nasha aziz

Kesiannyaa dekat Nasha Aziz! RM40,000.00 merupakan satu nilai yang sangat-sangat besar walaupun untuk seorang artis. Nak kerja dapat RM40K ni memang beribu kali pergi shooting nih.

Nasha Aziz dirompak di satu persimpangan jalan selepas dia baru saja mengeluarkan duit daripada sebuah bank berdekatan dengan tempat kejadian. Mesti perompak ni dah target orang-orang dekat bank tu.

Warga Indonesia tu yang naik motorsikal Honda EX5 memecahkan cermin tingkap Naza Ria yang dinaiki Nasha dan merampas beg tangan yang ada di atas riba.

Kawan Nasha Aziz yang berada di sebelahnya hanya tergamam melihat rompakan tu. Nasha pun cedera ringan akibat daripada insiden tu.

P/S: Jaga-jaga masa pegang duit!

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , ,