Zon Artis |
Gambar Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Di Majlis Pernikahan Posted: 04 May 2012 09:07 AM PDT Berikut beberapa gambar Awal Ashaari dan Scha sekitar berlangsungnya majlis pernikahan mereka yang kami perolehi. Bukan nak bodek, tapi pada pandangan mata kami ternyata Awal nampak sangat handsome dan Scha pula begitu cantik. Setuju? Tanpa membuang masa, meh tengok gambar-gambar kat bawah ni. Untuk update pernikahan, boleh baca kat sini. |
Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Sah Bergelar Suami Isteri Posted: 04 May 2012 07:44 AM PDT Akhirnya, dengan hanya sekali lafaz, Awal Ashaari (31 tahun) dan Scha Al-Yahya (29 tahun) sah bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya sebentar tadi. Walaupun pada awalnya upacara akad nikah mereka akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Awani, namun atas masalah teknikal, siaran langsung tidak dapat disiarkan. Sabar sajalah. Awal Ashaari atau nama sebenrnya Ahmad Awaluddin Ashaari dan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir dinikahkan sendiri oleh bapa Scha, Syed Mahadzir dengan mas kahwin RM2,050. Pendaftar Nikah Rujuk Putrajaya, Salman Idrus sebagai saksi. Dalam majlis pernikahan itu, Scha menerima tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan Lazard Diamonds, sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sepasang persalinan, sepasang kasut Christian Louboution dan beg tangan Dior, kurma dan juga kek. Manakala Awal pula menerima sembilan dulang hantaran balasan yang terdiri daripada sirih junjung dan bunga rampai, senaskah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet Bottega Veneta, sepasang kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sepasang baju Melayu, coklat dan kek. Zon Artis: Tahniah Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. Selamat pengantin baru dan selamat berbahagia. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |