Nuffnang

borak kosong

sumber :-

borak kosong


Melambung dilanggar kereta

Posted: 11 Jun 2012 09:15 PM PDT






Madonna pamer payudara di depan 55 ribu penonton di Turki

Posted: 11 Jun 2012 09:00 PM PDT

berita-beritadotcom: Tiba-tiba Modonna membuka branya dan memperlihatkan payudaranya sebelah kepada 55 ribu penonton pertunjukan muziknya di Turki pada Sabtu (9/6/2012). Aksi memperlihatkan payudara itu terakam dalam video penonton.

Penyanyi yang kini berusia 53 tahun itu melakukan aksinya itu saat menyanyikan salah satu lagunya Human Nature. Mantan isteri Lenny Kravitz itu berjalan dari tengah pentas ke depan dan membuka aksesoris pakaiannya. Tiba-tiba ia membuka bra dan sengaja mempertontonkan payudara sebelah kanannya ke hadapan sekitar 55 ribu penonton.

Aksi ibunda gadis cantik bernama Lourdes Leon (16 tahun) itu, membuat histeria. Bukannya hanya itu, ia kemudian melepas zip seluarnya.

Nikmati 'iPad' Dan 'iPod' Goreng

Posted: 11 Jun 2012 08:45 PM PDT

Pemilik iPad dan iPod tentu tak rela jika perangkat mereka harus digoreng dengan minyak panas. Lalu apa jadinya jika kedua perangkat  Apple itu digoreng?

Hal itu lah yang dilakukan seorang fotografer asal New Zealand, Henry Hargreaves.Lelaki berusia 32 tahun itu mencelupkan sebuah iPad, iPhone, iPhone dan MacBook ke dalam minyak goreng.

Itu dilakukannya sebagai sebahagian dari projek seni yang dikerjakannya. Tapi semuanya bukan perangkat asli, melainkan replika yang dibuat Hargreaves.

Saya tidak cukup kaya untuk membeli dan menghancurkan perangakt elektronik. Saya juga tidak ingin mengetahui apa yang akan terjadi jika baterai direndam dalam minyak panas, jadi saya menciptakan kembali produk tersebut (replika), jelas Hargreaves.

Lelaki yang tinggal di New York ini mendapatkan idae projek yang dikerjakannya tersebut setelah menonton video yang dibuat oleh remaja Jepun. Para remaja Jepun itu, kata Hargreaves, berusaha untuk menggoreng PlayStasion PSP.

Saya menemukan sebuah video dari beberapa remaja Jepun yang ingin menggoreng PSP dan memakannya. Tapi sayangnya, usaha mereka tidak berjalan baik. Meski begitu saya menyukai gagasan tersebut, ujar Hargreaves.

Selain itu, Hargreaves juga ingin memperluas projeknya dengan memotret perangkat Apple yang digorengnya. Hargreaves juga memiliki pandangan bahawa ada kesamaan antara budaya teknologi dan makanan cepat saji.

Saya melihat kesamaan antara budaya teknologi dan makanan cepat saji. Cepat dimakan dan kemudian dibuang, ungkapnya.

Sumber : http://techno.okezone.com

Cristiano Ronaldo Playboy yang Stylish

Posted: 11 Jun 2012 08:30 PM PDT

SIAPA tak kenal Cristiano Ronaldo? Si tampan asal Portugal ini tidak hanya dikenal kerana kepiawaiannya mengolah si kulit bundar, namun kerana karismanya di kalangan wanita.

Salah satu bintang handalan Real Madrid, Cristiano Ronaldo memang selalu menarik perhatian. Dalam dunia sepak bola, pemain yang kerap di juluki CR7 ini terkenal kerana kecepatannya dalam berlari dan tendangannya yang sering menerjah gawang lawan.

Tidak hanya bersinar di lapangan hijau, ketampanan lelaki yang pernah membela Manchester United ini juga dilirik oleh banyak label. Ronaldo bahkan menggantikan David Beckham sebagai bintang label asal Italia, yakni Armani.

Dalam beberapa iklannya, bungsu dari tiga bersaudara ini tampil seksi sambil mempamerkan otot-otot yang ada pada tubuhnya. Konon, untuk mendapatkan tubuh seindah itu, Ronaldo harus melakukan 3.000 kali sit up setiap hari.

Dari segi fesyen, dia boleh dikatakan trendy.Seperti lelaki Latin, dia gemar memakai pakaian yang memperlihatkan bentuk tubuhnya, demikian yang dikutip dari This is London.

Tshirt, kemeja, hingga jaket yang dipilih, selalu dengan potongan yang membentuk tubuhnya. Ronaldo juga gemar memakai perhiasan berupa anting, serta kalung dari berlian.

Kehidupan peribadi lelaki bertinggi badan 186 sentimeter ini juga sering menjadi pemberitaan media masa. Kombinasi antara ketampanan, kekayaan, serta karisma membuatnya dekat dengan banyak wanita cantik. Ronaldo pun sempat diberitakan dekat dengan beberapa perempuan terkenal. Mereka di antaranya Raffaela Fico, Kim Kardashian, Paris Hilton, Mirella Grisales, Imogen Thomas, dan Luana Belleti. Namun, nampaknya hati lelaki 27 tahun ini telah tertambat pada Irina Shayk, seorang model kelahiran Rusia.

Ronaldo dan Shayk dikhabarkan menjalani hubungan percintaan sejak 2010. Rupanya, kedekatan ini terjadi sejak mereka bekerja sama dalam beberapa iklan Armani. Meski sempat beberapa kali mengalami pasang surut dalam hubungan, mereka dikhabarkan masih dekat dan akan menikah pada tahun ini.

Pada 2010, Ronaldo mengumumkan telah rasmi menjadi seorang ayah lewat akaun Facebook. Dia pun menamakan anak laki-laki tersebut Cristian Ronaldo Junior. Hingga saat ini, Ronaldo masih merahsiakan siapa ibu dari puteranya. Namun, Ronaldo mengklaim bahawa anak tersebut berada penuh dalam pengasuhannya. Kini, Ronaldo Junior dirawat oleh nenek (ibu Ronaldo) dan  (kakak Ronaldo). (ina)
(tty)

Uniknya Acara “Arab Saudi Mencari Bakat”

Posted: 11 Jun 2012 08:15 PM PDT

Acara pencarian bakat semacam America Got Talent , ternyata juga ada di Arab Saudi. Negara yang begitu kental dan sangat ketat dengan peraturan keagamaan yang majoriti adalah Muslim, ternyata juga ikut menyelenggarakan acara pencari bakat seperti ini.

Namun, ini sangat berbeza dengan yang sudah diadakan di negara-negara lain. Apa ya perbezaannya? Kalau acara Arab Mencari Bakat, penyaringan kontestannya dibezakan berdasarkan jenis kelamin. Mereka tidak memperbolehkan wanita ikut serta dalam acara ini.

Jadi, tidak ada peserta wanita yang boleh ikut dan diterima menjadi peserta dalam acara mencari bakat ini. Arab Saudi juga tidak menghalalkan adanya muzik, nyanyian, dan tarian moder yang sarat akan hal-hal yang vulgar di negara mereka.

Itu dianggap sebagai hal terlarang dalam aturan keagamaan sehingga dalam acara ajang mencari bakat ini juga tidak diperbolehkan menggunakan lagu dan musik, nyanyian dan juga tarian. Lalu apa yang mereka lakukan? Arab Mencari Bakat hanya mencari bakat-bakat dalam membaca puisi, olahraga, dan nyanyian keagamaan. Acara Arab Mencari Bakat ini diadakan di Buraydah, Arab Saudi.

Juri yang diundang untuk menilai pertandingan ini terdiri dari seorang penyair, produser televisyen, dan reporter media masa. itulah keunikan acara Arab Mencari Bakat, lain daripada yang lain.

sumber 

Kim Kardashian diarah jauhi Kris Humphries

Posted: 11 Jun 2012 08:00 PM PDT

BIARPUN sudah umumkan penceraian mereka, namun permusuhan antara Kim Kardashian dan bekas suaminya, Kris Humphries masih belum selesai.

Terbaru, sumber memberitahu, Kris ada meminta Kim menyelesaikan masalah mereka dengan membayar RM22.3 juta (ASD7 juta) kepadanya.

Permintaan Kris itu disokong teman lelaki Kim, Kanye West, yang tidak mahu melihat Kris terus mengganggu teman wanitanya.

"Kanye berhasrat mahu segera kahwin dengan Kim dan menasihati Kim supaya percepatkan proses penceraiannya dengan Kris.

"Malah, Kanye turut menasihati Kim mengikut sahaja kehendak Kris.

Sementara itu, Kim pula kelihatan seperti bersetuju dengan nasihat teman lelakinya itu kerana dia juga begitu sayangkan Kanye," katanya.



sumber : SINAR HARIAN

Umpan kad prabayar rogol gadis

Posted: 11 Jun 2012 07:45 PM PDT


AMPANG JAYA - Taktik seorang kerani penghantar surat dan ejen insurans mengumpan kad prabayar tambah nilai untuk mendapatkan imbuhan seks daripada dua gadis bawah umur memakan diri apabila masing-masing dihukum penjara 15 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Roszianayati Ahmad menyabitkan tertuduh Aidil Rashid, 38, dan Lee Kwong Mun, 36, atas dua tuduhan rogol setiap seorang selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Beliau mengarahkan hukuman mereka berjalan serentak mulai semalam.
Aidil didakwa merogol gadis pertama berusia 14 tahun antara Mei dan Jun 2010 di sebuah rumah pangsapuri di Lembah Jaya di sini pada pukul 3 dan 3.30 petang dan mengulangi perbuatan serupa terhadap mangsa kedua berusia 13 tahun antara April dan Jun 2010 di tempat sama.
Kwong Mun juga didakwa merogol kedua-dua gadis yang sama di pangsapuri tersebut antara Ogos 2009 dan Jun 2010 dan pada Mei 2010 pukul 9 dan 9.30 malam.
Kedua-dua tertuduh tinggal berjiran di kawasan itu.
sumber : kosmo online

Perempuan ganas ketika mabuk dijatuhkan hukuman

Posted: 11 Jun 2012 07:30 PM PDT


SINGAPURA: Dia menumbuk, mengeluarkan kata-kata kesat dan menghantuk kepalanya pada anggota polis, ketika di dalam pengaruh alkohol, tahun lalu.
Natasha Wan Xue Wen, 23, diletakkan di bawah pengawasan selama 15 bulan, di mana dalam masa itu dia perlu berada di rumah antara jam 11 malam hingga 6 pagi. 
Pelajar universiti (ketika itu), di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) juga perlu melakukan 100 jam kerja komuniti.

Ibu bapanya, yang terikat untuk memastikan dia berkelakuan baik, mungkin kehilangan S$5,000 (RM12,386) sekiranya dia gagal berbuat demikian.



Bulan lalu dia mengaku bersalah melakukan dua jenayah kekerasan ke atas kakitangan kerajaan dan kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat dan berkelakuan tidak senonoh. - ST



sumber : myMetro

Rupert, 9 kg, kucing paling besar di Australia

Posted: 11 Jun 2012 07:15 PM PDT


SYDNEY: Dengan saiz tiga kali ganda berbanding kucing biasa, ramai yang berfikir Rupert tidak akan membesar lagi buat masa ini.
Bagaimanapun, kucing saiz besar melampau itu yang berat sembilan kilogram dan dianggap sebagai antara kucing paling besar di dunia, hanya baru membesar separuh dan dijangka terus bertambah gemuk.
Kucing baka Maine coon itu baru mencapai separuh daripada berat kemungkinannya pada usia hampir tiga tahun. Beratnya dijangka bertambah sebanyak lima kilogram lagi.

Hakim pertandingan kucing berkata, Rupert yang tiga kali menjadi juara di negara asalnya, Australia, adalah kucing Maine coon baka tempatan paling besar pernah mereka lihat.



Hakim, Lesley Morgan Blythe berkata: "Dia sungguh besar, kucing gergasi dan masih belum membesar sepenuhnya.


"Dia lebih besar berbanding kucing Maine coon yang pernah saya lihat."

Pemilik Rupert, Kyra Foster, berkata: "Dia kelihatan sungguh hebat dengan bulu yang panjang di samping mukanya yang kelihatan liar.

"Orang ramai akan terpesona apabila melihatnya."

Kucing Maine coon terkenal sebagai baka yang menghasilkan kucing tempatan besar.

Berasal dari Maine, negeri di Amerika Syarikat, kucing itu mempunyai ciri tersendiri kerana ekornya yang berbulu lebat dan panjang dan boleh membesar sehingga lebih satu meter. - DM



sumber : myMetro

Bogel di luar rumah selebriti

Posted: 11 Jun 2012 07:00 PM PDT


HOLLYWOOD: Seorang lelaki bogel ditangkap di jalan raya oleh polis selepas didakwa menjerit bahawa dia khayal kerana mengambil dadah, berhampiran kediaman selebriti terkenal Hollywood, semalam.
Polis dipanggil ke kawasan berhampiran rumah Orlando Bloom dan isteri, Miranda Kerr dan mendapati lelaki itu tersembam di jalan raya.



Dia kemudian melompat ke dalam semak apabila polis menghampirinya.

Polis menyarungkan sarung tangan hitam sebelum menariknya keluar dan menangkapnya.



Lelaki itu yang identitinya belum diketahui, digari dengan tangannya di belakang sebelum dibawa oleh kereta peronda itu.


Kejadian di Hollywood Hills itu juga berhampiran dengan kediaman selebriti terkenal seperti Jason Statham, Charlize Theron, Laura Dern dan Will Ferrell.

Setakat ini tidak dapat dipastikan siapa yang menelefon polis atau jenis kesalahan yang menyebabkan lelaki itu ditangkap. - DM



sumber : myMetro

Cedera paha digigit suami

Posted: 11 Jun 2012 06:45 PM PDT


SUBANG JAYA: Gara-gara mahu memeriksa telefon bimbit suaminya, seorang wanita bukan saja cedera di paha akibat digigit, malah turut dicekik lelaki berkenaan dalam kejadian di rumah rakan mereka di Puchong Hartamas, Bukit Puchong, di sini, Jumaat lalu.
Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit turut menyambung semula tindakannya di rumah sewa mereka di Taman Tasik Puchong dengan menampar dan menolak isterinya ke dinding sebelum rebah di lantai beberapa jam selepas kejadian pertama.

Dalam kejadian yang bermula di rumah rakan mereka kira-kira jam 11.30 pagi itu, wanita berusia 32 tahun itu dikatakan berselisih faham dengan suaminya sebelum bertindak merampas telefon bimbit suspek dan cuba memeriksa kandungan telefon berkenaan selepas mengesyaki lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan rakannya sendiri.


Menurut sumber, ketika cuba mengambil semula telefon bimbit miliknya, suspek yang berusia 31 tahun itu terus menggigit tangan kiri isterinya, namun gagal menyebabkan suspek memukul badan dan menggigit paha kanan mangsa sebelum mencekiknya.

Katanya, lebih memalukan, kejadian berlaku di rumah rakan mereka yang turut disaksikan rakan lain.


Menurut sumber lagi, tidak cukup dengan itu, suami mangsa menyambung perbuatannya di rumah sewa mereka.



Katanya, dua rakan serumah mereka kemudian membantu mangsa dan menenangkan suspek sebelum membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.



sumber : myMetro

Amuk anak tak belikan komputer riba

Posted: 11 Jun 2012 06:30 PM PDT


CHERAS: Hanya kerana anak lelakinya enggan membelikan komputer riba yang diminta, seorang lelaki tiba-tiba bertindak agresif dengan merantai pagar kediaman anaknya itu sebelum mengugut mahu membakar rumah teres dua tingkat itu di Taman Gemilang, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki berusia 40-an terbabit yang datang bersama isteri barunya dengan bersenjatakan kapak sambil mengarahkan anak lelakinya membuka pintu dan membenarkannya masuk.

Menurut sumber, anak lelaki suspek yang berusia 20 tahun tidur ketika bapanya datang membuat bising dan menyuruhnya membuka pagar rumah.


"Bagaimanapun, anak suspek enggan berbuat demikian kerana bapanya agak kasar sambil memaki-hamun di depan pagar berkenaan.

"Berang dengan keengganan anaknya, suspek pergi ke kereta Proton Exora miliknya sebelum datang semula dengan membawa kapak dan rantai besi lalu merantai pagar rumah berkenaan.


"Berikutan itu, mangsa membuat panggilan kecemasan sebelum polis tiba di tempat kejadian dan membawa suspek ke balai polis," katanya.



Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata suspek kini direman hingga hari ini.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.



sumber : myMetro

'Baba' berhati syaitan

Posted: 11 Jun 2012 06:15 PM PDT


KLANG: Dia dipanggil 'baba' oleh seorang budak perempuan berusia lima tahun yang dijaga isterinya, namun dia rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia apabila tergamak merogol dan meliwat kanak-kanak malang itu.
Amat menyedihkan kerana suspek yang berusia 50-an dan berstatus orang kelainan upaya (OKU) serta menerima pencen ilat akibat kemalangan di tempat kerja beberapa tahun lalu, bijak mengambil kesempatan di atas sikap manja mangsa kepadanya. 
Kejadian itu yang berlaku di sebuah kampung di pinggir bandar ini hanya disedari ibu mangsa baru-baru ini apabila mangsa yang masih belajar di tadika mengadu kesakitan di bahagian kemaluan.

Sumber berkata, kanak-kanak perempuan malang itu dijaga pengasuh yang juga isteri suspek sejak berusia dua tahun manakala dua lagi adik mangsa dijaga nenek kanak-kanak itu.



sumber : myMetro

Silap seksa

Posted: 11 Jun 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat, mereka tanpa belas kasihan mencucuh muka dengan besi kimpalan yang masih bernyala, malah saya turut dipukul dengan rotan dan kayu," kata seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa 'tersalah culik' oleh lima penjenayah sebelum dia dihumban di tepi jalan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hamzi, 36, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman ngeri dia diseksa lebih tiga jam selepas diculik ketika berada berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, jam 8.30 malam, Khamis lalu.
Menurutnya, sebelum kejadian dia keluar bersama isteri dan empat anaknya, namun sebaik turun dari kereta, empat lelaki meluru ke arahnya dan menarik dia masuk dalam sebuah kereta Honda Accord.

"Seorang daripada suspek menutup kepala saya menggunakan beg," katanya ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.



sumber : myMetro

Tragedi basuh muka

Posted: 11 Jun 2012 05:45 PM PDT


KAMPAR: Niat seorang wanita mahu membasuh muka di tepi lombong bertukar tragedi apabila dia tergelincir sebelum tenggelam ke dasar lombong terbiar di Kampung Changkat Baru, Malim Nawar, di sini, kelmarin.
Sebelum kejadian, mangsa, Yung Shu Gen, 34, yang juga warga China bersama dua rakan lelaki ke lombong itu untuk memancing sebelum tergelincir, kira-kira jam 6.04 petang. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Zainuddinn Mat Daud, berkata, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam lombong itu ketika cuba membasuh muka sebelum tenggelam dan lemas.

Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan menemani dua rakan lelakinya ke lombong berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah sewanya untuk memancing.



sumber : myMetro

Very-very lucky pemandu ni

Posted: 11 Jun 2012 05:30 PM PDT






melihat suasana kenderaan..pemandu ini memang bernasib baik..
bayangkan jika besi tajam tu kerkena kepada pemandu itu...memang bernasib baik betul
very-very lucky

Bila traktor berlaga dengan kereta

Posted: 11 Jun 2012 05:15 PM PDT






Buat-buat malu konon...

Posted: 11 Jun 2012 05:00 PM PDT

Nampak sangat hipokrit mamat nie..
buat-buat malu konon...








tapi aku rasa dia nak cover muka dia masuk suratkhabar kot...
takut bini marah..bila keluar muka kat surat khabar nanti...


Penyanyi dangdut ini seterika wajah untuk cantik

Posted: 11 Jun 2012 04:45 PM PDT

Liputan6.com, Jakarta: Penyanyi dangdut Melinda menilai wajah adalah bahagian tubuh yang paling penting diperhatikan lantaran langsung terlihat orang ramai. Untuk itu, Melinda rajin melakukan perawatan wajah.


 Terbukti baru-baru ini, Melinda mengunjungi klinik wajah langganannya untuk mendapatkan perawatan khusus wajah. Perawatan wajah itu disebut dengan seterika wajah. Pertama-tama, wajah Melinda dibersihkan, kemudian diberi krim penghantar panas, kemudian "diseterika" hingga selesai.


 Hasilnya, wajah Melinda menjadi lebih tirus dari yang semula sedikit kendur. "Rasanya jadi lebih kencang, tadi kan seperti kendur itu, kerana ada lemaknya, sekarang sudah takk ada lemaknya. Jadi tak perlu disuntik-suntik," ujar penyanyi Cinta Satu Malam itu di Halo Selebriti di SCTV. Melinda mengaku dengan perawatan itu, ia ingin terus tampil menarik kendati di usia yang sudah tidak tergolong muda lagi seperti artis Jennifer Lopez. "Udah nambah umur, udah ada anak, pengen lebih awet muda, dan tetap kelihatan remaja lagi. Biar janda tapi tetap dirawat, pengen seperti artis idola saya kayak JLo," ucapnya.


 Sementara itu mengenai resolusinya di tahun  2012, Melinda tetap ingin fokus merawat anak dan mengalami perubahan di kariernya menjadi lebih baik lagi. "Tahun depan memulai lembaran baru, pengen karier lebih bagus lagi, badan lebih oke, kalau bisa lebih kurus kayak JLo," ujar Melinda. Lebih jauh untuk urusan asmara, Melinda mengaku tidak mahu memikirkan hal itu dahulu. "Aku fokusnya di anak, pasangan hidup jangan dulu deh," pungkasnya.(BJK/MEL)

Gadis yang perlu rawatan 24 jam tanpa henti dan mungkin dihospital sepanjang hidup

Posted: 11 Jun 2012 04:30 PM PDT

Penyakitnya itu membuat Alice perlu rawatan medik 24 jam tanpa henti.Alice Halstead, 18, sudah 2.5 tahun menghabiskan waktu hidupnya di Hospital Airedale, Keighley, West York. Penyakit unik yang dihidapinya membuat Alice rela menghabiskan sisa waktu hidupnya di hospital.

Pada usia 16 tahun, Alice divonis mengidap kelainan gula darah. Penyakit yang dideritanya sangat langka. Bahkan doktor mengatakanm penyakit itu menimpa 1 dari 6,7 juta pesakit diabetes di dunia. Penyakit itu membuat Alice perlu rawatan medik 24 jam tanpa henti.

Sebagai pengidap diabetes, Alice memerlukan insulin untuk mengawal kadar gula darahnya. Namun, tubuhnya juga berontak ketika menerima suntikan insulin. Tanpa perawatan khusus, keadaan ini dapat memicu penggumpalan darah yang boleh mengakibatkan kematian.

"Saya sudah melewati 16 tahun hidup normal dan sihat. Tak pernah terbayangkan saya akan mengalami keadaan seperti ini. Sungguh mimpi buruk membayangkan tinggal di hospital seumur hidup," kata Alice seperti dikutip dari laman Daily Mail.

Pada 7 Jun 2006, Alice diagnosa menderita diabetes Tipe Satu. Namun, dalam waktu singkat keadaannya terus memburuk, dan doktor menyatakan penyakitnya bukan diabetes biasa. Ia juga didiagnosa mengidap Endocarditis, iaitu infeksi katup hati.

"Ada selang yang terpasang di hati yang langsung dapat mengatur keperluan insulin. Tapi daya tahan tubuh yang lemah seringkali memicu infeksi. Sangat unik, bahkan tidak ada doktor yang pernah menemukan kes seperti saya," ujarnya.

Waktu 2,5 tahun di rumah sakit, menggugah jiwa sosial Alice. Dalam keterbatasannya, ia melakukan penggalangan dana kemanusian untuk menghibur anak-anak yang menderita di hospital. Semua itu terinspirasi dari pengalamannya saat memenangi hadiah kemanusian untuk menyaksikan 'Lion King' di London pada Julai 2009.

Hingga kini, Alice berhasil mengumpulkan dana kemanusiaan sebesar £11,000. "Saya ingin banyak anak yang memiliki kesempatan menyenangkan seperti saya," ujarnya.

Lelaki ini letak tangan ditempat sensitif teman wanitanya didalam bas

Posted: 11 Jun 2012 04:15 PM PDT




sumber gambar : stomp.com.sg

sepatutnya dia menjaga maruah diri dan juga maruah teman wanitanya...
macamni bukan sayang namanya..kalau sayang sepatutnya lelaki ini menjaga
maruah teman wanitanya....tak ada perasaan segan dengan orang
sekeliling....

Saksikan pejabat yang paling 'cool' sekali di dunia

Posted: 11 Jun 2012 04:00 PM PDT

Pejabat yang segar dan suasana kerja yang nyaman pasti membawa kesan positif bagi para pekerjanya. Pemandangan yang indah dan suasana yang nyaman sudah pasti dapat membantu menghilangkan ketegangan atau tekanan dalam dunia kerja anda.

Pejabat yang satu ini memang unik, berada ditengah taman yang sengaja dibuat suasananya seperti di tengah hutan. Design untuk ruangan pejabat unik ini pun memang aneh bin ajaib , tertanam beberapa centimeter di dalam tanah dengan bahagian samping terbuat dari kaca sehingga para pekerja dapat menikmati pemandangan dan suasana seperti di hutan.

Apabila para pekerja melihat keluar seakan-akan mereka sedang berbaring di tanah atau sama rata dengan tanah  hutan buatan itu.…










Budak terperangkap dalam lubang bawah tanah selama 3 jam

Posted: 11 Jun 2012 11:00 AM PDT

Aaron Walsh terperangkap dalam  lubang bawah tanah yang sedalam 10 kaki dan hanya dapat di selamat selepas 3 jam kerana jeritannya didengar oleh jirannya.Jiran itu cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya .
Mereka kemudiannya memanggil pihak bomba dan hanya dengam bantuan bomba dia dapat diselamat selepas 3 jam terperangkap.

Relaks betul 'abang' atas motor

Posted: 11 Jun 2012 10:30 AM PDT


PELIK..peserta pertandingan ratu cantik disingkirkn kerana terlalu seksi

Posted: 11 Jun 2012 10:00 AM PDT


Tiga peserta telah disingkirkan dari pertandingan kecantikan Miss Italia tahun ini, setelah foto mereka dengan pose seksi muncul.

Alice Bellotto dikeluarkan dari pertandingan kerana gaun tidur merah muda ini

Alice Bellotto, 22, adalah yang pertama tersingkir keluar setelah juri melihat gambar-gambar menggodanya dengan gaun tidur merah muda.

Jejak Bellotto yang merupakan wakil dari wilayah Veneto, segera diikuti oleh Miss Curvy Italia Raffaella Modugno (23) dari Rome. Setelah juri menemukan foto dirinya dalam pakaian dalam sutera berpose seksi di sofa kulit, serta fotonya berpose dalam korset berenda hitam yang transparant.


Model ketiga yang terkena 'kad merah' adalah Tiziana Piergianni (26) yang adalah Miss Liguria Itali, dari Genoa, yang merupakan salah satu dari segelintir ibu tunggal yang ikut dalam pertandingan ini.

Gambar dan rakaman video dirinya yang berpose topless itu ditemukan di web oleh penyelenggara, dan akibatnya dia juga dikeluarkan dari pertandingan yang akan diadakan di Montecatini Terme di Tuscany minggu depan.


"Aku benar-benar marah ketika dikeluarkan dari pertandingan ini. Sejauh yang saya lihat, foto-foto itu adalah seni dan artistik. Saya adalah seorang model, dan itu yang saya lakukan, jadi di mana letak masalahnya?." tutur Bellotto.

"Keluarga saya tahu semuanya mengetahui gambar-gambar tersebut, dan 100% menyokong saya. Namun semuanya telah terjadi, dan ini menyebabkan saya mendapatkan lebih banyak tawaran pekerjaan." tambahnya.

Sementara itu, Modugno dan Piergianni tidak tersedia untuk memberi komen, tapi teman-teman mereka mengatakan bahawa keduanya merasa kecewa setelah dikeluarkan dari pertandingan kecantikan yang mereka pandang sebagai batu loncatan untuk merintis karier di dunia hiburan.Juri mengatakan bahawa foto pakaian dalam Raffaella Modugno bertentangan dengan syarat pertandingan.


Sejumlah pemenang Miss Itali saat ini telah menjadi artis, dan beberapa dari mereka tampil di acara TV popular. Bahkan banyak dari mereka tampil pada saluran TV yang dimiliki Perdana Menteri Italia, Silvio Berlusconi.

"Peraturan nombor lapan dengan jelas menyatakan bahawa setiap peserta yang berpose terlanjang atau berpose provokatif semuanya disingkirkan'. jelas seorang juru cakap untuk Miss Itali.


Sumber : dailymail

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan