Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Zenny jadi rebutan selepas kurus

Posted:

Zenny jadi rebutan selepas kurus

Zenny jadi rebutan selepas kurus

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN


INILAH gaya dan saiz badan Zenny sebelum dia berjaya menurunkan berat badannya.


THE Biggest Loser Asia merupakan salah satu program realiti televisyen (TV) popular yang disiarkan menerusi saluran AXN Astro (Saluran 701, Astro) sejak dua tahun lalu.

Rancangan itu popular kerana ia membawa cabaran kepada para pesertanya yang mengalami masalah berat badan berlebihan dalam usaha untuk menikmati berat badan normal.

Malah, populariti The Biggest Loser Asia itu turut menular kepada para pemenangnya yang bukan sahaja kelihatan langsing tetapi turut menarik perhatian banyak pihak.

Zenny merupakan juara The Biggest Loser Asia musim kedua bagi kategori peserta di rumah yang bertuah kerana berjaya menurunkan berat badannya tidak sampai tiga bulan.

Menurut Zenny, dia bersyukur bukan setakat memenangi pertandingan itu, malah kini turut menjadi perhatian banyak pihak termasuklah produk-produk kecantikan.

"Kalau dulu semasa badan saya gemuk, orang tidak pandang. Malah, ramai juga yang perli atau mengata saya. Tetapi sekarang ini semuanya sudah berubah.

"Saya anggap pengalaman berbadan gemuk suatu rahmat buat saya apabila saya akhirnya berjaya menurunkan berat badan saya daripada 104 kilogram kepada 71 kilogram.

"Semua itu mungkin ada hikmahnya, asalkan kita redha, bersabar dan berusaha mengatasinya," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Zenny diumumkan sebagai duta dan jurucakap bagi produk kecantikan Splash selepas diumumkan pemenang The Biggest Loser Asia baru-baru ini.

Produk yang diasaskan di Filipina itu yakin dengan komitmen dan kecantikan gadis berusia 20 tahun itu dalam memberi inspirasi buat wanita yang mengimpikan kulit dan susuk tubuh cantik.

Jelas Zenny atau nama sebenarnya Farrah Zenny Lyn Salihuddin, dia tidak menduga akan mendapat perhatian ramai setelah memenangi pertandingan di peringkat Asia itu.

Ini kerana katanya, dia menyertai rancangan realiti TV popular di peringkat antarabangsa itu semata-mata bagi menurunkan berat badannya yang semakin meningkat ketika itu.

"Matlamat saya menyertai The Biggest Loser Asia bukannya kerana mahu mencari glamor tetapi matlamat saya ialah untuk menguruskan badan. Rancangan ini saya jadikan dorongan.

"Bukannya mudah untuk berdiet dan menjadi kurus. Dengan adanya pertandingan ini, ia menjadikan saya lebih komited supaya azam saya menjadi kurus dapat dicapai," ujarnya.

Ternyata usaha dan kesabaran gadis kacukan Cina dan Filipino ini berbaloi apabila dia menerima imbuhan hadiah AS$12,000 (RM27,000) diatas kemenangannya itu.

Dengan dilantik sebagai duta dan jurucakap Splash, kehidupan Zenny bukan sahaja semakin ceria dan cergas, malah dia juga sibuk mempromosikan produk tersebut.

"Saya mengikat kontrak selama setahun dengan Splashi. Saya berasa terharu kerana kini dapat merasai nikmat berbadan langsing.

"Sejak dari kecil badan saya gemuk di mana saya pernah beranggapan bahawa saya akan terus gemuk sampai bila-bila. Namun, kesabaran saya berdiet mengubah semua itu," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rahsia di sebalik nama Asha Fayyed

Posted:

Rahsia di sebalik nama Asha Fayyed

Rahsia di sebalik nama Asha Fayyed

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


Asha mencintai kesenian muzik asli tradisional.


GARA-GARA namanya seakan-akan jutawan Arab Saudi, Dodi Al Fayed, gadis tinggi lampai berdarah kacukan Arab, Pakistan dan Minang ini, Asha Fayyed sering kali diajukan soalan sama ada jutawan itu mempunyai pertalian darah dengan keluarganya.

Bahkan, mewarisi darah dan iras wajah gadis Timur Tengah, ia menguatkan lagi spekulasi itu di kalangan rakan-rakannya.

Namun, semua itu bukanlah fakta yang ada pada diri gadis berusia 23 tahun ini kerana nama sebenarnya ialah Siti Aishah Wahid.

Menurut Asha, pemilihan nama komersialnya itu adalah disebabkan terlalu ramai insan seni yang memiliki nama yang sama dengannya.

Katanya, nama Fayyed itu merupakan hasil gabungan dua nama iaitu nama ibunya, Fauziah dan nama ayahnya, Wahid.

"Kesimpulannya, saya sememangnya tidak ada pertalian darah dengan jutawan itu dan saya hanyalah orang biasa yang berketurunan Arab.

"Bukan tak mahu menggunakan nama sebenar, cuma saya tak nak mengundang kekeliruan di kalangan peminat dan penggiat industri muzik tanah air," ujar Asha panjang lebar memperjelaskan cerita sebenar di sebalik namanya.

Warisi bakat seni keluarga

Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi? Pepatah Melayu itu cukup sesuai dikaitkan dengan gadis lemah lembut ini memandangkan darah seni yang mengalir dalam tubuhnya diwarisi daripada ahli keluarganya yang aktif menyanyi.

Suatu ketika dahulu, ibu Asha, Fauziah Mohd. Nor, merupakan seorang anggota polis yang aktif menyanyi bersama kumpulan muzik Polis Diraja Malaysia.

Sopan mengatur bicaranya, Asha memberitahu, sejak kecil, dia sering menghadiri persembahan yang dijayakan oleh ibunya.

"Kalau mak ada persembahan di majlis-majlis keramaian, ayah akan bawa kami adik beradik untuk menyaksikan mak menyanyi.

"Jadi, sedikit sebanyak minat untuk menyanyi itu datang dengan sendirinya sebab kalau ada saudara yang mengadakan kenduri kahwin, mak akan ajak saya menyanyi sekali," cerita Asha yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.

Di samping itu, kebolehan ibu saudaranya, Rosni Mohd. Nor mendendangkan lagu ghazal bersama kumpulan muziknya turut menyuntik semangat dalam diri Asha untuk mencintai lagu berirama tradisional.

Tambah Asha, ibu saudaranya itu selalu mengajarnya teknik menyanyikan lagu-lagu asli Melayu sekaligus membuatkan cintanya terhadap lagu asli semakin mendalam.

Dalam pada itu, Asha turut aktif melantunkan lagu berentak begitu ketika menyertai kumpulan kebudayaan Negeri Sembilan.

"Pada awalnya, saya akui agak sukar untuk mengikut lenggok nyanyian lagu asli. Tapi, setelah diajar teknik yang betul, kemahiran saya semakin lama semakin bertambah.

"Teknik itulah yang membuatkan saya memandang lagu asli ini sebagai sebuah karya seni yang tidak ternilai kerana tidak semua orang mampu menyanyikan lagu asli.

"Bermula dari situ, saya berazam untuk memperjuangkan lagu warisan zaman ini walaupun ramai artis sebaya saya lebih cenderung ke arah lagu berentak moden," tekad Asha pada dirinya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan