Adsense

Selasa, 2 November 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


GAMBAR - Anak Lelaki Diana Rafar Dan Zamarul Hisham

Posted: 02 Nov 2010 02:51 AM PDT


google: diana rafar, diana rafar hamil, diana rafar mengandung, diana rafar berbadan dua, diana rafar bersalin, diana rafar baby, baby diana rafar, bayi diana rafar, foto baby diana rafar, foto bayi diana rafar, anak diana rafar, anak zamarul, diana rafar dan baby, nama anak diana rafar, diana rafar terbaru, cerita diana rafar, diana rafar terkini,

GAMBAR - Fasha Sandha Berdansa di Parti Halloween

Posted: 02 Nov 2010 02:49 AM PDT



 



google: fasha sandha, fasha sandha berparti, fasha sandha parti liar, fasha sandha joget, fasha sandha menari, fasha sandha parti halloween, terbaru fasha sandha, terkini fasha sandha, gambar fasha sandha halloween, fasha sandha seksi di majlis halloween, cerita fasha sandha, gosip fasha sandha, fasha sandha seksi, fasha sandha pusat, pusat fasha sandha

Rumah Tangga Kami Aman Damai – Erra Fazira

Posted: 02 Nov 2010 02:46 AM PDT


Baru semalam kami menulis tentang khabar angin keretakan rumah tangga Engku Emran dan Erra Fazira, akhirnya tuan punya diri sudah pun bersuara. Kepada semua peminat Erra dan Engku Emran, tak perlu risau kerana rumah tangga mereka berdua aman damai. Bak kata Erra:-

Rumah tangga saya aman damai dan kami tidak pernah menghadiri kaunseling dengan jabatan agama. Saya selalu berkepit dengan suami pun orang tak suka tengok. Apabila sekarang jarang muncul berdua, dikatakan rumah tangga kami bermasalah pula. Susahnya hendak puaskan hati semua orang.
Dan sebenarnya Engku Emran ada datang untuk melihat lakonan Erra semasa Teater Tun Mahathir. Engku Emran datang hanya sekali sahaja. Mungkin masa itu para wartawan tak terperasan kemunculan Engku Emran. Mungkin sebab itu terus ada yang membuat kesimpulan Engku Emran tak datang langsung menonton persembahan Erra:-

Selama 11 hari teater muzikal itu dipentaskan, Emran ada datang sekali. Cukuplah sekali dia datang kerana kalau dia datang banyak kali, banyak pula yang akan dikomennya mengenai lakonan saya. Lagipun, dia perlu temankan Aleesya (anak) kerana sepanjang tempoh pementasan itu, setiap malam saya tiada di rumah. Waktu latihan pun saya sibuk, selepas Aidilfitri terus sambung latihan teater itu.
Sebenarnya inilah harga yang perlu dibayar apabila kita bergelar selebriti. Setiap langkah dan tingkah laku diperhatikan. Apa pun kami respek dengan Erra yang terus menceritakan perkara sebenar. So harap-harap lepas ini tak ada spekulasi lagi. Sama-samalah kita doakan agar pasangan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Shah Jazle Jawab Tuduhan Berhutang

Posted: 01 Nov 2010 07:04 PM PDT


PETALING JAYA: Aktor Shah Jazle (gambar), 22, menegaskan dia tidak berhutang dengan sesiapa termasuk syarikat kereta yang mendakwa dia belum melunaskan bayaran pembelian nombor plat kereta khas.

Shah mengaku ada menempah khas nombor plat keretanya, namun dia telah menjelaskan bayaran tersebut sebelum ini.

"Saya dah bayar (tempahan nombor plat khas). Kalau saya belum bayar, mana saya boleh guna kereta baru saya itu.

"Saya dah tahu cerita itu tidak betul, jadi sebab itu saya diamkan sahaja," katanya yang mengetahui cerita berkenaan menerusi pembantu peribadinya, Hanis.

Selepas mendengar daripada mulut Hanis mengenai artikel yang disiarkan dalam sebuah akhbar pada Ahad lalu Shah hanya tergelak dan tidak cepat melatah.

Katanya, cerita itu bukan sahaja tidak berasas, sebaliknya dia turut mengakui tidak berhutang dengan sesiapa.

"Saya tak rasa apa-apa sebab cerita itu tidak betul. Saya tak pernah hutang duit dengan orang.

"Keluarga saya turut menasihati saya supaya tidak melayani cerita seperti itu," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 12 episod Telah Dihalalkan Epal Itu.

Menurut Shah yang memenangi anugerah pakaian lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini, drama arahan Raja Ahmad Alauddin itu berlandaskan al-Quran dan hadis yang akan disiarkan menerusi stesen televisyen baru, TV Al-Hijrah.

google: shahz jaszle dan maria farida, shahz jaszle skandal, gosip shahz jaszle, shahz jaszle biography, terkini shahz jaszle, terbaru shahz jaszle, drama shahz jaszle, shahz jaszle bercinta

Lisa Surihani Turut Jadi Mangsa Akaun Facebook Palsu

Posted: 01 Nov 2010 07:03 PM PDT


PETALING JAYA: Selepas Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Yana Samsudin menjadi mangsa akaun Facebook (FB) palsu, kini giliran aktres Lisa Surihani (gambar) pula mengalami nasib sedemikian.

Lisa yang turut memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM23 pada 25 Oktober lalu baru mendapat tahu ada pihak telah menyamar dengan menggunakan namanya menerusi akaun berkenaan.

Sehubungan itu Lisa terpaksa memaklumkan kepada para peminatnya tentang kewujudan Facebook palsu itu supaya orang lain tidak terpedaya dengan apa yang diperkatakan menerusi laman sosial berkenaan.

"Assalamualaikum kawan-kawan semua..! How are u guys? Lisa dapat tau ada yang menyamar jadi Lisa dengan "create" personal FB Lisa.

"Ternyata itu bukan saya ye. Harap tidak tertipu ya. Lisa tak nak "korang" semua dapat wrong info tentang Lisa dan aktiviti-aktiviti Lisa. Ini link ke FB palsu tersebut : http://www.facebook.com/lisa.surihani.Mohamed," kata Lisa menerusi akaun Facebook sebenar miliknya.

Setakat ini, Lisa telah berjaya mengumpul 876,348 peminat. Pelakon filem Lagenda Budak Setan dan I'm Not Single ini aktif mengemas kini akaun Facebook miliknya yang betul iaitu www.facebook.com/pages/Lisa-Surihani.

Benarkah Salih Yaccob Anak Emas Suria FM?

Posted: 01 Nov 2010 07:02 PM PDT


PETALING JAYA: Kejayaan stesen radio Sinar FM yang mempunyai rating tinggi menyebabkan pelakon Salih Yaccob dikatakan sebagai anak emas kerana menjadi penyumbang kepada populariti stesen tersebut.

Malah majlis meraikan 30 tahun Salih dalam industri hiburan yang turut disertai petugas Sinar FM di Restoran Subak, Bukit Lanjan, di sini pada Sabtu lalu menguatkan lagi spekulasi berkenaan.

Bagaimanapun, Pengurus Program Sinar FM, Rostam Z. Said, berkata Sinar FM mendapat nombor 1 disebabkan kekuatan muzik tidak hanya disebabkan deejaynya.


Salih beramah mesra dengan pemenang peraduan SMS 'SY...I Follow' anjuran Sinar FM pada Ogos lalu.
"Walaupun penyampai radio itu memainkan peranan penting tapi saya menjaga anak buah sama rata dan tidak timbul isu anak emas," kata Rostam atau dikenali dengan nama Pak Tam.

Ketika soalan tentang anak emas itu diajukan kepada Salih yang dikenali sebagai SY, Abang Jam, Mak Ning, Wak dan Mat Salih di kalangan pendengar Sinar FM, dia hanya tersenyum sebaliknya memberitahu majlis berkenaan dibiayai oleh dia sendiri.

"Saya mendapat komen daripada pendengar, kebanyakannya menyukai lawak dan keletah saya dan rakan-rakan pada waktu pagi kerana ia menyeronokkan.

"Dengan penglibatan saya dalam Sinar FM sekurang-kurangnya saya mampu memberikan sesuatu kepada pendengar seperti nasihat," kata Salih yang telah empat tahun bekerja di stesen radio itu.


Salih bersama sebahagian peminatnya.
Tidak dinafikan celoteh antara Salih bersama-sama dua lagi penyampai iaitu Kak Engku (Raja Azura) dan Krill (Khairil Rashid) dalam slot Sinar Pagi yang bermula pukul 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat agak menghiburkan.

Sengaja mengusik Salih tentang watak-watak seperti Abang Jam dan sebagainya itu, dia berkata setiap watak itu memberikan peranan tersendiri untuk mengisi slot selama empat jam yang diberikan.

"Nama Abang Jam saya ambil daripada nama karakter Jamil dalam filem Madu Tiga. Sementara watak Mat Salih pula saya dapati ia mampu menarik pendengar yang suka mendengar gurauan dalam Bahasa Inggeris.

"Walaupun saya tidak betul Bercakap bahasa Inggeris, tetapi ada yang memahami apa yang saya cuba sampaikan itu," ujarnya.


Rostam atau Pak Tam (kiri) merakamkan gambar Salih yang menyanyi karaoke sambil menghiburkan tetamu dengan beberapa buah lagu retro.
Turut meraikan majlis tersebut ialah 12 orang pendengar bertuah yang memenangi peraduan khidmat pesanan ringkas (SMS) SY…I Follow pada Ogos lalu. Mereka memenangi hadiah berupa cenderahati dari Sinar FM dan makan malam bersama-sama Salih.

google: salih yaccob, salih yaccob facebook, salih yaccob blog, salih yaccob twitter, salih yaccob myspace, madu salih yaccob, salih yaccob sinar fm, anak emas salih yaccob, isteri salih yaccob, anak salih yaccob, salih yaccob dan keluarga, salih yaccob bermadu, salih yaccob kahwin, madu salih yaccob, salih yaccob 2010, foto terkini salih yaccob, gambar terbaru salih yaccob, salih yaccob hot, skandal salih yaccob, gosip salih yaccob

Tam (Spider) Belajar Jaga Anak

Posted: 01 Nov 2010 07:00 PM PDT


PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Spider, Rustam Mustafah atau Tam memberitahu kehadiran cahaya mata pertamanya, Muhammad Afiq Rustam, pada 1 September lalu menyerikan lagi rumah tangganya yang dibina buat kali kedua ini.

Kata Tam, selepas berumah tangga dia banyak belajar tentang kerja-kerja menjaga anak memandangkan dia sudah lama menduda.

"Kehidupan saya berbeza, saya kini sudah mempunyai keluarga yang bahagia, lagi pula kami telah dikurniakan seorang cahaya mata. Banyak yang saya pelajari terutamanya tentang penjagaan bayi.

"Rasa kekok apabila menjaga bayi kedua ini. Yalah sudah lama rasanya saya menduda. Anak pertama saya sudah pun berusia 16 tahun," ujarnya.

Tambah Tam, dia kini terpaksa membahagikan masa antara album terbaru Spider berjudul KitaSatu dengan perhatian terhadap keluarga. Malah dia mengakui perkara tersebut menjadi salah satu punca album Spider mengambil masa agak panjang sebelum dilancarkan.

"Album KitaSatu mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, salah satu disebabkan kami masing-masing mempunyai komitmen sendiri.

"Saya sibuk dengan keluarga dan kami juga memberi masa kepada Ayie (pemain drum) untuk menyelesaikan masalah peribadinya sebelum menumpukan perhatian sepenuhnya kepada album ini," ujar Tam yang turut menolak dakwaan kumpulan Spider sudah berpecah.

Spider masih lagi mengekalkan ahli terdahulu yang terdiri daripada Tam (Vokalis & Gitar), Tony (Bass), Hanafie (gitar) dan Ayie (Dram).

Selain itu, jelas Tam, banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum album terbaru mereka yang memuatkan lima buah lagu baru itu siap untuk berada di pasaran.

Dalam pada itu, Tam turut mengulas senario kemunculan kumpulan-kumpulan muzik baru yang mengelar diri mereka sebagai kumpulan indie.

"Bagus kerana mereka sudah berani tampil ke dunia arus perdana tapi apa yang saya risaukan ialah ramai yang mengikut tanpa mengetahui apa sebenarnya yang mereka perjuangkan.

"Bagi saya percubaan, Hujan, Bunkface dan Meet Uncle Hussain adalah berjaya, namun ramai lagi kumpulan yang mahu mengikut jejak langkah mereka dengan mengelar diri sebagai indie band. Sebenarnya mereka hanya terikut-ikut dengan kumpulan itu," katanya.

Album Kitasatu bakal berada di pasaran pada 9 November ini. Ia diterbitkan sepenuhnya oleh Spider di bawah syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd, manakala Universal Music Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar dan wakil pemasarannya.

Kenchana Devi Jadi Penerbit Drama

Posted: 01 Nov 2010 06:59 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon drama Puteri, Kenchana Devi, 35, dalam diam-diam sebenarnya telah bergelar seorang penerbit.

Setelah 17 tahun menceburi dunia lakonan, kali ini Kenchana buat julung kalinya menerbitkan program televisyen muzikal berjudul Cahaya Deepavali dan Jodoh Deepavali menerusi syarikatnya, Kanchana Shakti Production Sdn Bhd.

Drama Cahaya Deepavali akan disiarkan pada 5 November ini, pukul 9 pagi di TV3. Pada hari yang sama juga Jodoh Deepavali pula disiarkan pada pukul 6 petang.

Cahaya Deepavali mengisahkan tentang kisah benar seorang budak perempuan bernama Devi, yang berusaha keras untuk mencapai impiannya dengan bantuan ibu dan adik-beradiknya yang lain.


Kenchana Devi (kanan) dan Shashi Tharan turut bergandingan dalam program muzikal televisyen terbitan Kenchana berjudul Jodoh Deepavali di TV3.
Menurut Kenchana, penonton harus menonton drama arahan C. Kumaresan itu kerana ia mengisahkan tentang kekeluargaan dan makna cinta menerusi lima buah lagu.

Drama tersebut menampilkan 60 peratus penggunaan bahasa Melayu dan selebihnya bahasa Tamil.

Selain Kenchana, antara pelakon lain yang membintangi Cahaya Deepavali adalah Sheela Pravina, C. Kumaresan, Kumaresh, Louisa Chong, Jason Chong, Tashveta Devi (anak Kenchana), Ganthi Ben, Jay Sudha, Farmi, Abiraman, Govinraj, Jayaletchumi, Sepul, Nurhasrin dan Nas Adila.


Antara barisan pelakon dalam program muzikal televisyen terbitan Kenchana Devi berjudul Jodoh Deepavali di TV3.
Sementara itu, Jodoh Deepavali merupakan sebuah rancangan komedi muzikal selama satu jam yang menampilkan Thashumisha Devi dan Papaya Seelan dengan menampilkan lima buah lagu.

Rancangan ini menceritakan tentang gelagat dua pengacara yang tidak serasi sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada pihak penggambaran setiap kali mereka mengendalikan rancangan tersebut.

Masing-masing yang mempunyai karakter ego dan tidak mahu bertolak ansur sering memeningkan kepala pengarah (Sathiya).

Keadaan menjadi lebih panas apabila kedua-dua pengacara diva berperang mulut setiap kali sebaik sahaja pengarah menyebut "cut!".


Antara barisan artis yang turut terlibat adalah Kenchana Devi, Shashi Tharan, Ropie, Thinakaran, Logithavani, Louisa Chong, Rosyam Nor dan Maria Tunku Sabri.

google: kenchana devi, kenchana devi facebook, kenchana devi blog, kenchana devi myspace, kenchana devi drama, arahan drama kenchana devi, kenchana devi twitter, terkini kenchana devi, terbaru kenchana devi

Idham & David Teo Pula "Belasah" Ahmad Puad Onah

Posted: 01 Nov 2010 06:57 PM PDT


PETALING JAYA: Pengarah Ahmad Idham menganggap pelantikan Pengurus Besar, Grand Briliance Sdn. Bhd. (GBSB), Ahmad Puad Onah menganggotai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebagai Timbalan Pengerusi agak kelakar kerana Ahmad Puad seperti melanggar prinsipnya sebelum ini.

Kata Idham, ketika menerima jawatan tersebut, dia berharap Ahmad Puad menolaknya memandangkan Ahmad Puad mempunyai pelbagai jawatan dalam industri perfileman tempatan seperti Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dan Presiden Penerbit Filem Malaysia (PFM).

"Selama ini beria-ia dia membuat sidang akhbar mengutuk saya dan David. Saya ada juga tunggu dia untuk melihat dia menolak jawatan tersebut.

"Nampaknya perkara itu tidak berlaku dan nampaklah Ahmad Puad telah melanggar prinsip.

"Cuma apa yang pelik, kami menerima surat daripada pihak Gafim mengenai pelantikan itu tanpa sokongan dan tandatangan presiden daripada 12 persatuan di bawah Gafim," jelasnya.

Tambah Idham, berdasarkan profil Ahmad Puad, dia tidak pernah menjalankan sebarang projek membabitkan industri filem serta kurang profesional dalam bidang perfileman.

"Nak ikutkan bila dia menyandang jawatan presiden pun sudah menjadi satu tanda tanya yang besar. Dia bukanlah seorang penerbit filem. Dia hanya duduk di sebuah syarikat terbitan drama dan filem yang besar dan turut makan gaji bulan. Dari situ kita boleh melihat kepincangannya.

"Saya akan mengambil tindakan jika perlu. Ia bergantung kepada keadaan. Apa-apa pun, saya perlu memikirkan impak terhadap nama saya, industri sendiri sebelum membuat tindakan undang-undang. Sedihnya sehingga hari ini tiada siapa pun yang membetulkan keadaan atau mencuci calar di muka saya akibat tuduhan yang dikenakan," tuturnya.

Sebelum ini, Ahmad Puad pernah mempersoalkan pelantikan produser filem David Teo dan pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai ahli perbadanan dengan alasan mereka adalah karyawan yang aktif dan mempunyai syarikat sendiri. Ia dikhuatiri berlakunya konflik kepentingan.

Ketika kecoh isu tersebut, Ahmad Puad pula menerima tawaran menganggotai Finas sedangkan dia juga masih memegang jawatan di GBSB.

Fikir Mahu Saman - David Teo

Menurut David Teo pula, dia sedang mengemas kini tuduhan-tuduhan yang pernah dibuat oleh Ahmad Puad sebelum memikirkan kewajaran tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

"Ahmad Puad disifatkan sebagai budak-budak yang bercakap tanpa berfikir dan terlalu mementingkan diri sendiri.

"Secara peribadi, saya akan sama ada mahu ambil tindakan undang-undang atau tidak. Ia bergantung kepada keinginan saya serta berdasarkan nasihat peguam," katanya.

Beritahu David, pelantikan Ahmad Puad sebagai Timbalan Pengerusi Finas hanya akan merosakkan industri perfileman tempatan, tambahan pula Ahmad Puad tidak mempunyai kelayakan atau kejayaan berkaitan perfileman dalam rekod perkhidmatannya.

"Pada pandangan saya, industri filem kita akan penuh dengan politik dan birokrasi apabila dia mengambil alih jawatan itu.


Ahmad Puad Onah
"Apatah lagi, dia tidak pernah menyumbang apa-apa ataupun berkarya dalam mana-mana filem. Dia sekadar menjadi seorang penerbit dari sebuah stesen televisyen swasta sahaja," katanya.

Tidak minta dilantik – Ahmad Puad Onah

Sementara itu, Ahmad Puad menegaskan, dia tidak meminta untuk dilantik sebagai Iimbalan Pengerusi Perbadanan itu sebaliknya ia diputuskan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

"Datuk Rais telah memutuskan sesiapa yang menjadi Presiden Gafim, hendaklah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Finas.

"Jika mahu bercakap tentang prinsip saya sebelum ini dan kedudukan sebagai presiden, ia tiada kena mengena dengan syarikat.

"Saya cuma persoalkan, ahli lembaga Finas perlu bebas daripada kepentingan peribadi dan isunya adalah kami mahu mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, bukan persoalkan pelantikan mereka (David dan Idham).

"Dalam sidang akhbar sebelum ini memorandum yang dihantar kepada pihak kementerian tidak dijawab tapi selepas itu, pihak kementerian telah memanggil kami dan menjelaskan sebarang pelantikan dibuat atas kuasa pihak kementerian itu sendiri," jelasnya.