Adsense

Jumaat, 4 Mei 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Majlis Pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya 4 Mei 2012

Posted: 04 May 2012 09:59 AM PDT

4 Mei 2012 adalah tarikh keramat buat pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya setelah selamat di'ijabkabulkan sekitar 9.20 malam di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.

Pasangan tersebut di ijabkabulkan oleh bapa Scha Al-Yahya iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh jurunikah daripada Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI), Mohd Salman Idrus.

Ada desas desus mengatakan ketika Majlis Pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya diijabkabulkan, pihak Astro berjanji akan menyiarkan siaran langsung mengenai siaran langsung (live) majlis akad nikah (pernikahan) Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya tetapi ianya Janji Kosong.

Pastinya ramai para penonton yang tertunggu - tunggu siaran langsung majlis mereka. G.A.M harap pihak Astro atau Awal dan Scha boleh memberi penjelasan, Apakah yang sedang berlaku ketika Majlis Pernikahan tersebut tidak disiarkan sedangkan pada ketika itu jam 9.15 Astro mengumumkan bahawa siaran tersebut akan dilansungkan di Astro.

Apa apa pun jom lihat beberapa keping gambar pernikahan Awal Ashaari dan Scha al Yahya










Yuna dan Samsung Galaxy Note Jayakan Projek Sparkle

Posted: 03 May 2012 11:41 PM PDT



Sekiranya anda salah seorang peminat setia Yuna atau anda meminati lagu lagu Yuna,  Anda boleh mengikuti perkembangan kerjasama antara Yuna dan Samsung Malaysia melalui "The Sparkle Project".

Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna seorang penyanyi dan komposer kini telah  dilantik untuk menjadi Duta produk Samsung Galaxy Note. Yuna kini bekerjasama dengan Samsung untuk mempopularkan Smartphone hybrid Galaxy Note di Malaysia. Bagi menjayakan projek ini satu laman web khas telah dibina khususnya untuk menjayakan projek dinamakan "The Sparkle Project".

Preview Laman Web The Sparkle Project



Perkembangan terkini Yuna dalam proses pembikinan untuk  menerbitkan video muzik klip terbaru bersama lagu barunya berjudul "Sparkle" yang akan dirakam sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note.  Yang menariknya rakaman tersebut akan diedit juga menggunakan perisian Samsung Galaxy Note. Dengan terciptanya video klip ini, Peranti model Samsung Galaxy Note ini akan mencipta setahap kehadapan sekaligus memberikan keyakinan kepada pengguna untuk memilikinya.


Apabila laman "The Sparkle Project" di www.sparkleproject.my dibuka sepenuhnya, anda boleh lihat  keunikkan laman website itu. Website ini sungguh interaktif dengan menggunakan plug-in  flash animasi.

Terdapat 6 Menu Utama didalam laman "The Project Sparkle"  iaitu The Song (Listen to  Sparkle Song), The Idea Cloud (Submit Idea Room), Daily Feed (Talk to Yuna), The Galaxy  Note-d (Unique Autograph) , The Note (Learn About the Note) dan How it Works (Learn about the  Project).  Setiap menu dilengkapi dengan rekabentuk yang unik.



Yuna dan Samsung Malaysia memberi peluang kepada anda untuk menyumbangkan sebanyak idea anda sendiri bagi mencipta video muziknya. Anda boleh menghantar idea 'gila' anda melalui  rakaman video, kiriman bergambar melalui Twitter untuk Yuna melihatnya. Mungkin salah satu  idea anda itu memikat Yuna dan mendapat idea untuk video muzik terbarunya.

Oleh itu anda disarankan untuk melayari laman "The Sparkle Project" di  http://www.sparkleproject.my

sumber : Gossip Artis Malaysia

Artikel ini merupakan sebuah artikel tajaan

49 Gambar Peserta Bersih 3.0 diburu Polis kerana Merusuh

Posted: 03 May 2012 10:05 PM PDT


Pihak berkuasa telah mengecam 49 wajah Peserta Bersih 3.0 yang dicari oleh pihak Polis kerana merusuh termasuk seorang wanita. Sesiapa yang menjumpai dan mengenali wajah-wajah ini sila hubungi Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur melalui email azmiazizi@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 / 019-3872344.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.

"Kesemua gambar 49 orang itu kita siarkan melalui pihak media," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.





Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Mohmad berkata kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 143 dan 188 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan merosakkan harta benda awam.

Dua hari lepas polis menahan seorang lelaki di Seremban, Negeri Sembilan kerana perbuatan sama.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual eksklusif dengan Umno-Online, berkata polis akan meneruskan siasatan bagi membolehkan pihak Peguam Negara melakukan dakwaan terhadap mereka yang merancang dan mencetuskan keadaan huru-hara pada perhimpunan Sabtu lepas.

Katanya lebih 100 individu sudah dikenal pasti dan Polis Kuala Lumpur hari ini menyiarkan lebih 40 gambar melalui media. "Saya tahu sebahagian besar daripada mereka yang datang ke Dataran Merdeka pada 28 April lalu bukan semuanya berniat sebegitu rupa, ada yang datang secara aman. "Tetapi apabila (perhimpunan) dirampas oleh golongan (yang mencetuskan hura-hara) ini saya percaya bahawa mereka juga mahu kita ambil tindakan yang tegas dan membawa mereka ini ke muka pengadilan," katanya.

Mengenai sebilangan anggota polis dikatakan gagal mengawal emosi ketika bertindak meleraikan perhimpunan itu, Hishammuddin berkata mereka akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.

"Bayangkan ketika itu, jumlah polis yang dikerahkan untuk mengawal keadaan berjumlah 14,000. Kalau 14 (orang polis) yang salah laku takkan kita nak menggambarkan kesemua polis yang ada di perhimpunan itu sebagai 'brutality police' (kezaliman polis).

"Ini sebenarnya usaha nak mencemarkan imej polis dan negara kepada dunia dan ini satu matlamat yang saya tengok jahat. Tetapi mana-mana anggota kita yang salah tetap salah dan kita akan ambil tindakan sama saja dengan mereka lain mengikut undang-undang yang ada," katanya. -BERNAMA

Kepada Peserta Bersih 3.0 yang dibangga-banggakan rusuhan bersih 3.0, sekiranya anda ditangkap, sila hubungi anwar ibrahim dan Ambiga untuk mendapatkan jaminan daripada mereka. Sekiranya kedua dua tokoh ini tidak mengambil tindakan untuk membantu anda, G.A.M berpendapat mereka telah memperalatkan peserta bersih 3.0 secara halus. Anda Pikirkanlah Sendiri.

Nasihat dari G.A.M sebelum buat rusuhan pikirlah dulu mengikut kata hati bukan emosi.... sure sedih mak bapak diorang nie tengok keadaan anak anak mereka merusuh tak berasas.

Gambar Bob Kuman Meninggal Dunia - Al-Fatihah

Posted: 03 May 2012 07:43 PM PDT

Sebelum ini kita digegarkan dengan berita palsu bob kuman meninggal dunia, kini telah menjadi kenyataan apabila berita kematian ini telah disahkan benar-benar berlaku. Husni Mohd Rawi atau lebih dikenali Bob Kuman berusia lingkungan 40 telah disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara pada jam 4.38 petang.



Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan.



Antara rakan artis yang hadir menziarahi Allahyarham adalah Amy (Search), Aqasha, Zain (Ruffedge), Harun Salim Bachik dan kenalan rapat pelakon itu.


Video terakhir allahyarham Bob Kuman beberapa minggu yang lalu:

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada Arwah Bob Kuman.Semoga roh beliau dicucuri rahmat di alam sana.Al-Fatihah!.