Nuffnang

Kosmo Online - Hiburan

sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Maya tolak persepsi 'Janda panas'

Posted:

Maya tolak persepsi 'Janda panas'

Maya tolak persepsi 'Janda panas'



"HARAP-HARAPLAH jangan sampai digelar 'janda panas'. Rasanya apa yang diperkatakan tentang saya ketika ini sudah sampai satu kemuncak yang maksimum."

Itulah ekspresi jelitawan popular, Maya Karin apabila seorang lagi lelaki popular, Yusry Abdul Halim dikaitkan dengannya selepas pelakon Remy Ishak.

Empat bulan menyandang status janda, Maya menyedari ada suatu kelainan yang berlaku terhadapnya.

Sesuatu yang pelik tetapi tidak ketara berbanding dua fasa hidupnya sebelum ini: Ketika masih bujang dan ketika menjadi isteri orang.

"Saya cuma keluar makan malam dan menonton wayang, tiba-tiba ia menjadi berita yang sensasi. Saya masih pelik sebabnya bertahun-tahun sebelum ini tiada kisah sebegitu.

"Selepas cerai sahaja, tiba-tiba mata orang luar menjadi semakin tajam. Itu yang terdetik dalam fikiran, rasa risau pun ada juga," Maya berdesis seraya tergelak kecil.

Melalui matanya, terbit satu sinar. Mahu tidak mahu, 'si janda panas' itu harus sedar bahawa terjunjungnya status itu di atas batu jemala, ia seperti magnet yang menarik segala perca dan puin sensasi untuk datang 'berumah dan berkongsi makan' di tepi kainnya.

Ia melarutkan bekas isteri Steven David Shorthose itu dengan sebuah persoalan tentang harga dan permintaan kewanitaannya ketika ini.

Pada mulanya Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-49 itu sedikit kabur. Penulis permudahkan.

Tersedarkah dia terhadap perbezaan rasa yang menyelinap, atau situasi kendirinya sekadar biasa, tiada ubah seperti hari-hari semalam yang telah mencorakkan warna kematangan ke atas namanya.

Maya ialah seorang wanita yang menjengah satu lagi fasa kematangan, daripada era solo kepada dunia perkahwinan dan sekarang sedang mendepani zaman menjanda.

Adakah keperluan dan permintaannya juga berubah mengikut fasa yang dilalui?

"Sejak dari dulu lagi, saya cuba letakkan diri pada tahap yang dihormati, dan saya masih melakukan perkara yang sama.

"Dalam masa yang sama, pada usia dan status saya ketika ini, saya tetap ingin menghadapi hidup dengan jiwa yang lincah, muda dan tidak gentar dengan cabaran," ujarnya ringkas.

Maya baru

Berbaki tempoh tidak sampai dua bulan sebelum menghabiskan tahun 2010 yang mencatat sejarah peribadi kepada pemilik nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, wanita berdarah kacukan Jerman dan Melayu itu menunggu halaman baru untuk dilatari.

Lembaran yang dimaksudkan itu tidaklah sehingga mempersembahkan Maya versi baru.

"Apa yang baru itu sekadar kejiwaan, ia lebih bersifat kerohanian. Dari segi luaran, fizikalnya masih sama, tidak akan ada perubahan yang ketara," ulasnya.

Sambil membayangkan Natrah, watak miliknya di pentas teater Natrah yang sekali lagi kembali ke Istana Budaya (IB) pada 25 November bakal divariasikan dengan sentuhan yang lebih berilmu, Maya berkata:

"Saya harapkan penerimaan yang sama, bahkan lebih baik berbanding pementasan tahun lepas.

"Pengalaman dan skil berlakon teater memberikan saya persediaan mental dan fizikal untuk Natrah. Lagipun, rakaman teater itu sudah disiarkan di kaca televisyen. Jadi, saya harap demam Natrah akan kembali sekali lagi!"

Penulis mengusik Maya dengan sepotong ayat, bukan demam Natrah sahaja, tetapi 'demam asmara' bersama Rosli Dhobi juga akan kembali menghangatkan suasana nanti.

Pemegang karakter Natrah itu mengangguk dan tersenyum. Anak matanya bersinar. Dia tidak jengkel atau sinis diusik begitu.

"Kita sama-sama tengoklah nanti. Kebelakangan ini, kami jarang berjumpa, tetapi bila sudah ada projek yang sama begini, setiap hari kami akan bertemu.


MAYA KARIN masih seorang selebriti yang 'mahal' di mata kebanyakan orang. Bagaimana dan apa yang dilakukan, formulanya dia hanya berpegang pada prinsip menjaga kehormatan diri sebagai figura awam. Itu asas yang paling kukuh.


"Semuanya atas dasar kerja dan harap-harap kerja kami itu akan disukai penonton," katanya sambil tidak menafikan ada kemesraan sebagai sahabat bersama Remy yang sebumbung pengurusan dengannya di Satu Entertainment Sdn. Bhd. Remy melakonkan watak Rosli Dhobi dalam teater Natrah.

Berbalik kepada termometer yang memanaskan namanya akhir-akhir ini, kontrak Maya sebagai pengacara Nona untuk musim 2011 tidak disambung. Ia sekali gus membayangkan kegagalannya yang dikatakan punca kejatuhan rating program popular TV3 itu.

Selepas 52 episod mengendalikan Nona, Maya tidak berkecil hati atas rungutan yang diterima. Maya sendiri realistik.

Ketika Nona dikatakan tidak serasi dengan Maya, bekas pengacara program Ratu Sehari itu sendiri tidak seratus-peratus likat bersama aliran Nona.

"Saya akui tidak seratus-peratus serasi dengan Nona. Ia sebuah program yang ada sejarah yang gemilang, ada banyak ekspektasi orang terhadap Nona, tidak seperti Ratu Sehari atau Beauty Secrets From The East... itu program saya.

"Konsep dan jiwa Nona sangat 'Melayu', positifnya saya dapat belajar budaya dan jiwa Melayu yang tulen menerusi Nona," katanya tanpa sesal atau terkilan dengan perlucutan tugasan itu kepada pengacara lain untuk musim 2011.

Untuk bergelar pengacara versatil, dia sedar pelbagai spektrum pengacaraan harus dilalui sama ada program berbahasa Inggeris, berbentuk muzikal, kewanitaan atau kecantikan.

"Saya tidak boleh kekal hanya dengan satu bentuk pengacaraan. Secara peribadi, saya sudah mengesan risiko sejak mula menerima kerja 'besar' bersama Nona," luahnya.

Tidak terkesan emosi yang dalam terhadap tugasan yang harus dilepas, wanita berusia 31 tahun itu yakin peminat dan masyarakat umum bijak membuat justifikasi terhadap siapa dan mengapa mereka meminati mana-mana selebriti.

Contoh paling hampir ialah pencalonannya bersama Vanidah Imran, Fazura, Nora Danish, Scha Al-Yahya dan Mizz Nina dalam kategori Hot Chick Award dalam Shout! Award 2010. Ia membuktikan wanita matang diperlukan dalam industri seni.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kiki segan kahwin kali ketiga

Posted:

Kiki segan kahwin kali ketiga

Kiki segan kahwin kali ketiga



APABILA cerita perkahwinan senyap-senyap tanpa undangan rasmi tiba ke meja media, bekas selebriti sukan RTM yang popular digelar Kiki itu tidak berniat menyembunyikan perkahwinan kali ketiganya.

Dua tahun menjanda setelah kegagalan perkahwinan kedua pada September 2008, pemilik nama sebenar Nurul Alis Aidil Akhbar, 35, itu selamat dimiliki James Mitchell, 40, pada 30 Oktober lalu.

Cerita perkahwinan Kiki yang hanya dihadiri teman-teman serta keluarga terdekat itu cuma tersebar di Internet. Pasangan tersebut diijab kabul di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Di sebalik perkahwinan dengan James yang memilih nama Islam Qais Abdullah, ibu kepada Shamal, 14, Sophea, 9, dan Sonya, 6, itu menyimpan gejolak rasa yang cukup mendalam.

Menjalani tempoh solo selama dua tahun, hatinya ibarat dedaun kekeringan setelah lapan tahun mahligai bersama suami kedua roboh ekoran tiada persefahaman.

Hampir-hampir dia menolak cinta dan perkahwinan seterusnya dalam hidup. Fokus Kiki hanyalah kepada perlumbaan kereta, karier pengacaraan dan anak-anak yang sedang memerlukan perhatian.

Sementelah pula, lelaki baru itu bukan daripada bangsa sendiri. Skeptikalnya mendaki tinggi. Mampukah lelaki yang baru mengenal Islam itu memimpin dirinya menjadi isteri terbaik di dunia dan akhirat?

Sensasi Bintang: Kenapa anda berahsia tentang hari bahagia bersama Qais Abdullah?

NURUL ALIS: Sebenarnya saya memang tidak mahu kelihatan beria-ria sangat mahu berkahwin. Seganlah, lagipun ini perkahwinan ketiga buat saya. Saya sendiri tidak merancang apa-apa untuk perkahwinan ini. Sudah lama saya terfikir nak kahwin lagi tapi asyik tertunda sahaja sebab sibuk dengan jadual kerja dan aktiviti sukan anak-anak.

Untuk perkahwinan ini, saya serahkan semua urusan di tangan orang lain, tapi kami gembira. Yang paling gembira ialah Qais. Dapat juga dia merasa diarak dengan kompang dan bersanding ikut adat Melayu.

Mana-mana perkahwinan pun ada risiko tetapi berkahwin dengan lelaki yang baru memeluk Islam serta berbeza budaya sangat berisiko.


CINTA DI LITAR LUMBA. Selepas berkahwin, Kiki dan Qais mahukan sebuah kehidupan yang seimbang, perlumbaan dunia dan perlumbaan hari selepas mati.


Bagaimanakah Kiki mendapat keyakinan diri?

Saya pernah jadi lembik, trauma dan serik untuk berkahwin selepas bercerai dengan bekas suami kedua dulu. Hati saya kering, tertekan mental dan fizikal hingga saya hilang berat badan daripada 49 kilogram (kg) kepada 43kg.

Lepas jumpa Qais, saya tak berharap kami akan berkahwin sebab saya pasang prinsip, jodoh jangan dicari tetapi Qais membuatkan saya tersentuh dengan kesungguhannya.

Kesungguhan yang bagaimana?

Saya kenal dia di litar go-kart di Shah Alam, sejurus selepas habis edah. Tidak lama kemudian, dia dipindahkan ke Kuwait untuk bertugas di sana.

Dari situ Qais berfikir, kenapa dia didekatkan dengan Islam, kenal wanita Muslim dan kemudian dihantar kerja di negara Muslim. Dia sanggup tinggalkan peluang karier di sana untuk balik di Malaysia dan berdekatan dengan saya.

Satu lagi sebab dia bersungguh-sungguh mahu memeluk Islam adalah kerana tertarik dengan budaya dan cara hidup orang Islam.

Dia peluk Islam pun di rumah saya sambil disaksikan ibu saya pada malam tahlil arwah untuk bapa saya yang baru meninggal dunia ketika itu.

Qais sudah setahun bergelar Muslim iaitu sejak Julai 2009. Dia sanggup dipulaukan oleh sanak-saudaranya yang rata-rata berbangsa Yahudi di Australia kerana memilih Islam sebagai agamanya.

Dua perkahwinan terdahulu gagal dan kali ini perjuangannya Kiki kelihatan lebih besar.

Ya. Itulah yang saya pernah terfikir. Jodoh pertama saya diatur oleh keluarga, jodoh kedua pula tidak seperti yang dimahukan dan kali ini, pada usia yang semakin bertambah ini, saya harapkan ini perkahwinan yang terakhir.

Qais sendiri sudah ada dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya. Saya sendiri ada tiga orang anak, jadi kami merancang banyak perkara.

Kami mahu sama-sama belajar, sama-sama membaiki kesilapan dan saling menuju keseimbangan hidup, bukan lagi untuk dunia tetapi akhirat juga.

Alhamdulillah, saya lihat Qais benar-benar mahu menjadi Muslim yang baik, seboleh-bolehnya dia menjaga solat lima waktu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan