Adsense

Jumaat, 4 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Era FM Kini Stesen Radio Nombor Satu

Posted: 04 May 2012 05:39 PM PDT

Era FM Rampas Kedudukan Sebagai Stesen Radio Nombor Satu

PETALING JAYA: Stesen radio Era FM mengungguli keseluruhan jumlah pendengar radio di negara ini apabila muncul sebagai stesen radio nombor satu dengan jumlah pendengar seramai 4.8 juta orang bagi tempoh pengukuran pendengar radio Nielson, liputan pertama 2012.

Era FM merampas kedudukan Sinar FM yang meletakkan stesen itu pada tempat kedua dengan jumlah pendengar seramai 4.23 juta orang.

Tempat ketiga jatuh kepada stesen THR, gabungan siaran Raaga dan Gegar dengan jumlah pendengarnya seramai 3.39 juta.

Stesen radio milik Kumpulan Media Prima Berhad iaitu Hot FM menduduki tangga keempat dengan jumlah pendengar seramai 3.4 juta diikuti tempat kelima milik Suria FM yang hanya meraih 2.8 juta pendengar.

era 1

Dari kiri Johan (Raja Lawak), Ray dan Haniff yang dilihat berjaya mengembalikan populariti Era FM.

MY FM pula menduduki tempat keenam (2.54 juta pendengar) sementara Hitz FM di kedudukan ke tujuh (2 juta pendengar).

Kajian yang dibuat agensi kaji selidik Nielsen bermula 19 Mac hingga 15 April lalu itu turut memperlihatkan AMP menduduki tempat pertama dalam semua kategori bahasa utama iaitu Era FM (Bahasa Malaysia), Hitz FM (Bahasa Inggeris), MY FM (Bahasa Cina) dan THR Raaga (Bahasa Tamil).

suria fm 2

Nabil (dari kiri), Halim Othman dan Kencana Devi menyumbang kekuatan kepada segmen Ceria Pagi dengan peningkatan pendengar sebanyak 25 peratus.
Bagi segmen pagi pula, Riuh Pagi Era bersama Johara (Era FM) merupakan siaran paling popular dengan jumlah pendengar seramai 2.56 juta.

Ia diikuti oleh Sinar Pagi (Sinar FM) yang menduduki tempat kedua dengan pendengarnya seramai 2.46 juta manakala Hot FM Am Krew (Hot FM) jatuh pada tempat ketiga seramai 1.9 juta pendengar.

Sementara itu My FM Breakfast Show (My FM) meraih tempat keempat apabila mempunyai pendengar seramai 1.48 juta manakala Ceria Pagi Suria (Suria FM) di kedudukan kelima dengan capaian pendengar seramai 1.29 juta.

AMP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Jumaat berkata, kekuatan stesen Era FM yang berjaya merampas kembali popularitinya daripada Sinar FM adalah kerana kekuatan segmen Riuh Pagi Era yang menggandingkan pelawak Johan (Raja Lawak) serta Ray dan Haniff.

Selain itu perubahan yang dilakukan oleh Era FM dengan memperbanyakkan lagu di saluran stesen itu antara faktor penarik saluran berkenaan kembali diminati ramai.

Dalam pada itu Suria FM berkata, segmen Ceria Pagi menerusi stesen itu yang menggabungkan Halim Othman, Nabil Ahmad dan Kenchana Devi telah menunjukkan peningkatan pendengar iaitu meningkat sebayak 25 peratus iaitu daripada 1 juta pendengar pada tahun lalu meningkat kepada 1.3 juta pada awal tahun ini.

Berikut ini kedudukan keputusan pengukuran pendengar radio yang dibuat oleh Nielson bagi liputan pertama 2012 untuk kaji selidik bermula 19 Mac 2012 hingga 15 April 2012-05-04. Kredit Mstar Online

Kedudukan

1. Era FM – 4.8 juta

2. Sinar FM – 4.23 juta

3. THR (Raaga & Gegar) – 3.39 juta

4. Hot FM – 3.4 juta

5. Suria FM – 2.88 Juta

6. MY FM – 2.54 juta

7. Hitz FM – 2 juta

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Radio Hot FM Radio Nombor Satu di Malaysia
  • Quotes of The Day: Kami Tak Kisah Dituduh Ciplak
  • Kaji Selidik Radio Nielsen Kedua 2010 Suria FM
  • HOT FM Tetap Nombor Satu?
  • SURIA FM Catat 2.9 Juta Pendengar
  • Rangkaian Radio Media Prima Terus Kukuh Di Pasaran Radio
  • Menu Muzik Hot FM di TV9
  • Selebriti di Majlis Lunch Bersama AMP Radio Networks
  • Sarimah Ibrahim & Azura Zainal Penyampai Terbaru Red FM
  • Suria FM Kekal Radio Nombor Satu Peningkatan Pendengar
  • Awal Ashaari Sah Suami Scha Alyahya Dengan Sekali Lafaz

    Posted: 04 May 2012 05:32 PM PDT

    Awal & Scha Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

    Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada Jumaat, malam.

    Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.

    Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

    awal nikah 22-1

    Awal (kiri) akhirnya menjadi suami kepada Scha.

    Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus.

    Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

    Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

    awal nikah 111-1

    Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

    Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.

    awal baru 11

    Awal menyarungkan cincin nikah ke jari manis Scha.

    Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.

    Scha dan Awal tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung manakala Awal segak berbaju Melayu dari rona sedondon iaitu putih rekaan Saiful Baharim

    Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Foto kredit: Mstar Online

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seorak Cable Car
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Seoraksan National Park
  • EKSKLUSIF: Gambar Pra Persandingan Awal Ashaari & Scha Alyahya
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Valley of The Wind Korea
  • Gambar Pra Perkahwinan Scha Alyahya & Awal Ashaari
  • Gambar Scha Alyahya & Awal Ashaari Nikah
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Karpet Merah ABP2010
  • Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya di Doosan Tower
  • Gambar Terkini Scha Alyahya & Awal Ashaari di Korea
  • Gambar Awal Ashaari di Alpensia Pyeongchang Korea