Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Semakin Banyak Tajaan, Bukti Kehebatan Search dan Wings

Posted: 01 Dec 2010 04:10 PM PST

Dua kumpulan rock gergasi Malaysia, Search dan Wings bakal beraksi menghiburkan peminat di belah utara bertempat di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember dan di Surf Beach, Sunway lagoon pada 25 Disember ini.

Kejayaan besar dua siri konsert jelajah yang lalu membuka lembaran yang lebih luas untuk kumpulan rock lagenda ini mencipta kehebatan beraksi di atas pentas bertaraf dunia.


Jika sebelum ini mereka pernah mengeluh keresahan mencari penaja bagi menjayakan Konsert Double Trouble (DT), namun kini syarikat gergasi seperti DiGi dan Coca Cola tampil memberi bekerjasama.

"Kami bersyukur berkat kesabaran dan kerja keras selama ini terbalas dan semakin banyak penaja yang tampil memberi sokongan untuk konsert penutup tirai 2010. Kepercayaan itu tidak akan sia-sia kerana kami akan menampilkan persembahan mantap dan bertenaga pada malam konsert nanti.

"Kami tak nafikan kejayaan siri jelajah yang lepas membuka mata pihak lain melihat bakat dan kehebatan anak tempatan beraksi. Jelajah DT tidak hanya akan terhenti di sini sahaja kerana masih ramai yang dahagakan muzik rock 80-an dan 90-an," ujar Awie yang baru menyambut hari lahir ke-42 pada 24 November lalu.

Manakala Amy menyatakan rasa terharu apabila diberi peluang beraksi di Surf Beach, Sunway Lagoon, sebuah pentas yang hanya menyaksikan artis antarabangsa beraksi.

"Ia merupakan satu tempat yang baru untuk kami. Satu penghargaan apabila diberi penghormatan untuk membuat konsert di tempat yang pernah menyaksikan Slash dan ramai lagi artis luar mengadakan konsert.

"Bertuah dapat menjadi artis tempatan pertama membuat konsert di situ kerana bukan senang diberi kepercayaan begini," katanya yang bakal beraksi dengan iringan orkestra pada malam tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai DiGi LIVE! Konsert Gemuruh DT Search & Wings, sila layari www.digi.com.my/gemuruhDT



Tak Tergugat Dengan Band Indie

Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, itulah yang boleh diibaratkan dengan kelahiran band indie yang semakin menguasai arena muzik masa kini. Namun bagi Awie, walau beribu yang datang, kedudukan pemuzik rock tidak sekali-kali tergugat, malah lebih mekar berbanding sebelumnya.

"Populariti Wings dan Search masih kukuh dan tidak pernah tergugat. Memang kita lihat band indie semakin banyak sehingga kadang kala sukar untuk peminat membuat pilihan.

"Namun harus diakui, rata-rata yang datang ke konsert kami adalah golongan anak muda. Mereka membesar dengan muzik kami dan masih mengikuti perkembangan sehingga kini. Ini membuktikan muzik rock tak pernah ketinggalan zaman.

"Jika ditanya mengenai kolaborasi dengan band indie, jawapan saya adalah tidak kerana lagu kami tidak sehaluan," tutur Awie jujur.

Sazzy Falak Mengandung Anak Kembar

Posted: 01 Dec 2010 04:05 PM PST

Empat tahun usia perkahwinan, akhirnya Sazzy Falak dan suami, Nazril Idrus dikhabarkan dengan berita gembira yang semestinya dinanti-nanti pasangan ini. Sazzy kini hamil empat bulan dan bakal menimang cahayamata sekitar April tahun depan. Dan apa yang lebih menggembirakan apabila Sazzy disahkan mengandung anak kembar. Berita gembira ini disahkan sendiri oleh Sazzy ketika ditemui di majlis pelancaran ToyWatch semalam.

"Saya bersyukur sangat apabila segalanya mengikut perancangan. Memang kami mahukan anak setelah beberapa tahun berkahwin dan sekarang adalah masa yang tepat untuk menimang cahayamata. Memang selalu orang kata tak baik merancang nanti tak dapat, tapi pada awal perkahwinan dulu kami masih muda dan ada matlamat yang harus dicapai.

"Dapat anak kembar ini memang satu anugerah yang tak dijangka. Dan saya pernah berseloroh mahukan anak kembar sebab keluarga sebelah suami memang ada keturunan kembar dan ibu mertua saya sendiri ada pasangan kembar.

"Jantinanya akan diketahui bulan depan dan lagi seronok kalau saya dapat sepasang anak," ujarnya yang masih bergaya walau sarat mengandung.

Mengutip pengalaman bergelar ibu daripada sahabat baiknya, Dynaz dan Aishah Sinclair, pengacara popular ini mengakui sering menghubungi mereka untuk mendapatkan nasihat sementelah ini merupakan pengalaman pertamanya melangkah ke alam baru. Menurut Sazzy lagi, suaminya banyak membantu dan menyokong sepanjang proses kehamilannya.

"Kalau dulu saya melihat dan menjaga mereka ketika mengandung, kini saya dapat merasainya sendiri. Memang lain sangat dan excited.

"Saya anak sulung dalam keluarga dan sudah biasa independent. Namun keadaan berubah bila berbadan dua, suami dan ibu turutkan segala kemahuan dan manjakan saya. Memang seronok sangat. Bertuah bila ramai yang ambil berat dan saya suka dimanjakan begitu," katanya yang mengidam mee fan kuew masakan ibu tirinya sewaktu awal kehamilan.

Usia kandungan masih baru, namun Sazzy kini lebih berhati-hati demi memastikan keselamatan anak kembarnya. Sazzy juga tidak menolak anaknya bakal mengikut jejak langkah lantaran telah terdedah dengan media sejak berada di dalam perut.

"Saya masih lagi aktif cuma aktiviti sudah dikurangkan daripada sebelum ini. Dan bersyukur kerana saya bekerja dengan individu yang sangat memahami.

"Dan kalau nak tahu anak di dalam perut ini sudah buat pelbagai aktiviti bersama saya seperti fesyen show, lakonan dan sesi fotografi.

"Impian saya cuma satu, saya harap anak saya sihat dan membesar menjadi insan yang berguna dan beriman," tutur Sazzy yang sedang menjalani penggambaran Dari Kerana Mata.

Facebook rosak rumah tangga

Posted: 01 Dec 2010 04:03 PM PST

BANYAK MUDARAT...kajian menunjukkan, sesetengah pengguna laman sesawang sosial berbual mengenai seks dengan kenalan tidak sepatutnya.
BANYAK MUDARAT...kajian menunjukkan, sesetengah pengguna laman sesawang sosial berbual mengenai seks dengan kenalan tidak sepatutnya.

LOS ANGELES: Jika dulu perceraian sering berlaku akibat kesan gincu di baju suami atau pesanan ringkas dalam telefon bimbit, kajian terbaru menunjukkan masalah itu kini disumbangkan oleh laman sesawang sosial seperti Facebook.

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang sosial.


Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.

Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar menggoda di Facebook.


Kewujudan laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.


Kajian itu menunjukkan, Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian.Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus).


Selebihnya adalah laman sesawang sosial lain.

Tahun lalu, sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca.


Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan, berkata kebanyakan pengguna laman sesawang sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.


Laman sesawang Friends Reunited yang dilancarkan untuk menghubungkan kenalan lama di zaman persekolahan pada 1999 turut memberi kesan terhadap rumah tangga ahlinya.


Baru-baru ini, bintang siri, Desperate Housewives, Eva Longoria, mengambil keputusan berpisah daripada pasangannya, Tony Parker, selepas pemain bola keranjang itu didakwa sering berhubungan dengan wanita lain melalui Facebook.

Isteri mula lembut hati

Posted: 01 Dec 2010 04:01 PM PST

CEDERA...Che Ku Zaimah bersama anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam. Gambar kecil, Mohd Irfan Firdaus.
CEDERA...Che Ku Zaimah bersama anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam. Gambar kecil, Mohd Irfan Firdaus.
MAT HAIZAN...tertuduh
MAT HAIZAN...tertuduh

KUALA TERENGGANU: Isteri tertuduh kes simbah asid yang mengakibatkan kecederaan kekal ke atas dirinya dan dua anak mengaku sudah berlembut hati terhadap suaminya selain mengaku membuat kunjungan terhadap tertuduh yang kini ditahan di Penjara Marang.

Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, mengaku perasaan marah terhadap suaminya itu tidak ada lagi seperti ketika kejadian pada 15 Ogos lalu, malah di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid yang menyoalnya di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, sebelum menjatuhkan hukuman terhadap suaminya yang menghadapi dua lagi pertuduhan menyimbah asid terhadap dua anaknya pada kejadian sama, mengaku ada melawat tertuduh bersama anak-anaknya.


Bagaimanapun, ketika ditanya wartawan, dia memberitahu akan meneruskan tuntutan fasakh terhadap lelaki berkenaan, malah ketika diberi peluang bertemu tertuduh di mahkamah semalam, dia yang ditemani ibu dan dua anaknya menolak pelawaan untuk bersemuka dengan tertuduh.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen di sini, suaminya Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang dibawa dari Penjara Marang mengaku salah terhadap dua pertuduhan menyimbah asid ke atas dua anaknya itu.


Mengikut pertuduhan pertama, Mat Haizan pada jam 1.45 pagi, 15 Ogos lalu, di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, dengan menggunakan benda melecur iaitu asid.


Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan pada Muhammad Irfan Firdaus, 2, pada tarikh, masa dan tempat sama dengan pertuduhan pertama.Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama, 25 Ogos lalu, selepas mengaku menyimbah asid ke atas Che Ku Zaimah .


Semalam, dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kerana mendatangkan parah pada anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda manakala bagi pertuduhan mendatangkan cedera pada anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, dia dihukum penjara dua tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap 16 Ogos lalu.

Hukuman itu diarahkan berjalan serentak selepas M Bakri mendengar pengakuan bersalah tertuduh, hujahan peguam bela serta melihat sokongan keluarga yang masih sanggup melawat mangsa di penjara walaupun menjadi mangsa perbuatan kejam tertuduh.


"Penjara dalam tempoh yang panjang tidak boleh memberi jaminan seseorang itu akan berubah, tapi kasih sayang keluarga akan memberikan peluang kepada pesalah memulakan hidup baru.


"Dalam kes ini, tertuduh bernasib baik kerana keluarga masih sudi melawatnya di penjara, tetapi soal isterinya mahu menerimanya semula atau tidak terpulang kepada beliau.


"Saya juga ingin mengingatkan di sini, orang yang kuat bukan orang yang mengalahkan puluhan musuh, tetapi orang yang kuat ialah orang yang boleh mengawal nafsu marahnya," katanya dalam penghakimannya semalam.


Dalam prosiding semalam, peguam tertuduh, Faezahnoor Hassan turut mengejutkan mahkamah apabila memaklumkan keluarga tertuduh ada melawat mangsa di penjara.


Harian Metro pada 16 Ogos lalu melaporkan empat beranak iaitu isteri, dua anak dan ibu mentua Mat Haizan cedera akibat terkena asid dilempar tertuduh yang berang dengan keputusan isterinya berpindah ke rumah ibunya dan dalam proses memohon perceraian dengan tertuduh.


Dia memecah masuk rumah ibu mentuanya, Minah Omar, 56, dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi asid.

Ubah pelan buang bayi

Posted: 01 Dec 2010 03:56 PM PST

KANGAR: Cubaan sepasang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini untuk membuang bayi hasil hubungan sulit mereka di sebuah masjid di sini, gagal apabila rakan mereka yang diminta membantu rancangan itu enggan berbuat demikian, semalam.

Dalam kejadian awal pagi itu, pasangan berusia 22 tahun yang bersekedudukan dengan menyewa sebuah rumah kedai di bandar ini, mulanya dikatakan terkejut dengan kelahiran bayi lelaki berkenaan pada usia tujuh bulan kandungan sebelum meminta seorang rakan membuang bayi berkenaan di sebuah masjid.


Bagaimanapun, rakan pasangan pelajar terbabit dikatakan tidak tergamak berbuat seperti diarahkan, sebaliknya membawa bayi yang masih bertali pusat itu ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Difahamkan, pasangan pelajar terbabit menyewa sebuah rumah kedai di Jalan Jublee Emas di sini, dan sering berulang-alik bersama mengikuti pengajian di IPTA berkenaan di Arau.


Ibu bayi malang yang masih belajar itu dikatakan cuba menyembunyikan kehamilannya daripada pengetahuan keluarga yang menetap di sekitar Kangar.


Sumber polis berkata, bayi itu dilahirkan cukup sifat ketika usia kandungan tujuh bulan itu berjaya diselamatkan daripada risiko maut berikutan tindakan bijak rakan kepada bapa bayi berkenaan apabila membawanya ke HTF, bukan dibuang di masjid seperti diarahkan.Katanya, bayi lelaki itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak HTF dan dilaporkan sihat selepas dilahirkan kira-kira jam 1.30 pagi semalam.


"Pasangan pelajar lelaki dan perempuan itu dikatakan panik apabila mendapati bayi mereka dilahirkan awal daripada dijangkakan. "Mereka berdua dikatakan menguruskan sendiri proses kelahiran bayi itu di rumah kedai yang disewa dan sejurus dilahirkan, bapa bayi berkenaan menghubungi rakannya untuk membantu membuang bayi berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, berikutan aduan diterima daripada rakan pasangan terbabit, polis menahan pasangan itu untuk siasatan lanjut sebelum merujuk kes itu kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).


"Ibu bayi malang itu turut menerima rawatan di HTF dan keadaannya dilaporkan masih lemah," katanya.


Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, ketika ditemui di pejabatnya mengesahkan menerima laporan berhubung kelahiran bayi luar nikah membabitkan pasangan pelajar berkenaan.


Pihaknya memandang serius kes itu dan sudah mengambil keterangan pelajar lelaki dipercayai bapa kepada bayi berkenaan tengah hari semalam manakala ibu bayi itu masih dirawat di HTF.


"Pelajar perempuan yang melahirkan bayi luar nikah dan pasangannya yang bersubahat melakukan perbuatan terkutuk itu akan diambil tindakan mahkamah mengikut Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991," katanya.


Menurutnya, ibu bayi berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) manakala teman lelakinya pula didakwa mengikut Seksyen 46 enakmen sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Bas terbakar di lebuh raya

Posted: 01 Dec 2010 03:54 PM PST

MARAK...bas yang terbakar di tempat kejadian, semalam.
MARAK...bas yang terbakar di tempat kejadian, semalam.

KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL yang membawa kakitangan awam hangus berhampiran susur keluar Desa Petaling, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, lewat petang semalam.

Difahamkan, bas terbabit yang disewa khas untuk membawa penumpang dari Sungai Besi menghala ibu kota tiba-tiba berasap sebelum terbakar.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Dua jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi serta Taman Desa dihantar ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran. Operasi memadamkan kebakaran itu mengambil masa 45 minit.


"Hasil siasatan awal, kebakaran itu berpunca dari arah belakang bas sebelum merebak. Bas itu sempat berhenti di bahu jalan," katanya ketika dihubungi, semalam.


Sementara itu, seorang saksi kejadian yang ditemui berkata, bas terbabit dipercayai rosak pada enjin apabila melihat kepulan asap dari arah belakang bas sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada pemandu bas."Pemandu itu memberhentikan bas di bahu jalan sebelum kami turun. Api mula merebak pada badan bas dan hangus keseluruhannya.


"Pemandu terbabit cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berhasil kerana ia marak cepat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Celcom terus cemerlang

Posted: 01 Dec 2010 03:53 PM PST

SHAZALLI...perolehan kasar RM5.13 bilion
SHAZALLI...perolehan kasar RM5.13 bilion

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) meneruskan momentum kecemerlangan apabila meraih perolehan kasar RM1.72 bilion pada suku ketiga tahun kewangan 2010 sekali gus merekod pertumbuhan bagi 18 suku tahun kewangan berturut-turut dalam segmen itu.

Gergasi telekomunikasi itu turut mempamer prestasi memberangsangkan sepanjang sembilan bulan pertama bagi tahun kewangan semasa apabila mengekalkan pertumbuhan dua angka tahun ke tahun dalam semua petunjuk kewangan utamanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, dalam tempoh itu, syarikat mencatat perolehan kasar RM5.13 bilion, meningkat 11 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya; perolehan sebelum cukai, faedah dan susut nilai (Ebitda) RM2.41 bilion, meningkat 17 peratus dan keuntungan selepas cukai dan faedah minoriti (Patami) yang mencatat pertumbuhan 24 peratus kepada RM1.4 bilion.

Katanya, pertumbuhan perolehan 11 peratus itu sekali gus meletakkan Celcom penyedia perkhidmatan telekomunikasi mencatat pertumbuhan tertinggi di negara ini sepanjang tempoh sembilan bulan."Celcom turut memperoleh prestasi positif mencatat peningkatan 0.4 peratus membabitkan perolehan kasar suku ketiga 2010 daripada suku kedua sebelum ini walaupun menerima kesan akibat kadar rendah antara hubungan lebih RM30 juta.


"Pertumbuhan ini didorong momentum positif dalam perkhidmatan jalur lebar mudah alih kami selain penggunaan tinggi perkhidmatan pada musim perayaan Aidilfitri lalu. Bagi suku ketiga ini, Patami mencatat peningkatan dua peratus manakala Ebitda kekal stabil," katanya pada sidang media selepas pengumuman prestasi kewangan Celcom bagi suku ketiga 2010 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, pelanggan perkhidmatan jalur lebar mudah alih Celcom kini melepasi angka 800,000 pada suku ketiga terbabit, meningkat 69 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Ini sekali gus mengekalkan kedudukan Celcom selaku peneraju segmen perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negara ini," katanya.

Astro Tegur Lisa Surihani Kerana 'Gila Babi'

Posted: 01 Dec 2010 03:46 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani mengakui niat sebenar ungkapan "gila babi" ketika mengacarakan program Mari Menari minggu lalu adalah bagi memberi semangat kepada pasangan adik beradik dalam program tersebut.

Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk mengaibkan pasangan tersebut dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh.

"Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata "persembahan mereka hebat gila babi",

"Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, Lisa mengakui perkataan tersebut kurang sesuai untuk digunakan ketika pengacarakan sesebuh program secara langsung seperti Mari Menari.

"Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih perkataan.

"Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya," katanya yang semakin selesa mengacarakan rancangan terbitan Astro itu.

Selain itu, pelakon Lagenda Budak Setan ini juga berjaya mengumpul seramai lebih satu juta peminat di laman sosial Facebook miliknya.

Dia yang menubuhkan laman sosial tersebut sejak tahun 2008 mengakui Facebook itu adalah salah satu cara untuk dia berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

"Alhamdulilah sejak menjadi anak seni saya sentiasa disokong oleh peminat yang tidak putus-putus beri semangat. Saya jadikan laman sosial tersebut sebagai salah satu cara untuk menghargai dan berterima kasih terhadap sokongan mereka.

"Dari situ juga saya boleh berkongsi perasaan suka duka bersama mereka. Namun bagi saya cara ini bergantung kepada individu atau artis bagaimana mereka menghargai pemiant mereka," katanya.

Yana Samsudin Rasa Malu Kerana Berkemban

Posted: 01 Dec 2010 03:46 PM PST

Yana Samsudin tampil seksi dan nakal dalam filem terbaru Aku Masih Dara.

PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin menegaskan dia berasa malu apabila terpaksa berpakaian seksi dan berkemban semata-mata untuk menjayakan filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham.

Kata Yana, keputusan itu dibuat selepas memikirkan wataknya sebagai gadis yang bermasalah dalam filem tersebut mempunyai mesej yang kuat dan bukannya untuk mencari publisiti murah atau mahu mengumpan penonton ke pawagam semata-mata.

Sebaliknya, keputusan pelakon berusia 26 tahun itu menerima watak 'hitam' dan antagonis bernama Aleeysa itu didorong atas keinginan untuk mencabar kemampuan bakat lakonannya.

"Penampilan saya dalam filem terbaru Aku Masih Dara memerlukan saya tampil sebagai gadis tidak bermoral dan seksi.

"Ia bukan bertujuan untuk meraih publisiti atau memancing penonton menerusi gadis seksi yang ditampilkan semata-mata. Ia adalah watak yang mencabar, menarik dan paling 'hitam' pernah saya jayakan," katanya yang mengakui puas dengan watak itu.

Mengulas lanjut, Yana mengakui tidak menyukai watak itu pada awalnya. Namun, setelah berfikir sedalam-dalamnya mengenai watak dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, dia akhirnya akur menyahut cabaran tersebut.

Barisan bintang muda yang menghiasi filem arahan Ahmad Idham itu. (Dari kiri) Ashraf Muslim, Yana Samsudin, Diana Amir, Raja Farah dan Farid Kamil.

Bagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) ini berharap agar penampilannya yang seksi dan nakal dalam filem itu tidak akan disalahertikan oleh penonton, sebaliknya mengambil iktibar dan mesej yang cuba disampaikan.

"Sejujurnya, saya langsung tidak menyukai watak itu pada awalnya kerana ia menuntut saya untuk tampil jahat, liar dan seksi.

"Jika difikirkan untuk jangka masa pendek, saya berasa malu kerana terpaksa mendedahkan tubuh badan termasuk berpakaian seksi dan berkemban.

"Namun, setelah berfikir semasak-masaknya saya sahut cabaran itu kerana sebagai pelakon ia adalah kerugian yang besar jika tidak menjayakan watak yang dinamik sebegitu.

"Naskhah ini bukanlah manipulasi kosong oleh penerbit atau pengarah yang menampilkan gadis-gadis seksi dan liar semata-mata untuk memikat penonton tetapi ia adalah kritikan sosial yang harus direnungkan oleh masyarakat," katanya.

Filem yang berkisar kepada masalah sosial yang membelenggu remaja hari ini itu berfokus kepada kisah tiga sahabat iaitu Sofea (lakonan Raja Farah), Aleesya (Yana Samsudin) dan Hani (Diana Amir).

Filem yang turut dibintangi aktor Farid Kamil dan Ashraf Muslim ini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Disember 2010.

Ana Raffali Tetap Pilih Baju Kurung

Posted: 01 Dec 2010 03:45 PM PST

Ana Raffali (tengah berbaju hitam) di majlis EH! 20 Yang Anggun

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Ana Raffali tidak berasa janggal apabila mengenakan baju kurung moden dalam majlis-majlis tertentu dan mahu pakaian berkenaan menjadi penanda aras terhadap kejayaannya apabila berfesyen.

Malah baru-baru ini dalam sebuah acara hiburan yang dianjurkan oleh salah sebuah majalah fesyen, EH, Ana bijak mengayakan busana baju kurung moden rekaan Ariff Shukor.

"Baju kurung adalah penanda aras untuk saya berpakaian. Maknanya dari segi berpakaian saya mahu rekaan tersebut menepati ciri-ciri baju kurung iaitu selesa dan tidak seksi.

"Tidak kisahlah majlis apa pun, baju kurung masih tetap relevan untuk digayakan. Kini saya lebih selesa menggunakan khidmat pereka fesyen Ariff Shukor kerana dia faham apa yang saya mahukan," ujarnya.

Jelas Ana, biarpun nampak mudah dengan mengayakan baju kurung, namun dia akui agak sukar kerana memerlukannya lebih kreatif mengayakannya agar bersesuaian dengan sesebuah majlis.

"Saya juga perlu sesuaikan dengan majlis apabila berbaju kurung. Pada malam parti anjuran majalah EH, saya mengayakan baju kurung moden yang disesuaikan dengan tali pinggang supaya nampak sedikit kelainan," ujarnya yang turut layak ke Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) akan datang.

Dalam pada itu, Ana memberitahu persiapan ke AJL25 masih di peringkat awal. Dia yang layak dengan lagu Tolong Ingatkan Aku masih lagi mencari idea untuk memberikan yang terbaik pada malam tersebut.

"Kami sedang memikirkan kelainan dan keistimewaan di pentas AJL nanti. Buat masa ini saya hanya berlatih dari segi vokal manakala dari segi persembahan masih difikirkan lagi," ujarnya.

Pengarah Filem Terkejut 'Ngangkung' Kutip RM3.6 juta

Posted: 01 Dec 2010 03:44 PM PST

Pengarah filem Ngangkung, Ismail Hasim atau Bob

PETALING JAYA: Pengarah filem Ngangkung, Ismail Hashim atau Bob tidak menyangka filem tersebut mendapat sambutan luar biasa apabila kutipannya mencecah RM3.6 juta mengikut kiraan yang dibuat oleh pihak MiG Production selepas seminggu ditayangkan bermula 25 November lalu.

Bob yang dihubungi mStar Online, Rabu, berkata dia terkejut sentuhan sulungnya itu mendapat sambutan yang sangat baik daripada penonton berbanding filem Melayu lain yang ditayangkan sejak November lalu.

"Saya tidak tahu bagaimana hendak gambarkan perasaan saya apabila dimaklumkan tentang prestasi baik filem ini di pawagam. Sebagai orang baru yang pertama kali mengarah filem sudah tentu saya bangga, teruja dan bersyukur kerana filem ini diterima baik oleh penonton.

"Namun, saya juga berdebar dan risau dengan jangkaan daripada orang ramai terhadap produk-produk arahan saya yang akan datang," katanya.

Gandingan Azad Jasmin, Shaheizy Sam dan Angah (Raja Lawak) berjaya memancing penonton ke pawagam.

Tambah Bob, kutipan yang memberangsangkan itu juga menjadi penanda aras buatnya untuk terus bekerja keras dalam kerja-kerja pengarahan filem atau drama yang akan datang.

"Sambutan memberangsangkan ini adalah penanda aras kepada saya secara peribadi untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dari masa ke semasa. Ia juga merupakan satu cabaran untuk saya mengekalkan momentum kejayaan ini pada produk-produk yang akan datang.

"Apa pun, saya harus berterima kasih di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh penerbit David Teo untuk menerajui filem ini.

"Kutipan yang baik ini tidak akan menjadi kenyataan jika bukan kerana skrip dan pelakon yang bagus serta jentera promosi MiG yang berkesan," katanya.

Bob merupakan pengarah kelima yang diperkenalkan oleh produksi itu di bawah Skim 10 Pengarah Muda MiG.

Dia yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) untuk siaran Astro Warna itu bakal mengarahkan filem seterusnya pada hujung tahun ini.

"Selain sibuk di lokasi penggambaran siri JPBC untuk menghabiskan baki 13 episod lagi, saya juga akan mengarahkan filem seterusnya pada hujung tahun ini. Skrip, konsep dan judulnya masih dalam perbincangan tetapi berkemungkinan filem seram juga," katanya.

Mengikut rekod Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga Selasa lalu, filem berkenaan mencecah RM2.36 juta.

Anak Bantah Pernikahan Pasha Ungu

Posted: 01 Dec 2010 03:43 PM PST

PERANCANGAN majlis pernikahan vokalis kumpulan Ungu, Pasha dengan kekasihnya, Adelia dalam waktu terdekat ini sudah diketahui anak pertamanya, Kisya Alvaro Putra Sigit.

Malah kanak-kanak berusia lapan tahun itu juga membantah perancangan pernikahan tersebut.

Ketika sesi bual bicara di sebuah program televisyen Indonesia, Sensasi Artis, Kisya kelihatan murung berada disisi ibunya Okie yang juga bekas isteri kepada Pasha.

"Kenapa Kisya seperti sedang bersedih," soal seorang wartawan kepada Okie atau nama sebenar Calerista Agustina.

Dengan nada tinggi, Kisya menjawab: "Soalnya papa (Pasha) mahu kahwin lagi."

Okie memberitahu anak-anaknya masih belum dapat menerima kenyataan bahawa ayahnya akan bernikah lagi.

"Dia masih terlalu kecil untuk menerima kenyataan tersebut. Dia mengetahu hal tersebut di televisyen, malah ketika mengetahuinya dia menangis," katanya.

Belum sempat Okie menjelaskan lebih lanjut, Kisya membuka mulut dengan nada tinggi: "Tidak mahu, Kisya tidak mahu papa nikah lagi," katanya.

Kekasih Ronaldo Nafi Bergambar Bogel

Posted: 01 Dec 2010 03:43 PM PST

Sumber dari majalah CQ edisi sepanyol

KEKASIH pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo iaitu model Irina Shayk, baru-baru ini menghiasi muka depan majalah GQ edisi Sepanyol.

Model berusia 24 tahun itu dengan berani beraksi dalam keadaan bogel tanpa sebarang busana dan hanya memakai stokin berwarna hitam.

Bagaimanapun, wanita berketinggian 1.78 meter itu menafikan berbogel sebaliknya mengakui hanya memakai coli.

Dia juga memberitahu majalah berkenaan telah mengedit gambar tersebut sehingga dirinya kelihatan seperti berbogel.

Seperti dipetik Styleite, Rabu, Majalah QC itu turut tampil memberi kenyataan bahawa mereka mempunyai bukti persetujuan kedua-dua belah pihak mengenai aksi berkenaan.

Irine dan Ronaldo mula menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun ini. Mereka berkenalan ketika terlibat dalam promosi Armani Exchange.

Nicole Scherzinger Belum Rancang Kahwin Lewis Hamilton

Posted: 01 Dec 2010 03:42 PM PST

PENYANYI Nicole Scherzinger mengakui masih belum mempunyai sebarang perancagan untuk mengakhiri zaman bujang dengan kekasihnya Lewis Hamilton.

Seperti dipetik Showbiz Spy, Nicole tidak menyasarkan bila untuk berkahwin kerana buat masa ini dia bahagia dengan kehidupan yang sedang dilaluinya.

"Saya belum merancang apa-apa tentang hubungan ini. Kami sedang melalui saat-saat bahagia sebagai sepasang kekasih," katanya.

Sementara itu, Nicole memberitahu dia sangat menyokong kerjaya kekasihnya itu sebgai pelumba F1. Malah dia tidak pernah berasa takut ketika melihat kekasihnya itu berlumba.

"Saya tidak pernah takut dengan apa yang dilakukannya sekarang, jika dia suka dengan kerjayanya. saya hanya mampu memberi sokongan dari belakang," ujarnya.

Drama 'Hani' Ganti 'Asmara'

Posted: 01 Dec 2010 03:38 PM PST

Drama Hani lakonan Nur Fathia

PETALING JAYA: Selepas drama bersiri berjudul Asmara tamat, siri baru menyusuli slot Lestaryberjudul Hani.

Siri itu lakonan Nur Fathia, Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah, Rozita Che Wan, Esma Daniel, Nurul Elfira Loy, Zarynn Min, Airis Yasmin dan Ngasrizal Ngasri akan bersiaran pada 7 Disember ini, pukul 9.00 malam.

Drama 13 episod terbitan Layar Consult Sdn Bhd diarahkan oleh Heykal Hanifah berdasarkan skrip oleh Zabidi Mohamed mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak.

Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Salah satu babak dalam drama Hani yang dilakonkan Ryzal Jaafar

Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.

Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun.

Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.

Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?

Jadi bilioanir jual laman web

Posted: 01 Dec 2010 03:35 PM PST


LAMAN web Groupon milik Andrew Mason.


LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.

Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).

Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.

Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.

Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.

Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion).

Raja Lawak musim 5 kembali

Posted: 01 Dec 2010 03:34 PM PST


GELANGGANG Raja Lawak tahun ini dihadiri oleh peserta-peserta yang lebih bersedia berbanding tahun-tahun sebelum ini.


RAJA LAWAK, satu-satunya gelanggang bagi pelawak amatur menunjukkan bakat terpendam mereka. Kali ini, Raja Lawak telah muncul untuk musim kelima bertujuan mencari pelapis bakat lawak di Malaysia.

Sesi uji bakat Raja Lawak telah memulakan perjalanannya sejak 2 Oktober lalu pada setiap hujung minggu dan boleh dikatakan untuk musim kelima ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan peserta juga tampil lebih bersedia.

"Menariknya pada tahun ini, hendak jumpa peserta yang kaku dan terkedu setelah naik di atas pentas sangat susah. Kelihatan mereka sudah bersedia dari segi kandungan, props dan lain-lain.

"Mereka telah mula menganggap membuat lawak ini adalah perkara yang serius. Mereka juga semakin sedar bahawa membuat lawak bukan perkara mudah," tegas Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani tentang perkara ini.

Tanggal 6 November 2010, The Mall, Kuala Lumpur merupakan destinasi dan peluang terakhir bagi peserta yang ingin tonjolkan bakat. Juri yang mengendalikan sesi uji bakat Raja Lawak pada hari tersebut ialah Nizam sendiri dan juga personaliti terkenal, Afdlin Shauki.

Jika pada musim-musim sebelumnya, Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi adalah salah seorang juri tetap gelanggang Raja Lawak.

Menurut Nizam, pada musim ini RL masih lagi belum membuat keputusan siapakah bakal juri yang akan mengendalikan gelanggang RL musim ini.

"Sama ada drastik atau tidak, perlu tunggu gelanggang yang pertama bermula. Juri-juri juga akan diperkenalkan pada hari tersebut dan masih lagi dengan menggunakan khidmat tiga orang juri profesional," ujar Nizam menjelaskan tentang juri Raja Lawak 5 yang akan bermula awal tahun depan.

Selaku juri pada sesi uji bakat Raja Lawak 5 ini, Afdlin akui dia berasa gembira kerana agak mudah bagi mereka menemui peserta yang benar-benar bagus berbanding tahun sebelumnya.

"Peserta kali ini ramai juga yang dapat membuat saya ketawa berbanding musim-musim lepas sehingga perlu tunggu lama untuk temui peserta yang benar-benar bagus," ujar Afdlin sambil tersenyum mengenangkan peserta yang telah mengusik hatinya semasa ujibakat dijalankan.

Sepanjang sesi ujibakat, Kuala Lumpur mempunyai peserta yang paling ramai, diikuti Johor dan Pulau Pinang. Gelanggang pertama Raja Lawak 5 akan menemui peminatnya pada 7 Januari 2011 di saluran Astro Prima.

"Para peserta akan dipilih melalui apa yang kami nampak, iaitu komited terhadap apa yang mereka lakukan.

"Apabila kita ada peserta sebegini, saya pasti jika kita panggil para profesional untuk memberi tunjuk ajar atau sebagainya, ia akan memudahkan kita untuk membantu mereka yang mahu dibantu.

"Selain itu, kita juga akan pastikan mereka berikan yang terbaik setiap minggu," ujar Nizam lagi.

Kemelut ibu bapa moden

Posted: 01 Dec 2010 03:33 PM PST




NAMANYA cukup sinonim dengan istilah 'puteri' dan 'impian' suatu ketika dahulu. Malah, kerjayanya sebagai aktres layar perak mekar dan kemudian mendaki naik ke puncak populariti selepas melakonkan watak utama dalam filem-filem yang memiliki gabungan dua istilah itu.

Siapa yang boleh lupa dengan karisma dan aksi lakonan bersahaja Amy Mastura sebagai Puteri Nora menerusi filem arahan Aziz M. Osman, Puteri Impian pada tahun 1997 dan sekuel filem itu, Puteri Impian 2 (1999).

Pendek kata ketika itu, Amy Mastura antara aktres yang ditunggu-tunggu kemunculannya di layar perak, khususnya menerusi naskhah arahan Aziz yang cukup aktif menerbitkan filem-filem pecah panggung pada era tersebut.

Namun, Amy yang membuat kemunculan sulung di layar perak menerusi filem Impian pada tahun 1996, tidak lagi muncul di layar perak selepas kali terakhir menjadi teraju filem Bintang Hati (2004).

Enam tahun berlalu, Amy, 39, tidak lagi muncul dengan filem baru, sebaliknya lebih aktif berlakon di layar kaca dan juga teater dalam julat masa tersebut.

Justeru, ada yang menyangka dia tidak lagi mahu berlakon filem, tidak kurang yang melihat zaman keemasan Amy Mastura sebagai aktres layar perak sudah berlalu.

Kemunculannya menerusi filem Hooperz pada tahun ini pula lebih sekadar sebagai pelakon pembantu, namun tiada siapa menyangka ia menandakan Amy bakal kembali aktif di layar perak.

Bukan itu sahaja. Amy juga kembali muncul sebagai teraju utama filem terbaru terbitan Grand Briliance dengan kerjasama J Team Productions, Asia Media Content, RAM Entertainment dan PMP Entertainment yang berjudul, Aku Tak Bodoh.


PELAKON Malaysia yang bertuah dapat meraih pengalaman berlakon di bawah arahan pengarah Singapura, Boris Boo untuk filem Aku Tak Bodoh (dari kiri, Riezman, Rohaizat, Aeril dan Amy (bawah).


Filem yang mula ditayangkan pada hari ini di pawagam seluruh Malaysia menggandingkan Amy bersama aktor Reizman Khuzaimi.

Menghidupkan watak Puan Aishah yang bekerja sebagai pengarang sebuah majalah yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk dua orang anak remajanya, boleh dikatakan inilah pertama kali Amy tampil untuk watak seorang ibu di layar perak.

Sebagai seorang wanita yang mempunyai kerjaya sebegitu, dia mengharapkan tanggungjawab anak-anaknya kepada suaminya yang juga sibuk dengan tugasnya.

Seperti kebanyakan wanita era moden yang lebih mementingkan kerjaya, Aishah hanya tahu membebel kepada dua orang anaknya itu apabila mereka melakukan kesalahan dan bukan menyelesaikannya secara baik.

Setiap pelakon pasti ada cabaran dan kesukaran dalam membawa sesuatu watak. Lain pula bagi Amy.

Walaupun pertama kali melakonkan watak seorang ibu di layar perak, namun watak itu dianggapnya tidak terlalu sukar dilakonkan. Ini kerana seperti watak Aishah itu, Amy Mastura di alam realiti juga merupakan seorang ibu.

Amy mengakui, sedikit sebanyak menggunakan pengalamannya sendiri sebagai ibu kepada dua anak perempuan, Adriana dan Adalia untuk menghayati watak yang dilakonkannya dalam filem, Aku Tak Bodoh. Cuma bezanya, dalam filem itu, dia merupakan ibu kepada dua orang anak lelaki.

"Watak saya ini lebih kurang sama dengan realiti saya sebagai seorang ibu, jadi kesukarannya untuk membawakan watak seperti ini agak kurang," ujarnya.

Cabaran Boris Boo


BABAK tegang antara anak, lakonan Aeril (kiri) dan bapa yang menampilkan Namron.


Bagaimanapun, apa yang dianggap sebagai cabaran oleh figura yang juga mencipta nama sebagai penyanyi popular itu ialah pengalaman pertama kali dirinya berlakon di bawah arahan pengarah dari Singapura, Boris Boo.

Ini kerana menurut Amy, Boris mempunyai kehendak dan citarasa yang berbeza daripada pengarah yang pernah bekerjasama dengan dirinya sebelum ini.

"Boris mahukan aspek dan mempunyai kehendak yang berbeza dari segi penghayatan watak yang diberikan kepada saya itu.

"Walaupun watak itu senang dilakonkan, namun dia mahukan sesuatu yang lain. Walaupun watak saya hanya seorang ibu, namun Boris tetap mahu mempelbagaikan watak itu dari sudut pandangannya," tambahnya yang turut menjadi teraju utama filem seram terbaru arahan Ahmad Idham, Damping Malam.

Menurut pelakon kecil molek itu, Boris merupakan seorang yang tegas dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang yang pandai berjenaka.

Berlakon sebagai suami watak lakonan Amy ialah aktor tinggi lampai, Riezman.

Pernah menjadi teraju filem Congkak (2008) bersama Nanu, siapa kata pelakon yang meningkat usia dalam industri perfileman Malaysia seperti Reizman dan juga Amy tidak lagi laris mahupun layak untuk menjadi teraju utama.

Riezmen melakonkan watak Hisham, seorang pencipta program komputer yang juga sibuk dengan kariernya tetapi masih tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Oleh kerana terlalu sibuk ingin memberi kemewahan kepada keluarganya, Hisham bagaimanapun kurang meluangkan masa bersama mereka sekeluarga.


BORIS (kiri) gigih di lokasi penggambaran filem Aku Tak Bodoh.


Seperti yang biasa berlaku dalam institusi kekeluargaan masyarakat zaman moden kini, apabila ada masalah yang timbul, seorang bapa dan suami akan meletakkan kesemua hak dan tanggungjawab menjaga anak-anak kepada isterinya kerana mengganggap dirinya sebagai suami yang harus mencari nafkah adalah yang lebih utama.

Bagi Riezman,40, sebagai pelakon yang agak berpengalaman dalam bidang lakonan, katanya, dia tidak menghadapi cabaran yang berat untuk melakonkan watak sebegitu. Ini adalah kerana dengan berbekalkan pengalamannya yang secara realitinya juga seorang suami dan bapa, dia dapat menghayati watak yang dipikul dengan baik.

"Sememangnya tiada cabaran yang berat bagi saya membawakan watak Hisham kerana saya juga seorang bapa dan juga suami. Jadi, saya gunakan pengalaman itu untuk membawa watak ini," jelas Riezman bakal muncul menerusi filem aksi terbaru, berjudul Empire.

Selain Amy dan Riezman, Aku Tak Bodoh diperkuatkan oleh lakonan mantap Adibah Noor, Namron dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Tiga pelakon baru yang diperkenalkan menerusi filem itu ialah Aeril Zafrel, Wan Nor Aizat dan Rohaizat Hassan.

Rohaizat dan Aizat melakonkan watak anak-anak kepada watak lakonan Amy dan Riezman, manakala Aeril melakonkan watak kawan baik kepada watak lakonan Rohaizat.

Bintang YouTube Taiwan

Posted: 01 Dec 2010 03:32 PM PST


LIN YUN CHUN hadir di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur bagi memperkenalkan album terbarunya yang berjudul It's My Time.


LETAKKAN diri anda sebagai seorang yang tidak mempunyai rupa yang menarik tetapi hanya bermodalkan suara merdu. Lebih penting lagi, mempunyai suntikan minat yang mendalam dalam bidang nyanyian.

Kemudian video rakaman nyanyian anda dimuat turun ke dalam laman YouTube dan menjadikan anda seorang bintang dalam sekelip mata.

Begitulah perjalanan awal seorang jejaka berusia 24 tahun berasal Taiwan, Lin Yun Chun. Dia dianggap mempunyai penampilan yang unik, hingga ada yang menyatakan rambut dan gaya berpakaiannya sama seperti karakter Giant dalam animasi Doraemon. Tetapi itulah faktor yang membuatkan dia diingati di samping suaranya yang mampu mencapai nada yang tinggi.

Lin Yun Chun asalnya menjadi pencabar kepada para peserta dalam program realiti TV Super Star Avenue di Taiwan dengan menyanyikan lagu I Will Always Love You nyanyian asal Whitney Houstan. Video rakaman tersebut telah dimuat naik di laman YouTube dan telah ditonton lebih 8,900,000 kali dan menjadikan dia seorang selebriti Internet.

Akhir November lalu, Lin Yun Chun telah hadir ke Malaysia untuk memperkenalkan album serta mengadakan persembahan sempena pelancaran Yes - The Fastest 4G Mobile Internet With Voice. Sidang media yang berlangsung di Hotel JW Marriot bermula dengan memperkenalkan Lin Yun Chun atau dikenali juga Jimmy Lin serta album terbarunya yang berjudul It's My Time.Lin Yun Chun yang juga turut mempunyai album bahasa Cina berjudul Next Stop To The Future berasa bertuah kerana diberi peluang berkolaborasi dengan penerbit yang juga pemenang Anugerah Grammy, Walter Afanasieff dalam album It's My Time. Walter juga merupakan penerbit lagu My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion.

Pernah membuat persembahan dalam program terkenal seperti The Ellen DeGeneres dan America's Got Talent, Lin Yun Chun menyatakan perasaan bangganya bergelar orang Asia dan dapat menyanyikan lagu berbahasa Inggeris dengan fasih.

"Bahasa Inggeris bukan bahasa pertuturan saya. Saya fikir menjadi seorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi mampu menyanyikan dalam bahasa tersebut seolah-olah fasih menggunakan bahasa tersebut menjadikan masyarakat cepat mengenali saya," ujar Lin yang menggunakan khdimat penterjemah ketika sesi soal jawab berlangsung.

Tidak pernah belajar vokal secara profesional, Lin Yun Chun amat meminati penyanyi hebat, Whitney Houston.

"Dia mampu menyanyikan pelbagai nada dengan baik. Setiap nyanyian Whitney Houston mempengaruhi diri saya dalam semua aspek," katanya lagi yang turut meminati Susan Boyle dan Charice.

Ketika ditanya mengenai gaya rambutnya yang unik, Lin Yun Chun ketawakerana gaya tersebut merupakan salah satu faktor dirinya dikenali ramai.

"Sebenarnya saya tidak merancang untuk mempunyai gaya rambut ini. Sebelum ini saya juga mempunyai gaya yang lain.

"Saya muncul dalam program realiti TV dengan gaya ini dan orang mengenali saya. Stail rambut ini bukan selamanya tetapi buat masa sekarang saya selesa begini," tambah Lin Yun Chun lagi.

It's My Time memuatkan sepuluh buah lagu dengan dua buah lagu Inggeris, I Will Always Love You dan Amazing Grace. Kedua-dua albumnya sudah berada dipasaran sejak 20 September 2010.

Bank 'perang' tarik pelanggan baru

Posted: 01 Dec 2010 03:31 PM PST


KEGILAAN berbelanja tanpa memikirkan kemampuan sebenar kewangan menyebabkan pengguna terperangkap dengan hutang kad kredit. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Sebahagian besar bank kini melancarkan perang besar-besaran untuk menarik pelanggan baru selepas berjuta-juta pemegang kredit menghentikan penggunaan kad mereka disebabkan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun untuk setiap kad kredit utama dan RM25 bagi setiap kad kredit tambahan.

Menurut sumber industri, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan berlaku kemerosotan mendadak jumlah kad kredit dalam industri iaitu sebanyak 18 peratus.

UTM-Proton hasilkan EV

Posted: 01 Dec 2010 03:30 PM PST


MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed melihat kenderaan elektrik Proton Saga di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) berjaya menghasilkan kenderaan elektrik (EV) dengan menggunakan model terbaru Proton Saga.

Penyelidikan selama 11 bulan itu adalah hasil usahasama 20 tenaga terdiri daripada pensyarah, pelajar, juruteknik UTM dan jurutera serta juruteknik Jabatan Penyelidikan Proton.

Menurut Ketua Jurutera Jabatan Penyelidikan Proton, Md. Ridzuan Md. Yusof, kerjasama berkenaan dibuat bagi mempromosikan hasil kerja tempatan yang setanding dengan kereta elektrik buatan luar negara.

"Ini adalah projek perintis dan selepas ini, Proton akan menghasilkan spesifikasi yang lebih menarik dan EV untuk model kereta Proton lain pula," jelasnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Denda RM1 juta, penjara 5 tahun

Posted: 01 Dec 2010 03:30 PM PST

KUALA LUMPUR - Kadar penalti dan hukuman bagi kesalahan pembalakan haram akan ditingkatkan kepada RM1 juta dan penjara tidak kurang daripada lima tahun apabila pindaan ke atas Akta Perhutanan Negara 1984 dilaksanakan kelak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pindaan akta itu sedang diperincikan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum rang undang-undang berkenaan dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Mesyuarat (Majlis Tanah Negara) telah bersetuju untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memantapkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan perhutanan dalam membanteras pembalakan haram dan kesalahan hutan.

Tembelang Doktor Helmi pecah

Posted: 01 Dec 2010 03:28 PM PST


MOHAMAD SHUKOR (tengah) menunjukkan pistol yang dirampas daripada dua lelaki di Rantau Panjang, Klang Utara pada sidang akhbar di Klang semalam.


KLANG - Kalau bukan kerana mencabul seorang pekerja, rahsia seorang bekas tentera yang menyamar sebagai doktor pasti tersimpan rapi.

Bayangkan, selama hampir tiga tahun 'berkhidmat' di tiga buah klinik di Klang, Rawang dan Batang Berjuntai, Kuala Selangor, dia yang tidak mempunyai kelayakan untuk bergelar doktor telah melaksanakan tugas menyambut kelahiran sebanyak sembilan kali.

Suspek, 41, yang kononnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Perubatan (MBBS) dari Turki terus memperdaya majikannya dengan menggunakan gelaran Doktor Helmi Abdul Hamid.

Bagaimanapun, semua itu terbongkar apabila dia sebenarnya hanya memiliki Diploma Perubatan selain pernah bertugas sebagai pembantu perubatan tentera sejak 1988 di Melaka sebelum berhenti pada 2006.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, pihaknya membongkar penyamaran doktor tersebut selepas melakukan semakan dengan Lembaga Perubatan.

Ibu saudara, dua beradik ghaib

Posted: 01 Dec 2010 03:27 PM PST


NUR FAZHILLAH dan adiknya, Mohd, Fazil yang tidak pulang ke rumah sejak Ahad lalu.


KUALA LUMPUR - Duaberadik berusia tiga dan empat tahun hilang bersama ibu saudara mereka selepas keluar bersiar-siar dari rumah mereka di Taman Sri Batu Caves, Gombak di sini pada Ahad lalu.

Sebelum hilang, wanita yang berusia 20-an dan berasal dari Aceh, Indonesia itu dikatakan telah meminta kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak terbabit untuk membawa dua beradik itu bersiar-siar.

Namun, sejak keluar pada petang Ahad lalu, dua beradik itu dan ibu saudara mereka tidak pulang.

Berikutan itu, ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu yang bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka membuat laporan polis pada keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, siasatan polis yakin kedua-dua beradik, Nur Fazhillah, 4, manakala adik lelakinya, Mohd. Fazil, 3, itu masih bersama ibu saudara mereka.

"Wanita itu datang ke negara ini dan tinggal bersama keluarga kanak-kanak itu sejak lima bulan lalu.

"Wanita itu didakwa meninggalkan sekeping nota meminta maaf kepada ibu bapa pasangan adik-beradik tersebut," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Renungan terakhir bakal pengantin

Posted: 01 Dec 2010 03:25 PM PST


ABDUL RAHMAN melakonkan semula bagaimana dia keluar selepas memecahkan cermin depan bas yang terbalik dalam kejadian di Kampung Pulau Kerengga, Marang semalam.


MARANG - Tindakan seorang bakal pengantin membelok ke simpang tanpa memberi isyarat membawa padah apabila dia mati dilanggar sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran simpang Gong Beris, Pulau Kerengga dekat sini semalam.

Kejadian pukul 3.30 pagi itu mengakibatkan pekerja kilang yang bakal berkahwin pada Jun tahun depan, Shahabudin Sudin, 24, mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Kemalangan itu juga mengakibatkan 10 penumpang termasuk pemandu bas City Express cedera selepas kenderaan itu berpusing lalu merempuh sebatang tiang elektrik sebelum terbalik di tepi jalan laluan bertentangan.

Ia ekoran, pemandu bas, Abdul Rahman Daud, 52, sebelum itu cuba membrek dan mengelak motosikal yang ditunggang mangsa. Kesemua mereka dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan dari Melaka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan