Adsense

Rabu, 27 Jun 2012

Zon Artis

Zon Artis


Raja Azmi & Jalani Sidek Sah Bercerai Talak Satu

Posted: 27 Jun 2012 03:06 AM PDT

RAJA AZMI DAN JALANI SIDEK BERCERAI

Jika awal pagi tadi kami melaporkan yang produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman dan suami, Jalani Sidek akan menfailkan perceraian yang turut kami sertakan dengan sedikit penjelasan daripada Raja Azmi (baca di sini). Terbaru, permohonan cerai Raja Azmi dan Jalani Sidek telah diluluskan dan mereka sudah sah bercerai talak satu.

Permohonan yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur itu diluluskan oleh Tuan Hakim, Shaiful Azli Jamaludin selepas meneliti permohonan dan keterangan bersumpah daripada pihak plaintif, Raja Azmi yang menyatakan tidak lagi wujud kasih sayang dan berlaku konflik berpanjangan di dalam perkahwinan mereka.

Related Posts with Thumbnails