macam macam hiburan terkini |
- Yusry (KRU) Bukan Pensyarah Sambilan
- Awie Nyanyi Lebih 20 Lagu Di Istana Budaya
- "Siti" Tampil Kehebatan Siti Nurhaliza
- Watak Jahat Buat Izreen Lebih Selesa
- Fouziah, Heliza akur ketentuan rezeki
- “Kirim Siti Nurhaliza selesai masalah”
- Misteri klip video TAAP
- Kenangan Mengusik Jiwa 60-an di Istana Budaya
- Kecekalan Shahriza pikat Saddiq
Yusry (KRU) Bukan Pensyarah Sambilan Posted: 10 Feb 2011 03:38 PM PST Perkara itu disahkan oleh Ketua Program Animasi, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) UiTM, Ezwan Mohd Mokhtar yang turut berkata faktor salah faham mungkin menjadi punca kepada kesilapan laporan media tentang perkara berkenaan. "Sewaktu berbincang dengan Yusry sebelum ini, dia memang sudah jelas tentang tugasan yang ditawarkan kepadanya. Dia tidak ditawarkan sebagai pensyarah sambilan tetapi hanyalah penceramah jemputan bagi kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi berdasarkan pengalamannya dalam bidang itu. "Untuk melantik seorang pensyarah sama ada secara sepenuh masa atau sambilan bukan semudah yang disangka kerana banyak proses dan prosedur harus dilaksanakan oleh pihak universiti terlebih dahulu. "Mungkin perkara itu telah disalahtafsirkan, itu sahaja. Bagaimanapun, dia tetap akan memulakan tugasannya Jumaat ini," katanya yang dihubungi mStar Online, Rabu. Tambah Ezwan, sebagai penceramah jemputan, Yusry tidak terikat dengan jadual tetap yang mewajibkannya untuk mengadakan kelas secara konsisten setiap minggu. Sebaliknya dia akan hadir untuk bengkel kursus berkenaan pada setiap Jumaat selama tiga jam iaitu masa yang lebih fleksibel selain tertakluk kepada jadual pengarah filem itu sendiri. "Memandangkan Yusry di undang sebagai penceramah jemputan dan bukan kakitangan universiti, maka jadual kelasnya tidak begitu terikat. "Seandainya dia terikat dengan komitmen lain pada hari tersebut, kelas mingguan itu juga akan dibatalkan. Semuanya bergantung kepada waktu Yusry," katanya. Yusry akan mengajar kursus itu untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Animasi tahun akhir semester 6 di FACT, UiTM bermula pukul 7 hingga 10 malam. Fakulti berkenaan diketuai oleh Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang bertindak sebagai dekan. |
Awie Nyanyi Lebih 20 Lagu Di Istana Budaya Posted: 10 Feb 2011 03:37 PM PST Konsert Opera Hidup Bersama OSK itu akan memberi satu kelainan berbanding konsert-konsert yang pernah dilakukan sebelum ini. Ia merupakan kolaborasi antara Bombbay Worldwide dan Anggerik Evant dengan kerjasama Istana Budaya. Menurut Pengarah Urusan Bombbay Worldwide, Zamberi Shaari atau lebih dikenali sebagai Bombbay, konsert tersebut akan diiringi seramai 43 pemuzik orkestra bersama 16 orang penyanyi koir. "Kami berjanji akan memberi kelainan pada persembahan konsert ini terutamanya dari segi susunan muzik yang seratus peratus diolah semula mengikut kesesuaian orkestra. Selain itu juga banyak lagi kejutan yang sudah dirancang pada tiga malam tersebut. "Memandangkan ini merupakan pertama kali diberi peluang untuk beraksi di Istana Budaya, kami akan melakukan yang terbaik khas buat peminat Wings," katanya pada sidang media sempena konsert itu di Borneo Baruk Club, Khamis. Lebih istimewa konsert yang berdurasi dua jam setengah itu bakal menampilkan tiga orang vokalis Wings sejak awal penubuhannya iaitu Awie, Mus dan Mel bersama pemain dram Jojet. "Kami mahu kesemua ahli Wings terlibat dalam konsert istimewa ini kerana ia bakal mengukir sejarah tersendiri untuk kumpulan ini," katanya. Sementara itu, Awie memberitahu akan memberikan sepenuh komitmen dalam konsert tersebut dan menganggap ia sebagai hadiah buat peminatnya. "Saya akan menyanyikan lebih 20 buah lagu termasuk lagu lama dan baru dalam semua album kami. Namun begitu saya faham bukan mudah untuk membuat pilihan lagu terbaik dan sesuai dengan cita rasa peminat. "Tentang komitmen dan latihan vokal, saya tiada masalah kerana sekarang saya sedang membuat pementasan Lat yang turut memerlukan saya menyanyi," katanya. Menyentuh soal penampilan, Awie memberitahu ia mengikut kepada peraturan dan garis paduan yang sudah ditetapkan oleh pihak IB. "Tidak semestinya kami perlu memakai pakaian yang terlalu formal atau terlalu tidak formal seperti di mana-mana konsert. Kami akan mengikut garis paduan IB dan bersesuaian dengan konsert itu nanti," katanya. Ketika ditanya, mengapa setelah 25 tahun baru mereka berani membuat persembahan di pentas Panggung Sari itu, Awie memberitahu ia berikutan kesediaan mereka terhadap sebuah konsert berprestij berkenaan. "Kami rasa ini merupakan masa yang paling tepat untuk membuat persembahan di istana Budaya. Ia adalah kemuncak kepada perjalanan Wings itu sendiri," ujarnya. Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245 dan RM305 boleh didapati di www.ticket2u.biz google: Konsert Awie Wings Opera Hidup Bersama OSK, lokasi Konsert Awie Wings Opera Hidup Bersama OSK, harga tiket Konsert Awie Wings Opera Hidup Bersama OSK, lokasi jual tiket Konsert Awie Wings Opera Hidup Bersama OSK, berita terbaru terkini Konsert Awie Wings Opera Hidup Bersama OSK, pelancaran promosi Konsert Awie Wings Opera Hidup Bersama OSK. promosi Konsert Awie Wings Opera Hidup Bersama OSK, promotion Konsert Awie Wings Opera Hidup Bersama OSK, waktu bermula Konsert Awie Wings Opera Hidup Bersama OSK, lokasi Konsert Awie Wings Opera Hidup Bersama OSK |
"Siti" Tampil Kehebatan Siti Nurhaliza Posted: 10 Feb 2011 03:35 PM PST Program tersebut mampu mengubah persepsi penonton serta memberi aspirasi dan inspirasi melalui pelbagai segmen yang akan disiarkan. Pengurus Saluran Astro RIA, Azlin Reza Azmi berkata program itu bakal menjadi sebuah progran bual bicara istimewa apabila pertama kali dikendalikan oleh penyanyi nombor satu negara. "Kami amat berbesar hati dengan kesudian Datuk Siti Nurhaliza mengemudi rancangan bual bicara untuk siaran Astro Ria ini. "Pengalamannya sebagai anak seni dan kehidupan beliau yang penuh warna warni pastinya akan menyuntik pelbagai elemen menarik dalam program ini, selain popularitinya yang mampu menarik tontonan pelbagai lapisan masyarakat. "Program ini juga menjadi platform untuk mendekatkan lagi Siti dengan masyarakat," katanya. Program yang akan bersiaran selama satu jam ini terbahagi kepada lima segmen. Setiap segmen ini berperanan menonjolkan karisma Siti Nurhaliza selaku seorang penghibur, penemuramah yang peka, individu yang sensitif, berjiwa khalayak dan seorang penggalak seni. Dalam program ini juga akan memaparkan kehidupan golongan yang kurang berkemampuan. Selain itu, beliau turut menampilkan tokoh masyarakat untuk berkongsi rahsia selain mengalunkan suara merdunya sama ada secara solo mahupun diiringi kumpulan muzik. "Siti akan membawa beberapa tokoh terkenal tanah air untuk ditemubual. Pelbagai rasa dan rahsia akan dicungkil untuk dikongsi dengan para penonton. "Memulakan ruang bicara Siti, tokoh pemimpin negara, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat kemunculan istimewa pada episod pertama yang akan ditayangkan pada hujung minggu ini," ujar Azlin. Pada segmen penutup, Siti akan membincangkan beberapa isu semasa yanghangat dibincangkan seperti gejala buang bayi, bahaya kasut tumit tinggi, kehebatan Nirwan si budak makan api dan masalah kegemukan dikalangan masyarakat. |
Watak Jahat Buat Izreen Lebih Selesa Posted: 10 Feb 2011 03:34 PM PST Lihat sahaja watak yang menyerlahkan lakonannya menerusi drama Nenek Kebaya, Isabella dan Samson Delaila yang mencetuskan perasaan marah dan geram kepada penonton. Demi memvariasikan karakternya pelakon filem Otai ini sesekali mahu juga memegang watak baik agar dia tidak dilihat terlalu stereotaip dengan watak berkenaan. "Sebenarnya saya selesa dengan watak jahat kerana perwatakan sebenar saya agak kasar. Bagaimanapun saya mahu pelbagaikan watak saya dan menjadikan pelakon Nor Khiriah sebagai contoh kerana dia mampu membawakan watak komedi, jahat dan baik," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Samson Delaila yang kini sedang disiarkan di TV3. Dalam drama 25 episod itu, Izreen memegang watak wanita jahat bernama Maria, yang tergila-gilakan Samson lakonan Adi Putra. Bagaimanapun Samson telah berkahwin dengan Delaila dan Maria memilih bapa Samson sebagai suaminya. "Selepas berkahwin dengan bapa Samson, Maria memasang strategi untuk membolot harta lelaki itu. Banyak konflik yang timbul dalam cerita yang berlatar belakangkan bidang perniagaan dan cinta ini. "Watak jahat yang saya bawakan dalam drama ini lebih bersifat dalaman yang membabitkan emosi serta berpura-pura baik," ujarnya yang pernah melakonkan watak menggoda dalam drama Gelora Di Hati Sara 2. Memandangkan barisan artis yang bergandingan dengannya dalam drama ini adalah Fasha Sandha, Adi Putra, Ako Mustapha dan Datuk Jalaluddin Hassan yang dirasakan hebat, Izreen akui sedikit gugup apabila berlakon dengan mereka. "Pada mulanya saya rasa bimbang juga apabila bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat tetapi selepas itu perasaan itu telah reda. Kami juga dilayan sama rata," ujarnya mengenai drama yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin itu. Sepanjang tiga tahun menceburi dunia lakonan, gadis yang dibesarkan di Jitra, Kedah ini telah berlakon dalam 20 drama tempatan. google: izreen, izreen facebook, izreen blog, izreen twitter, izreen myspace, izreen seksi, izreen hot, izreen buah dada, izreen bogel, gambar foto terkini terbaru izreen, berita terkini terbaru izreen, kontroversi izreen terkini terbaru, drama terkini terbaru izreen, izreen profile, izreen profil, izreen bio, izreen wiki, izreen biodata, izreen biography, teman lelaki izreen, boyfriend izreen |
Fouziah, Heliza akur ketentuan rezeki Posted: 10 Feb 2011 03:32 PM PST Walaupun dua individu ini melangkah dalam dua cabang seni yang berbeza namun satu persamaan yang ada pada diri mereka ialah masing-masing akur dengan ketentuan rezeki yang diberikan Tuhan. Baik Fouziah mahupun Heliza, mereka jarang tampil di dada-dada akhbar dengan kisah sensasi dan peribadi. Mungkin juga mereka tidak mahu mencari publisiti murahan maka Fouziah dan Heliza lebih selesa memberi tumpuan kepada bidang yang diceburi. Jika Fouziah kini semakin selesa menerajui kerjaya seni sebagai pelakon yang semakin menyerlah, Heliza pula sibuk menguruskan syarikat miliknya, Heliza Helmi Production (HHP) di samping menyanyi. Tatkala Fouziah menerima pujian demi pujian penonton rentetan lakonan berkesannya dalam rantaian Trilogi Cinta, Heliza pula 'bersilat' menepis khabar angin tentang kemelut dalaman syarikat serta hubungan cinta dengan komposer dan pengacara Hafiz Hamidun. Ketika ditemui dalam majlis memperagakan pakaian dari Butik Mimpi Kita, Bangsar baru-baru ini, mereka tidak lokek untuk berkongsi cerita. |
“Kirim Siti Nurhaliza selesai masalah” Posted: 10 Feb 2011 03:31 PM PST Sehinggakan pernah dikeluarkan kenyataan andai Malaysia tidak mahu Siti Nurhaliza, berikan kepada Indonesia. Kerana personaliti serta kejayaan menembusi pasaran muzik Melayu serantau Siti Nurhaliza juga dicadangkan sebagai Duta Kebudayaan Masyarakat Melayu pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia anjuran Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) di Bandung baru-baru ini. Siti Nurhaliza barangkali bukan seorang pegawai diplomat lulusan luar negara yang membantu kerajaan menjual nama negara. Namun, menyedari tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, dia terus menjaja nama negara menerusi seni. "Kalau ada yang merasakan saya boleh memikul tanggungjawab mengakrabkan hubungan, saya bersedia menerimanya," reaksi Siti Nurhaliza kepada Hits ketika mengulas cadangan Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid melantik beliau sebagai Duta Kebudayaan Masyarakat Melayu baru-baru ini. Penyanyi itu memberitahu, apa saja yang baik untuk hubungan serantau, beliau bersedia untuk membantunya. Persetujuan itu dibuat Siti Nurhaliza memandangkan beliau mahu masyarakat serantau khususnya bangsa Melayu menjadi bangsa yang kuat dan berpengaruh seperti bangsa lain. Bagaimanapun, pada masa yang sama, penyanyi itu berkata, beliau memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi merealisasikan idea pelaksanaan tugas itu. Katanya, beliau tidak mampu memikul tanggungjawab itu sendirian kerana rumpun Melayu mempunyai skop yang luas dan mencakupi banyak isu termasuk ekonomi, sosial dan pembangunan modal insan. "Semenjak terlibat dalam lapangan seni saya dapat melihat perubahan landskap sosial masyarakat Melayu. "Justeru, seni seharusnya dijadikan sebagai instrumen penting oleh seluruh masyarakat serumpun untuk terus memperkasakan bangsa Melayu sehingga menjadi kuasa baru dunia," kata Siti Nurhaliza lagi. Nama Siti Nurhaliza dicadangkan oleh Saiful berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti penyanyi Malaysia itu. Apa lagi dalam keadaan di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadangkala 'panas', artis popular itu boleh mengakrabkan hubungan serumpun itu. "Lebih baik gelar itu datang daripada masyarakat, kerana gelar itu akan abadi," kata Saiful yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia, Antara. Ketika menjelaskan lebih lanjut cadangan beliau itu, Saiful Hadi berkata, beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan amat berkesan untuk 'menyejukkan suasana' ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya. "Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu bersusah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan keadaan, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan," katanya. Ketika di Bandung, Siti Nurhaliza yang juga usahawan kosmetik menerima Anugerah Wanita Inspirasi yang disampaikan oleh Menteri Negara Pemberdayaan Wanita dan Perlindungan Anak Republik Indonesia, Linda Amalia Sari Gumelar. Anugerah itu diberikan kepadanya sebagai pengiktirafan dan penghargaan sumbangan beliau dalam bidang ekonomi dengan usahawan-usahawan Indonesia. |
Posted: 10 Feb 2011 03:30 PM PST Perasaan seram sejuk menyelubungi diri bukan kerana kesejukan dari penghawa dingin kereta tetapi kerana melintasi hutan dengan pemandangan kiri kanan yang gelap-gelita, ditambah pula keadaan jalan yang berlopak membuatkan hati ini tidak tenteram. Ketika itulah pelbagai imaginasi datang menerpa di minda, sudahlah judul filem klip videonya menyeramkan, penggambaran pula dibuat di tempat 'jin bertendang'. Kalau berlaku apa-apa macam mana? Sebaik sahaja sampai di lokasi Teratak Angah, pengarah klip video, Shuhaimi Lua Abdullah, 35, memberitahu, penggambaran tidak dapat dimulakan lagi kerana ada pokok tumbang yang hampir merosakkan peralatan penggambaran. "Semasa kami sampai pada pukul 7 malam tadi, semuanya okay. Tiba-tiba sahaja pokok tumbang. Itulah, ada seorang dua krew mulut celupar. Sampai saja, dia kata, tempat ini seram dan macam-macam. "Hah! nak jadi cerita, tiba-tiba pokok tumbang menghalang jalan. "Hampir-hampir nak kena lampu yang telah siap dipasang. Nak buat di tempat lain, kurang sesuai dengan jalan cerita," katanya. Menurut Shuhaimi, klip video yang menampilkan lagu Hanya, nyanyian Aril AF itu perlu menjalani penggambaran waktu malam kerana ia dibuat berdasarkan jalan cerita filem arahan James Lee. Selain kisah pokok tumbang, Shuhaimi yang menggunakan kamera definisi tinggi (HD) untuk penggambaran berkata, tiba-tiba set penggambaran jadi gelap apabila tenaga elektrik putus . "Penggambaran hanya dapat dimulakan pada pukul 8 malam dan berakhir pukul 3 pagi. Selepas itu kami pergi ke Taman Melawati. Dugaan betul, nak buat macam mana, penggambaran perlu di buat waktu malam untuk dapatkan senario alam semulajadi," ceritanya. Katanya, selain menyanyi Aril turut tampil sebagai stand in untuk watak utama filem itu yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim kerana lagu itu dibuat berdasarkan jalan cerita TAAP. Shuhaimi yang diberi tanggungjawab oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd., untuk mengarah runut bunyi dan The Making of TAAP berkata, lagu ciptaan dan lirik Zaidi itu mengambil masa tayangan selama empat minit. "Walaupun lagu ini tempoh empat minit tapi ada 17 adegan, selain itu akan diselitkan juga footage dari filem tersebut. Untuk klip video itu, Aril akan dibantu oleh dua pelakon wanita yang juga 'stand in' untuk watak Sazzy Falak dan Nurul. Untuk klip video lagu Hanya itu juga, Aril menggunakan dua pasang pakaian dan solekannya dilakukan oleh Shuhaimi Baharom. Klip video berkenaan dijangka disiarkan lebih awal daripada tayangan filem bagi tujuan promosi. Selain itu, pengarah filem pendek Chukang itu juga sibuk membuat persiapan untuk mengarah program masakan 13 episod yang bakal menampilkan Fizzo Omar sebagai hos. Dalam pada itu, pengarah berasal dari Bachok, Kelantan itu juga bakal mengarah filem Kita Bukan Tuhan Beb, projek di bawah Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang menggabungkan tiga pengarah baru. Beliau yang pernah berlakon drama Zaharul vs. Zarina dan Zaharul vs Zarina 2 serta Aidilfitri Bulan Syaaban berkata, selain mengarah dia juga menulis skrip drama. "Saya lebih cenderung menghasilkan drama berunsur kritikan sosial seperti Raja Tom Yam , Sepinya Seorang Perempuan Mualaf Itu dan Cinta Facebook. "Apa yang saya tulis berdasarkan realiti kehidupan sama ada melalui pemerhatian atau pengalaman orang lain kerana ia mempunyai pengajaran di sebaliknya," katanya. |
Kenangan Mengusik Jiwa 60-an di Istana Budaya Posted: 10 Feb 2011 03:29 PM PST Menurut Lokman, muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an yang bakal dipentaskan pada 1 - 5 Jun depan di pentas yang sama bukanlah kesinambungan kepada Suzanna@60an yang juga hasil buah tangannya itu. Sebaliknya, kata Lokman, muzikal ini lebih mengutamakan jalan cerita berbanding Suzanna@60an yang menjadikan lagu sebagai jalan cerita. "Lagu-lagu yang bakal diperdengarkan nanti adalah lagu yang sesuai dengan jalan cerita dan bukan lagu tersebut dijadikan elemen cerita. "Lagipun muzikal ini akan dibahagikan kepada tiga segmen iaitu era 60-an, 80-an dan masa kini. Ia dipaparkan menerusi moderator yang bakal dijayakan oleh penyanyi Sohaimi Meor Hassan," katannya. Beliau yang ditemui pada sidang akhbar teater tersebut di Restoran Istana Bambu, Ampang, baru-baru ini, berkata, buat masa sekarang pelakon untuk dua watak utama iaitu Rahman dan Fatimah masih belum ditentukan lagi. Bagaimanapun, katanya, beliau dan pihak IB sudah ada beberapa senarai nama penyanyi 60an untuk ditampilkan dalam muzikal tersebut. Antara penyanyi yang bakal menjayakan Kenangan Mengusik Jiwa 60an adalah Hussin Ismail, A.Halim, L.Ramlee, Fatimah M. Amin, J.Sham dan Datuk Ahmad Jais. "Penyanyi asal akanmenyanyi penuh lagu popular mereka, manakala pelakon yang terlibat dalam babak tersebut hanya menyanyi separuh sahaja. "Biarpun begitu, kita tetap memerlukan pelakon yang boleh beraksi, menyanyi dan menari tanpa kekok ketika di pentas," jelasnya tentang muzikal berdurasi satu jam lebih itu. Lokman berkata, beliau berminat untuk menampilkan pelakon yang belum pernah beraksi di IB agar mereka juga berpeluang menunjukkan bakat di pentas berprestij itu. Justeru itu, pada 12 dan 13 ini, uji bakat untuk pemilihan watak utama dan sampingan akan diadakan di IB mulai, 10 pagi hingga 4 petang. Katanya, mereka yang berminat untuk menjalani uji bakat bagi watak utama selain tahu berlakon, menyanyi dan menari, mereka perlu menghayati era 60an. "Muzikal ini menampilkan kira-kira 50 pelakon. 10 pelakon utama, 20 pelakon pembantu dan selebihnya penari. "Kita mahu biarlah muzikal ini mencipta sejarah tersendiri seperti mana teater muzikal Grease atau Saturday Night Fever yang tidak pernah jemu orang tonton," harapnya. google: konsert muzikal kenangan mengusik jiwa 60an, lokasi konsert muzikal kenangan mengusik jiwa 60an, harga tiket konsert muzikal kenangan mengusik jiwa 60an, tarikh konsert muzikal kenangan mengusik jiwa 60an, promosi konsert muzikal kenangan mengusik jiwa 60an, promotion konsert muzikal kenangan mengusik jiwa 60an, gambar terkini terbaru konsert muzikal kenangan mengusik jiwa 60an, foto terkini terbaru konsert muzikal kenangan mengusik jiwa 60an, harga tiket murah konsert muzikal kenangan mengusik jiwa 60an, lokasi tiket murah konsert muzikal kenangan mengusik jiwa 60an |
Kecekalan Shahriza pikat Saddiq Posted: 10 Feb 2011 03:27 PM PST Namun siapa sangka pada lelaki yang sama dipertemukan takdir cinta sekali gus membuka hatinya untuk bergelar isteri semula lewat sejarah pahit perkahwinan pertama 10 tahun lalu. Ketentuan itu menjadi milik pelakon drama, Shahriza Mahmud yang pada 5 Februari lepas disunting sebagai isteri oleh penolong pengarah, Saddiq Raffali yang juga merupakan bekas pelajarnya. Shahriza, 45, dan Saddiq, 30, selamat dinikahkan oleh imam Masjid Rafeah Taman Uda Alor Setar, Zakaria Long dengan berwalikan bapa pengantin perempuan Mahmud Ismail di masjid berkenaan pada pukul 11 pagi. Dengan sekali lafaz, Shahriza sah menjadi isteri kepada Saddiq atau nama sebenarnya Mohd. Khalif Saddiq yang juga merupakan abang kepada penyanyi muda, Ana Raffali dan menerima mas kahwin RM1,111. Shahriza turut menerima wang hantaran RM1,888.89 bersama tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berbalas sembilan dulang daripada pihaknya. Pasangan tersebut kelihatan berseri-seri menggenakan pakaian pengantin sedondon berwarna krim. Kedua-duanya memilih dua persalinan daripada Zeellion Bridal Gallery & Beauty dan Iras Prestige untuk majlis akad nikah dan persandingan bertemakan warna hijau yang diadakan di rumah pengantin perempuan pada hari yang sama. Pasangan ini dipertemukan lima tahun lepas sewaktu Shahriza menjadi tenaga pengajar untuk kursus kesenian di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Saddiq merupakan salah seorang pelajarnya. Cerita Shahriza, ia bukan cinta pandang pertama kerana pada mulanya dia tidak menyukai Saddiq yang dianggap mempunyai karenah memeningkan kepalanya. "Entah kenapa memang tidak suka sangat tengok muka dia (Saddiq). Bila dia masuk kelas saya rasa semacam dan selepas habis kursus memang terputus terus hubungan antara guru dan pelajar," katanya sambil ketawa lucu. Demikian takdir menemukan kedua-dua semula beberapa bulan kemudian di sebuah lokasi produksi rancangan hiburan dan bibit-bibit cinta mula mengulit hati masing-masing selepas itu. "Bila sudah lama kenal dia, barulah saya tahu tentang keikhlasan hatinya dan dia sebenarnya tidak seperti yang saya sangka," katanya. Bercerita lanjut, kata Shahriza yang juga merupakan seorang penolong pengarah dan penulis skrip, bukan mudah baginya untuk membuat keputusan mengakhiri zaman jandanya kerana kegagalan perkahwinan pertama pada 2000 setelah lima tahun berkahwin. "Saddiq sebenarnya ingin mengahwini saya sejak awal perkenalan kami lagi, namun saya meminta dia menangguhkan dulu kerana tidak mahu terburu-buru. "Namun sejak ibu bapa saya kembali menunaikan haji di Mekah pada hujung tahun lepas ,hati saya benar-benar terbuka dan Saddiq memberitahu bahawa dia ada meminta mereka mendoakan agar hati saya terbuka dan menerimanya," katanya. Biarpun tertulis di atas kertas, ini adalah perkahwinan keduanya, namun bagi Shahriza ia adalah yang pertama termasuk mengecapi kemanisan hidup sebagai pasangan suami isteri. "Perkahwinan pertama memang pahit kerana saya tidak pernah mengecapi hidup sebagai isteri. Setelah beberapa bulan dikahwini sudah ditinggalkan bekas suami dan diceraikan lima tahun selepas itu. "Memang perkahwinan ini sangat bermakna dan berharap ia berkekalan ke akhir hayat," katanya. Bagi Saddiq, dia terpikat dengan kecekalan dan semangat kental Shahriza sejak awal percintaan mereka. "Dialah wanita yang paling cekal dan bersemangat yang pernah saya kenali. Lagipun kami berkongsi banyak persamaan termasuk hobi menyukai aktiviti lasak," katanya. Begitu juga kata Saddiq, jarak usia 15 tahun tidak lebih sekadar angka kerana kedua-dua cukup serasi. "Bagi saya dia masih berusia 25 tahun. Percaya atau tidak kalau kami bermarathon menaiki tangga Menara KL dia yang akan sampai dulu. Itulah semangat mudanya," ceritanya lagi. Pasangan tersebut juga menaruh harapan untuk menimang cahaya mata walaupun bagi Shahriza ia seakan-akan mustahil baginya terutama pada usia seperti itu. "Tetapi siapalah kita untuk meneka, semua ini ketentuan Allah termasuk takdir yang menentukan kami menjadi suami isteri ini," katanya lagi. Kebahagian alam perkahwinan yang bermula bagi pasangan tersebut turut dikongsi oleh si adik pengantin lelaki, Ana yang menganggap Shahriza sudah lama menjadi sebahagian daripada keluarganya. Apatah lagi Shahriza dan Saddiq sendiri merupakan orang kuat yang membantu menaikkan karier seninya. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |