macam macam hiburan terkini |
- Kenyatan Bercanggah, Norlia Ghani Tolak Tuduhan Buat Gimik Kena Ragut
- Sasha Saidin Hasilkan Produk Penjagaan Kulit
- Kehebatan Peserta Raja Lawak Semakin Menyerlah
- Permohonan Norish Karman Ditolak
- Ameng Mengaku Bersalah Atas Dua Pertuduhan Memiliki Dadah
- Fathia Semakin Menyerlah
- Yasmin Hani Cuba Nasib Di Negeri Orang
- Sudirman Selepas 19 Tahun
- Heliza Makan Buah Sebelum Nasi
Kenyatan Bercanggah, Norlia Ghani Tolak Tuduhan Buat Gimik Kena Ragut Posted: 15 Feb 2011 05:00 AM PST Ia berikutan percanggahan kenyataannya mengenai laporan polis yang dibuat. Norlia dalam kenyataan kepada mStar Online yang dihubungi beberapa jam selepas kejadian berkenaan pada Jumaat lalu memberitahu membuat laporan di sebuah pondok polis berhampiran pusat beli-belah Ampang Park, di mana lokasi kejadian ragut tersebut berlaku. Kenyataan yang sama turut disiarkan di kebanyakan akhbar pada Ahad lalu. Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnanin Abdul Rahman berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Dalam masa yang sama ada sumber memberitahu peristiwa berkenaan sebenarnya gimik pelakon itu sahaja. Norlia ketika dihubungi mStar Online, Isnin, bagi menjelaskan perkara terbabit bagaimanapun berkata tidak membuat laporan polis selepas insiden tersebut kerana terkejut dengan apa yang berlaku. "Astaghfirullah, saya belum gila untuk membuat publisiti seperti itu. Bagaimanapun sebenarnya memang saya tidak pergi membuat laporan polis kerana agak terkejut dan trauma dengan insiden tersebut. "Lagipun, kalau saya buat laporan polis, saya tidak yakin yang duit itu akan dapat semula kepada saya," katanya. Norlia juga menafikan dakwaan yang dia mengeluarkan wang RM8,000 sekali gus dari sebuah bank sebaliknya hanya mengeluarkan sejumlah RM3,000 sahaja wang daripada deposit drama berkenaan. "Waktu itu, saya sudah mempunyai RM5,000 di tangan dan baki lagi RM3,000 dikeluarkan daripada bank. Saya mahu gunakan duit RM8,000 untuk membayar pinjaman rumah yang tertunggak selama tiga bulan," ujarnya lagi. Dalam kejadian Jumaat lalu, Norlia yang popular dengan gelaran Joyah menerusi drama Opah pada tahun 1980-an, mendakwa diragut oleh dua lelaki bermotosikal ketika sedang menunggu teksi di luar pusat beli-belah Ampang Park, dekat sini. Menurutnya, wang berkenaan merupakan pendahuluan yang diterima daripada syarikat Zeel Production sebelum menjalani penggambaran drama Mata Air di Perlis pada 17 Februari depan. |
Sasha Saidin Hasilkan Produk Penjagaan Kulit Posted: 15 Feb 2011 04:59 AM PST Sasha mengimpikan untuk menceburi perniagaan tersebut hasil sokongan keluarga dan minatnya dalam bidang kecantikan. "Sekarang produk tersebut telah siap cuma menunggu proses untuk menyiapkan logo. Insya-Allah, jika tiada aral melintang produk ini akan menembusi pasaran dalam sebulan atau dua bulan lagi. "Produk ini merupakan produk tempatan dan semua proses termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan di Malaysia bermula enam bulan lalu," kata Sasha kepada mStar Online. Bidang perniagaan bukanlah suatu perkara asing buat Sasha kerana isteri kepada pemuzik dari Indonesia, Salyo Priyanto ini mempunyai pendidikan Diploma Pentadbiran Perniagaan. Malah dia menjadikan karier barunya ini sebagai permulaan untuk menjana pendapatan yang lebih kukuh pada masa hadapan. Menyelongkar sedikit tentang kecantikan, Sasha akui banyak mengamalkan petua daripada ibu dan neneknya tanpa perlu menggunakan suntikan botoks atau yang memudaratkan kesihatan. "Buat masa ini saya masih aktif dalam bidang seni. Saya akan mengacara sebuah program motivasi dalam bahasa Inggeris untuk sebuah stesen televisyen dan melakukan aktiviti peragaan pakaian dan tudung. "Saya rasa tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Lagipun, sejak mempunyai Adam Aryasenna Notosoemarsono berusia setahun enam bulan, saya jarang mengambil kerja luar dari Kuala Lumpur kerana mahu menumpukan kepada anak dan keluarga. "Tetapi jika saya perlu berurusan dalam tempoh tidak lebih dari tiga hari rasanya tidak menjadi masalah," ujar bekas anggota kumpulan Elite yang pernah popular menerusi lagu Tamparan Wanita dan Manisnya Senyumanmu. google: sasha saidin, facebook sasha saidin, twitter sasha saidin, sasha saidin myspace, terbaru terkini sasha saidin, gambar terbaru terkini sasha saidin, sasha saidin bogel, sasha saidin seksi, sasha saidin hot, sasha saidin profil, sasha saidin wiki, sasha saidin bio, sasha saidin biodata, sasha saidin dan suami, sasha saidin dan anak, |
Kehebatan Peserta Raja Lawak Semakin Menyerlah Posted: 15 Feb 2011 04:50 AM PST Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, berpuas hati dengan memuji persembahan kebanyakan peserta RL5 pada minggu bertemakan 'spontan' itu. Malah dia juga tidak menafikan kebolehan kumpulan Pukaw yang tersingkir pada minggu lalu selepas mendapat markah terendah iaitu 8 peratus. "Walaupun mereka menerima tugasan ini dua jam sebelum persembahan bermula, namun saya lihat hampir semuanya dapat melakukannya dengan baik sekali. "Saya sudah memberitahu mereka selepas ini tugasan yang diberikan akan menjadi lebih susah dan akan ada penyingkiran setiap minggu sebelum memasuki peringkat akhir. "Kini tinggal lima minggu lagi Gelanggang Raja Lawak Astro 5 akan berlangsung," kata Nizam. Nizam Sani Nizam turut mengulas tentang sambutan penonton yang tidak pernah putus untuk menyaksikan rancangan itu. "Setiap minggu kira-kira 300 penonton memenuhi studio ini untuk menonton Gelanggang Raja Lawak secara langsung. Malah rating penonton di Astro Prima (saluran 105) juga meningkat 28 peratus berbanding musim lalu. "Undian penonton melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) juga meningkat berbanding minggu keenam musim lalu. "Jika diikutkan memang agak sukar untuk meraih banyak undian penonton pada awal program tetapi bermula minggu kedua penonton semakin ramai memilih peserta kegemaran masing-masing," jelasnya lagi. Gelanggang Raja Lawak Astro 5 yang dihoskan oleh Johan dan Zizan disiarkan secara langsung di Astro Prima pada setiap Jumaat, pukul 9 malam. |
Permohonan Norish Karman Ditolak Posted: 15 Feb 2011 04:49 AM PST Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin menolak permohonan tersebut dengan kos, yang akan ditafsirkan oleh Pendaftar Mahkamah kelak. Keputusan itu sekali gus membenarkan bantahan awal yang difailkan oleh Datuk Hishamuddin Abdul Kadir untuk membatalkan permohonan interlokutari itu. Pada penghakimannya, Zainor Rashid berkata, tidak wajar untuk mahkamah melayan permohonan tersebut kerana ia akan mengakibatkan berlaku ketidakadilan memandangkan ia akan melewatkan proses induk, iaitu permohonan hak jagaan kekal di mahkamah. Mahkamah juga berpendapat, keputusan berkaitan pendidikan anak adalah terletak di bawah keputusan permohonan induk, apabila kes tersebut selesai dibicarakan. Turut ditolak ialah tuntutan pelakon drama Spa Q itu untuk mendapatkan sebuah kereta jenis Nissan Murano untuk kegunaan anak-anak. "Mahkamah berpendapat anak-anak tersebut tidak mempunyai kepentingan dalam perkara tersebut "Adakah benar dengan usia anak yang tidak sampai 10 tahun memerlukan kenderaan tersebut dan benarkah bapanya juga berkemampuan untuk menyediakannya?," katanya. Zainor Rashid juga menyatakan, berdasarkan afidavit sokongan Hishamuddin, beliau mengakui telah menyediakan sebuah kenderaan lengkap dengan pemandu peribadi yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk urusan persekolahan anak. Keputusan itu dibacakan tanpa kehadiran Norish mahupun Hishamuddin yang hanya diwakili oleh peguam-peguam syarie mereka. Norish, 36, diwakili peguam syarie Amli Embong manakala peguam syarie Muhammad Buruk mewakili Hishamuddin, 62, yang merupakan seorang ahli perniagaan. Pasangan itu mendirikan perkahwinan pada 11 Januari 1998 di Perlis dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, 8,dan Putri Hany Amanda, 7. Mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini, pada 15 Julai 2008 tanpa merekodkan persetujuan mengenai hak penjagaan anak. Justeru itu, pada 10 Oktober 2008, Norish atau nama sebenarnya, Nor'Ashikin Karman memfailkan tuntutan hak jagaan kekal terhadap anaknya sebelum diikuti permohonan interlokutari pada 13 April 2010. Permohonan tersebut mendapat bantahan daripada Hishamuddin yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan, apabila beliau memfailkan bantahan awal pada 1 Jun 2010. |
Ameng Mengaku Bersalah Atas Dua Pertuduhan Memiliki Dadah Posted: 15 Feb 2011 04:48 AM PST MELAKA: Penyanyi Kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Ameng, mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin. Ameng, 42, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, pada pertuduhan pertama mengaku bersalah kerana memiliki kanabis, berat kasar 122 gram ketika di dalam sebuah bilik hotel, di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 1 Februari 2011, pukul 5.20 petang. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksen 34 Kanun Keseksaan. Beliau menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidk kurang dari 10 sebatan. Bagi kesalahan kedua, pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, dia dituduh memiliki dadah methamphetamine dengan berat kasar 1 gram. Beliau didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman ini membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Ameng yang memakai baju berwarna coklat dan berseluar jeans kelabu kelihatan tenang semasa dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Zaharah Hussin. Isterinya yang bertudung tidak mengaku bersalah ketika dibacakan dua pertuduhan yang sama ke atas Ameng. Ameng ketika prosiding memohon supaya mahkamah membebaskan isterinya kerana beliau (Sabariah) tidak bersalah. "Saya harap jasa baik tuan hakim untuk lepaskan isteri (saya) kerana semua ini kesalahan saya," katanya sambil menambah mereka mempunyai seorang anak kecil berusia tiga tahun yang sedang sakit lelah dan sangat merindukan isterinya. Beliau berkata anaknya itu kini dijaga oleh ibu mertuanya di Masjid Tanah, di sini. Pendakwaan dikendalikan oleh Ifa Sirhhu Samsudin yang memberitahu mahkamah selepas rayuan Ameng bahawa pertuduhan itu adalah tentativ kerana belum diketahui berat dadah secara bersih. Katanya beliau masih menunggu laporan kimia bagi perkara itu dan meminta sebutan semula kes yang ditetapkan oleh mahkamah pada 12 April depan. Ameng pada 1 November tahun lepas dikenakan hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur setelah didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya. - BERNAMA |
Posted: 15 Feb 2011 04:47 AM PST Ramai mengenali pelakon berusia 23 tahun ini menerusi drama 'Hani' yang sedang disiarkan di TV3 pada setiap Selasa, pukul 9 malam. Drama tersebut mengisahkan tentang gadis bernama Hani yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan akibat mengidap barah otak. Dalam drama itu, Hani menjadi pelajar sekolah yang sering menangis dan bersedih kerana tertekan dengan nasib yang menimpanya. Demi merealisasikan watak Hani, Fathia terpaksa mengetepikan sikap ceria yang ada dalam dirinya. "Terus-terang, saya susah nak menangis mungkin disebabkan karakter saya yang tak suka simpan masalah dan sentiasa ceria. "Tetapi apabila perlu melakonkan watak sedih, secara automatik saya boleh hayati perasaan itu selain membayangkan bagaimana kehidupan saya yang buta seperti Hani kerana cerita ini berkisarkan tentang kisah benar. "Lagu-lagu sedih seperti lagu tema Legenda Budak Setan juga membantu saya untuk menimbulkan perasaan sedih," katanya kepada Mingguan mStar di rumahnya di Shah Alam, Selangor. Atas inisiatif agar lakonannya lebih realistik, Fathia turut mengunjungi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia di Brickfields, Kuala Lumpur untuk melihat pergerakan dan cara mereka berkomunikasi. "Alhamdulillah selepas disiarkan beberapa episod, saya mendapat tahu drama Hani mendapat sambutan yang bagus," ujar pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini. Tidak kaku Lebih teruja, sepupu kepada pengacara Farrah Adeeba yang sebelum ini agak kaku di hadapan kamera semakin menunjukkan peningkatan dalam bidang lakonan. Buktinya, banyak komen positif yang diterima daripada peminatnya di laman sembang Facebook 'Nur Fathia Latiff' yang diuruskan oleh pembantu peribadinya, Ezad Ibrahim. "Walaupun peminat mengatakan lakonan saya semakin baik selepas setahun berlakon, saya masih tidak jemu untuk belajar memantapkan mutu lakonan saya. "Saya juga seronok dan selesa bekerja dengan Heykal kerana dia memberikan kebebasan sepenuhnya untuk saya menjiwai watak tersebut. "Bagaimanapun saya tidak mahu terus terikat dan digelar sebagai pelakon berwatak sedih sahaja. Saya mahukan variasi dan menjadi pelakon yang versatil kerana bimbang orang akan cepat jemu," jelas anak sulung dari empat beradik itu lagi. Sepanjang setahun berada dalam industri lakonan, wajah Fathia telah muncul dalam iklan komersial seperti Sunsilk, Nespray, Hotlink, Celcom dan Fair & Lovely, drama seperti 'Joe dan Faridah', 'Nur Kasih' dan 'Musang Berjanggut' serta filem 'Hijab'. Tunai impian keluarga Biarpun sedang ghairah mengejar impian dalam bidang lakonan, Fathia tidak pernah melupakan pesanan ibu bapanya iaitu Badriyah Hassan dan Abd Latiff Mohd Tahir untuk menamatkan pengajiannya di universiti. "Sekarang ini saya perlu tumpukan kepada pelajaran sehingga bulan Mei ini. Jadi banyak juga tawaran termasuk memegang watak utama yang terpaksa ditolak. "Saya akan terima tawaran berlakon semasa cuti semester sahaja dan menjadikan karier lakonan hanyalah sekadar sambilan," kata anak kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang ini. Membuka cerita tentang populariti, sambil merendah diri Fathia akui dia tidak pernah mengidam untuk menjadi popular. Malah dia akan berasa segan dan malu apabila ditegur kerana tidak menyangka dia mempunyai peminat. "Saya ikhlas untuk ceburi bidang seni dan menjadikan karier ini untuk menampung duit poket saya. "Apabila dapat duit lebih, saya akan membelanjakannya untuk membeli pakaian dan ke salun rambut. "Saya gemarkan sesuatu yang baru dan mahu tampil muda dan sopan dengan imej 'country fashion'," ceritanya penuh teruja. Semasa berborak dengan keluarga Fathia, bapanya membuka cerita yang anaknya itu pernah menghadiri pertandingan nyanyian tanpa pengetahuan keluarga. Jelas sekali rupa-rupanya bakat nyanyian yang dimiliki oleh Fathia diwarisi daripada bapanya yang pernah menubuhkan kumpulan muzik sewaktu zaman remaja. "Sebenarnya, saya lebih menyukai bidang nyanyian berbanding lakonan dan bercita-cita untuk bergelar seorang penyanyi. "Tetapi ibu dan bapa tidak mengizinkan saya untuk serius dalam bidang seni sehingga saya menamatkan pelajaran di menara gading. "Bagaimanapun cita-cita saya itu tidak berkubur begitu sahaja dan saya akan merealisasikan impian itu jika berpeluang selepas habis belajar nanti," jelasnya yang turut bercita-cita untuk menubuhkan sebuah firma guaman dengan adiknya, Nur Farhana, 21, yang turut mengikuti pengajian dalam bidang yang sama. Dua lagi adik Fathia adalah Nur Fasiha, 17, dan Muhammad Ilham, 14, yang turut menetap bersama keluarga. |
Yasmin Hani Cuba Nasib Di Negeri Orang Posted: 15 Feb 2011 04:45 AM PST Tak kiralah dari segi kerjaya mahupun peribadi, wanita yang sudah pun mencecah usia 32 tahun itu masih lagi mempunyai pelbagai impian yang belum terlaksana. Seboleh-bolehnya anak kacukan Inggeris - Melayu ini mahu mengecap cita-cita itu semampu yang boleh. Jelasnya, umur bukanlah penetap masa yang memberi had untuk seseorang individu itu melakukan sesuatu yang diimpikan. Berdasarkan apa yang dilihat, Yasmin sudah cukup sempurna dan memiliki segala-galanya dalam karier walaupun populariti yang diraih tidaklah setanding dengan selebriti-selebriti lain. Namun, jauh di sudut hati, perjalanan seni selama 12 tahun dalam industri hiburan tempatan masih lagi kelihatan seperti tidak stabil untuk dirinya. "Saya mahu lebih dari apa yang saya ada sekarang. Bukan tamak, tapi saya mahu berkembang dan ingin memberi satu impak yang kuat kepada masyarakat. "Sekurang-kurangnya saya dapat menerima pengiktirafan seperti pelakon serta hos terbaik dan bukannya hos atau pelakon cantik," tuturnya. Sambil wajahnya di solek oleh jurusolek profesional, Chomel, kata Yasmin, walaupun dirinya seperti berada di tengah-tengah populariti, wanita ini selesa dengan kedudukan itu. Bagaimanapun, kegusaran di hati turut terasa apabila dirinya seperti gagal meloloskan diri daripada kepompong sama. Ertinya, karier lakonan mahupun pengacaraan seperti tidak berkembang daripada apa yang dilakukannya kini. Justeru, selepas tamat kontrak dengan syarikat pengurusan Aquila Emas pada 19 Januari lalu, bekas pengacara Muzik @ Ria ini merancang semula arah tuju kariernya dengan melangkah ke negara seberang, Indonesia. "Saya perlu berkembang dan menjadi sebuah aset. Saya tahu saya mampu pergi jauh, cuma lorongnya sahaja yang tidak ada. "Memandangkan saya tidak lagi berada di bawah mana-mana pihak pengurusan, saya mula memasang strategi sendiri untuk mencuba nasib ke Indonesia. Kerana sebelum ini saya pernah mendapat tawaran berlakon sinetron di sana, cuma masanya tidak kena. "Kali ini saya akan cuba masuk ke sana semula. Bukan kecewa dengan industri tempatan, tetapi saya tak sanggup menunggu untuk memperoleh kejayaan seperti yang diinginkan. "Mana tahu jika ada rezeki, saya akan tinggal di sana demi memperkukuhkan semula kerjaya. Rezeki ada di mana-mana dan kita perlu cuba dan usaha walaupun berpuluh-puluh kali kita gagal," tegasnya. Sementara itu, selain perancangan semula karier lakonan, kata Yasmin dia juga ingin menyumbang masa dan tenaganya dalam aktiviti kebajikan masyarakat. Baginya, ia juga salah satu cara untuk membantu masyarakat yang sedang kesusahan serta membantu kerajaan dalam menjayakan kempen-kempen yang diadakan. "Jika ada masa, saya akan memberi ceramah di beberapa badan organisasi. Buat masa ini saya lebih fokus mengenai keburukan penggunaan beg plastik. "Biasalah menjadi seorang selebriti, kita bukan sahaja setakat bekerja mencari rezeki dalam karier masing-masing, tetapi juga membuat kebajikan kerana masyarakat menjadikan kita sebagai seorang ikon," katanya. Sedia bergelar isteri Bersyukur kerana memperoleh pelbagai pengalaman hasil daripada kerjaya yang dibina, Yasmin mengakui, dia berasa dirinya lebih matang dan yakin dengan setiap perkara yang dilakukannya. Tidak lagi cepat melatah atau panas baran, wanita ini lebih bijak mengawal diri di kala emosinya terganggu. "Mungkin kerana usia, pemikiran kita akan jadi lebih matang. Malah saya mampu mengawal situasi menjadi stabil apabila mental mahupun fizikal saya diganggu. "Kalau nak tahu dulu saya seorang yang panas baran. Alhamdulillah mungkin kerana sejak dahulu lagi saya ingin perbaiki diri hari demi hari, ia juga sedikit sebanyak mematangkan saya. "Malah ayah saya juga pernah berkata, pada usia 30 tahun ke atas adalah masa yang sesuai untuk kahwin kerana fikiran kita sudah matang," selorohnya. Lantas, wanita ini juga sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan enggan membuang masa untuk membina mahligai cinta dengan buah hatinya jika sampai masanya. Menyentuh sedikit mengenai kisah cintanya pula, kata Yasmin, seorang lelaki yang sudah lama dikenalinya kini bertakhta di hati. Mereka sudah setahun bercinta. Enggan mengesahkan nama kekasihnya, tetapi mungkin ada yang sudah tahu lelaki itu merupakan seorang duda dan turut terlibat dalam dunia hiburan. Sambil memberi senyuman manis, Yasmin berkata dia dan pasangannya bersedia untuk menjadi suami isteri jika jodoh mereka sudah sampai waktunya. "Sebenarnya saya dah lama kenal dia dan syukur alhamdulillah, perhubungan cinta kami berjalan dengan lancar. "Saya pun tak sangka yang perhubungan kami hingga ke tahap ini. Itulah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila saya kenal dan selami dirinya, baru saya sedar yang kami sebenarnya serasi. "Kami juga ada berbincang mengenai masa depan perhubungan kami dan insya-Allah, saya dan dia sudah bersedia. Hanya tunggu masa sahaja," ujarnya. Tambah Yasmin, dia tahu, ada juga kata-kata nakal kononnya dia sedang bercinta dengan suami atau kekasih orang. Sedih dengan khabar angin yang tidak benar itu. Yasmin memahami perit apabila kekasih seseorang itu dirampas kerana dia juga pernah melalui situasi begitu dan tidak mungkin berbuat perkara sedemikian. "Sebelum ini saya pernah merasai bagaimana apabila kekasih kita dirampas dan tidak mungkin saya akan buat perkara yang sama. Saya sendiri tidak mahu teman lelaki saya juga dirampas orang," tegasnya. |
Posted: 15 Feb 2011 04:43 AM PST Bagi yang benar-benar mengenali atau sekadar menyanjung lagu-lagu dan kerja seni Allahyarham, legasi dan peninggalannya akan tetap mekar pada hati kita semua. Sebagai satu penghargaan dan usaha dokumentasi khazanah seni negara itu, saluran HISTORY (Saluran 555) di bawah AETN All Asia Networks menghidangkan sebuah memorabilia yang cukup berharga untuk semua yang mengenali dan menghargai insan seni terbilang bergelar Sudir itu. Dokumentari berdurasi satu jam tersebut bakal merungkai kronologi hidup Sudirman sepanjang 37 tahun hayatnya. Bermula dengan zaman kanak-kanak sehingga mendapat jolokan The Singing Lawyer. Coretan suka, duka, jatuh dan bangun Sudirman sebagai insan seni dikupas daripada perspektif dan pandangan berbeza menerusi insan-insan yang rapat dan pernah bekerjasama dengannya. Lebih membanggakan bagaimana Sudirman berjaya mengumpulkan puluhan ribu peminat yang menyaksikan persembahannya di Chow Kit suatu masa dulu. Dokumentari berjudul Sudirman Arshad diterbitkan oleh AETN All Asia Networks dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Ia bakal ditayangkan pada 20 Februari ini, pukul 10 malam di saluran tersebut. Dokumentari yang adil – Atai Atai Seperti yang diketahui umum, antara insan yang paling rapat dengan Allahyarham adalah anak saudaranya sendiri iaitu Atai, 37. Namun, Atai sering mengelak daripada sebarang publisiti atau liputan kerana lebih selesa untuk tidak menonjolkan dirinya. Peluang bersemuka dengan pemilik nama sebenar Razman Azrai ini pada majlis pratonton dokumentari tersebut, Khamis lalu, membuka peluang untuk mendekati isi hati dan pandangannya tentang Allahyarham dan penerbitan dokumentari khas untuk pakciknya itu. Kata Atai, dia sangat berpuas hati dan gembira dengan dokumentari tersebut kerana buat pertama kalinya dia merasakan kandungan yang dipaparkan itu bersifat adil dan berbeza tentang Allahyarham. Visual, info dan temu ramah yang dimuatkan menjelaskan justifikasi yang selayaknya buat Sudirman itu daripada sudut berbeza dan segar. "Ini adalah pertama kali terhasilnya sebuah dokumentari yang menjelaskan justifikasi yang sewajarnya buat Allahyarham. Kita dapat melihat kronologi hidup Allahyarham secara terperinci dengan penceritaan yang berbeza. "Paparan tentang perasaan gemuruh dan kebimbangan Allahyarham ekoran masalah teknikal yang dihadapinya sebelum melakukan persembahan di Asian Music Awards di London contohnya adalah sangat tepat. Saya masih ingat saat itu kerana turut berada di sana. "Saya harus berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada pasukan produksi yang bertungkus-lumus menghasilkan sebuah dokumentari yang boleh dijadikan sebagai khazanah seni negara," katanya yang mengakui keakrabannya bersama Allahyarham bak hubungan sahabat karib. Datin Rudiah Arshad Kering air mata - Rudiah Berbeza pula ceritanya dengan kakak kepada Allahyarham iaitu Datin Rudiah Arshad, 68, apabila ditanya tentang pandangannya mengenai dokumentari itu. Ibu kepada Atai itu mengakui sudah tidak mampu untuk menangis lagi setiap kali mendengar lagu, menonton program atau apa sahaja yang berkaitan adik bongsunya. "Terus terang saya sudah kehabisan air mata untuk menangis apabila mengenangkan Allahyarham. Sampai ke hari ini, setiap kali saya terlibat dengan sebarang program berkaitan Sudir pasti ia menyentuh perasaan saya. "Apa pun, saya sangat berterima kasih kepada pihak penerbitan atas penghasilan dokumentari ini. Saya sekeluarga amat menghargai segala usaha semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini," katanya yang mengakui menangis pertama kali menonton dokumentari itu. Menjawab pertanyaan mengenai ketiadaan beliau dalam dokumentari tersebut, Rudiah berkata, keengganannya untuk ditemu ramah kerana mahu mengelak sebarang persepsi di kalangan penonton apabila dia hanya bercerita tentang perkara baik sahaja tentang adiknya itu. "Jika saya ditemu ramah tentang Sudir, sudah tentu saya akan berkata perkara-perkara yang baik sahaja kerana sememangnya dia seorang insan yang baik. "Namun, komen sebegitu mungkin akan membuatkan penonton berfikir macam-macam atau menganggap saya memuji Allahyarham kerana dia adik saya. "Jadi, biarlah orang lain yang bercerita tentang segala kebaikan Sudir supaya kandungan yang dipaparkan itu bersifat lebih adil dan terbuka," katanya. Rudiah mengakui sehingga ke saat ini, setiap kali dia berdiri di laman rumah dan terlihat kelibat teksi melepasi rumahnya, hati beliau sebak. "Setiap kali teksi lalu di depan rumah, saya akan teringatkan Allahyarham. Ketika hayatnya, dia akan datang ke rumah saya dengan menaiki teksi. "Saya pasti akan menangis setiap kali peristiwa itu terjadi," katanya. Joanne Ng Joanne penari kesayangan Bekas penari penyanyi itu, Joanne Ng, 48, menyifatkan penerbitan dokumentari Sudirman Arshad sebagai satu usaha yang layak dipuji kerana tidak pernah dilakukan sebelum ini. "Ia satu usaha yang baik kerana paparan dokumentari ini cukup berbeza dan terperinci tentang Sudirman sebagai seorang insan tegar dan bijak. "Penonton akan mendapat gambaran berbeza dan segar daripada cerita-cerita yang biasa kita dengar sebelum ini tentang Sudir," katanya yang pernah berkhidmat sebagai penari Allahyarham selama enam tahun. Mengulas tentang hubungannya dengan Sudirman, Joanne berkata, dia merupakan penari penyanyi itu yang paling lama berkhidmat kerana dia merupakan penari kesayangan penghibur hebat itu. "Menurut kata Datin Rudiah, saya menjadi penari yang paling lama bersama Sudir kerana Sudir menganggap saya penari kesayangannya. "Itu satu penghargaan dan saya akui walaupun hubungan kami atas dasar kerja sahaja tetapi kebaikan dan kebijaksanaan Sudir memang ketara ketika kami bekerja. "Dia seorang yang tahu apa yang dia mahu. Setiap perkara tentang persembahannya akan diteliti sehingga dia berpuas hati," katanya yang kali terakhir menjadi penari Allahyarham pada 30 Disember 1990 dalam sebuah persembahan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Akui Joanne, dek keserasian yang terbina antara mereka, dia tidak pernah bekerjasama dengan artis lain biarpun selepas mengundurkan diri daripada terlibat dengan Sudirman. google: sudirman, profil sudirman, profile sudirman, wiki sudirman, bio sudirmanm biodata sudirman, biografi sudirman, biography sudirman, sudirman meninggal dunia, sudirman album, lirik sudirman, kenangan sudirman |
Heliza Makan Buah Sebelum Nasi Posted: 15 Feb 2011 04:41 AM PST Sebenarnya ada cerita yang berlaku di sebalik perkara itu. Semuanya disebabkan kulit Heliza mudah sensitif dan jika memakai produk penjagaan kulit dan kosmetik tertentu yang pasti membuatkan kulitnya membengkak dan menjadi rengsa. Pengalaman sebelum ini menurut Heliza, gara-gara gam yang terdapat pada bulu mata palsu menyebabkan matanya menjadi bengkak dan bulu matanya gugur. Insiden tersebut berlaku semasa pelakon filem 'Syurga Cinta' ini terlibat dalam rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), tiga tahun lalu. "Sebab itu saya kurang menggunakan produk penjagaan kulit dan kosmetik. Semasa minggu ketujuh dalam AF5, mata saya menjadi bengkak kerana memakai bulu mata palsu. "Mungkin gam bulu mata palsu itu tidak sesuai dengan kulit saya jadi sebab itu selepas saya membuka bulu mata palsu itu, terus bulu mata yang asal gugur semuanya. "Jadi, sekarang ini saya agak berhati-hati untuk memakai gam bulu mata palsu sebaliknya hanya menggunakan gam jenama Shu Uemura yang sesuai dengan mata saya kerana ia membolehkan saya mampu bertahan selama empat jam memakai alat kecantikan itu," katanya kepada Mingguan mStar di pejabatnya Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP). Tambahnya: "Orang selalu puji mata saya cantik tetapi cerita di sebalik itu orang tidak tahu. Sebab tersilap menggunakan gam bulu mata palsu, mata saya menjadi bengkak dan bulu mata gugur. "Selain itu, mata saya juga mengalami masalah konjunktivitis akibat memakai kanta lekap terlalu lama. Saya mengalami rabun jauh, jadi saya terpaksa selang seli memakai kanta lekap dan cermin mata." Minum air daun pegaga Menyelak rutin harian penyanyi lagu Hello dan Chord G ini, dia mengamalkan petua meminum segelas air masak setiap kali bangun pagi. Selepas itu, dia akan bersarapan pagi dengan mengambil nasi. Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu akui bukanlah seorang yang banyak pantang ketika menikmati makanan. "Saya jenis suka makan tetapi waktu makan saya tidak teratur. Tetapi bagi mengekalkan tenaga, saya akan minum Milo dan mengambil vitamin setiap hari. "Saya juga makan buah-buahan terlebih dahulu iaitu setengah jam sebelum makan dan minum jus oren yang dibuat sendiri," katanya. Amalan kecantikan Heliza sebenarnya banyak dipengaruhi oleh rakan-rakan, bahan bacaan dan program televisyen. Menariknya, dia sempat berkongsi tentang petua minum air daun pegaga untuk mengelakkan masalah kesihatan badan menerusi program Nona di TV3. "Tentang amalan tradisional, saya pernah menempek serbuk kunyit yang dicampur air pada muka sewaktu zaman sekolah dulu. "Ada juga kawan-kawan yang mengesyorkan menyapu gincu pada jerawat. Petua lain adalah menyapu serbuk buah keras yang telah dibakar pada kening untuk melebatkan kening. "Mak saya pula selalu mengingatkan saya untuk berdoa dan mengamalkan air sembahyang," katanya yang membaca buku tentang petua awet muda. Sudah namanya wanita, dia sesuai digelar sebagai 'kaki' membeli-belah terutama membeli kasut dan pakaian. Namun model iklan Sunsilk dan Garnier ini tidak terlalu mementingkan jenama tetapi asalkan sesuatu produk itu cantik dan selesa. Antara produk kecantikan yang menjadi pilihan Heliza adalah Johnson & Johnson, Garnier, Loreal, Listerine, Natopherol Dermal dan Olay. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |