Gosip Artis Malaysia |
Melodi : Dira Terkejut Gantikan Fara Fauzana? Posted: 15 Feb 2011 08:59 PM PST Dira berkata, dia tidak dimaklumkan oleh pihak Melodi mengenai perkara itu tetapi hanya mengetahuinya melalui laporan akhbar. "Saya benar-benar terkejut dengan desas desus yang dilaporkan kononnya saya akan menggantikan Fara Fauzana. "Memang benar saya pernah menjadi pengacara jemputan Melodi sebelum ini tetapi ia bukanlah kerana saya ingin mengambil alih tempat Fara," katanya pada Selasa. Kata Dira, dia dipanggil menjadi pengacara jemputan selama dua kali dalam rancangan hiburan popular itu hanya sekadar untuk memeriahkan suasana semata-mata. Bagaimanapun, jika perkara itu benar, Dira menganggap peluang tersebut perlu difikirkan semasak-masaknya. "Jika diberi peluang untuk mengacarakan sebuah rancangan yang popular itu saya tidak fikir tentang terima atau tidak, tetapi saya fikir mampu atau tidak untuk saya memikul tanggungjawab tersebut. "Sebagai sebuah rancangan yang mempunyai pengikutnya tersendiri yang sudah bertahun-tahun, pasti tanggungjawabnya besar. Saya kena ukur baju di badan sendiri dulu sebelum menerima tawaran itu," katanya. Sebelum dikenali sebagai pelakon, Dira telah pernah menjadi pengacara untuk program Beat TV, Pulus Mania dan Jom Ronda. Dia juga pernah menjadi penyampai radio Xfress FM pada tahun 2007. Sementara itu Penerbit Melodi, Azman Ghaffar yang dihubungi mengakui pihaknya sedang mencari pengacara baru Melodi bagi menggantikan Fara Fauzana dan Wahid kerana ingin memberi nafas baru kepada program hiburan itu. Azman berkata, ia disebabkan kedua-dua pasangan berkenaan sudah terlalu lama mengemudi rancangan tersebut iaitu selama lima tahun. Bagaimanapun ujar Azman, desas desus mengatakan Dira dan Zizan Raja lawak akan menjadi pengacara baru rancangan itu adalah tidak benar sama sakali. "Kami dalam usaha untuk memberi nafas baru kepada program Melodi tetapi buat masa ini pencarian untuk pengacara berkenaan sedang dilakukan. "Proses berkenaan dilakukan dengan memanggil beberapa artis menjadi pengacara jemputan untuk melihat kesesuaian mereka sebagai pengacara Melodi ataupun tidak," katanya. Jelas Azman, bukan mudah mencari pengacara bagi menggantikan Fara dan Wahid kerana kedua mereka mempunyai aura yang kuat untuk rancangan tersebut. Proses pencarian itu katanya akan berlangsung dalam tahun ini dan jika tiada maslah, berkemungkinan pada awal tahun hadapan penonton akan dapat menyaksikan wajah baru pengacara Melodi. Azman juga turut menolak dakwaan kononnya Fara dan Wahid mempunyai masalah menyebabkan rating program itu menurun. |
Nazim Akui Kurang Serasi Dengan Ainul Aishah Posted: 15 Feb 2011 08:52 PM PST Namun begitu, dia yang bergandingan dengan pelakon Ainul Aishah mengakui agak sukar mencari keserasian dengan pelakon itu kerana watak mereka dalam drama berkenaan berbeza berbanding hubungan baik di luar lokasi penggambaran. "Saya dan Ainul sudah lama kenal jadi susah kami nak cari keserasian apabila berlakon dalam drama ini. Kami memang berkawan baik di luar, jadi bila perlu jadi diri orang lain ia sesuatu yang agak sukar. Bagaimanapun, Nazim menyifatkan Ainul sebagai pelakon yang baik dan komited dengan kerjanya. Selain itu, jelas Nazim lakonannya dalam drama Begitukah Cinta slot Akasia merupakan langkah pertamanya untuk mencipta nama di stesen televisyen TV3. "Sebelum ini saya banyak berlakon untuk drama-drama di stesen televisyen RTM dan Astro, bukan tidak dikenali tetapi kurang dikenali. "Untuk tahun ini kalau boleh saya mahu seimbangkan wajah saya di semua stesen televisyen dan itu adalah strategi dan perancangan saya," katanya. Dalam drama tersebut Nazim memegang watak sebagai Nazril yang sanggup melakukan pelbagai perkara demi cintanya termasuk membuang keluarga. Dia juga cuba keluar daripada kepompong kemewahan dan ingin hidup seperti orang kebiasaan yang lain apabila jatuh cinta terhadap seorang gadis kampung bernama Riana. Drama 24 episod ini sudah ditayangkan bermula 14 Februari. Dalam pada itu, Nazim juga mengakui lebih selesa menerima tawaran berlakon drama berbanding filem. "Saya tidak kisah jika rezeki saya hanya berlakon drama. Saya tidak terlalu mengejar untuk berlakon filem. "Bagi saya yang penting ialah watak bukan drama atau filem. Lagi pula saya masih baru lagi dan perlu pengalaman banyak untuk berlakon filem," katanya yang mengagumi lakonan pelakon Bront Palarae dan Shaheizy Sam. Jelas Nazim, dia mahu kerjaya lakonannya meningkat berdasarkan produk yang dihasilkan bukan kerana kontroversi seperti sesetengah artis. "Saya tidak suka orang bercakap tentang diri kita kerana kontroversi semata-mata. Ada juga di kalangan artis yang saya lihat terlalu terdesak dengan kontroversi untuk naik. "Saya suka cara pelakon-pelakon seperti Bront Palarae dan Shaheizy Sam yang berjaya atas usaha mereka sendiri tanpa sebarang kontroversi," katanya. |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |