Adsense

Rabu, 27 Jun 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Sekitar Pelancaran Album Akim Ahmad

Posted: 27 Jun 2012 08:59 PM PDT

Gambar Sekitar Pelancaran Album Akim Ahmad

Pada jam 5 petang semalam, tercatat dalam diari penyanyi dan pelakon Akim Ahmad di mana akhirnya album pertama yang sekian lama ditunggu telah berada di genggaman peminat. Satu pelancaran album Akim Ahmad telah diadakan disaksikan oleh para media, keluarga dan peminat setia Akim Ahmad – Gafimers.

Budiey ucapkan tahniah buat Akim Ahmad atas kelahiran album ini.

Setelah tiga tahun menceburi diri dalam industri seni suara, Akim Ahmad menarik nafas lega apabila albumnya berada di pasaran. Namun, usaha tidak setakat itu kerana Akim kena buat promosi agar album ini mendapat perhatian ramai peminat untuk mendapatkannya.

Album ini mengandungi 10 buah lagu yang mana ada 7 buah lagu baru. Sebagai bonus, Akim Ahmad memberi 3 buah lagunya yang popular sebelum ini dalam bentuk akustik. Paling menarik, 4 daripada 10 buah lagu dalam album ini adalah nukilan dan garapan sepenuhnya oleh pelakon Hooree Hoore ini. Dua buah lagu ditulisnya pula mendapat sentuhan dari komposer terkenal iaitu Audi Mok, Kunci Demak dan Omar K. Lebih manis, Akim turut mengundang dua penyanyi terkenal Stacy dan Fiq untuk bergabung dalam lagu duet.

Kepada peminat, dapatkan album Akim Ahmad di pasaran. Budiey dah pun dengar dan Budiey rasa anda berbaloi untuk mendapat album ini kerana semua lagu best-best.

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Akim Ahmad Lancar Album Pertama

Semasa sesi bersama media, Akim Ahmad memberitahu hasratnya untuk menamatkan zaman bujangnya empat tahun lagi iaitu ketika mencapai usia 25 tahun kerana beranggapan angka itu paling sesuai untuk dia bergelar seorang suami.

Akim, 21, berkata, buat masa ini dia langsung tidak memikirkan mengenai soal teman wanita kerana ingin menumpukan perhatian terhadap kerjaya selain bekerja bagi mengumpul aset.

"Saya masih muda dan sebagai lelaki pelbagai impian ingin saya realisasikan terlebih dahulu seperti memiliki kereta, rumah dan aset lain. Tambahan pula kerjaya nyanyian saya baru stabil dan saya ingin memberi fokus terhadap perkara itu terlebih dahulu," ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran album pertamanya berjudul Akim Ahmad di sini, Rabu.

Memperjelaskan hubungannya dengan Stacy, Akim menegaskan hubungan mereka tidak lebih sebagai seorang sahabat. Akim memberitahu dia senang berkawan dengan penyanyi itu dan bekerjasama dengannya.

"Kami tiada sebarang hubungan istimewa dan sekadar sahabat baik. Malah untuk album pertama saya ini kami berduet dalam sebuah lagu bertajuk Kembali dan saya sentiasa senang bekerjasama dengan dia," katanya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai album terbaru itu, Akim melahirkan rasa syukur kerana penantian selama tiga tahun akhirnya berbaloi.

Akim berkata, tidak timbul soal dia perlu menanti lama kerana apa yang lebih penting dia berpuas hati dengan kualiti album yang diterbitkan.

"Saya terlibat secara langsung dalam pembikinan album yang mempunyai 10 buah lagu ini dan cukup berpuas hati dengan hasilnya. Saya juga turut menghasilkan dua buah lagu dan menulis sendiri hampir kesemua lirik untuk album itu. Ia sangat dekat dengan saya," ujarnya.

Akim memberitahu dia berharap album ini dapat menyentuh hati para peminat kerana segala usaha telah dicurahkan dalam karya tersebut.

Sementara itu, Akim terkejut apabila syarikat rakaman Sony Music Indonesia turut berminat untuk memasarkan album tersebut di negara itu.

"Siapa yang tidak mahu melebarkan sayap ke negara seberang tetapi jika belum rezeki, tiada apa perlu disesalkan kerana saya boleh menumpukan aktiviti sepenuhnya di negara sendiri," katanya.

Antara lagu yang terkandung dalam album tersebut adalah Menunggu, Daya Cinta, Mesti Ada Cinta, Tentang Dia dan Yang Nyata. via Mstar Online.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Sekitar Pelancaran Album Love Me Butch

Posted: 27 Jun 2012 08:43 PM PDT

Gambar Sekitar Pelancaran Album Love Me Butch

Pelancaran Album Love Me Butch yang diadakan di Lust KL, Kuala Lumpur ini di mana acaranya sangat ringkas dan kasual. Maklumlah, konsep muzik Love Me Butch juga memang sesuai dengan jiwa remaja anak muda masa kini yang sukakan muzik yang lebih hard rock.

Love Me Butch, satu nama band yang tak asing. Sebuah band 'Malaysian English Post-Hardcore Band. Tak perlu Budiey perkenalkan di sini secara terperinci. Korang boleh dengar muziknya dengan klik sahaja di Youtube. Disertai oleh empat orang muda iaitu Syarul Reza sebagai vokalis, Wing Meng (gitar), Kevin Kong (pemain bass) dan Jana Nair (pemain drum) begitu terkenal di negara Asia lain seperti Jepun, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia di mana mereka pernah buat konsert tour di sana.

Love Me Butch dah lancar debut album berjudul Enter Posthuman pada tahun 2001 dan telah menjulang anugerah Best New English Artis di AIM. Kemudian pada tahun 2005, album This is The New Pop dilancarkan dan band ini buat promosi tour di seluruh negeri. Band ini mendapat tumpuan peminat seluruh Asia dan dunia selepas muzik video berjudul Hollywood Holiday ditayangkan di MTV Asia.

Kalau nak ikutan pencapaian, Love Me Butch dah kira sebuah band yang berjaya. Tengok pada senarai pencalonan anugerah… bukan main banyak lagi. Juga Budiey tengok Muzik Video band ini juga gah di negara-negara luar. Kalau tak, takdelah nak menang di APICTA Award 2008 untuk Barricade Muzik Video.

Usaha berterusan dengan membawa dan memperjuangkan muzik mereka, telah menaikkan lagi nama Love Me Butch. Seiring dengan kembara promosi dan konsert di beberapa buah negara Asia seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina dan Jepun. Pernah dipilih untuk featured sebagai opening act di beberapa buah konsert band terkenal seperti Deftones, Avenged Sevensoul, UNderoath, Misery Signals, Simple Plan dan banyak lagi.

Sebenarnya, album yang dilancarkan pada hari ini telah pun berada di pasaran sejak bulan Disember 2011 lalu. Namun, kali ini diperkenalkan lebih dekat kepada media Melayu di Malaysia. Album ketiga yang mengandungi 10 buah lagu ini telah dijual lebih 1000 buah dalam masa 3 minggu dijual di pasaran. Diterbitkan oleh Eastern Records, album ini mendapat sambutan hangat dari peminat Love Me Butch.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah Generation S.O.S, In Honor & Gratitude, The Promise, Worldwide Transgression, We Are All You've Got, Come Out, Come Out, Come Out, For What Its Worth, Tragedy, Knee Deep in Despair dan Knock Yourself Out.

VIDEO KLIP COME OUT COME OUT

Dalam banyak-banyak lagu kat atas ni, Budiey suka layan lagu Come Out Come Out. Hahaha sebab apa? Korang kena dengar la dulu lagu ni camna, sedap ke tak? Tapi memang muzik macam ni boleh layan gak la terutama masa tengah stress. Tapi ada sesetengah orang, bila stress tak boleh sangat layan lagu muzik yang bingit cam ni. Ikut pada selera korang la kan.

Love Me Butch

Love Me Butch

Love Me Butch

Love Me Butch

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: