Nuffnang

Himpunan Kisah Sensasi

sumber :-

Himpunan Kisah Sensasi


Pelakon filem lucah mahu saman pelakon Hollywood

Posted: 30 Nov 2010 12:00 PM PST

du 04.1 Pelakon filem lucah mahu saman pelakon Hollywood

CAPRI ANDERSON


NEW YORK – Seorang wanita, Capri Anderson yang berada bersama dengan pelakon terkenal, Charlie Sheen di sebuah hotel pada bulan lalu menyatakan pelakon itu melemparkan kata-kata makian terhadapnya.

Menurut pelakon filem lucah itu, Sheen turut membaling lampu meja ke arahnya dan mencekik lehernya.

Anderson menyatakan, dia kini mahu menyaman Sheen kerana memukulnya dan menahannya dengan tidak sah.

Pelakon itu merancang untuk membuat satu laporan jenayah kepada polis New York berhubung kejadian tersebut .

Semasa muncul dalam satu program televisyen ABC, aktres itu menggambarkan kejadian yang berlaku di bilik hotel tersebut semasa dia bersama dengan Sheen.

Selepas kejadian itu, Sheen dilihat dibawa dengan menaiki sebuah ambulans ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapatkan penilaian mentalnya.

Pelakon filem lucah itu menyatakan bahawa dia diupah untuk menemani Sheen menghadiri makan malam.

Bagaimanapun, dakwaan pelakon filem lucah itu dinafikan oleh seorang jurucakap Sheen. – AP

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan