Harian Metro: Rap |
Posted: 16 Feb 2011 07:36 AM PST MASA 24 jam bagaikan terlalu suntuk buat jelitawan, Priyanka Chopra, 28, kerana ada kalanya dia terpaksa bekerja 20 jam sehari tanpa henti. Namun pengorbanannya sangat berbaloi kerana dia kini antara heroin nombor satu dan sangat berjaya di Bollywood. Segala projek besar berada dalam genggamannya dan kebanyakan filemnya mendapat kutipan pecah panggung. Maka tidak hairanlah kenapa dia berasakan yang sehari semalam tidak cukup baginya untuk menyelesaikan segala kerja dan pelbagai bentuk promosi yang perlu dihadirinya. Filem terbarunya Saat Khoon Maaf (SKM) akan berada di pawagam Jumaat ini. SKM adalah bergenre 'thriller' komedi yang turut diterajui tujuh pelakon lelaki, Naseeruddin Shah (suami paling tua), Neil Nitin Mukesh (suami muda), John Abraham, Irrfan Khan, Annu Kapoor, Vivaan Shah dan pelakon Russia, Aleksandr Dyachenko. Vishal Bhardwaj adalah pengarah filem itu. Asal filem itu diambil dari cerita pendek karya Ruskin Bong berjudul, Susanna's Seven Husbands.
"Tanpa salah seorang daripada hero itu, SKM tidak akan sempurna. Saya amat gembira dapat berlakon dalam filem ini terutama watak yang saya bawakan. Meskipun tumpuan cerita lebih kepada watak Susanna tetapi tujuh hero itu amat menyokong perjalanan cerita SKM. "Karakter saya sebagai Susanna bermula dari usia 25 hingga 65 tahun. Sepanjang pertambahan usia saya itu, jurusolek terpaksa mengubah solekan saya banyak kali untuk bersesuaian dengan setiap usia. Watak Susanna sangat berat. "Untuk menampilkan tujuh wajah saya yang berbeza, Vishal mengupah jurusolek kesan khas dari Hollywood yang menang Anugerah Academy iaitu Greg Cannon. Dia adalah jurusolek untuk filem The Curious Case of Benjamin Button. "Bahagian yang paling mencabar untuk menyolek wajah saya ketika berusia 65 tahun. Bagi mendapat gambaran yang agak hampir menjelang usia tua saya yang sebenar, Cannon menggunakan gambar nenek saya sebagai rujukan. "Sepanjang proses itu saya tidak makan dan minum berjam-jam. Proses menyolek saja mengambil masa lima jam. Sebelum hendak disolek saya ke tandas dulu dan saya tidak dibenarkan makan kerana bimbang solekan itu akan rosak. Saya sanggup melalui segala kesukaran itu kerana sangat yakin dengan Vishal. "Jangkaan saya benar kerana hasilnya sangat memuaskan sehingga ayah saya sendiri tidak perasan wajah saya. Untuk memberi impak yang lebih besar kepada watak Susanna, Vishal juga mahu saya menambahkan berat badan," katanya. Tambah Priyanka, Susanna adalah wanita yang baik dan dia membunuh suaminya kerana terpaksa. Jelasnya lagi, penonton akan berasa kasihan dengan watak itu tetapi pada masa sama mereka suka melihatnya menerima balasan. Priyanka tidak dapat bayangkan jika watak itu diberikan kepada aktres lain. Dalam perkembangan lain, Priyanka berada di negara ini untuk penggambaran filem sekuel, Don 2. Datuk Shah Rukh yang kekal pegang teraju utama filem itu hadir sama bagi menjalani penggambaran filem itu di Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi minggu ini. Don pertama yang diterbitkan pada 2006, turut dirakamkan di negara ini. Bagaimanapun berikutan kejayaan filem pertama itu, Don 2 dibuat dalam skala yang lebih besar di mana turut mengetengahkan aktor Malaysia, Adi Putra. Rombongan penggambaran itu seramai 60 orang dan mereka berkampung di Melaka sebelum bergerak ke Kuala Lumpur dan Langkawi. SRK yang menerima gelaran Datuk dari Kerajaan Negeri Melaka nyata mengotakan janjinya untuk membuat penggambaran filem di Bandar Bersejarah itu. Mereka akan berada di sini selama sebulan. "Saya masih kekal pegang watak sebagai Roma dan tidak sabar untuk berlakon dalam Don 2. Saya seronok dapat menjadi keluarga produksi Don 2 kerana saya menyukai filem aksi," katanya. PROFIL NAMA: Priyanka Chopra |
Posted: 16 Feb 2011 07:02 AM PST JELAJAH Harian Metro (JHM) meneruskan misinya di lokasi ketiga selepas Lumut, Perak dan Kota Tinggi, Johor. Kali ini memilih Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu bagi menjalankan aktiviti riadah bersama masyarakat yang diadakan selama dua hari bermula esok dan Sabtu ini. Program diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-20 Harian Metro adalah sebagai satu inisiatif mendekati pembaca juga penghargaan terhadap semua yang menyokong Harian Metro sehingga masih kekal sebagai akhbar Melayu paling laris di pasaran.
Sebetulnya, JHM bukanlah yang pertama dianjurkan akhbar ini kerana beberapa program pernah diperkenalkan antaranya Karnival Gegaria Harian Metro yang mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan pengunjung tempatan. Berbalik pada JHM, sebagaimana lokasi sebelumnya acara akan dimeriahkan dengan kehadiran artis dikenali ramai, Ifa Raziah, Mawi, Ana Raffali, Dafi, Nubhan, Rini AF7, Azza AF, Fazli Zainal, Nashrin, Ezad Exist, Roslan Shah dan Am Ketampi (Raja Lawak).
Tambah menarik, artis juga akan turut serta dalam acara senaman poco-poco yang dijalankan pada jam 8.40 pagi. Acara ini terbuka pada orang ramai yang ingin mengambil bahagian. Bagi pengunjung kanak-kanak pula, mereka berpeluang menyertai pertandingan mewarna dan acara mencari harta karun. Sementara yang minat menyanyi, bolehlah menyertai pertandingan karaoke santai untuk melihat sejauh mana kebolehan mereka. Tentu saja, bagi pelantun suara paling hebat dengan persembahan meyakinkan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai. Menghangatkan lagi suasana program yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim warga kerja Harian Metro, artis dan masyarakat JHM, apabila sebelah petang sekitar jam 5 artis akan membuat persembahan dan mereka adalah Ana Raffali, Mawi, Dafi, Nubhan, Ezad Exists, Rini termasuk Ifa Raziah dan Roslan Shah yang juga bertindak sebagai pengacara konsert. Ana Raffali yang baru saja memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi karya nukilannya sendiri, Tolong Ingatkan Aku, nyata tidak sabar untuk membabitkan diri dalam acara ini. "Kebetulan saya ada undangan persembahan di Kuantan dan kemudian akan ke Kuala Terengganu, jadi sedang eloklah tarikh JHM ini dianjurkan kerana saya memang berada di Kuala Terengganu ketika itu. "Terus-terang saya tidak sabar untuk menghiburkan peminat di sana kerana bukan mudah untuk bertemu mereka yang berada jauh dari Kuala Lumpur. "Tentu saja pembabitan dalam program ini juga sebagai salah satu penghargaan saya buat Harian Metro yang sejak awal pembabitan saya dalam industri muzik tidak pernah jemu melaporkan berita yang membina mengenai saya. Tahniah kerana bertahan selama 20 tahun," katanya. Manakala Dafi pula berkata, ini adalah pembabitan pertamanya dalam JHM dan sama seperti Ana, dia juga berharap penonton yang hadir akan terhibur dengan persembahan semua artis terbabit. "Program berbentuk mendekati masyarakat seumpama ini harus dipuji dan tahniah kepada Harian Metro kerana menganjurkannya. Pada persembahan konsert itu nanti, saya akan membawakan lagu Bila Terasa Rindu, Sebelum Kita Berpisah dan membawa single terbaru saya yang pertama kali diperdengarkan di Kuala Terengganu iaitu Euphoria. "Selain itu, saya juga akan mengambil bahagian dalam sukaneka. Jadi, peminat semua mestilah datang beramai-ramai menyaksikan semua artis berentap," katanya. Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu, tidak akan menjadi lokasi terakhir JHM kerana pada 20 Februari (Ahad) selebriti yang terbabit akan singgah sebentar di East Cost Mall, Kuantan, kira-kira jam 11.30 pagi. Sesi bertemu peminat membabitkan artis juga acara promo kemuncak Ulang Tahun Harian Metro ke-20 di Dataran Merdeka, bakal berlangsung 26 dan 27 Mac nanti. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |