Nuffnang

Harian Metro: Rap

sumber :-

Harian Metro: Rap


Yang Benar diyakini bawa tuah

Posted: 30 Nov 2010 06:26 AM PST

ZAFARINA...percaya setiap yang berlaku ada rahmatnya.
ZAFARINA...percaya setiap yang berlaku ada rahmatnya.

BERGELAR ibu tunggal pada usia muda pasti mengundang pengalaman yang kurang menyeronokkan kerana masyarakat mula memandang serong.

Namun, Farina AF8 atau pemilik nama penuh, Zafarina Jamsari, terima segala yang berlaku dalam hidupnya sebagai suratan takdir.

Siapa tidak mahu rumah tangga yang dibina berkekalan sehingga ke penghujung usia. Farina hanya sempat bergelar isteri selama dua tahun sebelum dia dan bekas suami mengambil kata putus untuk memilih jalan hidup masing-masing.

Bagaimanapun, hubungan mereka berdua sehingga kini berkekalan sebagai kawan

baik demi kebahagiaan anak tunggal mereka, Dayang Hasya Yasmin, 8.

Bagaimanapun, Farina tidak pernah meratap nasib diri kerana semua yang terjadi pasti ada rahmat yang tersembunyi.

Dia memandang ke depan dengan penuh semangat dan terus memacu impiannya untuk menjadi penyanyi terkenal. Dengan melantik Syuib Ismail sebagai pengurus, perjalanan kerjaya seninya sekarang berjalan lancar dan lebih teratur.

"Saya menyertai industri seni ini agak lambat iaitu pada usia 28 tahun dan saingan saya pula mereka yang masih muda remaja.

"Sekarang pula terlalu banyak program realiti televisyen yang mencungkil bakat baru dalam bidang nyanyian dan juga lakonan. Akademi Fantasi saja sudah melahirkan lebih 100 bakat baru, tetapi bukan semua yang berjaya. Ada yang hilang terus dari industri.

"Bagaimanapun saya bersyukur, biar pun saya berpeluang menyertai AF8 dalam usia yang agak lewat, sekurang-kurangnya saya masih diberi ruang untuk mengukur kemampuan diri.

"Namun saya tersingkir pada konsert mingguan kelapan dan kesannya orang tidak begitu mengenali saya. Lainlah sekiranya saya berjaya sehingga ke peringkat akhir AF8.

"Oleh itu selepas keluar dari AF8, saya perlu bekerja keras bagi memastikan peminat muzik tanah air menyedari kehadiran saya dalam arena seni suara tanah air dan bagi memastikan kelangsungan hayat saya dalam bidang nyanyian.

"Sebelum berkahwin saya aktif menyanyi di kampung saya di Limbang, Sarawak. Pun begitu, bakat yang ada itu berkubur seketika selepas mendirikan rumah tangga. Justeru, peluang yang ada di depan mata ini, tidak akan saya lepaskan begitu saja," katanya.

Tambahnya, tidak mahu terus menyepi selepas keluar dari AF8, di bawah syarikat pengurusan Shuib, BME Entertainment, Farina menghasilkan lagu single untuk hari raya, Syukur di Aidilfitri. Di bawah label sama pada Disember ini, akan menyusul single kedua, Yang Benar.

Lagu ciptaan Intan Shaharuddin dan lirik Zamzoy itu diharapkan akan membuka laluan yang lebih besar untuknya membina nama dalam industri.

"Saya dan Syuib sangat berhati-hati memilih lagu kerana kami sangat berharap yang lagu itu akan membawa tuah kepada kerjaya saya.

"Rakaman Yang Benar akan siap sepenuhnya pada Disember ini di mana proses rakaman dilakukan di Recording at Fuse Studio milik Audi Mok.

"Insya-Allah, sekiranya lagu ini mendapat sambutan yang baik, saya akan menghasilkan single seterusnya demi memenuhi hasrat saya untuk memiliki album solo.

"Tetapi sebagai artis baru, saya belum yakin untuk menghasilkan album penuh dengan 10 lagu. Memadailah sekiranya saya dapat melahirkan album mini dengan memuatkan lima atau enam lagu," katanya.

Mengenai kehidupan peribadinya, Farina mengakui gembira hidup sendirian dan belum terfikir untuk mencari pengganti.

Katanya, tumpuan sekarang pada kerja.

"Hasya saya tinggalkan bersama datuk dan neneknya di Bintulu. Kalau tidak sibuk, sebulan sekali saya akan balik menjenguknya.

"Kebetulan saya pun banyak mendapat undangan di Sarawak, jadi jika saya ada persembahan di mana-mana daerah di sana, bapa saya akan memandu bawa Hasya berjumpa dengan saya.

"Lebih selamat Hasya tinggal bersama datuk dan neneknya. Bekas suami pun masih menetap di Bintulu dan dia juga selalu menjenguk Hasya. Walaupun kami sudah bercerai, tiada apa yang perlu digaduhkan. Apa yang saya mahukan sekarang, Hasya hidup gembira," katanya.

Farina suka bergaya

MELIHAT imej dan penampilan Farina hari ini, dia ternyata sangat serius dalam bidang seni.

Jika belum ada yang mengenali siapa sebenarnya Farina, pasti ada yang mengatakan dia anak gadis yang baru meningkat usia 21 tahun.

Sebagai anak seni, Farina tahu pembentukan imej amat penting untuk memikat mata dan hati masyarakat.

"Sebelum menyertai AF8 lagi saya seorang yang suka bergaya. Tetapi apabila dalam Akademi Fantasia, saya terpaksa mengikut apa saja pakaian dan corak solekan yang ditetapkan pihak produksi.

"Sekarang selepas keluar dari AF8, saya bentuk semula imej dan penampilan saya mengikut kesesuaian dan keselesaan saya.

"Inilah imej dan penampilan saya sebelum menjadi artis. Shuib dan jurusolek artis, Fahmi banyak membantu saya memantapkan lagi penampilan diri.

"Di samping itu, saya juga banyak membaca majalah fesyen dalam dan luar negara untuk melihat apa yang terbaru di pasaran.

"Bukan pula bermakna saya berhabis sakan semata-mata untuk mengikuti perkembangan fesyen, tetapi saya membeli apa yang perlu saja.

"Ada belanja lain yang lebih penting iaitu penghasilan lagu baru kerana dengan adanya lagu baru, adalah cerita baru untuk dikongsi bersama peminat," katanya yang sering menjaga makan untuk kekal langsing.

Jelas Farina, walaupun baru enam bulan menjadi artis, dia sudah tahu susah senang menjadi anak seni.

Sebelum ini, setiap hari menonton program nyanyian dan drama dibintangi artis ternama, hanya terbayang di mindanya betapa seronok menjadi insan terkenal yang setiap hari berpakaian cantik dan disanjung ramai.

"Apabila saya sendiri sudah berada dalam industri ini, barulah saya tahu jerih perih untuk mencari tapak di sini. "Saingannya terlalu ramai dan setiap hari ada saja muncul bakat baru. Suka atau tidak saya perlu menerima kenyataan itu.

"Tanpa ada yang menguruskan kerjaya saya, tentu saya tidak tahu hendak mulakan macam mana. Saya mengenali Syuib dan Bob AF sebelum saya menyertai AF8 lagi.

"Saya berasal dari Bintulu manakala Syuib dan Bob pula dari Limbang, jadi kami akrab sejak dulu.

"Apabila saya berjaya ke AF8, saya sudah beritahu mereka berdua apa saja nanti saya akan merujuk kepada mereka berdua. Ketika itu Shuib adalah pengurus Bob dan tentu mereka sudah ada banyak pengalaman.

"Oleh itu apabila Shuib membuka syarikat sendiri dan saya pun waktu itu baru keluar dari AF8, lalu Shuib terus mengambil saya menjadi artisnya. Senang bekerja dengan kawan lama dan berasal dari daerah yang sama," katanya.

PROFIL
NAMA: Zafarina Jamhari
TARIKH LAHIR: 7 Oktober 1982
ASAL: Bintulu, Sarawak
KELUARGA: Anak sulung daripada lima beradik
BERAT: 50 kilogram
TINGGI: 164 cm
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Dayang Hasya Jasmin, 8
HOBI: Membaca buku dan karaoke
MAKANAN KEGEMARAN: Tomyam
MINUMAN KEGEMARAN: Ribena
LAGU: Syukur Di Aidilfitri, Yang Benar

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Enam hari RM3.2 juta

Posted: 30 Nov 2010 06:20 AM PST

NGANGKUNG catat RM3,2 juta untuk enam hari tayangan, jauh berbeza dengan tiga filem lain yang ditayangkan sepanjang November

Kutipan bagi tiga filem yang ditayangkan di pawagam sepanjang bulan ini kurang memberangsangkan apabila Estet yang diramalkan menang besar di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) hanya mencatat RM350,000 diikuti Krayon (RM30,000) dan 2 Alam, RM230,000 pada minggu pertama tayangan.

Bagaimanapun, sinar baru mula diberikan filem Ngangkung yang ditayangkan sejak 25 November lalu apabila mencatat kutipan RM3.2 juta untuk tempoh enam hari tayangan.

Lebih membanggakan, filem ke-42 terbitan MIG Productions Sdn Bhd ini dikatakan bakal mengatasi rekod filem paling tinggi kutipannya setakat ini, Adnan Sempit juga terbitan MIG yang ditayangkan pada Januari lalu.


Filem dijayakan Shaheizy Sam sebagai Adnan dan Intan Ladyana ini mencatat kutipan RM7.8 juta manakala Ngangkung diramalkan boleh mencatat RM8 juta berdasarkan kutipan hariannya yang konsisten RM500,000 sehari manakala kutipan pada Sabtu dan Ahad RM1.5 juta.


Produser MIG, David Teo berkata, kutipan yang dicatatkan Ngangkung sehingga semalam merupakan satu kejutan buat dirinya kerana ia dihasilkan pengarah baru yang diberi kepercayaan buat kali pertama mengarah filem.

Katanya, kejayaan itu sangat membanggakan dirinya dan juga semua pihak yang menjayakan filem berkenaan kerana sekadar mensasarkan kutipan RM4 juta, tetapi mencatat RM3.2 juta untuk tempoh enam hari tayangan.

"Kejayaan ini disebabkan kekuatan Ngangkung dari segi jalan ceritanya yang sesuai dengan masyarakat sekarang dan juga sesuai ditonton semua lapisan masyarakat.

"Ia bukan saja untuk penonton remaja malah orang tua dan juga kanak-kanak. Ceritanya juga bukan sekadar hiburan, tetapi memberi kesedaran kepada penonton.

"Lakonan Shaheizy Sam juga membanggakan walaupun dirinya sudah sinonim dengan Adnan Sempit. Kali ini watak Sam agak berbeza kerana kali ini agak serius sebagai bapa penyayang, tetapi berubah menjadi panas baran apabila terjebak dengan judi dan nombor ekor.

"Daripada tinjauan yang saya buat di kalangan penonton, ternyata mereka sukakan lakonan Sam," katanya.

David juga yakin jika kutipan Ngangkung terus konsisten untuk minggu kedua ini, ia mampu mengatasi kutipan Adnan Sempit yang memegang rekod kutipan filem paling tinggi setakat ini.

"Kalau dibuat perbandingan, kutipan Adnan Sempit paling tinggi pada Sabtu dan Ahad dengan jumlah RM1.7 juta berbanding Ngangkung RM1.5 juta.

"Bagaimanapun, kutipan pada hari pembukaan RM500,000 diikuti hari-hari biasa yang konsisten dengan jumlah itu, Ngangkung mengatasi Adnan Sempit kerana kutipannya pada hari biasa agak rendah berbanding hujung minggu.

"Ia ditambah pula dengan cuti sekolah dan tarikh yang bagus pada hujung bulan membuatkan saya yakin Ngangkung mampu mengatasi kutipan Adnan Sempit.

"Siapa tahu Ngangkung mampu mencapai sasaran 1 juta penonton sebagaimana sering disasarkan sebelum ini," katanya.

Turut menjayakan filem genre komedi seram mengenai kegilaan segelintir masyarakat kepada nombor ekor hingga sanggup berhutang dengan along ialah Putri Mardiana, Eira Syazira, Azad Jasmin bersama pelakon komedi, Angah Raja Lawak, Azlee Jaafar dan Mazlan Pet Pet.

Selepas Ngangkung, giliran filem Aku Tak Bodoh terbitan Primework Studios Sdn Bhd pada 2 Disember, kemudian Mamat Khalid mempertaruhkan pula Hantu Mak Limah Balik Rumah (9 Disember), Aku Masih Dara arahasn Ahmad Idham (16 Disember), Janin (23 Disember) dan Damping Malam (30 Disember).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan