Adsense

Khamis, 17 Februari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Konsert Hore Hore Aznil Haji Nawawi

Posted: 16 Feb 2011 10:21 PM PST

Kata Paknil, bagi setiap tiket yang terjual RM1 akan disumbangkan kepada #heromalaya untuk tujuan membantu orang yang memerlukan. Jadi, anda boleh lakukan kerja amal sambil menonton Konsert Hore Hore Aznil Haji Nawawi yang dijadualkan akan berlangsung pada 12 Mac 2011.

Saya akan menyanyikan lagu-lagu saya. Lagu-lagu popular masa kini mungkin lagu indie, lagu-lagu artis wanita dan pastinya lagu dari Allahyarham Sudirman. Konsert ini akan dibahagikan kepada lima segmen iaitu pengenalan mengenai diri saya sehinggalah saya berjaya pada hari ini.

Kami tak pasti apa kejutan lain yang bakal dihidangkan oleh Paknil, mungkin anda boleh melihat Paknil melawak, berlakon atau lebih terkejut, kalau Paknil buat aksi stunt.

Apa pun, untuk keterangan lanjut mengenai tiket, anda boleh alihkan kursor ke Ticket2u.biz.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sah! Konsert Maroon 5 Live In Kuala Lumpur, April 2011

Posted: 16 Feb 2011 09:55 PM PST

Kenapa bulan April dipilih oleh penganjur Bruno Mars, Justin Bieber & Maroon 5 untuk mengadakan konsert ye? U guys have any ideas? Tapi okay juga, andai kata konsert Bruno Mars dibatalkan, anda masih boleh layan Maroon 5. Oh, I'm in misery…

Kami dimaklumkan bahawa Maroon 5 akan menuju ke Malaysia April ini untuk jelajah promosi album ketiga berjudul, "Hands All Over" yang dilancarkan pada September 2010. Vokalis Adam Levine & sekutunya akan menghiburkan peminat mereka pada 29 April 2011 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Nampaknya pemenang 3 kali anugerah Grammy Awards ini amat rancak meluaskan empayar peminatnya di kawasan Asia. Maroon 5 juga akan mengadakan konsert di 4 negara Asia Tenggara termasuk Thailand, Singapore, Filipina & Indonesia.

Tiket-tiket boleh didapati pada harga permulaan RM115, RM185, RM255, RM355, RM485 di TicketPro dan PR Worldwide.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.