Adsense

Jumaat, 11 Februari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Urusan Aizat sempurna

Posted:

Urusan Aizat sempurna

Urusan Aizat sempurna



PEMUDA berusia 22 tahun dengan nama Aizat Amdan tampak begitu seronok di atas pentas. Sering kali dia menari mengikut alunan lagu. Dalam kebanyakan masa, dia larut bersama vokal mantapnya dan sesekali mengundang derai tawa di kalangan peminat yang hadir pada hari itu.

Dibantu latar set yang sederhana tetapi mengesankan, ditemani barisan pemuzik muda yang tidak terkenal tetapi mengagumkan, dan Aizat sendiri telah merealisasikan sebuah konsert mini Urusan Aizat Amdan - Live In Damansara dengan jayanya. Secara total, urusan Aizat sudah diselesaikan dengan sukses.

Usai konsert berlangsung, Aizat tersenyum puas. Berbaloi biayaan sendiri yang dikeluarkan, namun yang paling penting adalah peminatnya terhibur dengan apa yang dipersembahkan sepanjang lebih sejam setengah itu.

"Alhamdulillah, walaupun pada awalnya saya agak gusar terutama daripada segi teknikal dan promosi, namun konsert ini berjalan dengan baik. Saya sendiri rasa berbaloi dengan kos yang dikeluarkan dan paling penting, peminat saya dapat menikmati muzik saya dengan baik," katanya bersungguh-sungguh.

Mengaku terdapat sedikit kecacatan dalam konsert tersebut, namun ia bukan hal yang besar jika mahu diukur dengan kesungguhannya menghiburkan lebih 700 peminat yang hadir pada hari itu.

Sementelah, ia bagai menjadi kayu ukur pengaruh muzik Aizat terhadap penggemar yang cenderung menyokong muzik luar berbanding anak seni tempatan.

Diusik ia juga lambang popularitinya, Aizat dalam tawa pantas menepis usikan tersebut. Katanya, dia tidak rasa dirinya popular.

"Tapi saya rasa ia lambang muzik saya dihargai. Ya, perkataan yang tepat apabila melihat ramai yang datang pada konsert tersebut adalah dihargai, bukannya popular. Malah saya rasa ia juga lambang muzik tidak mempunyai kasta peminat," katanya yang juga berasa muzik tidak perlu dikategorikan dalam satu-satu kelompok kerana muzik sepatutnya bebas dinikmati oleh semua.

Suksesnya mini konsert itu juga menjadi jalan utama untuk dia bergerak dengan konsert jelajah yang telah lama menjadi impiannya. Sengaja dia memilih Sabah sebagai destinasi pertama rangka jelajah tersebut sebelum diikuti Sarawak dan Semenanjung.


HANYA dalam tempoh tiga tahun menjadi anak seni, Aizat mampu mencorakkan kemahuannya dengan usaha dan kerja keras yang berterusan.


Masih lagi di dalam perancangan, apa yang menggembirakan pemuda ini adalah kebarangkalian jelajah tersebut mendapat tajaan oleh pihak yang berminat selepas hadir menonton konsert mininya tempoh hari.

"Insya-Allah, mungkin jelajah ini akan mendapat tajaan. Tapi semuanya masih dalam perbincangan. Saya berharap semua rancangan dapat dilaksanakan kerana konsert jelajah dan bertemu peminat adalah sasaran kerjaya saya pada tahun ini," katanya.

Tambah Aizat lagi yang malam itu memukau khalayak dengan untaian lagu hitnya seperti Erti Hari Ini, Sungai Lui, Hanya Kau Yang Mampu, Senyum, Percubaan Pertama dan Susun Silang Kata, apa yang penting juga, dia mahu akrab dengan peminat yang banyak menyokong perjalanan seninya selama tiga tahun ini.

Dalam rangka jelajah tersebut juga, Aizat mahu menjual produknya secara terus kepada peminat. "Saya kira, membuat persembahan dan kemudian menjual produk di tempat persembahan adalah cara yang betul untuk kita jual produk, sekali gus beramah mesra dengan peminat kita."

Terbit lagu orang


AIZAT dan gitar bagai tidak dapat dipisahkan lagi.


Ditanya apa sahaja agenda kariernya tahun ini, Aizat memberitahu dia kini sedang berjinak-jinak menjadi penerbit untuk penyanyi yang berminat dengan sentuhan dia dan abangnya, Anas.

Keberanian membikin lagu untuk orang lain timbul apabila ada yang meminta hasil karya daripadanya. Namun katanya, akan ada perbezaan antara karya untuk diri sendiri dan untuk orang lain.

"Mungkin yang membezakan karya untuk diri saya sendiri dengan yang saya bikin untuk orang adalah dari segi penulisan lirik. Tentang muziknya pula, saya rasa biar orang yang mendengar yang membuat pengadilan," katanya yang mengaku kerjasama menjadi lebih mudah apabila dia mengenali penyanyi yang meminta karyanya.

Dalam masa yang sama dia juga kini mengumpul material untuk album ketiganya yang dijanjikan Aizat sebagai bersifat lebih matang kerana dia menyasarkan untuk memasuki pasaran antarabangsa melalui karya terbarunya itu kelak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyertaan ASA 2010 meningkat

Posted:

Penyertaan ASA 2010 meningkat

Penyertaan ASA 2010 meningkat

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


KETUA Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahya (kiri) bersama Rais (kanan) dan wakil-wakil stesen TV pada majlis pelancaran Anugerah Seri Angkasa 2010.


ANUGERAH Seri Angkasa (ASA) 2010 mencipta sejarah apabila tiga peneraju utama stesen penyiaran di Malaysia iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima dan Astro telah bergabung untuk menganjurkannya bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai peneraju induk.

Dalam satu majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, perkara tersebut telah diumumkan sendiri oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Menurut Rais, selain dianjurkan secara bersama oleh ketiga-tiga stesen penyiaran tersebut, jumlah penyertaan ASA 2010 telah meningkat sebanyak 20 peratus kepada 521 penyertaan berbanding kali terakhir dianjurkan pada tahun 2006.

"Sebanyak 323 pencalonan kategori televisyen dan 198 kategori radio telah diterima. Sebanyak 53 kategori pula telah dipertandingkan berbanding 51 kategori sebelum ini.

"Sudah tentu ini adalah satu pencapaian yang cukup membanggakan kerana di samping semua stesen penyiaran bergabung untuk menganjurkannya jumlah penyertaan juga semakin meningkat," ujarnya ketika berucap pada majlis perasmian.

Tambah beliau, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa ASA adalah satu medan terbaik untuk memberi penilaian dan pengiktirafan yang setimpal kepada hasil karya yang bermutu.

Dengan bertemakan Citra Budaya Malaysia, ASA 2010 yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Februari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra mempertandingkan 34 anugerah untuk kategori televisyen, 16 kategori radio, tiga Anugerah Khas Juri Televisyen, Radio dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa.

Setiap pemenang akan menerima hadiah berupa trofi dan sijil, sementara penerima anugerah kategori Pengarah Terbaik dan Drama Terbaik bakal menerima hadiah berupa lawatan khas ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

"Saya yakin dan percaya bahawa dengan kerjasama yang erat ini juga membuatkan setiap stesen televisyen di negara ini akan meningkatkan lagi kualiti rancangan pada masa akan datang," ujarnya.

ASA merupakan antara anugerah terawal yang pernah dianjurkan serta cukup berprestij di negara ini. Matlamat penganjurannya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada karyawan peryiaran terbaik.

Ia mula dianjurkan pada tahun 1972, tiga tahun selepas penggabungan Radio Malaysia dan TV Malaysia menjadi RTM. Beberapa kategori telah diperkenalkan seperti Drama Terbaik, Pelakon Drama Lelaki dan Wanita, Penulis Skrip dan Juruhebah Radio.

Sepanjang penganjurannya di antara tahun 1972 sehingga 2000, penyertaannya terbuka kepada kakitangan dan penerbitan yang disiarkan menerusi RTM sahaja.

Bagaimanapun, ASA 2004 telah mengorak langkah apabila buat pertama kali penyertaan telah dibuka kepada stesen swasta dalam usaha untuk mewujudkan persaingan yang lebih sengit dalam industri penyiaran tempatan.

1Malaysia

Ketika berucap, Rais turut memberi saranan supaya penerbitan kandungan siaran yang menjurus kepada mendokong gagasan 1Malaysia harus diperbanyakkan lagi oleh setiap saluran televisyen.

Jelas Rais, saranan berkenaan harus ditekankan supaya hasrat untuk memakmurkan hubungan antara kaum di kalangan masyarakat di negara ini akan tercapai.

"Sama ada stesen penyiaran milik kerajaan atau swasta, semua pihak berperanan menyerapkan unsur-unsur 1Malaysia melalui bentuk pemberitaan, drama, dokumentari atau rancangan berbentuk hiburan.

"Tidak mustahil juga sekiranya program yang menjurus kepada gagasan berkenaan akan diberi penghormatan serta pengiktirafan pada masa akan datang," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Christina Aguilera minta maaf

Posted:

Christina Aguilera minta maaf

Christina Aguilera minta maaf


CHRISTINA AGUILERA telah tersalah lirik sewaktu menyanyikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat.


CHRISTINA AGUILERA akhirnya meminta maaf selepas tersalah menyanyikan bait lagu kebangsaan Amerika Syarikat, The Star Spangled Banner sewaktu membuat persembahan di perlawanan Super Bowl baru-baru ini.

Walaupun hal tersebut memalukan dan Christina mendapat kecaman yang cukup hebat daripada pelbagai pihak, namun dia tidak kisah untuk mengaku kesilapannya dan meminta maaf secara terbuka. Ya, itu memang memalukan. Tapi setidak-tidaknya, Christina berbesar hati mengakui kesalahannya.

Saat menyanyikan lagu The Star Spangled Banner, seharusnya pada bait keempat liriknya adalah: O'er the ramparts we watched, were so gallantly streaming.

Namun oleh kerana penyanyi tersebut hanya melihat lirik tersebut di Wikipedia, maka dia telah tersalah menyanyikan bait tersebut yang berbunyi: What so proudly we watched at the twilight's last gleaming.

Antara petikan permohonan maafnya, Christina berkata: "Saya berharap agar semua orang faham dan tahu tentang kecintaan saya terhadap negara dan semangat yang saya dapat sewaktu menyanyikan lagu kebangsaan tersebut."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.