Sensasi |
- Honda Malaysia memanggil balik Honda City dan Jazz keluaran 2009 dan 2010 supaya segera dihantar ke pusat Servis Honda
- Ifa Raziah bergaduh dengan peminat di Twitter kerana dia digelar Diva perasan
- Remy Ishak cedera kerana ditendang
- Sam kecoh dikatakan keluar Bunkface tubuh kumpulan baru The Azender
- Justin Bieber terlupa tutup zip seluar semasa Grammy's award ,dan gaya rambut pacak bieber
- Komik: Pandangan manusia berubah apabila mabuk
- X-MEN: FIRST CLASS Trailer Movie
Posted: 17 Feb 2011 10:26 PM PST Dunia automotif di seluruh dunia tidak pernah terlepas dari situasi memanggil balik kenderaan akibat kerosakan, terkini Honda Malaysia telah mengumumkan mereka memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010, bagi menggantikan "lost motion springs" dan "retainers" bagi kesemua kenderaan terbabit. Honda Malaysia akan menghubungi semua pemilik kenderaan yang terlibat supaya menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Honda yang bertauliah secepat yang mungkin setelah menerima notis yang dihantar. Menurut pihak Honda, "lost motion spring" yang dimampat oleh "rockers arms" dalam enjin biasa, mungkin bengkok atau pecah menyebabkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti. Setakat ini belum ada laporan mengenai kemalangan atau kecederaan bersabit isu tersebut. Caj pemeriksaan dan penggantian alat ganti akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat, menurut kenyataan dari Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno. |
Ifa Raziah bergaduh dengan peminat di Twitter kerana dia digelar Diva perasan Posted: 17 Feb 2011 09:40 PM PST Dalam beberapa minggu lepas ,Sensasi pasti ramai yang tahu kisah Ifa Raziah bermulut laser yang pada mulanya menyemburkan kata-kata kesat terhadap Safura,dan kemudian mengamuk pula pada peminatnya. Sehingga Ifa Raziah digelar artis mulut cili. Apakah punca sebenar Ifa begitu marah sehingga sanggup bergaduh dengan peminat di Twitter? Pada keesokkan hari (selepas isu Twitter yang menyembur Safura), saya pergi makan bersama rakan artis, yang kebetulan mengambil gambar kami dan muatnaikkan ke dalam Twitter. Dengan meletakkan judul gambar makan bersama diva-diva, ada pula peminat yang memberi komen dengan mengatakan 'Diva perasan, diva suam-suam kuku'. Secara elok saya bertanyakan kepada peminat tersebut kepada siapa ayat tersebut dirujuk dengan mengatakan tidak perlu biadab sangat. Jawabnya, pada kami semua peminat-peminat yang layak digelar diva adalah Datuk Siti Nurhaliza sahaja, Ifa Raziah tidak layak! Saya pun balasnya dengan mengatakan saya tidak minta segala gelaran yang diberikan. Apabila saya bertanyakan apa masalah dia dengan saya, dia menjawab dengan biadab. Ramai rakan artis yang turut memberi komen dengan bertanyakan kemarahan saya tersebut. Saya menyatakan yang saya mahu ajar peminat supaya jangan biadab dengan artis Malaysia, walaupun mereka tidak suka dengan artis tersebut. Saya pun membuat rumusan supaya suka hati mereka sama ada mahu gelar saya ratu suntik atau sebagainya. Setelah itu, semuanya menjadi elok semula dan itu sahaja isu sebenarnya. Kami saling bermaaf-maafan dan dia pula telah menjadi pengikut saya di Twitter. Pada mulanya kami bergaduh, kini diakhiri dengan kemaafan. Itu tidak pula ditunjukkan di media massa. Well,apa yang Sensasi boleh rumuskan kadang-kadang manusia nie bila dia bermulut laser dengan org dia tak berfikir panjang dan tak menghiraukan perasaan org sekelilingnya,tapi bila org yang laser sikit dengan dia,dia cukup terasa dan akan marah-marah dan nak menyumpah org sampai tujuh keturunan..ish3.. |
Remy Ishak cedera kerana ditendang Posted: 17 Feb 2011 09:10 PM PST Gambar kenangan Remy dengan ummi Nazeera yang mempunyai "Ending" yang kontroversi Kesian Remy,terbaru Remy tekah ditendang sehingga menyebabkan dia tidak boleh bangun dan mengalami lebam di rusuknya. Nak kata nie pertama kali Remy kena belasah ,tidak,sensasi rasa pasti semua masih ingat lagi kisah kecoh Remy dipukul sekumpulah lelaki,iaitu abang Ummi nazeera dan bodyguard. Cuma bezanya kali nie Remy ditendang kerana tuntutan kerja... :P "Saya mengalami kecederaan di tulang rusuk kanan ketika menjayakan satu babak pergaduhan dalam filem terbaru saya berjudul 'Barajiwa'. Ketika melakukan babak itu, saya telah ditendang sehingga menyebabkan tulung rusuk saya lebam. "Selepas ditendang, saya tak boleh bangun dan telah dibawa ke klinik untuk menjalani ujian x-ray. Ia cedera kecil saja, tapi sebab ia melibatkan bahagian dalam, jadi agak merisaukan juga. Nasib baiklah insiden ini berlaku pada hari terakhir penggambaran," kata Remy ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama pelakon filem 'Cun!' |
Sam kecoh dikatakan keluar Bunkface tubuh kumpulan baru The Azender Posted: 17 Feb 2011 08:50 PM PST Bunkface Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Bahrom dikhabarkan bakal menarik diri daripada kumpulan tersebut dan menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu The Azenders. Menurut sumber, keputusan tersebut dibuat kerana Sam mempunyai beberapa masalah dalaman dengan Bunkface selain tidak gemarkan publisiti dan dunia glamor. Justeru itu, tempat Sam akan digantikan oleh Myo, salah seorang daripada ahli kumpulan Oh Chentaku. "Myo sudah pun mula berlatih dan membiasakan diri dengan lagu-lagu Bunkface dan mereka bakal mengadakan sebuah persembahan khas sempena penghijrahan Sam dalam kumpulan The Azenders sekitar bulan April depan," kata sumber tersebut. Bagaimanapun, Bunkface tidak menghasilkan sebarang lagu baru dan hanya memberi fokus kepada perniagaan syarikat mereka, Bunkface Production di mana mereka sedang dalam proses membuka sebuah studio rakaman baru serta mengeluarkan barangan cenderahati kumpulan itu. Difahamkan ahli kumpulan Bunkface iaitu Paan dan Youk pula masing-masing turut dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot. Memang dah beberapa kali dah Sensasi dengar perkhabaran yang Sam Bunkface nie akan keluar dari kumpulan tersebut,tapi apabila ditanya Sam ckp memang betul dia ada kumpulan baru The Azender,dan jugak memang Sam ada masalah dengan Bunkface tapi dia masih bersama Bunkface,jadi cerita dia keluar bunkface tue hanya khabar angin. "Memang saya akui ada beberapa masalah antara saya dalam Bunkface, tetapi saya tidak menarik diri. Cuma saya lebih memberi perhatian kepada The Azenders kerana ia sebuah kumpulan yang baru. "Ahli-ahli kumpulan baru saya terdiri daripada Kudut (dram), Izal (bass) dan Ajam (keyboard) juga mempunyai kumpulan mereka masing-masing. "Penubuhan The Azenders ini sekadar projek sampingan saya di mana konsep muzik yang dibawakan lebih segar dan lain daripada muzik-muzik yang ada di negara kita," katanya. Kumpulan baru Sam "The Azender" bakal membawa music baru yang berbeza Tapi okey apa lagu Bunkface skrg nie kan,menarik dan keremajaan je..tak tahulah mcm mana pulak lagu The Azender.kita tunggu~ |
Justin Bieber terlupa tutup zip seluar semasa Grammy's award ,dan gaya rambut pacak bieber Posted: 17 Feb 2011 02:18 AM PST Pada Grammy's award yang berlangsung baru-baru nie Justin Bieber telah memakai suit putih dengan kasut putih.Nampak smart dan bersih je,tetapi biasalah paparazzi kat sana memang suka sgt kalau ada bab2 zip seluar yang lupa ditutup. Bieber yang baru je keluar dari bilik air,lepas tue diambil gambar oleh jurugambar,dan keluarlah gossip Justin Bieber lupa tutup zip seluar lepas masuk toilet.nasib baik tak nampak apa-apa..hehe. Terbaru dalam majalah rollingstone ,rambut JB telah diubah menjadi pacak-pacak mcm gambar kat bawah nie..amacam ok tak?Tp sensasi rasa agak serabaila..mungkin sebab rambut die panjang,jadi bila dipacakkan nampak mcm serabut je. Skrg nie suara JB berada dalam situasi peralihan suara dimana suara kanak-kanaknya sdg ditransformasi menjadi suara lelaki dewasa,maknanya suara JB skrg nie tgh pecah2,tp oleh kerana beliau seorang penyanyi JB telah mengupah Vocal speccialist utk membantu mengurangkan suara pecah. Namun peminat Justin Bieber di Malaysia kemungkinan besar bakal dikejutkan dengan suara JB yang berbeza pada konsert nya pada bulan April nie. |
Komik: Pandangan manusia berubah apabila mabuk Posted: 17 Feb 2011 01:50 AM PST Apa itu mabuk?Mabuk tue ada mcm2 jenis mabuk..antaranya mabuk cinta,mabuk kuasa dan mabuk arak. Bila mabuk kadang-kadang sesuatu benda tue kelihatan lain drpd realiti sebenarnya. Kali ini kita manyingkap misteri mabuk arak yang diketahui umum banyak membawa bencana. Kisah sadis seorang jejaka yang akhirnya telah mabuk dan melakukan dot3 yang songsang. |
X-MEN: FIRST CLASS Trailer Movie Posted: 17 Feb 2011 01:14 AM PST Filem ini mengisahkan permulaan X-Men saga, sebelum Charles Xavier dan Erik Lensherr dikenali sebagai Profesor X dan Magneto. "X-Men: First Class" dibarisi pelakon James McAvoy, Michael Fassebender, Nicholas Hoult, January Jone dan Rose Byrne. Filem ini dijadualkan menemui peminat di Malaysia pada 2 Jun 2011. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |