Adsense

Ahad, 7 November 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2010 Sensasi Selebriti

Posted: 07 Nov 2010 02:08 PM PST

Salam bahagia kepada semua pembaca Sensasi Selebriti,

Tercari-cari kat mana nak dapat tiket untuk menonton secara LIVE anugerah paling HIP di Malaysia, Shout! Awards 2010?

Okay, Budiey ada 100 keping tiket untuk diberikan kepada pembaca Sensasi Selebriti – Budiey.com. Tapi Budiey awal-awal lagi nak minta maaf kat sini sebab tiket yang ada pada Budiey ni bukannya tiket VVIP atau VIP. Budiey cuma ada tiket untuk PUBLIC sahaja iaitu seat di Tingkat 3, Stadium Putra Bukit Jalil sahaja. Harap semua maklum ya.

Korang nak menonton Shout! Awards secara live tak kat Stadium Putra, Bukit Jalil jam 8.30 malam pada 20 November ni? Jom sertai peraduan anjuran Budiey.com dengan kerjasama 8TV ini.

Mahu menyaksikan secara live selebriti dan artis tersohor seperti…

Iyaz-Replay

International Artiste – IYAZ

Faizal Tahir & Aizat

Faizal Tahir

Yuna

Yuna

Mizz Nina

Mizz Nina

… dan ramai lagi!

Haaaa… hari ini, Budiey ingin memberikan kepada korang 100 keping tiket Shout! Awards kepada pembaca yang dapat menjawab soalan ini:

1. Siapakah artis antarabangsa yang akan perform di Shout! Awards 2010?

2. Stesen TV manakah yang menganjurkan Shout! Awards 2010?

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2010 di Sensasi Selebriti

Tarikh tutup peraduan:
15 November 2010

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email. Tiket akan diserahkan kepada pemenang di perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil pada 20 November mulai jam 6 petang.

Kepada pembaca, jom undi artis kegemaran anda di:

www.shoutawards.com.my

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards di Sensasi Selebriti
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • The SHOUT! Awards Gather Music, Radio, Television and Film
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Shout! Awards
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU
  • Peraduan Menangi Pas VIP Anugerah Industri Muzik 15
  • Cara Nak Dapatkan Tiket Shout! Awards 2010
  • International Artiste Iyaz Bakal Gegarkan Shout! Awards 2010
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Rozita Che Wan Rekaan Zery Zamry di MIFW 2010

    Posted: 07 Nov 2010 08:47 AM PST

    Gambar Rozita Che Wan di Bumiputera Designer Association (BDA) Malaysia International Fashion Week 2010 (MIFW 2010) yang berlangsung pada 4 November, jam 8 malam di Pavilion KL. Pelakon yang terkenal dengan bulu mata palsu ini telah tampil dengan rekaan Zery Zamry dalam segmen 5Stars.

    Tahniah Zery, rekaan anda menampakkan satu peningkatan yang bagus.

    Rozita Che Wan

    Rozita Che Wan

    Rozita Che Wan

    Rozita Che Wan

    Rozita Che Wan

    Rozita Che Wan

    Rozita Che Wan

    Rozita Che Wan

    Rozita Che Wan

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Dynaz di Malaysia International Fashion Week 2008
  • Gambar Fesyen Habaya Rekaan Zery Zamry
  • Sofia Jane Menang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2007
  • Gambar keluarga Rozita Che Wan
  • Gambar Pereka Fesyen Amir Loqman Pakai Baju Maskulin
  • Gambar Selebriti @ Anugerah Planet Muzik 2008: Part 3
  • Sekitar Minggu Setiausaha Rafflesia Luncheon @ Hotel Istana
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah @ ABP 2007
  • Gambar Rozita Che Wan di Karpet Merah Anugerah Skrin 2009
  • Gambar Majlis Elyana Bertunang
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

    Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


    Saya Bukan Rampas Nabil - Qasha

    Posted: 07 Nov 2010 07:01 PM PST

    Qasha dan Nabil.

    DUNIA hiburan gamat seketika apabila pelakon Irma Hasmie membuat pengakuan hubungannya dengan pelawak Nabil Ahmad telah menemui titik noktah.

    Perpisahan tersebut dikatakan berlaku selepas Irma berjaya melihat kecurangan Nabil bersama wanita lain yang didakwa bekerja sebagai pramugari. Gambar-gambar kemesraan mereka dikatakan tersebar di Internet.

    Bagaimanapun Nabil mahupun Irma mengelak untuk mengulas punca perpisahan tersebut tetapi hati Irma sebenarnya sudah tertutup untuk menerima Nabil sebagai kekasihnya lagi.

    Dalam laporan mStar Online sebelum ini Nabil membuat pengakuan dia terpaksa menerima hakikat dengan perpisahan itu walaupun cintanya terhadap Irma masih belum pudar.

    Ketika krisis hubungan itu diperkatakan, individu yang dikaitkan menjadi punca kehancuran cinta pasangan itu membuat pengakuan yang dia tiada kena-mengena dengan insiden yang didedahkan oleh Irma di dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu.

    Nik Zaris Uqasha atau dikenali sebagai Qasha, 18, menjelaskan dia juga tidak pernah terlintas untuk merampas Nabil daripada Irma sebagaimana yang digambarkan.

    Malah Qasha yang juga seorang pelakon baru turut memberitahu dia amat kesal kerana dikatakan menjadi penyebab hubungan Nabil dan Irma putus.

    "Saya kesal dan kecewa apabila ramai pihak yang menuduh saya sebagai punca perpisahan Nabil dan Irma. Ramai yang menyangka saya adalah individu yang terlibat seperti yang diceritakan Irma dalam akhbar Ahad lalu.

    "Di sini saya jelaskan, pramugari yang dikatakan memakai boxer di rumah Nabil seperti yang dilaporkan itu bukannya saya.

    "Saya tidak pernah bekerja sebagai pramugari. Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Saya harap semua masyarakat faham dan tidak membuat tuduhan membuta tuli terhadap saya," katanya secara ekklusif kepada Mingguan mStar baru-baru ini.

    Qasha yang turut membintangi drama berjudul Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah turut memberitahu bahawa dia tertekan apabila dijadikan subjek utama dalam insiden tersebut.

    "Sebagai pendatang baru sudah tentu ia merupakan dugaan besar buat saya. Belum pun dikenali sebagai artis orang sudah memberi persepsi buruk kepada saya.

    "Walhal hakikat sebenarnya tidak seperti yang mereka gambarkan. Saya sedih dan takut dengan pandangan masyarakat terutamanya peminat-peminat Irma dan Nabil," katanya.

    Jelas Qasha dia sama sekali tidak mengenali pramugari yang didakwa menjadi punca masalah itu dan tidak mahu campur tangan dalam kemelut perpisahan kedua-dua pasangan tersebut.

    Lebih menyedihkan gambar-gambar yang tersebar antara dia dan Nabil seolah-olah memperlihatkan Qasha adalah wanita yang dikaitkan dalam insiden Irma "menyerbu" ke rumah Nabil itu tetapi hakikatnya ia adalah satu insiden yang berlainan.

    "Saya mengenali Nabil melalui kawan atas kawan. Itupun selepas sebulan dia berpisah dengan Irma. Perhubungan kami hanya seperti kawan biasa dan tiada hubungan istimewa. Gambar mesra yang tersebar itu juga ketika kami keluar beramai-ramai.

    "Tentang pramugari seperti yang dilaporkan dalam akhbar minggu lalu itu, Nabil pun tidak menceritakan kepada saya. Bagi saya ia hal peribadi Nabil dan saya tidak masuk campur," katanya.

    Selain itu, Qasha yang juga kakak kepada pelakon Zaris Nelydia ini turut menolak dakwaan kononnya dia terpasa melarikan diri bagi mengelak kontroversi ini terus meletus.

    "Saya balik ke kampung saya di Kelantan sebab ingin menjenguk keluarga bukan disebabkan saya takut berjumpa dengan Irma. Ikutkan hati, saya mahu isu ini selesai dengan cara baik.

    "Bukannya apa, saya berada di pihak yang benar dan tiada sebab saya perlu lari. Saya anggap ini adalah dugaan pertama saya dalam melangkah ke dunia lakonan," katanya yang ketika dihubungi berada di kampung halamannya.

    Qasha berharap dengan penjelasan yang diberikan ini semua pihak mendapat gambaran sebenar dan tidak terus mengaitkannya sebagai punca perpisahan pasangan artis itu.

    Majlis Hari Jadi Anak Linda-Que Ibarat Kenduri Kahwin

    Posted: 07 Nov 2010 07:00 PM PST

    KUALA LUMPUR: Majlis ulang tahun Tengku Ratu Haidar, anak pasangan artis Linda Jasmine dan Que Haidar disambut meriah.

    Bertemakan Little Miss Sunshine, majlis serba-serbi berwarna kuning dan putih itu diadakan di rumah ibu bapa Linda di Enau Court, di sini, Sabtu.

    Linda dan Que meraikan majlis ulang tahun genap setahun umur Ratu di Enau Court, Kuala Lumpur, Sabtu.

    Pada 26 Oktober lalu, genap setahun umur Ratu yang turut menyarungkan gaun comel dan riben berwarna kuning.

    Hampir 100 tetamu yang hadir termasuklah selebriti Sofea Jane, Sharifah Shahira, Jeslina Hashim, Ekin dan Mawi.

    "Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan meriah bermula pukul 4 petang sehingga ke malam. Rasa macam kenduri kahwin pula cuma pengantin lelakinya tiada," kata Linda kepada mStar Online.

    Selain dihidangkan dengan jamuan makan, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan permainan melibatkan kanak-kanak.

    Aktres Sofea Jane turut hadir memeriahkan majlis.

    "Mereka berpeluang menunjukkan kreativiti masing-masing dengan menghias kertas berbentuk matahari. Selain itu, kita turut membuat pertandingan pakaian dan topi tercantik.

    "Bukan itu sahaja, kanak-kanak diajak bermain permainan mengetuk sebuah kotak berbentuk matahari yang digantung. Dalam kotak itu, terdapat gula-gula berwarna kuning. Kami juga menjemput seorang badut wanita untuk menghiburkan kanak-kanak," ujarnya lagi.

    Siti Nurhaliza Gugup Kendali Rancangan Temu Bual Sendiri

    Posted: 07 Nov 2010 06:58 PM PST

    PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza (gambar) bakal muncul dengan program temubual sendiri berjudul Siti buat julung kalinya pada Februari depan.

    Siti, 32, akui gugup untuk mengendalikan program tersebut kerana buat pertama kalinya juga, dia bergelar seorang pengacara menerusi rakaman temubual bersama-sama aktres Lisa Surihani.

    Lisa memuatkan video rakaman yang membabitkan penggambaran program yang dilakukan di Batu 18, Hulu Langat pada 4 November lalu tersebut pada laman web Facebooknya iaitu www.facebook.com/pages/Lisa-Surihani.

    Menurut Siti, program ini bukan sahaja berkonsepkan temubual semata-mata tetapi dalam masa yang sama diterbitkan untuk membantu mereka yang memerlukan.

    Menariknya, rancangan tersebut turut menampilkan pelbagai segmen termasuk segmen yang memerlukan Siti berlakon.

    Salah satunya, dia perlu melakonkan watak Ros lakonan seniwati Roseyatimah dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang turut menampilkan Lisa sebagai cameo.

    Saya Bukan Murah Untuk Punyai ‘Anak Ikan’ – Maria Farida

    Posted: 07 Nov 2010 06:58 PM PST

    PETALING JAYA: Selepas aktor Shah Jazle menafikan hubungannya dengan aktres Maria Farida (gambar), kini giliran wanita itu pula tampil memberikan kenyataan.

    Menerusi wawancara bersama wartawan rancangan hibutran sebuah stesen televisyen pada Ahad, Maria, 40, turut menafikan hubungan istimewa yang terjalin antaranya dengan pemuda berusia 22 tahun itu setelah foto mesra mereka berdua tersebar.

    Malah dia menepis dakwaan bahawa Shah merupakan 'anak ikan'nya memandangkan jurang usia pasangan ini agak jauh bezanya iaitu 18 tahun.

    "Saya bukan murah untuk mempunyai 'anak ikan'," jawabnya sambil tersenyum.

    Saat mengesahkan hubungan mereka, Maria tidak mengiya mahupun menafikan hubungan mereka berdua sebaliknya menjawab: "Saya berkawan dengan semua artis."

    Maria bagaimanapun berkata hubungan yang terjalin itu ibarat seperti kakak dan adik ketika diminta mengulas tentang mesej twitter Shah yang berbunyi "I love Maria Farida".

    "Mungkin dia sayangkan saya sebagai seorang kakak. Apa yang akan berlaku selepas ini, saya terserah. Kami sedang berkawan," katanya lagi.

    Pasangan ini pernah bergandingan dalam dua drama bersiri iaitu Asmara dan Bola Cinta yang kini sedang disiarkan di televisyen.

    Nazim Teruskan Penggambaran Selepas Kereta Terbabas

    Posted: 07 Nov 2010 06:57 PM PST

    PETALING JAYA: Biarpun terlibat dengan kemalangan kecil pada 1 November lalu, ia tidak menghalang pelakon Nazim Othman (gambar), 26, untuk meneruskan penggambaran drama 7 Hari 7 Malam di Marang, Terengganu.

    Nasib baik kemalangan tersebut tidak membawa apa-apa kecelakaan sama ada kepada dirinya mahu pun kereta.

    "Saya sihat dan sekarang sedang menjalani penggambaran drama 7 Hari 7 Malam di Marang, Terengganu. Sebenarnya, saya tak rasa 'malang' sangat kerana kereta saya hanya terbabas masuk longkang.

    "Nasib baik kereta saya tiada masalah apa-apa," katanya kepada mStar Online.

    Drama yang turut menggandingkan pelakon Atie AF1 itu diterbitkan oleh Radio Televisyen Malaysia dan Radio Televisyen Brunei untuk siaran kedua-dua televisyen tersebut.

    "Drama 4 episod ini merupakan sekuel daripada sebuah telefilem pada dua tahun lalu. Saya menggantikan pelakon Remy Ishak yang tidak dapat mengikuti drama ini.

    "Saya melakonkan watak Rudy yang berkawan baik dengan Jamil. Kami bercinta pada wanita yang sama bernama Intan semasa bercuti di Terengganu. Namun begitu Intan yang berperangai seperti tomboi ini akan berkahwin dengan Jamil. Biarpun begitu, Rudy masih lagi menyimpan perasaan kepada Intan.

    "Pada suatu hari, tiba-tiba Rudy berubah hati kepada Diana yang sebelum itu pernah menjadi kekasih Jamil. Menariknya, drama ini turut menampilkan subplot-subplot yang menunjukkan budaya Brunei dan Malaysia," ujarnya lagi.

    Baru-baru ini, Nazim ada mengeluh tentang sikap pengarah yang belum memberikannya peluang untuk melakonkan watak penting.

    Nazim akui dia banyak menerima tawaran lakonan yang tidak mencabar dan belum meninggalkan kesan di hati penonton.

    "Saya memang sudah banyak berlakon drama dan telefilem tetapi watak yang betul-betul kuat tu belum rezeki lagi. Saya mengidam watak yang berat dari segi emosi dan jalan ceritanya.

    "Misalnya seperti filem State Of Play lakonan Ben Affleck dan watak lakonan Liyana Jasmay dalam filem Histeria.

    "Saya nak jalan cerita yang tidak terlalu straight forward dan ada twist yang lebih menarik," jelasnya.

    Erma Tiada Ilmu Arahkan Natrah - Fatini

    Posted: 07 Nov 2010 06:56 PM PST

    Fatini Yaacob menunjukkan buku Natrah hasil karyanya.

    TEATER Natrah yang dipentaskan di Istana Budaya pada 30 November lalu mendapat sambutan luar biasa sehingga membuatkan pengarahnya, Erma Fatima meneruskan projek kedua pementasan itu yang di jadual menemui penonton dari 25 November hingga 5 Disember ini.

    Sayangnya di sebalik kejayaan pementasan berkenaan, pengkaji sejarah mengenai Natrah iaitu Datin Seri Fatini Yaacob sama sekali tidak berpuas hati dengan skrip dan olahan teater itu yang dihasilkan oleh Erma.

    Fatini yang turut menghasilkan buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata adalah orang yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada Erma selain sebagai tempat "rujuk" pengarah itu dalam menghasilkan pementasan berkenaan.

    Bagaimanapun selepas Natrah siri pertama menemui khalayak, Fatini ternyata kecewa dengan olahan skrip Erma kerana ia disifatkan tidak mengikut cerita asal seperti mana yang diharapkan.

    Erma pula meminta Fatini agar tidak terlalu emosi kerana siapa sahaja berhak menggarap karya agung itu. Malah kata Erma, jika ada sepuluh pengarah yang mengarahkan teater berkenaan, hasilnya akan menjadi sepuluh karya berbeza dan Fatini tiada hak mempersoalkan kreativitinya.

    Ikuti penjelasan mereka kepada Mingguan mStar.

    Pementasan teater Natrah menimbulkan konflik baru apabila pengkaji kehidupan wanita itu, Fatini menganggap Erma tidak menghormati nilai sejarah dalam pementasan tersebut yang seharusnya menjadi kebanggaan dan teladan kepada masyarakat Islam di negara ini.

    Tambahnya, karya yang dipentaskan itu tidak mengikut cerita asal yang ditulis dalam bukunya, malah apa yang lebih dikesali apabila pengarah itu tidak mahu menerima pendapat yang diberikan bagi memperbaiki lagi jalan cerita tersebut.

    Erma merupakan pengarah teater Natrah yang pertama dan kedua.

    "Saya sebagai pengkaji dan penulis Natrah, tidak berpuas hati dengan teater Natrah yang lalu, bagi saya Erma seorang pengarah yang berbakat dan berani tetapi tidak tahu menghargai dan menghormati sejarah yang begitu tinggi nilainya di negara ini.

    "Saya telah berkali-kali menasihati Erma dan bertanya kepada Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, mengapa jadi begitu apabila skrip teater Natrah berada di tangan Erma? Saya terpaksa menuliskan kembali babak-babak penting yang sepatutnya ada dalam teater Natrah yang lalu. Namun Erma tidak pedulikannya dan menganggap skrip beliau lebih baik," katanya.

    Jelas Fatini, ramai pengkaji sejarah terkejut dengan pementasan Natrah yang lalu dan menganggap ia sebagai membelakangkan cerita sebenar.

    "Apabila teater Natrah lalu dipentaskan saya betul-betul terkejut,begitu juga peminat teater yang kebanyakan pelajar undang-undang," tambahnya.

    Tambah Fatini, dia menjangkakan pementasan kedua Natrah yang bakal berlangsung pada 25 November hingga 5 Disember ini menggunakan skrip lama yang telah diperbetulkan berdasarkan cerita sebenar ketika pementasan pertama dahulu.

    "Untuk pementasan Natrah kedua ini, saya langsung tidak dirujuk. Saya tidak terkejut sekiranya beliau menggunakan kembali skrip yang saya tulis dan buat rombakan semula. Saya tidak berniat mengganggu keseronokan beliau dalam berkarya.

    "Penonton semua mempunyai hati dan akal untuk membuat penilaian.

    "Kalau saya sebagai pengkaji Natrah selama 20 tahun tidak dihormati dan dinilai oleh Erma, saya tidak begitu terkejut kerana beliau tidak berada dalam posisi memiliki ilmu untuk menilai ilmu," ujarnya.

    Selain itu, tambahnya, karya yang dipentaskan Erma telah mencincang rasa hati masyarakat Melayu dengan memberi penyudahan cerita yang tidak benar, malah menurutnya, Erma sendiri tidak mengetahui tentang cerita tersebut.

    "Mengapa tergamak membiarkan Erma sebagai pengarah teater mencincang rasa hati orang Melayu dengan membesarkan agama lain di akhir cerita, padahal Natrah tidak meninggal dalam apa-apa agama sama ada Islam atau Kristian," katanya yang terkejut kerana perkara ini tidak dititik beratkan oleh beberapa pihak.

    Dalam pada itu, Fatini turut memberitahu akan menghasilkan sendiri pementasan teater dan filem Natrah pada masa akan datang demi menyampaikan mesej sebenar dari kajian yang diperolehnya selama ini.

    "Saya juga akan membuat teater dan filem pada tahun depan semata-mata sebuah kebenaran bukannya keuntungan. Saya sayangkan bangsa Melayu dan bangsa Malaysia ini. Saya berniat menyumbangkan sesuatu dari hasil jerih payah mengkaji Natrah untuk menyemai semangat generasi muda agar cintakan bangsa Malaysia.

    "Saya sudah siap dengan skrip teater tersebut, hanya mencari olahan terbaik dari pengarah teater untuk memberikan perspektif sejarah yang benar dan sangat bernilai kepada penonton negara ini dan juga kepada semua rakyat Malaysia," katanya.

    Natrah bukan milik Fatini – Erma Fatima

    Pengarah Natrah, Erma Fatima ketika dihubungi berharap novelis Fatini Yaacob tidak perlu terlalu emosi terhadap pementasan Natrah yang dilakukannya.

    Menurutnya, pementasan tersebut merupakan sejarah milik masyarakat dan bukannya hak milik peribadi Fatini atau adaptasi dari novel tulisannya.

    "Siapa dia (Fatini) untuk menentukan jalan cerita yang saya tulis sebab sejarah Natrah adalah hak milik masyarakat. Jika sepuluh orang yang mementaskan cerita ini ia pasti menjadi sepuluh jalan cerita yang berbeza.

    "Saya melihat Natrah dari sudut pandangan saya sebagai seorang pengarah teater dan Fatini memandang dari sudut pandangan penulis buku. Jadi tidak timbul saya tidak memuaskan hati dia atau buku yang ditulisnya," ujar Erma.

    Fatini telah dilantik menjadi penasihat dan rujukan untuk pementasan pertama Natrah pada 30 November tahun lalu. Namun Erma mengakui turut mengambil beberapa rujukan lain dari Singapura dan penulisan dari Internet.

    Jelas Erma, dia mementaskan teater tersebut tidak berdasarkan keuntungan sebaliknya cinta terhadap Natrah dan perjuangan bangsa dan agama Islam.

    "Jika diikutkan tentang keuntungan, secara jujur saya tidak pernah memikirkannya. Ia adalah duit kerajaan dan pulangannya kepada Istana Budaya.

    "Jika saya buat filem atau drama lebih banyak mendatangkan keuntungan. Saya buat Natrah sebab cintakan Natrah dan mahu masyarakat sedar tentang perjuangan bangsa kita dalam menyelamatkan Natrah," katanya.

    Dalam pada itu, Erma mengakui sejak pementasan pertama, Fatini telah menunjukan rasa kurang senang terhadap skrip yang ditulisnya, malah tidak bersetuju dengan simbolik yang cuba ditunjukkan oleh Erma.

    "Saya tahu dia tidak suka tentang apa yang saya cuba buat tapi itu adalah cara saya untuk menimbulkan kesan penceritaan.

    "Dia cuba ubah dan menambah beberapa babak tetapi bukan saya sahaja yang tidak setujui malah pelakon dan ramai lagi tidak setuju dengan beliau," ujarnya.

    Tambah Erma jika Fatini tidak berpuas hati dan ingin membuat pementasan semula, itu terpulang kepadanya.

    "Semua orang berhak untuk pentaskan atau filemkan cerita ini, jika dia ingin pentaskan Natrah mengikut ideanya, saya sangat galakkan.

    "Malah saya juga mengalu-alukan dia untuk menggantikan tempat saya dalam pementasan kedua ini," ujarnya.

    Sentuhan Peribadi Beyonce

    Posted: 07 Nov 2010 06:55 PM PST

    SELEPAS setahun mengembara ke serata pelusuk dunia bagi siri jelajah promosi album I AM... SASHA FIERCE, penyanyi wanita sensasi Beyonce (gambar) bakal menghadiahkan para peminatnya dengan set DVD khas rakaman konsert itu yang berjudul I AM...WORLD TOUR.

    Set DVD dalam pek berkembar iaitu DVD konsert dan album deluxe DVD/CD yang memuatkan DVD rakaman konsert, CD audio secara langsung, dokumentari eksklusif dan risalah berwarna-warni setebal 40 helai ini bakal menjengah pasaran pada 30 November depan.

    Uniknya album ini berbanding dengan mana-mana rakaman konsert artis lain adalah ia mendapat sentuhan peribadi Beyonce yang turut bertindak selaku penerbit, pengarah dan penyunting rakaman tersebut menerusi syarikat produksinya Parkwood Pictures.

    Selain paparan visual dan rakaman daripada pelbagai destinasi konsert yang dikunjunginya termasuk di benua Eropah, Asia, Amerika Selatan dan Amerika Syarikat (AS), set DVD ini juga memuatkan rakaman persembahan lebih daripada 20 lagu popularnya yang menduduki carta pertama, penampilan khas penyanyi Kanye West dan Jay-Z serta rekaan pentas, busana, pencahayaan dan nilai produksi yang cukup bernilai untuk dijadikan koleksi peribadi.

    Konsert jelajah penyanyi dari Texas, AS ini cukup istimewa apabila berjaya menghimpunkan lebih 1.1 juta peminat keseluruhannya pada lebih daripada 100 destinasi di 32 negara sejak Mac 2009 sehingga Februari 2010.

    Album I AM... SASHA FIERCE telah terjual melebihi enam juta unit dan 15 juta jualan lagu-lagu single secara digital. Lebih manis lagi, album ketiga isteri kepada penyanyi dan komposer Jay-Z itu turut memperoleh enam anugerah pada Anugerah Grammy ke-52 (2009), sekaligus mengukir namanya sebagai penghibur wanita paling berjaya pada tahun itu.

    Sepanjang 13 tahun bergiat aktif dalam karier nyanyian, penyanyi yang pernah mencipta nama bersama kumpulan pop Destiny's Child ini telah menjual lebih daripada 130 juta unit album di seluruh dunia.

    Terbaru, Beyonce kini dalam proses mengumpulkan lagu-lagu untuk album studio keempatnya di samping penerbit Jim Jonsin.

    Aurelle Mahu KD Menonton Nyanyiannya

    Posted: 07 Nov 2010 06:50 PM PST

    Krisdayanti.

    SETELAH mendapatkan banyak didikan daripada bapanya, Anang Hermansyah, Aurelle bersedia untuk menyanyi di hadapan orang ramai.

    Aurelle juga ingin ibunya, penyanyi Krisdayanti (KD) melihatnya menyanyi.

    Meskipun sudah mulai menerima tawaran membuat persembahan, Anang masih terus memantau Aurelle kerana menurut Anang, puteri sulungnya itu masih perlu banyak belajar.

    Sebelum ini KD mengaku tidak setuju melihat Aurelle terjun ke dunia seni suara. Namun keinginan Aurelle begitu besar untuk menjadi seorang penyanyi profesional seperti ibunya.

    Balik dalam trauma

    Posted: 07 Nov 2010 06:49 PM PST


    PELAJAR Malaysia menaiki pesawat Hercules C-130 TUDM di Solo, Indonesia semalam untuk pulang ke tanah air.


    SUBANG – Kumpulan pelajar Malaysia yang menuntut di Yogyakarta, Indonesia selamat tiba di tanah air malam tadi dengan membawa pelbagai kenangan pahit bencana letusan Gunung Merapi.

    Ramai di antara mereka menyifatkan pengalaman itu sebagai detik paling mencemaskan dalam hidup mereka.

    Kata pelajar jurusan pergigian Universitas Gadjah Mada, Muna Nadyah Ahmad, 24, penangan debu panas serta bunyi letusan yang kuat dari gunung itu menjadi punca mereka hidup sengsara.

    "Hidup macam dalam neraka, saya lega bukan sahaja selamat pulang tetapi juga sebab Malaysia tidak ada gunung berapi,'' katanya ketika ditemui bersama 129 lagi pelajar yang tiba dengan pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di pangkalan TUDM Subang pukul 7.55 malam tadi.

    PM keluar hospital

    Posted: 07 Nov 2010 06:47 PM PST


    NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersalam dengan kakitangan dan jururawat selepas dibenarkan keluar di Hospital Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dimasukkan ke hospital itu sejak Khamis lepas.

    "Beliau memberikan respons yang baik terhadap rawatan yang diberikan dan kini boleh mengikuti diet biasa," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataan di sini.

    Najib pada mulanya dirawat kerana cacar tetapi pada Khamis lepas beliau dimasukkan ke hospital itu ekoran rasa tidak selesa dalam perut disebabkan ulser dan gastritis ringan.

    Mohd. Ismail berkata, cacar air pulih dengan baik dan doktor menasihatkan beliau agar berehat di kediamannya.

    15 jam tunggu bantuan di laut

    Posted: 07 Nov 2010 06:47 PM PST


    PETUGAS hospital memberikan rawatan kepada mangsa-mangsa bot karam yang diselamatkan di Pengkalan Marin Wilayah 3, Setiu semalam.


    KEMAMAN - Umpama mati hidup semula.

    Itu yang dirasai 16 mangsa termasuk seorang daripadanya merupakan seorang kanak-kanak berusia empat tahun dan seorang wanita hamil empat bulan apabila mereka diselamatkan selepas 15 jam terapung di laut.

    Kejadian berlaku pada pukul 7 malam selepas bot jenis katamaran yang ketika itu membawa 15 pelancong dan seorang jurumudi dalam perjalanan pulang ke Jeti Kuala Dungun selepas melakukan aktiviti selam skuba di Pulau Tenggol tiba-tiba bocor.

    Kebocoran itu dikesan di belakang bot dekat enjin menyebabkan bot tersebut dimasuki air sebelum ia tenggelam.

    Cerita jurumudi bot terbabit, Zul Fadhly Yahya, 29, kerosakan pada botnya mula dirasai apabila ia bergerak perlahan secara tiba-tiba ketika perjalanannya pada jarak 8 batu nautika dari Jeti Kuala Dungun.

    "Apabila toleh ke belakang saya nampak enjin bot hampir tenggelam dan air mula memasuki badan bot," ceritanya yang memberitahu dia segera berpatah balik ke Pulau Tenggol.

    Namun ketika berpatah balik, bot itu semakin perlahan dan air semakin banyak masuk.

    "Waktu itu bot sudah senget jadi saya risau jika 15 penumpang yang saya bawa itu tidak terjun, mereka akan tenggelam bersama bot," katanya ketika ditemui di Jeti Marin Wilayah Timur di sini semalam.

    Oleh itu, semua penumpang yang memakai jaket keselamatan diarahkan terjun ke dalam laut hanya beberapa saat sebelum bot tenggelam.

    "Di dalam laut yang gelap kami formasi dalam bentuk bulatan dan saling membantu satu sama lain," katanya.

    Sebelum terjun dari bot, menurut Zul Fadhly, dia sempat memaklumkan kejadian itu kepada seorang rakannya di resort tempat dia bekerja dan meminta bantuan.

    Minum air hujan ketika terapung

    Posted: 07 Nov 2010 06:46 PM PST


    noraini sosilawati diberi rawatan awal sebaik tiba di Pangkalan Marin Wilayah 3 dekat Kemaman semalam.


    KEMAMAN - Walaupun nyaris maut selepas terapung di tengah laut selama 15 jam, namun satu-satunya mangsa kanak-kanak dalam kejadian itu Mohd. Daniel Aiman Mohd. Zulkifli, 4, tidak serik untuk pergi ke pulau lagi.

    Malah menurut kanak-kanak itu, impiannya untuk mengikut hobi ayahnya menjadi penyelam skuba tidak pernah padam ekoran insiden yang juga nyaris mengorbankan ibunya, Noraini Sosilawati Saregar Sofian, 30, dan ayahnya, Mohd. Zulkifli Mat Daud, 33.

    Menurut kanak-kanak itu, dia ada bertanya ayahnya kenapa mereka terjun laut dan diberitahu ayahnya bahawa mereka hendak pergi selam skuba.

    Namun katanya, dia hairan apabila mereka terlalu lama berendam dalam air manakala bot yang dinaiki pula sudah tidak kelihatan lagi.

    "Bila malam saya mengantuk dan hendak tidur tetapi mama kejut tidak bagi saya tidur," ceritanya lagi yang terpaksa menepis banyak obor-obor yang menghurung mereka sepanjang terapung dalam laut.

    Tragedi empat mati rentung

    Posted: 07 Nov 2010 06:45 PM PST


    KEADAAN kereta yang terperosok bawah treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, Kuantan kelmarin.


    MUADZAM SHAH - Empat sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis pertunangan mati rentung apabila kereta Proton Persona dinaiki mereka terbakar selepas berlanggar dengan sebuah lori treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat di sini malam kelmarin.

    Mangsa yang maut ialah pesara Jabatan Kerja Raya, Md. Sharif Nani, 61; isteri, Marinah Kambas, 60; dan Patimah Ramli, 46, yang juga adik ipar Md. Sharif. Patimah merupakan bekas wartawan Berita Harian.

    Anak saudara Md. Sharif yang memandu kereta Proton Persona, Rosli Mat Isa, 28, seorang pekerja kilang turut maut di tempat kejadian.

    Kesemua mereka berasal dari Taman Ayer Keroh, Melaka.

    Bagaimanapun, dalam tragedi pada pukul 10.30 malam itu, pemandu treler, Rosli Che Hassan, 50, dan kelindan yang juga anak Rosli, Rozlan, 18, hanya mengalami cedera ringan.

    Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, semasa kejadian kereta Proton Persona dinaiki empat mangsa itu dalam perjalanan pulang ke Duyong, Melaka selepas mengikuti rombongan pertunangan seorang saudara mereka di Marang, Terengganu.

    "Ketika kejadian hujan lebat dan kereta Proton Persona itu menuruni bukit.

    "Kereta terbabit dipercayai memotong sebuah lori diekorinya sebelum ia hilang kawalan," katanya ketika dihubungi semalam.

    Keputusan cerai Sultan Ismail tangguh

    Posted: 07 Nov 2010 06:45 PM PST


    Elia Suhana


    KOTA BHARU – Plaintif Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman yang memfailkan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap isteri kedua baginda, Elia Suhana Ahmad, 31, membuat laporan polis malam kelmarin berhubung penangguhan keputusan cerai oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang didakwa sepatutnya diputuskan semalam.

    Nik Rorhana, 60, mendakwa penangguhan keputusan cerai itu dicurigai mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa dan campur tangan pihak tertentu dalam urusan keputusan mahkamah tersebut berkaitan kes yang difailkan.

    Dua beranak rentung berpelukan

    Posted: 07 Nov 2010 06:44 PM PST


    LENNY MARIAYANA dan anaknya, Nor Sabihah Qasreena yang rentung dalam kebakaran semalam.


    BATU PAHAT - Seorang ibu tunggal dan anak perempuannya yang berusia tiga tahun ditemui rentung dalam keadaan berpelukan setelah rumah mereka di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam di sini hangus dijilat api awal pagi semalam.

    Mangsa, Lenny Mariayana Daud, 29, ditemui dalam posisi sujud sambil memeluk anaknya, Nor Sabihah Qasreena Mohd. Nizam dipercayai bertujuan melindungi kanak-kanak itu dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tersebut.

    Mangsa yang merancang untuk berkahwin hujung tahun ini dan anaknya ditemui bersebelahan katil di dalam bilik tidur mereka.

    Ketika kejadian di rumah separuh batu dan papan itu, terdapat sembilan ahli keluarga termasuk tiga kanak-kanak namun semua yang lain selamat.

    Adik bongsu kepada mangsa, Seri Rusidah Daud, 25, yang baru mendirikan rumah tangga pada Mei lalu turut berada di dalam rumah itu bersama suaminya, Asaari Mohd. Muji, 26.

    "Keluarga kami baru sahaja bergembira dengan perkahwinan saya namun tak sangka pula kami terpaksa menghadapi kesedihan atas pemergian kakak dan anaknya," katanya ketika ditemui semalam.

    Suami mahu keadilan buat isteri

    Posted: 07 Nov 2010 06:43 PM PST


    SABARUDDIN menunjukkan keputusan siasatan kes seorang remaja yang hanya didenda RM300 selepas didakwa menyebabkan kematian isterinya dalam kemalangan dua tahun lalu di George Town semalam.


    GEORGE TOWN - Seorang lelaki kesal kerana seorang penunggang motosikal yang didakwa menyebabkan kematian isterinya dalam satu kemalangan dua tahun lalu hanya didenda RM300.

    Sabaruddin Basiri, 39, berkata, dia hanya ingin menuntut keadilan selepas isterinya, Zaleha Ahmad maut akibat kecuaian remaja bawah umur yang tidak memiliki lesen memandu tersebut.

    Ujarnya, pihak polis yang menyiasat kes itu pernah memaklumkannya bahawa siasatan sudah selesai namun Timbalan Pendakwa Raya memutuskan remaja tersebut tidak didakwa di mahkamah.

    "Saya bukan mahu mempertikaikan undang-undang. Saya cuma mahu pembelaan ke atas kematian isteri saya. Sepatutnya remaja itu dikenakan tindakan sewajarnya bukan hanya saman RM300," katanya di sini semalam.

    Malaysia penting bagi Coca-Cola untuk kukuhkan jenamanya

    Posted: 07 Nov 2010 06:42 PM PST


    KENT memegang botol minuman popular Coca-Cola di Kuala Lumpur baru-baru ini.


    KUALA LUMPUR - Coca-Cola, syarikat minuman terbesar dunia, telah mengesahkan komitmennya terhadap Malaysia dan yakin perniagaannya di sini akan berkembang selari dengan pertumbuhan ekonomi dunia yang cergas.

    Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola, Muhtar Kent berkata: "Malaysia merupakan negara yang sangat penting untuk kami. Kami membuat pelaburan yang besar di Malaysia.

    "Kami sudah mengumumkan program pelaburan bernilai RM1 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang. Kami kini dalam peringkat pembinaan kemudahan yang besar dan saya mahu singgah di Malaysia dan melihat pelaburan kami itu dan berbincang dengan orang kami untuk terus memberikan galakan kepada mereka mengenai masa depan," katanya kepada pemberita mengenai lawatannya ke Malaysia di sini baru-baru ini.

    Enggan seksi depan media

    Posted: 07 Nov 2010 06:41 PM PST




    CERITA kontroversi cukup dekat dengan penyanyi Farah Asyikin. Sejak bercerai hingga kini, dia antara penyanyi yang tidak pernah kering dengan cerita panas.

    Kalau dibuka semula sejarah kemunculannya dalam persada seni suara, cerita kontroversi penyanyi yang popular dengan lagu Hello itu lebih luas liputannya daripada kisah kerjaya seninya sebagai penyanyi.

    Selepas bercerai Farah tidak pernah sunyi daripada gosip cinta termasuk hubungan cintanya dengan duda warga Singapura yang menjadi cerita panas kerana kononnya Farah merupakan punca keretakan rumah tangga kekasihnya itu.

    Tidak habis di situ, baru-baru ini Farah mengumumkan ikatan pertunangan yang terjalin antaranya bersama kekasihnya itu terputus di tengah jalan.

    Kini, tegas Farah, 31, dia hanya mahu fokus dalam kerjayanya sahaja.


    FARAH menegaskan dirinya berhak menggayakan apa jua jenis pakaian dalam rutin kehidupan di luar kerjaya seninya.


    "Saya masih solo, tiada hubungan dengan mana-mana lelaki. Sekarang, fokus saya hanya kerja bukannya untuk mencari kekasih," ucapnya yang ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini.

    Itu baru kisah yang membabitkan hati dan perasaan. Kalau menyentuh bab imej, sememangnya Farah seorang wanita yang seksi dan gemar berpakaian ketat.

    Pernah dikecam kerana isu kainnya terselak sehingga ke pangkal paha ketika menjayakan persembahan pada majlis Anugerah Bintang Popular pada tahun lalu dan dia juga pernah mengumumkan untuk menukar imej diri dengan kerap menyarungkan baju kurung pada persembahan pentas sekitar Mei lalu, namun Farah kini dilihat semakin melupakan pendiriannya itu.

    Jawabnya: "Dulu ketika semua orang kecoh tentang pakaian saya yang seksi dan terdedah ketika buat persembahan saya akui agak fobia serta tertekan dengan situasi itu sebab ibu bapa saya turut terkena tempiasnya.


    MENGAKUI dirinya pernah fobia dan tertekan gara-gara insiden kain terselak ketika membuat persembahan secara langsung.


    "Sebenarnya sebagai penyanyi ada waktunya saya tidak mahu berpakaian seksi tetapi diminta mengenakan pakaian tersebut. Jadi, untuk meluahkan apa yang terbuku di hati saya pakai baju kurang tidak kira di mana-mana termasuk ketika melakukan persembahan pentas.

    "Ini kerana saya tidak mahu diperlekehkan oleh mana-mana pihak, saya mahu mereka tahu yang saya ada pendirian dan boleh berkata tidak jika saya tidak mahu menyarungkan pakaian yang saya rasa tidak selesa," ujarnya yang akan ke Beijing, China bersama peminat pada hujung bulan ini.

    Terang Farah atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, meskipun kerap tampil dengan baju kurung, itu tidak bermakna dia hanya akan berbaju kurung selamanya. Sebaliknya dia akan menyarungkan pakaian lain seperti gaun dan pakaian kasual yang sopan mengikut kehendaknya.

    "Saya tidak kata akan berbaju kurung sahaja, pendirian saya adalah tidak mahu lagi berpakaian seksi di hadapan media. Saya bimbang perkara yang sama (kain terselak) berulang kembali kerana saya tidak tahu di mana sudut-sudut yang diambil oleh jurufoto," tuturnya.

    Namun, jika di luar daripada waktu kerja, kata Farah, dia bebas menyarungkan sebarang pakaian mengikut hatinya.


    FARAH berasa bertuah ditawarkan untuk menulis lagu untuk Shamrin.


    "Saya wanita yang normal, kalau bab baju kurung itu rasanya semua wanita Melayu mempunyai sekurang-kurangnya sehelai baju kurung dalam almari mereka.

    "Sama juga seperti saya, kalau mood saya mahu pakai baju kurung, saya akan pakai. Kalau tidak, saya akan ikut hati saya sahaja. Jika orang nak kata saya hipokrit kerana berpakaian sopan hanya di depan media, itu adalah pilihan saya kerana yang menanggung segala kecaman itu adalah saya dan keluarga, bukannya orang lain," balasnya.

    Kekal dominasi populariti anak muda

    Posted: 07 Nov 2010 06:41 PM PST


    SENGIT. Muzik-Muzik Ke-25 menampilkan lima orang juri profesional bagi memilih 12 lagu yang layak ke final daripada 30 lagu yang bertanding.


    FAKTOR populariti sesebuah lagu dan sama ada ia memenuhi cita rasa pendengar menjadi kunci kepada pemilihan lagu-lagu yang dicalonkan dalam pertandingan separuh akhir Muzik Muzik Ke-25.

    Program kegemaran ramai tersebut bakal menyaksikan persaingan sengit 30 buah lagu yang terpilih untuk bertanding dalam saingan bermula hari ini, 8 November.

    "Kesemua 30 buah lagu yang akan bertanding adalah 100 peratus dipilih melalui undian yang dibuat oleh pendengar dan kekerapan lagu tersebut diputarkan terutamanya melalui enam saluran radio popular tempatan.

    "Lagu-lagu yang terpilih bukan sahaja dinilai daripada segi kualiti kerana apa yang lebih ditekankan adalah lagu tersebut harus mesra pendengar dan sudah dikenali ramai," ujar penerbitnya, Ahmad Shaifullizam Arshad.

    Menurut Shaifullizam, biarpun ada pembaharuan dibuat, program Muzik Muzik yang sudah memasuki tahun Ke-25 tetap mengikut perkembangan industri muzik semasa untuk memberi pengiktirafan kepada komposer, penulis lirik dan penggubah lagu.

    Ujarnya, meskipun format pertandingan pada tahun ini masih lagi kekal dengan tiada kategori genre, namun ia tetap mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada pemuzik-pemuzik tempatan.

    Sementara itu, bagi saingan separuh akhir yang diadakan selama tiga minggu berturut-turut, lima orang juri profesional yang sememangnya aktif dalam industri muzik tempatan dipilih sebagai juri.

    "Untuk minggu pertama dan kedua, sebanyak 12 buah lagu yang dipersembahkan, manakala hanya enam buah lagu sahaja yang dipersembahkan pada minggu yang ketiga.

    "Ini kerana kesemua 12 buah lagu yang akan layak ke peringkat final akan diumumkan pada minggu terakhir. Kesemua penyanyi yang telah membuat persembahan pada minggu-minggu sebelumnya perlu hadir untuk mengetahui keputusan," ujarnya.

    Pertandingan separuh akhir diadakan di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan mengekalkan gandingan pengacara yang sama iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

    Faizal harap layak ke final

    Faizal Tahir yang turut bertanding meluahkan rasa syukurnya apabila ketiga-tiga buah lagu nyanyian serta ciptaan bersama Audi Mok layak memasuki gerbang separuh akhir.

    Luah Faizal, ini merupakan satu pencapaian terbaik buat dirinya dan ia akan menjadi satu impian yang terlaksana sekiranya ketiga-tiga lagunya itu dapat memasuki peringkat akhir.

    "Saya sedar persaingan kali ini cukup sengit kerana lagu-lagu yang bertanding hebat-hebat. Tidak mustahil juga kalau ketiga-tiga lagu saya itu gagal mara ke peringkat akhir.

    "Menyentuh aspek lagu pula, saya tetap memberi fokus kepada ketiga-tiganya kerana setiap lagu saya itu mempunyai kekuatan yang tersendiri dan memberikan persembahan yang terbaik," ujarnya yang muncul di tempat ke-3 menerusi lagu Becinta pada pertandingan lalu.

    Seorang lagi penyanyi yang baru kali pertama bertanding di Muzik Muzik, Ana Raffali berkata, dia tidak menyangka dua buah lagu nyanyian dan ciptaannya layak ke peringkat separuh akhir.

    "Sebelum ini saya hanya menonton rancangan Muzik Muzik di rumah bersama keluarga. Kini, dapat bertanding dalam saingan separuh akhir pastinya satu kebanggaan dan bertekad untuk tampil dengan persembahan yang istimewa," ujarnya.

    Pada saingan tersebut, Anna Rafali yang mempertandingkan lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dan Tolong Ingatkan Aku akan terus mengekalkan gubahan muzik asal tanpa melakukan sebarang perubahan.

    Kelly nafi dibayar supaya kurus

    Posted: 07 Nov 2010 06:40 PM PST


    KELLY mengakui sedang menghadapi masalah kewangan.


    BARU-BARU ini, telah tersebar khabar angin yang mengatakan penyanyi, Kelly Osbourne telah dibayar sebanyak AS$8 juta (RM25.6 juta) untuk menurunkan berat badannya. Ia semakin hangat diperkatakan apabila berat badannya dilihat turun dengan begitu drastik.

    Bagaimanapun, khabar angin tersebut segera dinafikan oleh Kelly yang turut geram dengan apa yang disifatkannya sebagai fitnah itu. Menurutnya dalam Twitter, dia tidak pernah dibayar wang sebanyak itu hanya semata-mata untuk menurunkan berat badannya.

    "Orang yang menyebarkan khabar angin itu memang tidak bertanggungjawab. Cerita-cerita sebegini boleh membuatkan keadaan akan menjadi bertambah buruk lagi.

    "Saya tahu orang yang mereka-reka cerita berkenaan sengaja mengambil kesempatan impak daripada masalah kewangan yang saya hadapi. Ketika ini saya akui yang saya sedang berdepan dengan masalah kedudukan kewangan yang tidak menentu," ujarnya dengan tegas.

    Menurut anak perempuan Ozzy Osbourne itu lagi, dia meminta orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin berkenaan. Ujarnya, sekiranya dia benar-benar dibayar, sudah tentu dia tidak bermasalah untuk membayar hutang kad kreditnya.

    Hari Wukuf 15 November

    Posted: 07 Nov 2010 06:39 PM PST


    JEMAAH haji mengelilingi Kaabah di Mekah, Arab Saudi kelmarin.


    RIYADH - Mengerjakan haji di Mekah, Arab Saudi akan bermula pada 14 November selepas pihak berkuasa memutuskan tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha ialah 16 November selepas anak bulan kelihatan di negara itu.

    Menurut agensi berita AFP, lebih 1.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia sudah berkumpul di Mekah dan Madinah di barat Arab Saudi bagi mengerjakan haji.

    Beberapa pegawai menganggarkan kira-kira dua juta penganut Islam akan mengerjakan haji tahun ini.

    Menurut agensi berita Bernama, Mahkamah Agung di Riyadh, Arab Saudi mengumumkan bahawa hari wukuf ialah pada 15 November bersamaan 9 Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha bagi negara itu adalah pada 16 November.

    Menurut Saudi Press Agency, yang dilaporkan oleh akhbar Saudi Gazette, 1 Zulhijjah ialah semalam.

    Sementara itu, Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal, berkata. semua projek besar yang dilaksanakan tahun ini di tanah suci telah mencapai kejayaan besar bagi memberi manfaat kepada rakyat dan golongan ekspatriat.

    Katanya, antara projek penting adalah pengenalan perkhidmatan tren baru, pembinaan Jambatan Jamarat, projek saliran air hujan dan banjir serta projek perkhidmatan ambulans udara oleh Pihak Berkuasa Bulan Sabit Merah.

    Putera Khalid berkata, banyak projek telah dilaksanakan di Mekah bagi menangani masalah hujan dan banjir serta persediaan telah dibuat bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

    Walaupun perkhidmatan tren baru itu beroperasi pada kapasiti 30 peratus sahaja namum ia memberi kesan besar kepada sistem pengangkutan bagi jemaah haji, katanya, yang juga pengerusi Suruhanjaya Tinggi Bagi Pemantauan Pengangkutan Jemaah Haji.

    Semasa tinjauan itu, Putera Khaled menaiki tren di Stesen No.1 di Arafat sehingga ke Stesen Jamarat di Mina.

    Sejumlah 780,000 jemaah dijangka menggunakan sistem tren tersebut. Kira-kira 44,000 jemaah haji akan menaiki bas setiap jam dan masa perjalanan antara Arafat dan Muzdalifa akan dipendekkan dari lima jam kepada 20 minit sahaja, kata baginda.

    Dalam pada itu, jemaah haji akan menikmati akses Internet tanpa wayar secara percuma di kawasan tempat suci apabila syarikat Mobily menyediakan perkhidmatan WiFi percuma kepada semua pelanggan telekom.

    Obama akui perlu membuat pembetulan

    Posted: 07 Nov 2010 06:37 PM PST


    OBAMA dan isterinya menari bersama-sama pelajar sebuah sekolah tinggi di Mumbai semalam.


    MUMBAI - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengakui bahawa pentadbirannya memerlukan satu pembetulan di pertengahan penggal pemerintahannya selepas Parti Demokrat yang dianggotainya hilang majoriti di Dewan Perwakilan dalam pilihan raya separuh penggal baru-baru ini.

    Obama membuat kenyataan itu dalam satu pertemuan di sebuah dewan dengan pelajar-pelajar di sebuah kolej di Mumbai mengenai implikasi pilihan raya tersebut.

    Dalam pilihan raya itu, Parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan manakala majoriti Parti Demokrat dianggotai Obama berkurangan di Dewan Senat.

    "Orang ramai kecewa. Salah satu perkara indah mengenai demokrasi ialah apabila mereka tidak gembira, mereka menggunakan hak mereka, kewajipan dan tugas untuk menyuarakan ketakgembiraan.

    "Ia memerlukan saya untuk melakukan beberapa pembetulan di pertengahan perjalanan dan perubahan," kata Obama di pekarangan Kolej St Xavier di sini.

    Bagaimanapun, dia berikrar untuk berpegang kepada keyakinan dan idea akan dapat menggerakkan Amerika ke hadapan termasuk pelaburan dalam bidang pendidikan, temaga bersih dan infrastruktur.

    Presiden itu berikrar akan berbual dengan pemimpin Parti Republikan mengenai perubahan arah haluan dan berharap terdapat ruang persetujuan walaupun terdapat tanda-tanda perbalahan dengan Parti Republikan di Washington.

    Sementara itu, Obama dan isterinya turut menari dengan pelajar-pelajar di sebuah sekolah bagi meraikan Hari Deepavali.

    Presiden AS itu berada di India dalam lawatan selama tiga hari sebelum berkunjung ke Indonesia, Korea Selatan dan Jepun.

    Penduduk Haiti bersih lumpur taufan Tomas

    Posted: 07 Nov 2010 06:36 PM PST


    GAMBAR menunjukkan kawasan kemusnahan akibat taufan Tomas di Haiti yang dirakamkan oleh sebuah pesawat peninjau tentera udara Amerika Syarikat (AS) kelmarin.


    PORT-AU-PRINCE - Penduduk di Pulau Haiti membersihkan lumpur di kem-kem perlindungan semalam selepas taufan Tomas mengganas.

    Kerja-kerja pembersihan dilakukan semasa berlakunya wabak kolera yang telah menyebabkan lebih 500 orang terbunuh setakat ini.

    Wabak itu merebak akibat pencemaran di Sungai Artibonite yang melimpah akibat taufan Tomas yang melanda kawasan perumahan miskin pada Jumaat lalu.

    Seorang pegawai dengan sebuah pertubuhan bantuan kemanusiaan Perancis, Marianna Franco berkata, air yang melimpah dari sungai itu membawa berita buruk kerana ia telah terjejas akibat kolera.

    Sebelum ini, Haiti dilanda gempa bumi pada Januari lalu menyebabkan 250,000 orang terbunuh.

    Seorang anggota pertubuhan Palang Merah Antarabangsa, Andrea Koppel berkata, taufan Tomas tidak membawa kemusnahan besar.

    "Kebanyakan khemah (kem perlindungan mangsa gempa bumi) yang kita lihat tidak musnah," katanya.

    Khemah kanvas dan kain tarpal yang didiami ratusan ribu mangsa gempa bumi berdiri kukuh disebabakan kerja-kerja persediaan awal dilakukan untuk menghadapi taufan itu.

    Antara persediaan yang dilakukan itu ialah menggali parit dan meletakkan penghadang guni pasir.

    Bunyi gegaran Merapi bergemuruh

    Posted: 07 Nov 2010 06:36 PM PST


    GAMBAR yang dirakamkan Jumaat lalu menunjukkan rumah-rumah terbakar manakala seorang sukarelawan mengangkat mangsa terbakar akibat letusan Gunung Merapi di Kampung Argomulyo.


    KLATEN, Pulau Jawa - Gunung Merapi di sini mengeluarkan bunyi gemuruh dan gegaran kecil pada kira-kira pukul 7 pagi semalam, lapor sebuah akhbar Kompas.com semalam.

    Gegaran itu dirasai di kawasan Kantor Kecamatan Kemalang yang terletak di lingkungan 15 hingga 17 kilometer dari Gunung Merapi yang meletus pertama kali pada 26 Oktober lalu.

    Ketua Bencana dan Vulkanologi, Kementerian Sumber Daya Mineral dan Tenaga Indonesia, Surono mengakui gunung setinggi 2,941 meter itu mengeluarkan bunyi bergemuruh dan letusan tidak berhenti-henti.

    Menurutnya, aktiviti di gunung itu tidak pernah berhenti sejak 3 November lalu.

    Surono berkata, penduduk diminta mematuhi arahan supaya berada sejauh 20 kilometer dari puncak Gunung Merapi.

    Gunung itu didapati turut memuntahkan lahar semalam manakala 166,000 orang telah dipindahkan ke kawasan perlindungan.

    Agensi berita Dpa melaporkan awan menjulang setinggi 6,000 meter semalam. Sementara itu agensi berita AFP melaporkan sebuah agensi pengurusan bencana menyatakan, jumlah kematian keseluruhan akibat letusan itu dikurangkan kepada 117 orang berbanding 122 sebelum ini.

    Namun, jurucakap agensi itu, Sutopo Purwo Nugroho berkata, jumlah kematian akan meningkat selepas para anggota penyelamat tiba di kampung-kampung yang terjejas akibat debu panas.

    Menurutnya, mangsa-mangsa yang mati ditanam dalam kubur besar di Yogyakarta.

    Sementara itu, syarikat-syarikat penerbangan membatalkan berpuluh-puluh penerbangan ke Indonesia semalam ekoran debu panas berterbangan di udara.

    Sebanyak 50 penerbangan dibatalkan semalam berbanding 36 kelmarin.

    Antara syarikat penerbangan yang terjejas ialah Singapore Airlines, AirAsia, Cathay Pacific, Emirates, Malaysia Airlines, Turkish Airlines and Lufthansa.

    Namun jurucakap Lapangan Terbang Sukarno-Hatta yang mengendalikan 900 penerbangan sehari tetap dibuka.

    Letusan itu turut menjejaskan penerbangan ke bandar Yogyakarta, Solo dan Bandung menyebabkan ribuan penduduk terjejas.

    Stesen-stesen bas dan kereta api dipenuhi dengan orang ramai yang mahu meninggalkan lokasi yang terjejas akibat debu panas itu ke tempat yang lebih selamat.

    Bush dedah dia pernah bertanya kehidupan seks seorang wanita

    Posted: 07 Nov 2010 06:35 PM PST


    George W. Bush


    LOS ANGELES - Bekas Perdana Menteri Amerika Syarikat (AS) yang membuat keputusan melancarkan perang Iraq pada 2003, George W. Bush mengakui dia sedang mabuk semasa bertanya kepada seorang wanita mengenai kehidupan seksnya, lapor sebuah akhbar semalam.

    Bush mendedahkan dia membuat pertanyaan itu di depan isteri dan ibu serta bapanya.

    Menurut Bush, dia yang berhenti meminum minuman keras pada 1986 berkata, soalan itu ditujukan kepada seorang rakan wanita ibu bapanya semasa satu majlis makan malam.

    Sikap Bush itu menyebabkan suasana majlis itu senyap seketika.

    Beliau membuat pendedahan itu semasa ditemu ramah dalam program televisyen, The Today Show.

    "Saya mabuk di meja makan malam di rumah ibu dan bapa di Maine," katanya kepada hos program itu, Matt Lauer.

    Dia muncul dalam program itu selepas bersara sebagai Presiden pada 2009 setelah berkhidmat selama dua penggal.

    "Adik lelaki dan perempuan saya berada di sana, isteri saya, Laura turut berada di sana.

    "Saya duduk di sebelah seorang wanita yang cantik, rakan ibu dan bapa saya. Dan saya menyatakan kepadanya (rakan wanita ibu dan bapanya) dengan kuat, apakah kehidupan seks selepas berumur 50 tahun?" kata Bush.

    Wanita itu yang namanya tidak didedahkan menganggapnya ia sebagai gurauan, katanya.

    Rakaman temu ramah akan disiarkan hari ini.

    Menurut Bush, minatnya terhadap minuman keras tidak berlaku semasa dia menjadi Presiden AS.

    "Tetapi, semasa saya ke White House, saya tidak pernah minum minuman keras bagi tempoh yang lama.

    "Saya tidak pernah minum minuman alkohol sejak itu. Apabila saya pergi ke gereja, jika terdapat wain dalam perhimpunan masyarakat, saya tidak akan menyentuh wain," katanya.

    Menurut Bush, dia tidak lagi minum minuman keras demi keluarganya.