Adsense

Khamis, 17 Februari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Nasyidofobia punca industri nasyid suram

Posted:

Nasyidofobia punca industri nasyid suram

Nasyidofobia punca industri nasyid suram

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar: ABDUL RAZAK LATIF


(Dari kiri) Che Amran, Suffian, Munif, Syahril dan Azadan terus memperjuangkan irama nasyid kontemporari.


PENGHUJUNG tahun 1990-an, irama nasyid kontemporari yang dipelopori oleh kumpulan Raihan pernah duduk di satu singgahsana gah dalam industri muzik tanah air.

Ketika itu ia dianggap sebagai zaman kegemilangan lagu-lagu nasyid. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian dendangan kumpulan Raihan, Pergi Tak Kembali (Rabbani), Sumayyah (Hijjaz), Nur Kasih (Inteam) dan Sepohon Kayu (Saujana) cukup popular dan sangat dekat di hati peminat dan penggemar muzik tempatan.

Malah lagu-lagunya bukan setakat diterima tetapi turut diangkat hingga memenangi pelbagai anugerah mengalahkan muzik pop.

Tiada apa yang menghairankan kerana sebelum kemunculan Raihan, peminat yang mahu menikmati lagu berunsur ketuhanan, berpaling kepada kumpulan Kopratasa.

Hanya setelah Raihan muncul dan diikuti pula dengan kehadiran kumpulan-kumpulan nasyid tempatan lain, lebih ramai pendengar menerima lagu nasyid kontemporari kerana adanya mesej dan unsur nasihat menerusi nasyid dendangan mereka.

Namun tiada sesiapapun yang boleh menafikan, Raihan membawa satu anjakan besar dalam iklim muzik di Malaysia hingga ketika itu digelar Raihanmania.

Kehebatan Raihan sebagai sebuah kumpulan nasyid di era tahun 1990-an, awal 2000 turut mencuri tumpuan bakal pewaris takhta England, Putera Charles.

Raihan merupakan kumpulan nasyid pertama dari Malaysia yang pernah diundang untuk membuat persembahan di hadapan Putera Charles di Royal Albert Hall, London.

Boleh dikatakan, dalam sekelip mata sahaja, irama nasyid kontemporari berdiri dengan begitu gah sekali dan berada di puncak seolah-olah mengambil tempat genre-genre lain terutamanya irama dangdut yang pada ketika itu penghujung tahun 1990-an, menguasai industri muzik tempatan.

Kejayaan yang dicatat oleh Raihan membawa mereka kepada pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records apabila menjadi artis berkumpulan pertama dalam negara yang berjaya menjual melebihi 600,000 unit menerusi album Puji-Pujian.

Bukan itu sahaja, album tersebut turut dinobatkan sebagai album artis tempatan paling laris pernah dijual dalam sejarah muzik tanah air.

Tidak terhenti setakat itu, gelombang nasyid terus mengungguli beberapa trofi di majlis anugerah berprestij di negara ini termasuklah Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Bintang Popular (ABP) dan juga beberapa anugerah lain.

Begitulah hebatnya penangan kumpulan nasyid ketika itu. Kesannya bukan sedikit. Malahan mampu merubah senario muzik Malaysia hinggakan mencipta satu fenomena yang digelar nasyid mania.

Bak kata pepatah, hidup ibarat roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Adakah perumpamaan itu melanda pejuang irama tersebut yang kini dilihat semakin suram?

Untuk menjawab segala persoalan, penulis mengatur satu sesi fotografi bersama wakil daripada lima kumpulan nasyid popular iaitu Che Amran (Raihan), Azadan (Rabbani), Munif (Hijjaz), Syahril (Inteam) dan Suffian (Saujana) dengan berlatarbelakangkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Lontaran hati diluahkan demi membela nasib penggiat industri nasyid Malaysia dan masyarakat Islam secara khasnya.

Menariknya, stigma Islamofobia atau takut dengan Islam di bumi Malaysia terpacul daripada mulut mereka.

Dari situ kata mereka, wujud istilah baru yakni nasyidofobia yang mempengaruhi komuniti Islam di negara ini agar menjauhi genre muzik nasyid.

Sikap prejudis segelintir orang Islam sendiri yang menyebabkan irama kebudayaan Islam itu semakin menyepi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nasyid tidak pernah pasif

Posted:

Nasyid tidak pernah pasif

Nasyid tidak pernah pasif

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

DAKWAAN yang mengatakan kumpulan nasyid tempatan sudah terkubur ditepis oleh Che Amran, Munif, Azadan, Syahril dan Suffian yang mewakili kumpulan nasyid masing-masing.

Pada hakikatnya, kumpulan-kumpulan nasyid masih aktif termasuk menerima pelbagai undangan persembahan dari dalam dan luar negara.

Meneropong diari lima kumpulan nasyid popular tanah air iaitu Raihan, Rabbani, Hijaz, Inteam dan Saujana, ternyata masing-masing punya perancangan untuk menerbitkan album terbaru.

Itu bermakna, masih ada ruang untuk kumpulan nasyid terus bergerak dalam industri hiburan tanah air. Sebab itu tidak perlu wujud rasa gundah dengan anggapan penggemar muzik nasyid kontemporari sudah berpaling ke genre-genre lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.