipadamkan seminit kemudian selepas 5-6 orang Like status tersebut. Mungkin, Sein enggan memanjangkan cerita. Namun, sedikit sebanyak, kisah ini dapat menyelamatkan lagi sebuah perkahwinan.

Apa pun, kami doakan semoga Sein & Nana berbaik semula. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aidil Zafuan Kekwat, Lari Daripada Peminat?

Posted: 14 Feb 2011 12:31 AM PST

Bukan senang menjadi public figure, dimana-mana pun orang tetap kenal & ingin mengambil gambar bersama. Kalau jadi public figure, kena selalu maintain ramah & suka melayan peminat.

Menurut seorang penyokong Negeri Sembilan, dia berasa tersinggung dengan perangai Aidil Zafuan yang telah melarikan diri apabila diminta untuk ambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Al-kisahnya, kumpulan penyokong Negeri Sembilan ini baru sahaja selesai menonton perlawanan bola Negeri Sembilan Vs Perak di Stadium Ipoh. Atas semangat kesukanan, mereka datang untuk menyokong Negeri Sembilan & sebab lain mereka ingin melihat kelibat Aidil Zafuan atas padang.

Sebagai penyokong tegar, mereka tetap menyokong team Negeri Sembilan walaupun mengalami kekalahan. Habis sahaja perlawanan, mereka terserempak dengan beberapa pemain Negeri Sembilan. Kerana teruja, penyokong N9 ini sanggup u-turn semula semata-mata untuk mengambil gambar dengan pemain N9.

Penyokong ini meminta secara baik untuk bergambar dengan pemain N9. Namun, apabila salah seorang daripada pemain menepuk bahu Aidil Zafuan, dia terus larikan diri. Kata penyokong, mereka sanggup datang daripada jauh, takkan sekeping gambar pun tak boleh kan?

Apabila melihat perangai kekwat Aidil Zafuan, dengan serta-merta kumpulan penyokong ini naik marah & meluat. Kata penyokong lagi, Aidil sepatutnya tahu untuk melayan peminat kerana dia merupakan public figure. Buat masa ini, penyokong N9 tersebut sudah pangkah sama Aidil & sedikit sebanyak tempias tersebut turut terkena kepada pemain yang lain.

Kredit berita: Beautifulnara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.